Saturday, September 19, 2015

latar belakang aku..

Tiada apa yang menarik untuk aku ceritakan di sini ialah tentang aku,mengenai aku. Habislaa aku dah buka cerita kisah hidup aku kali ini,kepada pembaca yang ingin tahu lebih lanjut mengenai aku bacalah entry neyh..eah

Aku di besarkan oleh emak aku hingga umur aku 9 tahun,dalam darjah 3 aku tinggal dengan keluarga makdak dan pakcik aku sampai umur aku 12 tahun di kajang Selangor,kemudian aku di masukan di sekolah asrama di Kuala Terengganu sampai umur aku pertengahan 14 tahun aku balik dan urus sendiri untuk bersekolah di kampung tinggal dengan mak.

Form 4 aku aku bersekolah di sekolah vokasional selama 4 bulan oleh kerana tiada siapa yang membimbing aku tersilap memilh jurusan yang aku minat Kejurruteraan Bangunan dan aku sudahpun mempunyai motosikal aku yang pertama iaitu Suzuki RG Sport dan aku balik semula ke sekolah menengah biasa semula.Selepas kemalangan form 5 aku tinggal dengan makdak dan pakcik aku di Taiping Perak dan aku bersekolah dan menduduki peperiksaan SPM sebagai calon menumpang.

Selepas tamat form 5 aku masuk Intitiut swasta Inforbyte Training Center di taiping belajar komputer.umur aku 18 tahun aku balik dan tinggal dengan mak di kampung dan kerap pula aku jatuh motor dan aku jual motosikal pertama aku dan selepastu aku beli motosikal Yamaha SS Two masa umur aku 19 tahun aku jual semula kerana tidak sedap hati kemudian aku di masukan di Hospital Swasta Wad pesakit Jiwa Hospital Lam Wah Ee di penang pada tahun 1999 selama sebulan.

Tahun 2001 aku beli motosikal Modenas Kriss Two 110 sampai sekarang. Tahun 2002 mak aku di berhentikan kerja kerana cukup umur bersara 55 tahun.masa tu mak aku banyak duit tapi aku tidak tahu,aku ingatkan sudah tiada lagi sudah habis dan aku sambung belajar SKM,MLVK level 3 di Alpine Campus,Alpine Realince New Horizon Computer learning Center di Prai dan Bayan Baru Penang sampai tahun 2005.

Tahun 2005 kewangan mak aku berkurangan dan aku masih menerima rawatan di Hospital swasta ambil ubat sampai tahun 2010 aku terpaksa memohon di tukarkan di Hospital kerajaan.dan doktor hospital kerajaan sarankan aku membuat permohonan OKU dan sekarang aku sudahpun mempunyai kad OKU yang sah.Syukurlah bantuan OKU dari JKM yang aku terima dapat meringankan beban aku di samping bantuan kepada mak aku berserta Zakat,tidak lupa keluarga Makdak dan Pakcik dan kakak Lili banyak membantu kami anak beranak.

Aku tidak mampu bekerja kerana sakit.makdak aku pun suruh aku buat kerja-kerja rumah saja dan membantu mak di rumah.Sememangnya aku akan tolong mak aku sedaya yang mampu tidak kiralah wang ringgit kalau ada tapi sebaliknya mak aku  setiap hari memarahi aku dan menghalau aku keluar dari rumah katanya aku menyusahkan hidupnya kekadang aku bertanya ? kenapa? apa ni mak?macam mana lagi mak?Aku juga tahu mak keletihan di samping menghidap sakit darah tinggi,kencing manis dan kolestrol.Sebab itulah aku aku membantunya di rumah dan baru-baru ni mak sakit sendi lengan dan kaki dan selalu marahkan aku dan halau aku dari rumah katanya adik beradik semua salahkanya salah mendidik aku,bagi aku dialah emak dialah bapa sudah-sudah aku di salahkan.

Mak selalu mengungkit kisah zaman aku sekolah dulu katanya sudah duduk dengan orang lari balik duduk denganya.sedangkan aku sekarang sudahpun 36 tahun,mungkin mak penat dan selalu berkata kalau mak aku duduk sorang-sorang senang tak payah masak makan apa yang ada makan, ni ada aku katanya menyusahkan.sungguh aku tidak faham selalu aku akan menolong mak setakat yang boleh.sebaliknya mak aku kata aku menyusahkannya mungkin kerana aku tidak berjaya seperti adik beradik yang lain

Aku terkilan apabila bila sudah sakit sebegini adik beradik tidak suka kami anak beranak.Sungguh aku bersedih aruah paklang aku pernah kata aku nak tunjuk samseng aku kat kampung dan aruah tidak mahu dengar apa-apa kisah mengenai aku baik ataupun tak baik malah menyebut nama aku sekalipun aruah tidak mahu dengar sampai aruah meninggal.Terima kasih atas penghinaan itu,hanya aku saja tebalkan muka dan semawa diri berjumpa bersalam denganya bila aruah balik ke kampung.

Sudahlah aku tak tahu nak cerita apa lagi.mak aku menyapa aku tadi aku tengah buat apa?aku cakap aku menulis cerita.mak aku kata cerita aku tak elok.salahkan aku meluahkan apa yang terpendam dalam diri ini.Sampai di sini dahulu cerita aku tak dapat nak ungkapkan lagi di sini kerana air mata aku sudah tidak tertahan lagi mengalir di pipi.sekian wassalam

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping