Wednesday, October 21, 2015

Daily kucing ku kusya

2 November 2012 - kusya di lahirkan

5 March 2013 - Aku Bawa kusya cucuk ubat vaksin sampai tahun 2013,Tahun ini 2015 sudah tidak bawa cucuk ubat vaksin kecuali sakit bawa pergi berubat.

Bermula dari tahun 2015

31 Januari 2015 - Aku bagi kusya dan kusyi mandi.Isang dan Rona mak bagi mandi

7 Januari 2015 - Aku buat Simen lantai Dapur

8 Januari 2015 - Rona Beranak Ziera

9 Januari 2015 - Kusya keluar rumah tak balik sebab Rona beranak sampai 24 May 2015

24 May 2015 - Kusya Balik sudah 4 bulan kusya tak balik rumah dan aku bagi mandi kusya

25 May 2015 - kusya keluar tak balik sampai 6 Ogos 2015

6 Ogos 2015 - Petang kusya Balik rumah sudah 3 bulan kusya tidak balik, selepas makan tidur

7 Ogos 2015 - Beli ubat sapu gatal dermanol dan syampoo ubat gatal kuarap/miang dengan makanan kucing semua RM 112.40 balik sapu ubat gatal kurap dekat kepala kusya dan Jira

8 Ogos 2015 - Bagi mandi Kusya dan Isang

10 Ogos 2015 - Bawa kusya pergi Veterinar cucuk ubat demam dan ubat gatal kurap.Doktor bagi ubat antibiotik .Semenjak kusya balik dia semakin sihat dan banyak tidur

11 Ogos 2015 - Aku cuci kepala,telingga kusya dengan air suam,kurap dan bintik-bintik tertanggal kusya semakin baik tiada kurap lagi di kepala dan telingga.sapu ubat dekat jira sama.Petang kusya nak keluar rumah tapi mak tak bagi takut kusya tak balik lagi.kusya pun baru pulih sakit jadi aku kurung di dalam sangkar letak di luar sambil di teman aku tunggu sambil duduk di kerusi di belakang rumah jam 6.30 bawa masuk ke dalam rumah.

22 Ogos 2015 Bagi mandi kusya dan rona dengan syampoo ubat gatal/miang.Sudah 17 hari kusya di rumah

6 September kusya jadi takut- takut lari bila dengar kapal terbang, Jet pejuang,helikopter,bunyi guruh kilat dan volume TV yang kuat. lari sembunyi di bawah kerusi,almari di dalam bilik aku dan di dapur.kerap tidur di dalam bilik aku.

11 September 2015 - Kusya luka di lutut kaki badanya panas aku spray ubat luka dan beri ubat demam. sekejap sakit sekejap baik kekadang macam demam kura-kura tapi sensitif jadi taku-takut sekejap ekornya cempung-cempung.

21 September 2015 - Masih sama keadaan kusya takut-takut.sekejap demam sekejap baik

28 September 2015 - Petang kusya berak di bawah katil di dalam bilik aku marah nak tumbuk kusya di belakang almari tapi tak sampai di celah dinding dan almari.Selepas dia turun aku sepak oarang utara kata (tanjai) paha kusya terlangar kaki mesin parut kelapa.

4 Oktober 2015 - Petang ahad aku bermanjakan dengan kusya peluk,dakap dan bercakap denganya sambil usap-usap kepala dan badan dengan bercakap denganya 30 minit aku meriba kusya atas pangkuan aku.kemudian aku letak di bawah dia lari keluar rumah dengan kuat di luar.entah kemana kusya pergi malam tu sampai sehari tidak balik sehari selepas tu 6 oktober kusya balik.

6 Oktober 2015 - jam 2.30 am, aku panggil kusya dan buka pintu dapur dan pintu hadapan kusya ada di depan rumah aku bagi masuk dan beri makan nampak kusya macam biasa saja.

12 Oktober 2015 - Kusya  sakit telur belakang punggungnya berair tapi bila di fikirkan sebelum ni kusya sakitnya tak menentu kejap sihat sekejap sakit.Kakinya nak garu telingga tak boleh berjalan nak rebah.mungkin sakit usus berair.Isang pula takut dan agak nakal,Ziera semakin sihat dan happy luka di telingganya jira sudah baik.

13 Oktober 2015 - Aku bawa kusya ke veterinar.doktor bagi ubat demam,ubat dan vitamin 3.30 pm bagi kusya makan ubat.

18 Oktober 2015 - selalu bagi kusya makan ubat dan bagi minum air kelapa.mak lap kusya.

19 Oktober 2015 - Kusya sudah tidak mahu makan sampai ke hari ini,mak lap badan kusya.

21 Oktober 2015 - Bagi kusya pokok kucing galak nak bagi dia berselera untuk makan.petang mak bagi kusya minum susu,mak lap badan kusya.aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi kusya sakit.aku pun rasa bersedih hati.


sumber:-
 semua mengenai kucing peliharaan aku dari tahun 2011 aku rekodkan di dalam buku ini sebagai rujukan.Dan sekarang kusya umurnya 3 tahun 11 bulan 20 hari.Harapan aku kusya cepat sembuh.

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping