Wednesday, April 17, 2013

Projek PC

Dah lama aku tak update blog aku ni. Dan macam-macam dah berlaku dalam hidup aku sepanjang aku tak update.Dah lama jugak aku tak menulis. Kebelakangan ni banyak benda yang berlaku sampaikan aku rasa tak banyak masa untuk diri aku sendiri. Aku tengah berusaha untuk memperbaiki keadaan komputer kawan aku sekarang. Aku jugak tak berkesempatan untuk kaji balik keadaan aku.
Kita lihat apa yang akan berlaku!

kawan aku baru 2 minggu beli komputer ACCER terpakai model desk lama,aku ingat  keluaran pentium 4 mula2.Semuanya bermula bila aku Dia berbincang panjang dengan aku yang computernya ada problem jd ditinggalkan di rumah aku untuk di perbaiki,aku setuju aku cakap nanti aku tolong tengokan apa yang boleh aku buat
masalah :-

terpapar msg 'out of range'

1.cmos error aku pergi ke bios chek apa yang patut satu per satu then dapat buka administrator pny safe mode.baru nampak dia pny display aku cuba scan disk dan buat backup tp tak boleh sebab lama tak update dalam history tak ada cookies pn tak ada kosong.then buka balik power dah tak ada.

2.chek signal cabel so tuan computer ni call owner computer ni suruh buka pc so aku pun buka casing dan slot dan part komputer di kemaskan.tidak berhasil tapi power pada pc masih "ON" so tak ada cara lain aku pun format balik komputer tu.Hari pertama dari komputer rosak ni ada dekat aku dari pukul 4 ptg sampai pukul 4.30 pagi aku dok baiki.sampai sehari tak makan apa-apa hanya minum kopi.

3.cd rom kejap ok kejap tidak dan bukan dvd rom yang ada dekat aku dvd baru saja aku beli 2,3 hari sebelum adanya komputer rosak dekat rumah aku.nak cari cd sekarang pun sudah tidak ada lagi yang hanya ada keluaran dvd kebetulan cd instal win xp aku hilang minggu lepas masa aku nak guna di komputer aku so aku call member aku wan pinjam cd perisian win xp sejam selepas tu dia datang hantar kat rumah 3 keping cd perisian window xp tapi aku sudah sempat insstal win xp selesai sudah satu babak dan audio driver di hari ke dua, dimana aku terpaksa save di dalam pendrive dan bawa dari komputer aku ke komputer yang rosak ni dan berjaya dah dengar pn sound dia.

4.jd aku teringat program2,player,gamez,fotopic,video,lagu yang tuanya mahukan, aku kembali ke komputer aku dan savekan dalam pendrive aku untuk di letakan di komputer kawan aku sbb. cd rom nya tidak boleh sebab sofware aku dvd lagi pulak cd rom nya sat elok sat buat hal.ada yang boleh dan ada yang tidak boleh macam microsoft office,word dan power point kena instal asal dari cd.

5.Sekembali aku buka komputer yang baru dibaiki ni langsung tidak dapat di hidupkan waktu masa tu pukul 3 pagi so aku pun tidur esok pulak sambung buat.hari ke 3 sebab aku ingat power tak cukup macam sebelum ni terjadi dekat komputer aku semenjak dua menjak ni.lagi pun kekadan nak buka komputer kawan aku ni selalu on,off kekadang melemahkan aku tidak syak apa lagi yang aku rasa something wrong power supply yang rosak.

Hari ke tiga aku hanya makan mi maggie pastu buat kajian kat internet cari jawapan kenapa computer langsung tidak dapat di hidupkan.jawapan :- processer tidak dipasang dengan kemas/salah satu chipset pada motherbord rosak/power supply melemah/rosak so dari situ aku just ambil tindakan apa yang perlu.dan aku search internet bagaimana nak kenal pasti power supply rosak,jawapan :- komputer tidak dapat di hidupkan.Tindakan :- tukar power supply.aku bagitahu kepada kawan aku dia datang check electrik langsung tak masuk dalam pc so nak tukar power supply dan dah inform dekat owner power supply.lagi 2,3 hari baru dapat apabila aku periksa soket pengapit processor pagi hari ke 4 soket pengapit processor di depan (yang nampak) ada di celah belakang tidak ada sudah patah jd aku check hari tu tak beberapa stabil (kukuh) and then aku buka seketul processor di bawahnya di tengah2 ada gam berwarna putih di lekatkan di situ.

barang yang rosak kat komputer tu :-
1.Pengapit Processor  nak cari
2.Power Supply nak tukar
3.CD Rom tak tukar lagi nanti dulu buat tukun.

pagi hari ke 4 aku bagitahu dekat tuan punya komputer,petang tu dia datang tengok dan suruh aku cari barang,esokla pula baru aku boleh pergi cari kebetulan dia ni sebenarya elektrik engineer kalau apa apa hal elektrik kat rumah aku selalu panggil kawan aku Abg Madi a.k.a Paklong.jd peteng tu aku call tengok rumah maklong aku elektrik tak ada bila dia datang check wire cabel elektrik di luar tiang berhampiran surau terputus,hujan td maybe ranting pokok jatuh jd dia call TNB dalam pukul 7 malam diorg datang tukar wire rumah maklong pada masa yang sama aku di fahamkan oleh abg madi sebelum ni wire cabel elektrik ke meter rumah aku halus sepatutnya di tukar tp kena buat reportn kat TNB dan kalau cara yang terbaik biar TNB tukar Meter dahulu baru tukar wire cabel yang tebal tu sebab tenaga elektrik laju ke rumah lagi nak support kegunaan elektik kat dalam rumah tu takut tekananya kuat.

Mak aku pula hanya bagitahu kat petugas TNB wire halus sahaja.so diorg tukar wire cabel yang tebal tu sahaja.so aku tanya dekat mak aku diorg tukar meter ka? tak tahu aku pun tengok meter lama tu jugak dah dekat 27 tahun dah.harap2 tak ada sebarang benda yang tidak dingini berlakulah

p/s:- semua orang mahukan benda yang dia buat jd,tp kalau sudah tidak jadi cubalah lagi kalau tanpa usaha ianya tak kan bermakna

Semoga semuanya berjalan lancar.

Tuesday, April 9, 2013

Komputer oh komputer

Hari ni aku happy Alhamdulilah semuanya selesai dgn baik..

Aku nak bercerita tentang Komputer aku kat rumah.... kesahnya.. begini
Pagi hari rabu Minggu lepas.. Entah kenapa computer aku asyik restart aku yang aku ingatkan komputer aku set masa dalam power option pun mcm tu gak yang buat hal aku pun buka casing komputer bersih tengok apa yang patut kebetulan kawan aku wan pun datang kat rumah suruh aku buka part kat motherbord dan pasang balik then sata converter aku rosak  so hari khamis aku p window shopping aku memang suka beli & belah di barang2 komputer lama-lama sekali sedangkan bujet aku RM100.. Fist aku aku beli sata converter ,Mouse dan RAM sebab 3 benda ni da rosak yang jd masalah,Yang dalam masa 3 bulan boleh return..tup tup aku pasang komputer aku kat ruang tamu boleh plak guna suis dinding kat dlam bilik yang tak cukup power.sekarang suis kat dalam bilik sudah pun di perbaharui.

Maka, hari ni ke-3, terus pi balik kedai komputer.. Sampai Customer Service aku cerita la problem aku.. Yang layan aku tu lelaki India Lepas dia belek2 resit, dia kata BOLEH cancel..aku cakap nanti bulan depan la saya angkat RAM 1GB boleh tp encik kena tel oder sebab bila da oder baru boleh diorg keluarkan barang ENCIK BOLEH CANCEL AMBIK Duit BARANG YANG HARGA  (RM70.00)..RAM boleh return balik..Sama jugak Technician tu kata boleh return sebab barang masih elok..belum rosak Cuma yang aku beli TECH TITAN high Speed HUB  7 port tiap2 satu USB ada lampu,suis ON/OFF RM 28,Mouse RM 10 dan SATA Converter RM 25,

P/S :-: Kita mesti berani kerana benar ckp asalkan kita di pihak pelanggan..mesti di utamakan.Akhirnya dapat la aku Duit balik...CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT.Moga-moga hari mendatang menjanjikan kehidupan yang lebih baik caiyok2

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping