Friday, April 12, 2019

Salam Jumaat Syaaban


Salam jumaat hari ini aku ke masjid menunaikan solat Jumaat Tajuk kutbah Jumaat hari ini Muhasabah diri di bulan Syaaban sedikit info di petik dari al-kitab bulan syaaban yang boleh aku ceritakan ialah Syaaban membawa maksud berpecah-pecah.Ada orang yang berpendapat,ini kerana pada ketika itu bangsa Quraisy terpaksa berpecah pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir.Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Tahukah kamu sekelian megapa di namakan dengan bulan Syaaban?"Para sahabat menjawab,"Allah dan Rasulnya lebih mengetahui"Rasulullah s.a.w menjawab, " kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali" (Di petik dari kitab Raudatul Ulama)

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allahserta memperbaiki diri segala macam cela.Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

"keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain,Sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makluknya

Nisfu syaaban

di dalam bulan Syaaban terdapat satu malam yang penuh rahmat,iaitu Malam Nisfu Syaaban.Pada malam ke - 15 bulan Syaaban ini,doa menjadi mustajab.

puasa sunat di bulan Syaaban

Doa,zikir & Selawat ke atas Rasulullah s.a.w

Bertaubat

Oleh itu,di harap agar kita dapat bersama-sama memperbanyakan amalan yang baik ini di bulan syaaban.Banyak fadhilat dan kelebihan yang di janjikan oleh Allah kepada kita ,InsyAllah.

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping