Thursday, November 27, 2014

Kisah dari aku..

Sangat memenatkan dan mengharukan bila aku fikir mula dengan hari yang mendatang. Perkara tu bukannya perkara sulit hak milik kerajaan ke apa.Buat masa ni, Alhamdulillah, keadaan orang yang aku maksudkan sudah mula stabil setelah bermacam ikhtiar aku lakukan.stop!

Setiap daripada kita tentu pernah berhadapan dengan situasi paling menyedihkan dalam hidup. Macam-macam perkara sedih yang mungkin mampu aku himpun. antaranya barangkali. atau mungkin ribuan sebab lagi yg mampu menyebabkan tercetusnya rasa sedih dlm diri aku.

Cuba tanya diri korang, apakah yg paling menyedihkan hidup korang..Ada? Mungkin ada kan? Pada aku....ada beberapa perkara yang mampu menyebabkan jiwaku akan terseret pada rasa sedih dan pilu yang amat. Antaranya bila dihina oleh orang yang paling kita hormati! Pada ketika itu, Allah sajalah yg maha mengetahui betapa sedih dan pilunya hati ini. Ini krn mungkin aku langsung tidak menjangkakan berlakunya hal yang sedemikian. Bila dihina oleh orang yang aku sayang atau paling kita hormati ini, seolah2 jiwa kita seperti terlalu kerdil. Jiwa seakan mati!

Perkara kedua yang mampu mencetuskan rasa sedih yang amat sangat adalah bila mana, aku kehilangan kepercayaan daripada orang yg paling aku sayang. Semua orang tahukan betapa besarnya peranan sebuah kepercayaan dalam kehidupan, baik dalam sebuah ikatan, sebuah perhubungan dan organisasi dan sebagainya. Kepercayaan itu akan mampu mengikat aku untuk teguh bersama. Namun cuba bayangkan bila kepercayaan itu tiba2 hilang! Apa lagi yang ada??? Sedih bukan??Sepatutnya berlaku,Org yang aku sayang akan support kita dalam apa jua keadaan."Orang yang aku sayang,tak semestinya dia sayangkan aku"Jadi,aku Sayangilah org yang sayangkan aku

aku ingin bercerita tentang kisah sebenar aku hina dari pandangan orang,just wanna to tell all about my self more deeply.sejak aku di lahirkan tidak di sukai oleh ahli keluarga kerana perkahwinan ibu bapa aku tidak direstui oleh keluarga dan nenek aku malahan pula bapa aku pula menipu mak aku yang dia belum berkahwin selepas berkahwin barulah mak aku dapat tahu yang bapa aku sudah berkahwin.dan mak aku berpisah dengan abah aku. sebenarnya aku ada abang kandung yang bernama Rizal malangnya meninggal semasa bayi dan di kuburkan di kubang pasu Taiping,selepas aku di lahirkan di kuala lumpur mak aku bawa aku pulang dan tinggal di kampung.nenek aku tak suka bawa balik tinggal di kampung apakan daya masa itu nenek aku masih ada dan mengasuh aku dari kecil bila mak aku bekerja untuk meyara kehidupan kami anak beranak.

tahun 1983 nenek aku pergi ke mekah bagi menunaikan haji dan jatuh sakit lalu di bawa pulang dan pergi buat selama-lamyanya meninggal di Hospital Pulau Pinang.jadi yang tinggal di rumah hanya aku dan emak walaupun ada rumah sebelah rumah maklong aku,mak aku upah orang mengasuh aku bila mak aku ke tempat kerja.kadang kadang maklong aku tolong tengokan aku.dari tadika hinggalah ke darjah 3 semasa tu umur aku 10 tahun pakcik dan makdak aku ambil aku bela sebab payah tinggalkan aku di kampung dan aku bersekolah di kajang selangor hinggalah tamat darjah 6 aku nak balik tinggal dengan mak di kampung dari pujukan adik beradik aku dapat terima dan aku masuk asrama sekolah menengah di salah sebuah sekolah yeng termasyur di kuala terengganu.

sampai umur aku 15 tahun aku balik juga belajar di kampung.dan sampai aku umur 17 tahun aku tinggal semula dengan pakcik dan makdak aku di taiping perak sampai umur aku 20 tahun aku sakit dan di masukan di hospital sakit jiwa di penang selepas itu aku menetap di kampung hinggalah sekarang.dulu aku bekerja dan sambung belajar di salah sebuah IPTA di Penang semasa umur aku 25 tahun hingga umur aku 27 tahun aku pun tamat belajar dan bekerja akan tetapi pekerjaan aku semuanya tidak tetap.sebenarnya aku telah banyak berjaya dalam kehidupan tapi aku telah matikan kehidupan aku sendiri.

Adik beradik semuanya suruh aku bekerja tapi aku tidak berdaya lagi sebab aku makan ubat.Dalam keluaraga sebelah ibu aku semuanya berjaya dan baik-baik belaka malah dekat aku seorang jadi begini, tapi dalam keluarga abah aku ada yang sakit seperti aku.aku tidak rapat dan akrab dengan keluarga sebelah abah sebab lama2 sekali baju jumpa aku yang aku rapat adalah keluarga sebelah mak,bila aku buka mulut mengenai abah mak aku tak mahu dengar apa langsung, jadi aku benih yang tidak beberapa baik.semua adik beradik tidak begitu baik dengan kami.bukanya aku nak buka pekung aku sendiri tapi dah memang kenyataan,Aruah Paklang aku abang kepada mak aku dari dia hidup hinggalah ke akhir hayatnya tidak mahu mendengar apapun cerita tentang aku baik elok pun tak mahu dengar tak baik tak elok pun dia tak mahu dengar sampai dia meninggal sampai macam tu sekali.sedih dan terkilan sebab aku seolah tak berharga macam tak ada harga diri.

Di rumah aku selalu bertekak dengan mak aku kerana tidak sama pendapat kadang kadang aku sendiri tak tahu apakah puncanya tapi mak aku kata aku berkelahi denganya dan aku sendiri tertanya apa ni adakah aku berkelahi apa mak,bila perkara dirangcang keesokanya akan jadi lain dari di rancang mak selalu beleter kat aku apa saja aku buat dan selalu menyuruh aku keluar dari rumah dan katanya tak sanggup lagi membela aku selalu dia cakap "hang p melingkup pi mana pun."katanya mak aku betul2 dah tak ada hati dan tak suka dah dekat aku.kadang kadang kami baik pula ntahlah dalam hati aku akan terima yang baik-baik sahaja yang buruk tak elok atau salah dan silap aku tolak ketepi... sudahlah aku tak tahu nak cerita macam mana nak buat macam mana, aku tahu dia penat lagi pula mak aku tengok anak orang berlainan dari diri aku dan bagaimana aku nak cerita aku katup dulu biarlah rahsia dulu setakat ni

sekian dulu buat pengenalan my life history aku buat semua  harap semua orang success dalam kehidupan masing-masing dalam menjadi insan yang berguna jangan bila dah baca ni harap takadalah orang yang sombong dengan aku pula eah..Guest what? aku maksudkan di sini aku selalu risau sangat ttg. hari yang mendatang kelak daripada tak ada apa-apa nak buat aku bercerita dekat blog nih saja2 nak senangkan hati

aku pun skrg sdg bersedih,,kerna atas kata-kata  yg xsepatutnya dikatakan,,Terasa diri ini macam xbermakna dan mmg tidak rasa diri ini disayangi,,,skrg fikiran aku dh rase ,,itulah dugaan yg nk kena lalui dan sbg hamba ALLAH bersabar saja,,Hanya Tuhan je yg tau hati ini,,

p/s: Maaf kalau ada ayat-ayat dalam entri ini yang merobek mengoyak menikam membinasakan melukakan hati mana-mana pihak. Super annoying. Minta maaf, salam.

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping