Tuesday, December 30, 2014

aku yang seorang

Lama tak dengar cerita! Hari ni aku kembali menulis sebenarnya.. tapi ntah macam tak ada apa nak cerita pun, yelah maaf tak dapat bercerita sejak akhir-akhir ini untuk bercerita apa yang terjadi selepas setengah bulan december.Aku masa tu tengah kusut hidup dalam kesorangan hampir 10 hari selepas mak aku pergi ke Kuala Lumpur kalau boleh tak nak cerita sekarang mak aku dah balik dah hari ahad haritu

SO sepanjang mak aku pergi tinggal aku seorang kat rumah aku kena jaga kucing kat rumah .. malam2 aku tidur seorang diri takde kawan yang teman pon yang masuk.. nak kata tak tau .. dek sebab aku  seorang .. terpaksa la aku tutup cerita kejap,aku tengok kucing maklong aku tolong tengokan makan minum aku

siang hari pagi petangnya benda serupa jugak berulang..urus diri sendiri cuci kain baju,buang tahi kucing,sapu moop lantai rumah bagi makan kucing 3 hari sekali buat kerja kat luar rumah,siram pokok,ada kawan yang datang..kena layan alahai punya la boring aku.. punya la membazir masa.. dengan kucing2 aku dan betapa pula .. sampai setiap malam aku tidur sebab keletihan tak ada masa langsung nak mengadap pc atau bermain gitar,susah jugak seorang diri eah nak buat macam macam kat rumah tak mengapalah bertabahlah,Allah itu sentiasa ada disisimu.

Suram..
Sesuram gerimis dihati..
Mengapa kau menangis wahai diri?
Merasakan dunia tak lagi bererti..
Adakah kau meragui kasihnya Ilahi?
Mengapa tidak yakin adanya Allah bersamamu?..
Kau mencari-cari..
Meraba-raba dalam gelap hatimu..
Bingung..Nanar,dalam ramai..
Tak mengerti mengapa ini yang harus ku hadapi.
Kau menanti,bilakah akan kau peroleh apa kau harapkan..
Merasakan Tuhan tak lagi endah padamu..
Tak lagi sudi memandangmu..

Jangan begitu,wahai diri..
Dengarkan apa kata Tuhanmu..

''Hai anak Adam!Sesungguhnya engkau,selama mana kau berdoa dan berharap kepadaKu,Aku ampuni bagi engkau diatas dosa yang ada pada engkau,dan Aku tidak peduli''.
''Hai anak Adam!Kalau telah sampai sekalian dosa engkau ke awan langit,kemudian itu,engkau memohon keampunanKu,nescaya aku ampuni bagi engkau''.
''Hai anak Adam!Sesungguhnya kalau engkau datang kepadaKu dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi(ini),kemudian itu menemui Aku,padahal tiada engkau mempersekutukan aku dengan sesuatu,nescaya Aku berikan kepada engkau keampunan dengan sepenuh bumi''.(HR al tirmizi).

Wahai diri..
Engkau jiwa yang baik..
Jiwa yang rindu..
Cuma engkau keliru.
Mengapa masih terus menzalimi dirimu?
Sedangkan dirimu tak berhak disakiti..
Jasad dan rohmu anugerah terindah dari ilahi..
Maka mengapa tegar melukai?..

Engkau jiwa besar yang dikasihi tuhan..
Engkau jiwa hebat berpotensi menyengat..
Engkau jiwa yang kebal yang lali pada ujian..
Engkau sebenarnya bercita-cita tinggi..
Lalu mengapa memilih untuk terus disakiti?..

Jangan begitu,wahai diri..
Sungguh,engkau sentiasa punya satu lagi pilihan..
Iaitu kembali kepada luasnya kehidupan bertuhan..
Kembali berteduh dibawah redup kasih Ilahi..
Kembali kepada Dia..
Usah takut,wahai diri..
Bukankah mereka bersmamu?
Menyokongmu..
Memimpinmu,tika kau bertatih di jalan ini..
Yang pasti engkau tidak sendiri kerana,
masih ada yang menyayangimu =)

''Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka.Sungguh,Dia maha perkasa,maha bijaksana''.(al anfal:63)

Oleh itu,
yakinlah dan teguhkan derapan langkahmu di jalan ini..
Yakin Allah bersamamu disetiap langkahmu..

''Dan janganlah kamu(merasa) lemah,dan jangan pula bersedih hati,kerana kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman..(al imran:139)

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping