Nice Check 1,2,3 lead a simple Striker can be sure find out nampak kan before cuak tak kira kadar yang sesuai individual saya suka memiliki motorsikal ini terbaik...
sEmOgA kiTa sEmUa sAmA2 bErjAyA Di DuNia & aKhiRaT dALaM mEnGhArUnGi dUgAaN & cAbArAn yAnG sEmEmAnGnYa mEnGuJi kEkUaTaN iMaN.. kErAnA tApAk ImAn iTuLaH yAnG mEnEmUkAn kiTa pAdA cInTa iLaHi yAnG sELaMa iNi tELah hILanG.. AmiN..
Wednesday, June 23, 2021
Saturday, May 8, 2021
Makan modal
Alhamdulillah Setel long term maintenance service setahun Grand sharp spoket Honda EX5 Adjustable Cam rantai RK Timing Gear 1,2 pickup
Saturday, April 10, 2021
Safety riders
Amacam ini paksu man pun baru betul sakai nama nya...tukar berel dengan cermin tinted tak lah gelap gelap sangat pudar bukan sakai elak pacaran cahaya terang matahari..siap safety glove motosikal
Saturday, March 27, 2021
Naik ferry p png
Wan calling 2 aku pagi neyh nak pergi naik feri pergi png.makan- makan
Jalan jalan ronda ronda bersama motorsikal SYM Amir happy motor baru boria colour berkat usaha beliau kerja kontraktor bersih kawasan.Tahniah Amir dan Wan sparow folow up dekat sbrg 🏝️ Pulau Pinang naik perkhidmatan feri lama tak jejak sebelah pulau
Kesian dekat wan letih baru balik kerja motor dia buat tukun tinggal di rumah
Zoom kemera dekat lintasan bot
Monday, March 22, 2021
Motosikal Mr3 mampu milik
Model terbaru Mr3 lebih laris dari first model
Inilah motosikal MR3 aku pinang dekat kedai setahun lepas selepas motosikal Kriss lama aku kerap kali selalu berlaku kerosakan
Amacam segak bergaya la..
Kenderaan motosikal Progresif pergi dan balik kerja setakat ini Alhamdulillah tiada masalah cuma jaga minyak enjin yang berkualiti setiap 2 bulan
Monday, March 8, 2021
Saturday, December 26, 2020
Wednesday, November 4, 2020
Monday, October 26, 2020
Saturday, October 17, 2020
Biasa- biasa saja
Tahniah... Aku kerana berjaya dapat memiliki motor ikon rakyat mampu milik kriss modenas MR3 sepenuhnya buatan Malaysia bravo..bravo...
Motosikal ini menepati citarasa aku dan rakyat Malaysia berpuas hati dengan berkekalkan motosikalnya keluaran terbaru
Aku biasanya mencuci bahagian terperinci tayar dan dan sportrim enjin metal steel nya terlebih dahulu
Aku juga berasa bangga kerana kemunculan MR3 terima kasih atas usaha-usaha club FB official MR3 menerbitkan motor kesayangan mereka boleh menjadi sebahagian element minat serta cadangan ubah suai alternative upgrade motosikalnya kami menerima nya dengan cool harap peminat motosikal kriss modenas MR3 tetap unggul setiap detik setiap saat seterusnya yang barulah 'Power'
Aku juga excited banyak pengetahuan pengemar motosikal mantap one more thing dapat memenuhi demand aku biasa- biasa saja berbanding masa muda dahulu aku suka upgrade motosikal
Semoga bertambah success
Saturday, October 10, 2020
Tuesday, August 25, 2020
Cover enjin hilang
Alahai....Motor aku dulu selalu jadi mangsa kehilangan tiup tayar, cover paip dekat 2 bulan belum tukar minyak hitam lagi....tunggu gaji baru nie nk p tukar....biasa tukar yang okay saja....berbelas saja.... Rosak enjin Berkilat aaiiii motor aku noh td baru cuci ....motor berhabuk....hari cuti x dak cod bleh lah nk cuci... Tpt parking motor di rumah dalam pagar....kekadang pg2 kalut, start motor selesai urusan ptg nk terus mai kerja....time nk basuh motor baru prasan ini cover enjin hilang tercabut tadi aku ganti yang baru dalam belas ringgit sekali aku Tukar pakai minyak pelincir /minyak hitam yang bagus Motul RM36
Thursday, July 2, 2020
Belanja Kekuda minyak hitam
Kali ini aku pakai minyak pelincir /minyak hitam yang bagus Motul RM36
Aku pernah membuat review tentang jenama minyak enjin yang berbaloi untuk digunakan sebelum ini.
Kalau motor tak digunakan untuk travel terlalu jauh setiap hari, boleh la follow seperti manual asal minyak enjin atau pun panduan motorsikal korang.
Friday, June 5, 2020
Modenas kriss euro MR3
okok...
kalau ikutkan harga 3k tu, kira berbaloi dh tu...
Spairpart senang cari
pernah try bawak kt highway tak?? ok ke??
pikap
okok...
kalau ikutkan harga 3k tu, kira berbaloi dh tu...
pernah try bawak kt highway tak?? ok ke??
pikap mcm mana...cut-off speed berapa
Aku tak pernah bawak bang, tapi dari apa yg aku tanya pada yg ada moto ni, nampak positif. kalau nak tahu lanjut dengan tuan punya moto blh join FB kelab kriss modenas mr3
Tuan bukan pakai Kriss ke sebelum ni?
ye....kriss Annor 110...yang tu dah mau trade in ambil motor baru.....
sbb lepas 21 aku pakai, aku beli MR3...
sekarang ni rasa teringin nak naik motor balik...baru haha..
nak ambik kapcai je....murah2 je buat ulang alik kerja....
senang...elak jem dan utk jimat minyak jgk.kriss euro MR3 modenas mmg sesuai
Satu daripada sebabnya kerana segmen motosikal berkenaan yang paling mampu milik rakyat Malaysia Dan, untuk urusan harian, ia yang paling praktikal – murah, kos pemilikan dan penyelenggaraan juga rendah serta dapat memenuhi keperluan individu dari pelbagai lapisan masyarakat. Ia tidak hanya tertumpu kepada segelintir kelompok yang berkemampuan sahaja, misalnya.
Di sebabkan itu, motosikal jenis kapcai dan moped sangat popular, jika dilihat dari sudut jumlah penggunaannya. Namun, mengapa pula penawaran model-modelnya terlalu banyak, sedangkan jika dilihat dari perbezaan kapasiti misalnya, perbezaannya terlalu sedikit?
Kapcai dengan sesaran enjin lebih rendah lazimnya jauh lebih mudah berbanding kapcai dengan sesaran enjin 150 cc. Bagi kelompok kebanyakan pembeli pula, perbezaan beberapa ratus ringgit sahaja boleh mempengaruhi pemilihan mereka, apatah lagi jika perbezaannya beribu-ribu ringgit.
Menyedari hal ini, Modenas memposisikan model Kriss MR3 yang dilancarkan pada tahun lalu dilantai paling bawah hierarki penawaran kapcai itu, dengan sebuah jentara 110 cc. Model ini adalah lanjutan kepada model MR1,MR2 yang diperkenalkan pada penghujung tahun 2011, dengan pengenalan “Motosikal Rakyat”.
Ini seharusnya menjelaskan banyak perkara tentang MR3 juga; ia dikeluarkan dengan matlamat untuk memenuhi keperluan paling asas pengguna motosikal di Malaysia, tentunya dengan harga paling berbaloi – MR3 dijual pada harga RM3,980 (tidak termasuk GST). Ini sekitar RM1,000 lebih mahal berbanding MR1. Ada perbezaan atau penambah baikan yang dilakukan untuk peningkatan harga ini?
Secara umum, MR3 tampil dengan perincian yang lebih baik. Jika MR1,MR2 dahulu nampak sangat ringkas dan hanya dilengkapi dengan kelengkapan asas, MR3 mengubah penampilan itu kepada sebuah kapcai yang lebih sporty dan tidak kalah menyenangkan dari jika dipandang.
kadang2 ramai yang tertanya tanya sama ada Kriss MR3 atau Kriss MR2 lagi power.. di sini saya akan buat detail tentang kedua dua moto ni..
Spec MR3
Diasaskan dari enjin EX5 High Power. Cuma piston lagi besar dari MR2.. 52.4mm. Cuma stroke pendek sedikit dalam 49.5mm. Hp hanya dalam 6.6hp saja. Cuma yg saya impress pasal compression ratio MR3 sebanyak 9:7:1.. Besar CR MR3.. sebab tu dia pikap dan top lebih dari MR2 walaupun hp dia kecil..
Spec MR2
Diasaskan dari enjin Wave 110/Ex5 110..Piston kecik sedikit dalam 50.0mm. Kelebihan pada stroke dalam 55.6mm.. Panjang gak sama dengan Ex5 CLASS 1. Hp tinggi sedikit dari MR3 iaitu 8.3hp. Cuma compression ratio agak mengecewakan iaitu 8:8:1. Pikap dan top kurang dari MR3.. Sebab tu kalau lawan pikap, MR3 akan ke depan dahulu. Saya dah test..
Bagi pendapat saya, lebih berbaloi untuk beli MR3 sebenarnya. Tentang panjang stroke tu, MR3 boleh tukar grandshaft EX5 CLASS 1..
Berbanding MR1, MR2,MR3 kini hadir dengan rekaan luaran yang lebih menarik dan berupaya menandingi model-model pesaing yang ada. Selain rekaan menyeluruh yang baru, beberapa ciri utama yang ada pada Modenas MR3 ini ialah rekaan panel meter yang kompak dan jelas, memudahkan penunggan untuk memerhatikannya ketika dalam perjalanan. Seperti kebanyakan motosikal lain, slot kuncinya datang dengan ciri penghadang keselamatan.
Brek pula MR3 menggunakan jenis dram untuk bahagian depan Dan belakang brek dram untuk bahagian belakang. Saiz tayar hadapan ialah 70/90-17 38P manakala tayar belakang 80/90-17 44P. Tiga pilihan warna diberikan, Yellow, Celebration black dan Strike Blue.
Dari segi dimensi, menarik Dari segi tunggangan, bagaimana pula? Adakah ia meyakinkan?
Sepanjang kesempatan saya menunggang ujinya, Modenas MR3 dalam sebulan ini tiada masalah untuk memenuhi jangkaan umum terhadap penggunaannya. Namun, kita perlu faham bahawa penawarannya adalah dengan kekuatan dari aspek tanda harga yang dikenakan. Hanya selepas itu barulah ia boleh dihargai.
MR3 hadir dengan harga peringkat kemasukan, tetapi memberikan nilai yang lebih daripada itu. Dari segi estetiknya, ia sedap dipandang. Begitu juga dengan poket, ia tidak terlalu membebankan. Namun, bagaimana dengan prestasinya?
Sebetulnya, jika anda bayangkan prestasi yang diberikan adalah pada tahap yang terbaik bagi kategori kapcai, perkara itu tidaklah tepat. MR3 lebih sesuai jika ditunggang secara bersahaja. Anda akan kecewa sekiranya cuba mengerahkan kuasanya, dengan harapan ia akan meluru laju serta-merta.
Jadi, sebagai sebuah motosikal umum untuk kegunaan harian, ia lebih daripada mencukupi, terutama bagi mereka yang mementingkan soal kos dan harga. Selain itu, ada beberapa perkara yang mungkin boleh dipertingkatkan.
Misalnya, ruang di bawah tempat duduk. Ia tidak akan dapat memuatkan helmet saiz penuh yang biasa digunakan; sekadar boleh menyimpan barang-barang kecil seperti beg duit atau telefon untuk mengelakkannya basah sekiranya hujan.
Modenas Kriss MR3 mempunyai kelebihan dari segi penggayaan pada tanda harga yang dirasakan sangat berpatutan. Dengan matlamat pengenalannya untuk memberikan sesuatu yang berbaloi bagi segmen kapcai peringkat asas, ia telah berjaya melakukan perkara itu. Cuma, anda jangan meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi terhadap motosikal ini terhadap hal-hal lain.
Semangat daripada singkatan pada namanya sudah menjelaskan banyak perkara – ia sebuah “Motosikal Rakyat” untuk kelompok pengguna yang lebih menyeluruh dan mendasar dalam masyarakat
Muddy depression
Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping
-
Bahasa Jiwa Bangsa Entri kali ni aku nak merekodkan kembali bahasa-/perkataan loghat yang digunakan dikampung aku (kampung aku ni kat...
-
Kenapa aku tak ambil wave 125i,sym,lc Yamaha sbb bujet sesuai pakai puas 2 dulu Pasang monorack givi okok... kalau ikutkan ha...
-
Assalamualaikum buat pengetahuan umum saya di rumah hari ini telah buat check dan services apa yang patut saya dapati banyak ubat sampingan...
































































