Monday, November 18, 2013

CER...CINTA FRUST MENONGENG

2005
Aku berkenalan secara rasmi dalam ruang chat di internet maka kenalah kami.Hakikat yg sebenarnya last ajak jumpa dekat forum perdana di masjid tasik gelugor.  tu sebenarnya merapatkan hubungan kami.

Masa tu, aku malu-malu dengan dia sebab tak pernah ada kawan perempuan yang berkenalan dalam komputer. akulah kawan yang pertama rapat dengan dia. Aku kagum dengan dia sebab tak tipu aku. Terima kasih sebab 2005 telah menjalinkan hubungan antara kami.

2007
Masalah. Keluarganya tak boleh terima aku disebabkan tiada pekerjaan tetap . Kecewanya aku. Aku bahagia bila bersama dengan dia. Pada mulanya aku pun tak boleh terima dia sbb. dia  belajar UITM hingga ke USM.aku sedih dengan keluarga kat dia. aku fikir kami patut berpisah sampai 2008 sahaja. Aku tak sanggup tengok dan dengar dia kena marah teruk dengan keluarganya.aku mengalah yang kita patut berpisah. TAPI dia tak nak mengalah. dia terima dan dengar semua kemarahan keluarganya dia cakap kita kena sabar. Kita tempuh dugaan tu sama-sama walaupun perit. aku kagum dengan dia aku kuat sebab dia. Terima kasih sebab menjadi penguat kepada aku.

2008
Atas dasar percaya, jujur dan setia, aku tetap bersama walaupun bermacam cabaran. Terima kasih sebab sentiasa bersama aku.dia dah ada ramai kawan lelaki. 2007 dan 2008 cuma ada aku TAPI 2009??? Dia sudah mula bekerja Tak apalah, apa salahnya berkawan. . TAPI dia mula lupakan aku. Kadang-kadang saja dia ingat kat aku. Tak apalah mungkin dia sibuk kerja, aku kena faham.nak jumpa pun payah Kenapa aku call, jarang angkat? Bila dia angkat, nanti dia cakap dia akan call balik tapi tak ada pun. Bila aku SMS pun, dia balas sikit je. Kenapa ni?  aku sedih. dia minta maaf kat aku dan janji tak buat lagi. aku maafkan dia dan pegang janji dia.Aku berubah. Terima kasih awak atas pahit manis 2008.

2009
Kawan dia semakin ramai.Masing-masing call dan SMS dia tak kira masa tu ada aku atau tak. aku terasa tapi aku diam. aku sedih tapi simpan. Tak apalah, kawan saja pun. aku positifkan diri walaupun hati aku sedih. Kalau kawan, kenapa tak berhenti SMS? Dengan aku pula, dia jarang balas, jarang call. Tak apalah aku selalu fikir dia sibuk.entah dari mana dia dapat info tahu yang aku sakit dan kena makan ubat.mungkin dari ramai2 kenalanya.aku tak bagitahu padanya takut hubungan kami retak akan tetapi memang ia pun terjadi

TAPI, janji tinggal janji. Aku call dia sudah di tugaskan di Johor TAPI hakikatnya hati dan perasaan aku dah tak ada rasa apa-apa lagi. apabila kali kedua aku call dalam sebulan selepas itu dia cakap dia sudah berkahwin nanti suaminya tahu dia kena marah. Hati aku dah kosong aku selalu macam tu tapi aku butakan hati aku.  hati aku dah penat. hingga sekarang 2013 tiada dalam kamus hidup mengenai cinta yang datang lagi

dari 2005 sehingga 2009, Aku still nak ucapkan Terima Kasih pada dia.Aku doa agar dia berubah dan moga pada hari itu,hati dan perasaan aku masih lagi dengan dia.sekarang sudah terhapus segala-galanya malas nak berkawan dengan wanita lagi tak nak kecewa lagi beb..so sampai sini dulu cerita cinta yang ada pada aku hanya tuhan dan emak aku sudahla eah. kepada yang kenal akan aku mereka selalu fikir cukup untuk terjadi untuk aku seperti ini,aku selalu buat benda lain dalam macam- macam nak melupakanya.Tentang siapa yang agak aku kurang waras pada aku tidak pernah jadi GILA.Aku terima apa orang nak cakap lagipun apa?kenapa orang lain boleh buat dalam masa sebenarnya agak sukar atau tidak mungkin dalam keadaan aku sebegini sekarang.Tiada rahsia antara kita,nak malu apa aku ikhlas bercerita.pada mulanya bukan idea aku sebenarnya cuma terlintas di fikiran nak cerita benda ni.tapi sikit tu malu la jugak harap asalkan korang tak mengata,mengejek dan ketawakan aku sudah le...noh

Dalam Keinginanku
Masih aku sayangkan kekasih cinta
Kasih sepertimu
Tetapi apa yang ku terima di saat aku perlukanmu
tika-tika sekarang keluargamu menghalang
Segala keraguan di hatimu aku tetap kau miliki.
Andainya dikau menjelma.
Aku berharaplah ianya berakhir sampai di sini
Tiada apa-apa lagi
Sesunguhnya dulu aku terganggu memikirkanmu

Sayangku
*akmal*

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping