Citer ini cuma untuk membuat aku senang melelapkan mata. Kerana yang terbuku dalam dada aku ini seperti ingin pecah. Aku payah tidur. how about caranya untuk memilih kata yang tepat.Aku sering bimbang melihat orang lain begini tapi lebih bimbang melihat diri aku sendiri dalam keadaan begini. Aku tidak risau apa-apa kecuali beberapa perkara.
Kerisauan pertama :
MASA. Semuanya kerana masa. Kerana Aku tidak sedar yang aku sudah berumur!! Sewaktu teman-teman seangkatan saya sudah punya kerjaya yang bagus-bagus, dan ramai yang berumah tangga, sudah punya anak, atau sudah berada keseimbangan dalam kehidupan sedangkan aku masih mencari rentak untuk kedudukan selesa.
Kerisauan kedua :
KEWANGAN. Berkait dengan umur, dalam meniti usia sebegini sebetulnya saya masih belum punya apa-apa. Andaikata aku kandas dalam hidup lebih parah aduh! Sakit.Aku bingung nih!!!!!!
Kerisauan ketiga :
EMAK. Sebetulnya aku perlu memikirkan juga. Sekarang ni steady??Entah bila aku dapat balas jasa emak aku, Adakah Mak aku bela aku sampai aku sudah tak tahu bila-bila masa? Atau aku terpaksa berjaya dulu dalam hidup atau kerjaya? Atau aku terpaksa membina langkah dari 0-0 dengan kehidupan aku kerana aku susah nak berdiri atas kaki sendiri
Sekali lagi aku mahu berlari meninggalkan masalah dan masuk ke rumah waktu semangat. Supaya aku dapat mengekang masa dan mengubah segala-galanya menjadi lebih mudah diselesaikan. Sebenarnya tiada apa-apa. Mungkin sekadar terdera dengan persekitaran yang begini, atau berpengaruh... lol (aku tiada konklusi untuk ini. Jadi aku terpaksa menitik noktahkan entri ini begitu saja. Anda sudah memikirkan masa depan anda? Usah biarkan diri anda diselubungi Kerisauannnn...........)