Friday, May 21, 2021

Melawat mak lagi

Pagi tadi jam 8.40 am pergi melawat mak tidak di benarkan masuk melawat kirim bedak ruam,dan sebotol air mineral

Balik doctor telefon mungkin 2/3 hari mak di benarkan balik di rumah sekiranya mak beransur sihat dan perlu hadir rawatan selanjutnya boleh di benarkan masuk melawat jam 12 tghari saya tanyakan keadaan mak bagaimana sudah makan ka belum.misi cakap sudah jamah sedikit makanan.

Jam 2 PM  pergi melawat belikan kuih bakery,makanan bubur,dan air jus fresh orange jumpa mak nyenyak tidur saya kejutkan perlahan lahan dan mak sedar saya lapkan mata mulut dan muka mak.saya merayu dengan penuh ikhlas niat di hati agar mak janganlah jauh hati dari saya anak kandung mak yang mak lahirkan dan mak jaga saya beri saya makan dan minum dapat saya tengok dunia dan kenal kehidupan di dunia.mak janganlah tinggalkan man man juga tiada siapa yang man paling sayangkan di dalam dunia ini tanpa mak man juga tentu belum pasti dapat berdiri atas kaki sendiri.man amat perlukan mak dalam hidup man kewangan man juga pek tikam pek dengan mak bila man kekurangan mak lah seorang yang tolong man berikan duit belanja.man yang bodoh mak biarlah man bodoh sebodoh bodohnya man nak jaga mak sepenuh hati man sampai mak sembuh.saya sedekah kan bubur moi Ayam dan kuih bakery dekat makcik di sebelah katil mak saya . Makcik di sebelah katil mak saya di benarkan pulang anak menantu datang menjemput makcik di sebelah katil mak.

Mak cakap tak lalu makan bubur MOI mak nak makan nasi dengan ikan goreng aku turun semula belikan mak nasi dan ikan goreng dan sayur serta kuah kari ikan.

Misi tidak benarkan mak makan nasi atau lauk ikan/ayam

Saya nak suapkan bubur mak tak mahu
Hanya minum air fresh orange sedikit.mak cakap suruh saya ambil cuti.hal ini telah di beritathu kepada majikan tak apa jaga mak lebih penting.

Misi cakap petang nanti datang lagi untuk belajar cara tukar lampin mak

Jam 4.20 PM saya ke hospital lagi di beri kebenaran melawat mak

Lega sedikit hati saya keadaan mak nampak segar sedikit suara mak seperti sedia kala cuma angota badan mak tidak beberapa kuat.

Saya suap kan mak bubur dan saya bawakan air kotak teh bunga kekwa
Mak jamah beberapa suap dan minum air teh bunga kekwa

Saya belajar dari misi cara tukar pakai lampin dan lap angota badan mak sambil memujuk mak dan mengusap usap badan mak dan sapu bedak dekat mak.saya dan mak banyak bercakap sambil memujuk hati mak man bukan macam perangai seorang lelaki macam abah dan mcm mcm lagi.

Saya tinggal kan satu tin coffee tarik yang saya belikan di kedai di bahagian bawah manalah tahu mak terasa ingin kan minum coffee.

Inilah keseronokan saya dan mak pok pek pok pek petang tadi apabila mak beransur sihat petang tadi.masa ni baru lepas tukar lampin lap badan dan sejurus sapu bedak ruam mak perlu berehat banyak banyak.

6.10pm saya beradar pulang di tempat parking motosikal saya sedekahkan Nasi lemak Ayam berempah dan Air kopi pada Abg guard yang menjaga parking motosikal.tanda saya berterima kasih dan bersyukur mak nampak nya suara  pertuturan cakap mak seperti biasa segar sedikit di petang hari ini dan saya rasakan abg guard sama sama cari makan jadi security macam saya juga bekerja sebagai security bertugas cari makan.



Mak I love you so much 








No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping