Saturday, March 26, 2011

citer kucing yg tk de

Sedih jugak eah bila tibanya kucing kesayangan hilang/sakit pas2mati 'bertambahlah sayang kita kat kucing kisah dan cerita yang aku ingin kongsikan bersama kucing2 peliharaan aku yang aku sayangi yang telah pergi meninggalkan kenangan buat selama-lamanya pada aku


Kucing jantan aku 'Tam' selalu bermanja dengan aku.selalu perkatan yang dia sebut 'khaan~' semasa gambar diatas diambil pun dia sebut 'khaan'`sebabnya tam hanya tahu nak makan saja,kejap2 makan,memang tam suka makan.

tam suka makan nasi yang di gaul dengan lauk ikan masin/ikan kering,ikan haruan goreng pun tam suka makan dah mati sebelum 'Tom Bet' tak tahu kenapa leher tam membengkak sebelum dia mati.

Tom Bet kucing jantan yang suka tidur atas kaki kipas angin (berpusing) walupun sedang di gunakan.Tom Bet mati pada tahun 2005 yang 6 tahun yang lalu akibat jangkitan virus jangkit kucing.kasut-kasut aku jugak jd tempat tido.Sebelum sehari Tom Bet mati aku bawa pergi klinik haiwan then malam tu bagi dia keluar,ingatkan kot2 dia nak berak.Selepas itu hujan lebat plak,aku tanya mak aku "Tom Bet dah balik ke blom masuk rumah lagikah?"Hujan turun dengan lebatnya aku buka pintu panggil Tom Bet tak ada sehinggalah keesokan harinya selepas mak aku buka pintu selepas solat subuh, mak aku bukak pintu dapur terlihat Tom Bet tersepuk pada lantai mak aku memanggil namanya Tom Bet sahut kucing aku Tom Bet 'hrmmm' dengan sayu badanya basah kuyup mak aku panggil aku tengok Tom Bet selas itu lap badan dia bagi dia tidur,tghari itu Tom Bet mati.

Merah abang kepada kucing aku janggout mati sakit cirit birit lumpuh seluruh badan.sebelum beberapa bulan merah mati badanya susut terok kurus tak lalu makan.

Kucing jantan aku Janggut mak aku yang bagi nama sebab bawah dagunya ada warna hitam macam janggut anak kucing jiran aku ibunya nama Jumi jiran aku dah buang sebab nak beranak kucing terbuang sayang aku mbik bela.Si janggut suka merayau merayap selalu jumpa berjauhan dengan rumah, bila dia letih berjalan balik makan tido.

21hb November 2006 pagi aku di kejutkan oleh mak kebiasaanya mak tak pernah mengejutkan aku,terkejut bila menyatakan aku sudah gelabah,kucing aku janggut dah mati tak tahu kena langgar atau tidak sebab dia di tepi atas jalan raya.Pandangan aku teralih ketika saat dia memanggul meminta makan nak makan aku menangisi nasib ajal janggut (dowh) namun aku percaya pada qada dan qadar.

aku ingat lagi pagi tu aku tercengang dari bangun tidur bila mak aku cakap kucing Merah sudah mati,aku seperti terpukau melihat kesayangan aku seketika.Tidak di duga semuanya berlaku seminggu selpas aku bawa pergi klinik haiwan doktor cakap suhu badan Merah sejuk 35c kalau normal 38c dan sel darah merah dia bercambah dari sel darah putih setelah diambilnya darah dekat hujung telingga merah dan di periksa di mikroskop.umur merah lebih kurang 5 tahun kata doktor lihat di rahang giginya.

Asalnya kucing Merah ni namanya Jinak jiran aku yang tinggal di Negeri Sembilan mereka pun tak tahu kucing ni datang nya dari mana tinggal di rumah mereka jadi susah la sikit sebab tinggal rumah taman.Pernah dulu dia sakit nak beranak anaknya 2 ekor mati dalam perut dan ada ketumbuhan didalam perutnya lalu di bedah dan di buang anaknya dan di kasi tak boleh beranak lagi.Selepas itu mereka bawa pulang ke kampung Jiran aku bela tapi selepas itu mereka nak buang kat pasar.habis mak aku pun ambil bela dari dibuang sebab kucing tu baka parsi,Memang sudah beberapa kali bawa dia ke klinik berubat selalunya dia aktif,sihat selepas pergi. lari sana lari sini sampai mak aku pergi ke kedai pun dia ikut sama.semenjak dia tak beberapa sihat tak lalu makan dan tidak larat lagi hanya bergantung pada ubat antibiotik,vitamin,dan ubat tahan sakit, hampir 2 tahun aku dan mak aku bela.
Pagi jumaat 1 Muharam pada tahun 2009 kucing ini mati aku sedih sebab semasa aku tengah solat aku lihat merah jilat bulunya dan selepas itu dia muntah,aku selalu berdoa tp doa agar dia kembali sihat tidak di makbulkan,tuhan lebih menyanyanginya segalanya tidak pernah sama aku lupa pada sangkar ingatan aku yang mana aku sayang selalunya pergi begitu saja.kucing yang tak nak di bela pula hidup melekat kat rumah aku,inilah cerita sebenarnya kepada kucing yang mak aku beri nama merah.


Sebulan selepas itu Ungai kucing jantan aku pula mati.kucing ni kucing siam.matanya berwarna biru kucing ni pun mak aku bawa balik dari orang nak buang.sayangnya kucing peliharaan aku bila sudah beralih umur mati.satu tabiat kucing ni suka kencing kat merata-rata tempat.

kucing jantan aku namanya Montel suka tidur merata tempat gemar tarik baju yang di sidai,tali,wayer tel rumah,yang tak syoknya dah hilang pada hari raya kedua.umur baru 5 bulan.entala kemana dia pergi pun tak tahu sebab dia masih kecil umur tak sampai setahun manja dengan orang.

Kucing aku Puteh ni jantan garang tak boleh didekati sesiapa kecuali mak aku dengan aku pun ada masanya saja iaitu semasa dia tidur pernah satu hari aku nak pegang dia gigit tangan aku kucing ni hilang tak tahu di mana.

Sayang aku teringat kat kucing2 aku semua winduuu kat mereka sumer.

2 comments:

Dlaila said...

Kalau kucin saye die sekarang macam tk larat berjalan pastu suke meggeliat sket pastu die nk makan saye dh kasi tapi minum tk pasti lah.. Tadi kasi macan tk nk pastu saye bukak mulut die sket kt tepi tepi gigi tu macam ade kesan darah tapi tk pasti darah ke ape

So.. Tolong sangat sangat sila lah bals tengok die kesian die.. ������

akmal said...

mulutnya bau busukan kucing hilang selera makan cepat bawa ke veterinar
mungkin gusinya sakit perlu rawat ubat usler dan berikan vitamin

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping