Showing posts with label Pendekar. Show all posts
Showing posts with label Pendekar. Show all posts

Tuesday, March 3, 2020

Karamah Melayu





Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat beristeri empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa silatnya gempar,
Amuk Melayu bumi bergegar.

Bangsa Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Umat Melayu jihad sabilillah!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Seantero dunia kesultanan hebat,
Tujuh penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat.

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beramanat,
Buat dakwah di bumi berkat,
Diakhir masa ramai wali hebat.

Bangsa Melayu terasnya hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) memberi amanat,
Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu penuh santunan,
Agama dijunjung zaman berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah barakah jadi laziman.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
Wa’ad Melayu jangan disanggah,
Sanggah waad menjemput tulah.

Tanah Melayu pernah tersurat,
Raja rakyat saling muafakat,
Alim ulama dijunjung hormat,
Bumi bertuah terbilang sejagat.

Bumi Melayu penuh berkat,
Tempat tumpuan ulama sejagat,
Madrasah pondok merata tempat,
Menjana insan unggul berhikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriyyat Nabi (saw) sudah tersurat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Baginda penuh karamat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah mana menghilang,
Kesultanan tradisi masih ditatang.

Melayu pernah berilmu budaya,
Dari llahi satu kurnia,
Manuskrip tersebar serata sedunia,
Menyimpan khazanah Melayu tua.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka  indah madahnya,
Pertukangan sulaman tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah turun semua.

Orang Melayu usahlah alpa,
Warisan leluhur bukan sehari dua,
Pusaka Melayu 6 kurun lamanya,
Jadi kebanggaan anak bangsanya.

Orang Melayu usahlah goyah,
Propaganda musuh jangan melatah,
Ungkapan’Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh mencabar maruah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar musuh keparat,
Propaganda keji dibuat-buat,
Maruah Melayu disiat-siat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Sudah wujud sekurun dua nan lalu,
Serangan penjajah bertalu-talu,
Tradisi dijarah tiadalah malu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang agama disanggah,
Akhirnya Melayu ditimpa  tulah.

Sekian lama Melayu disasarkan,
Sejarah jatidiri diserang-serang,
Musuh luar dan dari dalaman,
Mungkin tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkin tersirat sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingat pesanan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat
Baka Melayu penuh hakikat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umara-ulama kunci terletak.

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berilmu, bertariqat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya,
“Takkan Melayu Hilang di Dunia!!”


Keris berdarjat 13 lok,
Buat pakaian panglima berjanggut,
Sarang tebuan jangan dijolok,
Harimau tidur jangan dikejut.

Tuesday, May 8, 2018

Riwayat Persilatan yg aku tejemah

Secara jujurnya Moral Of Story Cerita dan benarnya aku hanya hidu copy paste kat blog aku sahaja not in personal dalam cerita persilatan ini,mungkin ada yang menyangka aku semua bolot cerita silat yang aku kumpul adalah salah satu rujukan yang tinggal di pedalaman kampung aku,Secara turun temurun,mereka tinggal adalah saudara-mara dan adik beradik terdekat Kabu otakku bukan nak berlumba-lumba cerita. Bagi mereka, daerah ini diangggap sebagai tanah warisan leluhur dan mereka menyebutnya,  terbagi menjadi kelompok-kelompok yang sangsi dengan aku walaupun aku sebenarnya bukan orang  Luar.  hidup dan menetap di desa di Pekan Darat Sementara antara yang terlibat Dalam tinggal hanya di  Benteng bagi mereka yang rasa hebat. yelahkan semua punya citarasa masing-masing dan Benteng inilah,salah faham inilah atau khilaf masyarakat  Dalam dan Luar melaksanakan segala aktifitasnya yang masih terkait dengan adat istiadat persilatan seni tradisi masalah bagi aku sebagai pencerita dengan tata rakyat bermacam tomahan dan di pukul canang bagi mengangkat martabat budaya bangsa melayu yang kian tengelam timbul hampir pupus di kalangan anak muda masa kini.

CIKGU JANTAN ANAK BAHAMAN



Mat Lela (meninggal pada usia 137 thn pada 1998) dan Mat Husin (Cikgu Jantan) berkain.

Pada 1837, Tuanku Imam Noh iaitu Orang Besar Bengkinang,Kampar Kanan,Sumatera telah membawa diri ke Tanah Melayu kerana konflik dengan beberapa Orang Besar disitu.Tuanku Imam Noh menuju ke Pahang melalui Linggi,Pedas,Kuala Pilah,Sri Menanti dan Jelebu hingga ke Sungai Semantan. Di Kampung Rantau Panjang, Tuanku Imam Noh diperkenalkan kepada Tok Setia Perkasa Semantan Abdul Rahman. Diberikan anak nya Rokiah sebagai isteri Tuanku Imam Noh kerana berkenan dengan tingkahlaku. Tok Setia adalah anak Monjok,Orang Besar Bugis dari Selebes yang berhijrah ke Tanah Melayu kerana tekanan Belanda.

Isteri Tuanku Imam Noh, Rokiah atau lebih dikenali Tok Rik telah didatangi mimpi yang memberi alamat anak nya Bahaman adalah bertuah dan perlu diserahkan kepada Sultan.

Datuk Bahaman
Ketika berusia 9 tahun, Bahaman diserahkan kepada Bendahari Ali (1806-1847) untuk tinggal di istana. Bahaman bersahabat karib dengan Putera Sultan, Wan Ahmad yang dua tahun lebih tua. Melihat kedua-dua begitu akrab, Bendahara Ali telah meludah dalam mulut Wan Ahmad dan memerintah nya supaya jangan bercerai dengan Bahaman. Bendahara Ali menghantar Bahaman mempelajari ilmu dunia dan akhirat. Bahaman bertapa di Bukit Bongkok,Hulu Teris,Jambu Rias,Bukit Hulu Sungai Jeralis dan Semantan untuk menuntut ilmu Pendekar. Cerita lisan turun temurun yang masyhur tentang Bahaman ialah beliau dapat mengerat keting gajah.

Bahaman dijodohkan oleh Wan Ahmad dengan Cik Mukut,anak Cina Taicu yang menjadi anak angkat Bendahara Ali. Bersama Cik Mukut beliau mendapat 4 orang anak, Tok Muda Idrus, Tok Muda Mat Lela, Siti Hajar dan Matebah. Bersama isteri ke 2, Cik Nik,ada 4 anak,Yang Saadiah,Muhammad,Teh dan Awang Ahmad. Dengan isteri ke 4,Cik Baiyah mendapat Bai'ah, Cik Awang Perang dan Saidah. Isteri ke 5,Yang Burdah anak Tok Setia Lela Kerdau,dikurniakan anak bernama Jantan.. Isteri ke 6, Yang Chik Aman dari Permatang Pasir,Klang iaitu hadiah daripada Tengku Kudin sebagai membalas jasa Bahaman dalam Perang Kelang.

Cikgu Jantan bersama bondanya di sembunyikan dihutan semasa perang Semantan.Semasa muda beliau pernah mudik ke Hulu Tembeling pada 1916 untuk berguru. Walaupun ilmu telah banyak didada tetapi pencarian ilmu amat dititikberatkan. Pernah menuntut Seni Silat Sendeng 2 Beradik. Silat ini bermula dari Paya Kumbuh, Minangkabau yang dikembangkan oleh 2 beradik, Guru Amat dan Guru Che Soh. Guru Amat datang ke Tanah Melayu pada 1891 dan terus menuju ke Kuala Tembeling. Silat ini di wariskan pula kepada Guru Wan Chik.

Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad bersama anak nya Wan Chik dan cucu.

Cikgu Jantan membuka bangsal sendiri di Kampung Paya Jejawi,Bukit Pinang,Kerdau. Secara misteri Cikgu Jantan pernah hilang/ghaib. Ketika berita kehilangan itu tersebar, ada khabar angin mengatakan beliau telah mati dibunuh Bintang Tiga. Ada juga yang menyatakan menemui nya di Trengganu dan ada yang pernah melihat kelibat nya di bumi Pahang sendiri.


Cikgu Jantan selalu nya mengulangi kata-kata ini apabila diajukan soalan:"Dengan Nur Allah Nur Muhammad,tajalli kepada Adam maka bersifatlah Adam,Dia semulajadi dahh!". Dikatakan badan beliau keras. Ilmu nya masa sesak baru datang,kalau saja-saja nak tunjuk,tak menjadi.

Cikgu Jantan hilang/ghaib beberapa kali.Kali terakhir beliau ditemui di Kampung Durian Tawar bersama seorang lelaki tua. Apabila ditanya siapa gerangan lelaki tua itu,jawap nya lelaki tua itu orang tua Jawa. Tetapi yang sebenarnya itu adalah ayah beliau Datuk Bahaman.

Cikgu Zulhisham Bin Abdul Latif






Berita dari http://www.silatcekak.org.my

13 April 2011, Rawang - Zulhisham Bin Abdul Latif, Ketua Pusat Latihan Kuang telah meninggal dunia akibat kemalangan maut. Motorsikal yang beliau tunggang telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM 439.3 berdekatan Hentian Rawang jam 8.00 pagi semasa dalam perjalanan dari Bukit Beruntung.
 
Sumber :  sini

Haji Abdul Mulok bin Sutan Idham


Putera Panglima Lidah Hitam adalah Panglima Alang Laut dan melahirkan Sutan Idham @ Ibrahim. Sutan Idham pula melahirkan Tuan Haji Abdul Mulok yang telah berhijrah ke Cangkat Larang Batu Gajah Perak dan menetap disana sehingga ke akhir hayatnya. Baginda adalah Pengasas Pancaindera Seni Silat Lintau Malaysia.

Haji Abdul Mulok bin Sutan Idham dilahirkan di Padang Periman pada tahun 1903. pada tahun 1917 Abdul Mulok telah tamat mempelajari silat Lintau daripada datuknya cuma dalam tempohmasa tujuh hari sahaja.

Pada tahun 1928 ketika berusia 25 tahun Haji Mulok telah berhijrah ke Pulau Pinang besama rakan rakannya yang kemudian ke Bagan Serai , Kuala Kangsar dan Teluk Intan sebelum menetap di Kampong Cangkat Larang Batu Gajah Perak serta mendirikan rumahtangga dengan Aminah binti Hassan.

Pada tahun 1965 Haji Mulok telah menziarahi Makam Panglima Lidah Hitam di Kampong Parit Sakai Laut Muar Johor (kini dibawah jagaan Muzium Negara).

Tuan Haji Mulok adalah tokoh dan pengasas Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia pada tahun 1975. Pada tahun 1972 sahaja jumlah murid yang mempelajari Panca Indra Seni Silat Lintau adalah melebihi 10 ribu orang (rujuk Akhbar Berita Harian edisi ahad 11/5/1988).

Tuan Haji Abdul Muluk telah meninggal dunia ketika berusia 79 tahun, pada 4hb Mei 1982 bersamaan hari selasa jam 10.50 malam (10 Rejab 1402 Hijrah) di Hospital Besar Ipoh, kerana mengalami penyakit peparu berair. Jenazah Alahyarham telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kampong Seri Rahmat Cangkat Larang Batu Gajah Perak (Al Fatehah).

Sumber : sini

Panglima Lidah Hitam

Panglima Lidah Hitam

Pengasas Seni Silat Lintau yang pertama adalah Tengku Nanrinci (Bendahara Sakti) lahir pada tahun 1662 daripada naungan Pepatih Nan Sebatang Kampong Lintau Indonesia.

Putera sulong baginda adalah Baginda Tengku Zaharuddin Shah @ Syed Bondu Kandiong ia itu yang lebih terkenal sebagai Panglima Lidah Hitam yang di lahirkan pada tahun 1683 di Padang Pariman minangkabau Sumetra. Beliau adalah pengasas Seni Silat Lintau di Tanah Melayu. Panglima Lidah Hitam telah meninggal dunia pada tahun 1724 yang telah disemadikan di Kampong Parit Sakai Laut Muar, Johor ketika berusia 41 tahun.

Cikgu Rahman Hassan


Dimaklumkan Cikgu Rahman Hassan dari Nibong Tebal meninggal dunia kemarin 20 Ogos 2011 lebih kurang 3.00 ptg. Kemalangan jalan raya. InsyaAllah akan dikebumikan jam 11.00 pagi hari ini di Nibong Tebal.

Mari kita doakan agar rohnya dirahmati dan diampuni, apatah lagi pada bulan yang penuh berkat ini. Sumber di sini.

Tok Guru Ariffin Saad

Persatuan ini diasas dan ditubuhkan oleh tok guru ARIFFIN BIN SAAD pada tahun 1984. beliau berasal dari JALAN HAJI MURSHID, PEKAN DARAT, BUTTERWORTH, PULAU PINANG. tok guru ARIFFIN BIN SAAD adalah YANG DIPERTUA PERSATUAN dan juga sebagai guru utama. pada tahun 1985 beliau telah meninggal dunia Kalau nak tahu beliau adalah tok menakan kepada aku penganti beliau adalah pakcik MD.SAARI BIN HAJI ARIFFIN nama persatuan ini di kenali sebagai KUNTAU ELAT gabungan SILAT KUNTAU KEDAH dan SENI SILAT ELAT juga di buka gelanggang di Permatang Sireh Kepala Batas Pulau Pinang suatu ketika dahulu.

Pakcik shaari bersama cikgu atikah dan cikgu idham...


Imam Hj Mansur


Beliau adalah salah seorang wira tidak didendang yang sempat saya bertemu pada tahun-tahun penghujung sebelum beliau 'pergi', seingat saya dalam awal tahun 90'an. Ketika itu, kami (saya, Cikgu Ramli, Abang Jo, Abang Din, Azam) mahu membeli peralatan gendang silat. Ketika itu, beliau masih sihat dan boleh bercerita panjang. Selain itu, beliau juga merupakan guru yang mengajar Allahyarham Pak Teh Cha untuk bergendang dan membuat gendang.Tempatnya juga di Batu Kurau, Perak.
Allahyarham Imam Haji Mansur (lebih dikenali sebagai Pak Ngah Mansur)
Kredit gambar dri FB Guru Alzahari 
Ketika itu saya masih baru belajar dan hanya mendengar sahaja perbualan mereka. Tapi sempat juga melihat beliau bergendang dan berceloteh tentang orang bermain gendang ketika itu. Selain dari merupakan guru gendang, pembuat gendang, beliau juga merupakan salah seorang Guru Gayung Fatani yang dikenali ramai hinggalah kini, namanya disebut-sebut (al-fatehah). 

Kenangan Pak Ngah (bergendang) ketika majlis bersilat di UM, awal tahun 1990. 
Bersama Allahyarham Guru Utama PSGFM, 
Tuan Haji Anuar Wahab (serunai) (al-fatehah).
 Selain dari itu, tidak banyak yang saya ketahui tentang beliau, hanya tahu beliau guru bermain gendang disamping seorang guru silat, serta juga imam. Sekiranya ada sesiapa yang mengenali beliau semasa hayatnya (dari konteks bergendang, sudi-sudilah berkongsi di sini). Mudah-mudahan akan ada pengganti beliau nanti, pandai bertukang gendang, bergendang dan bersilat. 
Sumber di sini.

Tn Guru Hj. Anuar bin Abdul Wahab


Guru Utama PSGFM 

Sumber gambar : sini

Maklumat Guru Utama Pertama – Anuar bin Abdul Wahab (1945-2009)

Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab AMN mula melibatkan diri dalam silat sejak tahun 1957. Pada tahun 1976 beliau diangkat secara rasmi sebagai Guru Utama PSGFM dengan persetujuan para Guru Tua yang mewakili kumpulan peringkat negeri, mereka ialah En.Embung Abdullah (Selangor), Tn.Hj.Imam Mansor Ismail (Perak), Tn,Hj,Mohamad Ali (Kedah) dan Tn.Hj.Ramli Syeikh Abd.Rahman (anak pengasas perguruan).

Kerjasama para Guru Tua menjadikan beliau mahir dalam selok belok rahsia perguruan ini dan akhirnya beliau berjaya membangun dan mengembangkan perguruan ini diperingkat Malaysia dan antarabangsa.

Beliau dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor (23hb.12.1945). Mendapat pendidikan pertama di Sekolah Melayu Sabak Bernam, Sekolah Menengah Kebangsaan Sabak Bernam dan Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur.

Memiliki pendidikan Diploma Pengajian Islam (UKM), Sarjana Muda Kepujian (USM) dan Sarjana (UKM). Beliau telah membawa beberapa kejayaan kepada PSGFM antaranya seperti - baca selanjutnya di sini

Bapak Khalid bin Ibrahim


Pada 26hb March 2011 Bapak Khalid telah kembali ke rahmatullah pada jam 4 pagi, di Hospital Putrajaya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Bapak Khalid. Al-Fatihah...

Sumber - sini

Pak Muslim Haji Nordin


Pak Muslim Haji Nordin,Guru Utama Silat Kalimah Amin telah meninggal dunia pada 18 Januari 2009. Jenazah beliau telah dikebumikan pada pagi semalam di Nilai,Negeri Sembilan.

sumber - sin

Hulubalang Tambun


Hulubalang Tambun ataupun Pok Hitam Tambun adalah lagenda sejarah daerah Dungun.Beliau adalah hulubalang ternama yg terkenal di Negeri Terengganu, Pahang , Kelantan dan Johor. Sebelum ini Dungun.Net telah menceritakan mengenai keturunan Tambun membuka daerah Dungun. Dalam artikel kali ini,Dungun.Net telah diberikan kebenaran utk menulis kisah2 kehandalan Hulubalang Tambun utk tatapan pembaca.

Tok Tambun diberikan kebenaran oleh Sultan Zainal Abidin ke 3 utk menjaga keamanan daerah Dungun. Jadi apabila berlakunya sesuatu perkara di daerah Dungun, Tok Tambun akan dipanggil utk menjaga kedamaian. Beliau bukanlah pemerintah, bukan juga ketua kampung. Tetapi lebih kepada seorang Hulubalang dan rakan kepada Sultan Zainal Abidin ke 3, Tok Ku Paloh dan Hj. Deraman Limbong.

Pada waktu zaman penjajahan British, ramai orang orang siam yg bekerja di Dungun mencari bijih kaci. Orang² siam ni berpuak puak dan seringkali bergaduh dengan orang² Dungun. Lalu Tok Tambun dipanggil oleh penguasa utk menyelesaikan masalah tersebut. 

Orang2 siam kesemuanya berkumpul di atas bukit merusuh. Tok Tambun lalu berikhtiar dan membuat 7 buah rakit. Beliau duduk di dalam air di bawah setiap 1 rakit 1 mlm sehinggalah 7 malam berturut² di dalam air. Pada hari ke 8, beliau lambai ke arah bukit memanggil orang orang siam. Orang orang siam yg sebelum ini merusuh , terus ramai ramai turun dan duduk di atas rakit tidak membantah walaupun sepatah. Dan di hantar oleh Tok Tambun ke Kuala Dungun, di serah kepada Raja Daerah Dungun pada ketika itu ialah Penguasa Dungun.

Kejadian ini berlaku di Sungai Kuala Perlis , Hulu Dungun kawasan Pasir Raja.
Begitulah hebatnya ilmu Tok Tambun.

Sedikit profil mengenai Tok Tambun

  • Beliau mempunyai ramai adik beradik akan tetapi setakat ini yang di ingati oleh pemberi cerita hanyalah Seman Pok Teh Kasim.
  • Beliau adalah seorang nelayan.
  • Antara pengikut Tok Tambun yang dikenali adalah Tok Su Umor Bulu.
  • Mat Kilau lari dari Pahang dan menuntut ilmu dengan Tok Tambun .
  • Cicit cicit Tok Tambun sehingga kini masih menetap di Daerah Dungun. Kawasan tapak tempat tinggal Tok Tambun telah diberi nama Jalan Tambun sebagai tanda penghormatan kepada beliau.
 sila baca di sini untuk selanjutnya - klik 

Tok Setiu


Terbitnya nama Setiu adalah berasal daripada nama seorang pahlawan Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun-tahun 1770an. Dalam peperangan tersebut pihak Belanda telah mendapat kemenangan. Dengan kekalahan Bugis ini menyebabkan ramai orang-orang Bugis lari meninggalkan negeri mereka. Antara orang-orang Bugis tersebut termasuklah Tok Setiu. Tok Setiu merupakan seorang Panglima Raja Bugis. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain daripada kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan Belanda. Setelah beberapa lama belayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun tiba di Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad II iaitu Sultan Terengganu yang ke X (1875 hingga 1881). 

Apabila Tok Setiu mendarat ke Terengganu, beliau pun menemui baginda Sultan Ahmad untuk memohon menumpang tinggal di Terengganu, beliau menceritakan perihal kedatangannya dan segala pahit maung semasa dalam pelayaran.

Baginda Sultan Ahmad II telah bersetuju dan perkenankan permohonan Tok Setiu dan orang-orangnya. Lalu Baginda titahkan kepada Tok Setiu supaya mencari tempat yang sesuai utnuk dibuat perkampungan.

Setelah meninjau kawasan-kaeasan di Negeri Terengganu, beliau telah memilih sebuah tempat dan dinamakan Kampung Bukit Tok Setiu. Disinilah tempat Tok Setiu dan orang-orangnya berkampung dan menjalankan kerja-kerja harian mereka.

Pada peringkat awal pendudukan Tok Setiu di Kampung Bukit Setiu, beliau telah dilantik sebagai Ketua Kampung. Dalam pada inilah Tok Setiu mendapat tentangan daripada Tok Itam dan orang-orangnya kerana berebut satu kawasan. Oleh kerana tidak mendapat kata sepakat dan tolak ansur antara mereka berdua, lalu berlakulah peperangan yang amat hebat selama 7 hari 7 malam. Dalam peperangan tersebut pihak Tok Setiu hampir menerima kekalahan.

Memandangkan hal yang demikianlah Tok Setiu memohon bantuan daripada Tok Serban Kuning dari Mukim Batu Bertindan, Bukit Mahsuri. Dengan bantuan yang diberikan oleh Tok Serban Kuning maka pihak Tok Itam telah mengalami kekalahan. Kemenangan Tok Setiu telah mengukuhkan lagi kedudukanya sebagai Ketua di Kampungnya dan menyebabkan pengaruh beliau semakin kuat dan pengikutnya bertambah ramai.

Kekalahan Tok Itam telah menyebabkan anak buahnya menyimpan dendam dan mereka telah membuat batas sempadan dengan menanam suatu azimat. Tujuannya adalah untuk mencegah daripada kemasukan binatang-binatang daripada kampung lain. Ini jelas terbukti apabila seseorang yang hendak membawa masuk kerbau dan lembu dengan tujuan untuk membelanya ataupun kenduri kendara, binatang itu apabila melangkah saja ke garis sempadan tersebut terus mati. Peristiwa ini telah berlaku berulang-ulang kali.

Semasa pemerintahan Tok Setiu, beliau telah meninggalkan banyak jasa antaranya membuat tandak-tandak sungai adalah bertujuan untuk memudahkan pengaliran air dari sungai ke sawah-sawah. Pekerjaan penduduk-penduduk pada masa itu hinggalah sekarang ialah bertanam padi dan menoreh getah.

Selain daripada bertugas sebagai Ketua Kampung, Tok Setiu juga berperanan sebagai guru silat dimana ramai penduduk-penduduknya yang belajar denganya. Dikatakan bahawa persilatan menjadi pokok utama dalam kehidupan penduduk kampung Bukit Tok Setiu ialah kerana adanya satu temasya pertandingan silat.. Temasya ini telah diadakan pada tiap-tiap tahun.

Tok Setiu meninggal dunia setelah bertikam dengan adiknya disebabkan oleh fitnah dan dikuburkan berhampiran dengan rumahnya yang terletak di bawah sepohon Berangan. Pokok Berangan telah ditebang manakala batu nisan tidak dapak dikesan. Kawasan perkampungan Tok Setiu sekarang telah dipenuhi dengan pokok-pokok getah dan semak samun.

Kemasyuran nama Tok Setiu telah mendorong kepada penduduk-penduduk kamping menamakan tempat itu sebagai SETIU hinggalah sekarang menjadi satu Daerah.

PENUTUP
Tok Setiu memainkan peranan yang besar dalam sejarah kehidupannya dan banyak jasa-jasa yang ditinggalkan oleh beliau. Hiburan seperti bersilat, Mak Yong, main gasing, belaga kerbau turut diadakan di kampungnya. 
 
Sumber : sini

Awang Kechik


POKOK SENA - Seramai 238 ahli keluarga daripada lima generasi keturunan Awang Kechik berkumpul dalam satu majlis, dekat sini, dalam usaha untuk memupuk hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Awang Kechik seorang pemimpin disegani suatu ketika dahulu di Kampung Bukit, Pokok Sena.

Beliau dipercayai anak tempatan dan mempunyai ilmu tinggi dalam bidang persilatan selain menjadi tempat rujukan penduduk kampung.

Beliau juga dikatakan berkebolehan dalam ilmu perubatan tradisional dan ilmu berkenaan turut diturunkan dari satu generasi kepada generasi baru sehingga hari ini. Selanjutnya di sini

Nordin Atan


12/08/2011 - Bekas jaguh silat olahraga negara, Nordin Atan, 39, meninggal dunia di Unit Hermatologi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pukul 9.45 pagi kelmarin akibat sakit leukemia yang dihidapinya sejak empat bulan lalu.

Pemergiannya amat menyedihkan isteri, Siti Sarinah kahar, 32, dan tiga anak mereka yang berusia antara tiga hingga sembilan tahun tatkala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

Allahyarham merupakan atlet silat olahraga pada era 90-an dengan memenangi Kejohanan Silat Dunia pada 1995.

Siti Sarinah berkata, suaminya sempat berpesan supaya dia menjaga anak mereka, Nurizlyana Atasha, 9, Iskandar Syafiq, 8, dan Iskandar Mukriz, 3, dengan baik dan sentiasa mengutamakan pelajaran mereka,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Dalam, Pontian di sini.

Kira-kira 300 saudara mara, kenalan dan rakan-rakan persilatan serta anak murid Allahyarham menziarahi jenazahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kerajaan di Kampung Parit Patah, dekat sini selepas Zohor pada hari yang sama. – Utusan

Sumber : sini

Ustaz Hj Hussein @ Ismail Din Gayong Limbong


Sumber gambar : sini

Ayahanda Ustaz Ismail yang cukup dikenali sebagai Haji Kedah dan Mail Limbong meninggal dunia pada 07.05.2011 dan dikebumikan pagi ini.

Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan itu telahpun dimaklumkan sebelum ini mengenai penyakit arwah dan agak tenat berada di rumah beliau di Limbong, Kedah.

Dalam perjalanan seterusnya ke Kedah, pihak kami amat berharap dapat jumpa dengan beliau sebagai perkenalan dengan seorang guru lama tetapi perancangan Allah SWT lebih baik.

Harap kegurulatihan dan pentadbiran akan terus maju di bawah peninggalan Arwah dan diteruskan dengan pewaris sedia ada.

Sesama kita doakan agar Arwah ditempatkan di tempat mereka yang soleh dan diredhai Allah SWT. Amin.
 
Sumber : sini

Pendekar Alam


Cerita ini adalah satu cerita rakyat yang hampir dilupus dek terlalu banyak cerita yang dibawa masuk ke Tanah Melayu ini.Diceritakan oleh orang dahulu bahawa di suatu kampung ada satu keluarga yang terdiri dari dua beradik lelaki tinggal bersama kedua ibubapanya. Setelah kedua beradik menjelang remaja maka mulalah mereka belajar silat dari sang bapa. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan begitulah seterusnya sehingga keduanya menjelang dewasa.Pantas dan cekaplah kedua-dua berpencak hasil asuhan bapanya.

Sampai masanya sang abang telah bermohon restu dari bapa dan ibu untuk berkelana mencari guru yang lebih hebat buat memenuhi ilmu kedada.Mendengar sang bapa merestui maka sang adik pun ingin juga turut serta berkelana sambil berguru menumpang cita-cita sang abang yang ingin menjadi pendekar terhebat. Tapi si ibu keberatan yang amat untuk melepaskan putera mudanya tambah lagi tentu kesunyian apabila kedua-dua tiada.

Maka kecewalah sang adik melihat sang abang melangkah pergi lalu menanam tekat untuk berlatih sendirian untuk mengubat kekecewaan hati. Setelah ditinggal sang abang segala kerja ditanggung oleh sang adik termasuklah menjaga kerbau. Sambil menjaga kerbau milik keluarganya dia pun terlintas dikepala untuk berlatih kekuatan lalu mulalah diangkatnya seekor anak kerbau jantan setiap hari. Menambahkan lagi latihannya dia mengambil buluh yang berlubang lalu disarungkan ke ekor ibu kerbau. Kemana bergerak ekor kerbau dia melompat mengikut arahnya dan menyarungkan ekor tersebut dengan buluh.Sang adik juga ada menanam anak labu di tepi halaman rumah dan disitu dia melompat setiap pagi melepasi pokok labu itu menjalar.

Begitulah amalan yang dilakukan oleh sang adik setiap hari sehingga musim beredar berganti tahun. Tiba harinya kembalilah sang abang dari perantauan dengan girangnya untuk bertemu keluarga tambahan pula sudah menjadi pendekar terbilang. Setelah melepaskan rindu maka sang adik pun mula bertanya tentang perguruan sang abang diperantauan. Maka berceritalah sang abang akan kehebatan ilmu yang dituntutnya sehingga menjadi pendekar terbilang.

Setelah sang abang bercerita, sang adik pun memohon untuk beradu kekuatan dengan sang abang. Diajak sang abang beradu melompat pokok labu yang menjalar sejauh dua belas depa dipinggir halaman rumah. Terkejut sang abang melihat kekuatan sang adik melompat. Kemudian diajak pula si adik supaya sang abang mengangkat kerbau jantan yang dijaganya.Maka sekali lagi sang abang gagal dan terkejut melihat adiknya menatang kerbau tersebut.

Akhir sekali sang abang pula yang mencabar si adik untuk bertarung bertikam keris. Sang adik pun menyambut cabaran untuk berpencak keris,dengan menggunakan sarung keris dia menyarungkan mata keris si abang setiap kali menikam. Setiap tikaman si abang disarungkan sehingga hairanlah dia melihat kepantasan adiknya. Demikianlah hasil latihan yang dijalani oleh sang adik sehingga kemudian harinya termashorlah sang adik dengan gelaran Pendekar Alam kerana dia memperolehi kepandaian hasil berguru dengan alam iaitu pokok labu , buluh dan kerbau.

PENDEKAR MAT GUAI


Adalah telah diceritakan oleh orang-orang tua yang telah tiada suatu  kisah keperwiraan seorang pendekar dari bumi Pahang yang berlaku pada semasa pemerintahan sultan Abdul Jalil. Telah sampai perintah dari Sultan yang bersemayam di Pekan itu ke Lipis meminta dihantar seorang pendekar ke negeri Kedah atas tawaran dari Sultannya untuk menghapuskan sekumpulan lanun yang bermaharajalela dilaut dikepalai oleh seorang bergelar Panglima Hujan Panas. Diceritakan apabila tampil Panglima ini menyerang maka ketika itu juga turun hujan renyai walau hari panas terik sebagai alamatnya.

Setelah bermesyuarat Orang-Orang Besar di Lipis  demi memenuhi perintah Yang Mulia Sultan maka dipilihlah seorang pendekar untuk diutuskan ke Kedah bagi melaksanakan misi tersebut dan pendekar itu dipanggil Mat Guai.

Setelah selesai segala persiapan maka berjalanlah Mat Guai sehingga ke Kelang dan dari Kelang dia menumpang pula sebuah kapal dagang yang kebetulan ingin berdagang ke Kedah. Maka berlayarlah beliau menuju ke utara bersama kapal tersebut. Dari perbualan dengan anak-anak kapal dapatlah Mat Guai mengagak bahawa Kepala Lanun yang dicari memang selalu melanun di laut Kedah.

Setelah berhari-hari berlayar ketika hampir ke laut Kedah maka datanglah alamat kehadiran Panglima Hujan Panas. Kelihatan sebuah bajak yang dipenuhi sekumpulan lanun berkayuh menggunakan lembing mata lebar merapati kapal lalu berlompatan sekelian lanun merapati anak-anak kapal dan ketuanya serta memberikan dua pilihan , putih tulang atau putih mata. Maka sekelian anak kapal dan nakhodanya memilih untuk berputih mata yakni menyerahkan segalanya kepada lanun tersebut.

Apabila sampai pertanyaan itu kepada Mat Guai maka dia pun menjawab , seandainya kapal ini kapalku maka sanggup aku berputih tulang. Mendengar jawapan Mat Guai itu ,kepala Lanun itu pun tahu siapa Mat Guai lalu lanun-lanun mula menyerang . Setelah beberapa lama pertarungan dengan sedikit kelebihan yang dikurniakan Allah kepada Mat Guai terbunuhlah Panglima Hujan Panas. Mat Guai telah memotong bibir atas mayat Panglima Hujan Panas yang bermisaikan dawai untuk diserahkan keistana Kedah sebagai bukti.

Sumber : Sini

Guru Othman Md Arof


KUALA LUMPUR: Bapa penyanyi rock negara, Awie, meninggal dunia selepas sebulan terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kerana demam panas.

Othman Md Arof, 78, yang juga guru silat meninggal dunia di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, di sini, jam 12.10 tengah malam kelmarin selepas arwah dibawa pulang dari PPUKM, petang kelmarin.

Menurut Awie, bapanya dimasukkan ke PPUKM sejak sebulan lalu selepas mengadu badan panas sebelum disahkan doktor menghidap demam panas.

“Sebulan mendapatkan rawatan di PPUKM, semalam (kelmarin) bapa meminta kami adik-beradik membawanya pulang ke rumah kerana terlalu rindukan anjung tempatnya berehat,” katanya.

Kata Awie, sebelum bapanya meninggal dunia, arwah sempat meninggalkan pesanan kepada sepupunya untuk disampaikan kepadanya supaya jangan pergi jauh.

“Saya tidak menyangka itu kata-kata terakhir arwah sebelum dia pergi, saya menganggap ini kehilangan yang saya rindui,” katanya. Katanya, bapanya bukan saja mendidik anak termasuk dirinya menjadi insan berguna malah mengajarnya ilmu mempertahankan diri.

Sumber : sini
Ada sesiapa tahu bapa Awie guru silat apa? sila emel kami di muakmal_79@yahoo.co.uk

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping