Monday, May 18, 2015

Aku tidak berharap...

Sebernarnya aku banyak konflik antara aku dan saudara mara termasuk orang.Mak aku selalu kata dekat aku yang mak saudara aku dan sepupu aku tak nak ambil tahu tentang diri aku dan tak mahu nasihat atau tegur aku lagi dah sebab berkali-kali nasihat aku suruh bekerja.aku juga sedar dan tahu mereka fikirkan tentang masa depan aku kelak tapi ketahuilah aku bukan seperti orang lain normal mungkin adakalanya fikiran aku jadi kurang waras walaupun itu dan ini semua aku boleh buat hakikatnya aku lemah tiada upaya sebab berkali-kali aku dapat kerja tapi aku gagal bertahan

logiknya hari-hari aku makan ubat,aku juga tidak menafikan keinginan aku untuk bekerja tapi tapi keadaan aku dirumah berbeza daripada orang lain di luar sana kalau di bandingkan dengan orang sememangnya aku sakit.bila diri aku menerima rawatan serta makan ubat hospital tatkala aku nampak macam tidak sakit.tapi lain pula kata mereka kalau dah tahu sakit buat cara sakit.ya adakalanya aku selama ini aku berubat adakah aku tak bolehkah aku sembuh.

Orang sudah mula kata padan dengan muka aku dengan apa yang berlaku dekat aku tanpa rasa simpati kerana aku dan mereka dahulu pernah terjadi seteru dengan semua orang.Bagi aku tak ada yang ambil kisah malah ada yang tidak bercakap langsung dengan aku kekadang aku rasa seperti langsung buat aku seperti tiada harga diri.

Bila tiba masa aku tak dapat kawal kemarahan dengan mak aku misalnya terjadi buat aku sakit.aku tak mampu memberi kepercayaan kepada mak aku pula langsung tidak yakin akan diri aku.Bersamanya selalu hanya membuahkan pertelingkahan.aku sendiri tertanya apa ini mak?bergaduh pagi petang ,siang malam apanya? mak aku yang sebut itu.

Kasih sayang kekadang hilang timbul perasaan tertekan mak aku katanya sudah tidak ada hati dekat aku lagi selalu dan setiap hari mak aku halau aku tapi aku tetap duduk di rumah kata mak aku "hang pi melingkup pi..tak balik pun tak apa...tak ada aku senang hidup adanya aku menyusahkan dari kecil sampai besar." Aku bingung dengan kata-kata yang selalu diperkatakan oleh mak aku apa yang harus aku ikutkan lagi kena cakap mak aku.

Biasanya apa yang boleh aku tolong aku buat,apa yang mak aku suruh aku buat apabila mak aku ada masalah aku akan cuba selesaikan sedaya mampu tapi hubungan kami tidak begitu erat apabila mak aku mengangap aku anak yang tidak berguna katanya susah dan seksa menjaga aku sebagai seorang anak dari kecil sampai dewasa adakalanya mak aku merencanakan kata-kata abah aku yang tidak mahu anak (aku) katanya suatu hari hidup mak aku susah.

Sejauh mana mak aku berangapan kata-kata abah aku benar dan bersedih kerana perkara itu kembali kepada mak aku.cuma mak aku dulu mahu membela aku sebab mak aku ingatkan bukanya ramai cuma aku seorang sahaja anak tunggal manalah tahu suatu hari mak aku mengharapkan aku dapat menjaganya pula.Seru itu aku mengaku ya ia benar.

memang sudah menjadi resam kehidupan impian mak aku setakat terdaya dan selagi mak aku masih hidup memang aku melakukannya untuk mak tidak jauh dan dekat kasih sayang aku padanya.Aku juga tahu mak aku terkilan bila di bandingkan aku dengan anak orang lain.Tolonglah terima hakikat hidup ini walaupun tak seindah orang lain tapi sempurna baginya.

Harus bagaimanakah lagi jika aku tersingkir dan tengelam dari orang pun aku tahu pudarnya aku nyata tiada berwarna,aku pun tahu orang juga ada keluarga,anak cucu,aku pun tak harapkan atau sanggup hidup dengan mereka.fahamilah diriku seadanya.cukuplah di sini dulu titian kecewa dari noktah rahsia aku.wallahualam

Mak,

Putihnya karang tak seputih cintamu
Hangatnya Mentari tak sehangat sayangmu,
Lembutnya sutra tak selembut belaianmu

Mak,

Setiap nafas yang terbuang
Setiap waktu tersisa,
Dan setiap doa yang ku panjatkan
Aku ingin melihatmu bahagia
Tersenyum lepas seperti burung yang bisa terbang

Mak yang terbaik buat hidup Aku dan Dunia

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping