Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts

Tuesday, October 5, 2021

Bereh...

Salam ringan bebanan Alhamdulillah saya man terlebih bayaran 2 unit barang singer 3 bulan prize terlebih bayaran



Yang ke 10 bank terrace bank Maybank pegang payment


Man perlu berurusan dengan bank Maybank

Lepas tu pergi ke cawangan BM pulau tikus claim RM/barang

Lepas tu pergi ke cawangan BM pulau tikus claim/barang





Man perlu berurusan dengan bank 🏦 untuk slip retrack yang ke 10 trace BM.

Bz lagi tak tentu masa free nak ke bank

Biz leave

28 bayar Bertam 10 bayaran agen BM

Man tidak bilang resit kan sebelum ni installment beberapa bulan man sudah jelaskan 28 resit di bayar di Bertam 10 slip Resit di bayar di trace bank BM

Berbaki  tiga bulanan slip resit.


Di balas pada saya di barisan- barisan hadapan alhamdulillah terima kasih.






Yelah  selepas tu kan dia cakap awak nampak mewah, alhamdulillah ye ke ?padahal orang lain tak tahu PC desk top komputer dan gitar  saya dan peralatan di bilik saya yang dulu sebelum ni banyak yang statik macam dah tak ada system dah nak check online hanya smartphone saja.hurmmmmm

Minggu lepas man dah pergi ke BM staf kerani bagi satu slip resit yang ke 29 lagi 6 slip singer hold sebab  yang terbaru bulan ni man keep payment  Maybank retrack perlu ke bank pastikan bayaran di bayar kepada account singer.



Tuesday, March 30, 2021

Rak meja tril

 Alhamdulillah berkat usaha  kerja lebih masa dapat belikan mak rak tril standless still meja letak periuk nasi di rumah ok la dari di dapur sebenarnya nak beli meja coway ombak besar lebar t saiznya tak ngam jadilah rak tril meja periuk nasi



Monday, January 11, 2021

Happy belated birthday Abah

 Happy belated birthday Abah sama birthday dengan cucu semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki bahagia ke anak cucu





Saturday, January 9, 2021

Hadiah tahun baru hari jadi mak

 Hadiah ulang tahun 75 mak 1.1.1945 senang ingat tahun baru periuk nasi MAG ganti periuk nasi Khind yang dah rosak tangkai



Lebih moden 


Cantik warna kelabu


Bahagian kukus,senduk dan cupak


Periuk nasi khind yang dah rosak lubang skru tangkai dah reput kena cari tudung baru.


Tahun baru hari itu ada Lagi aku hadiahkan kasih sayang kain batik,baju pakai di rumah ,pulut seri muka,kek,dan untuk aku kain pelekat


Alhamdulillah rezeki sepuluh hari bulan Januari kerja lebih masa skala lepas 72jam,32 jam terima cash kadang 2 aku tak balik rumah 2 hari pulun kerja ni pun ada yang inform suruh ganti sampai 31 hb ni ,alhamdulillah masyuk tampung belanja baiki rumah

bagi dekat mak sampaikan hasrat mak nak tambun jalan depan rumah berlongkang laluan kereta di depan rumah sampai nampak gigi rumah 

Wednesday, October 7, 2020

Saya ada HP baru

 
















Saya ada HP baru alhamdulillah Yeay.....dapat beli HP baru Redmi 9A from duit gaji yang ke 15 bulan bekerja eh silap 17 bulan berkhidmat sebagai securiti *lompatbintang*...Actually dah 2 kali beli HP sejak bekerja neyh  apa.....padahal dalam ati happy bulan lepas HP aku rosak hahahaha....tapi jauh kat sudut hati, aku sayang duit.....tapi dah dapat, ai okeiiiiiiiiiiii

Saturday, July 18, 2020

Membina bilik stor

Alhamdulilah kerja mengukur dan membersih kawasan ruang bilik stor meyimpan barang bagi melaras tapak bersebelahan sisi belakang rumah dan bahan untuk di gunakan separuh telah pun sampai







Friday, July 10, 2020

hand bag Lesportsac



aku beli new handbag hadiah dekat mak aku This little handbeg was bought sometime in pasaraya isi benda bahan kecil sbb aku naik motor tak ada bonet kereta melaikan Box givi



Wah, bunyi cam orang kaya plak....hahaha. Orang lain beli shopping bini impulsively. But i bought a handbeg to my mum himpulsively.


No la...actually I didnt plan to buy a handbag Masa tu mak cakap beg tangan dia rosak zip beli dekat pasar malam Tapi dah dekat online . Few weeks , few weeks aku order.Aku cakap takpe la...nnt kita beli yg baru padahal Takde duit. Takot nanti dah bayar itu ini duit jadi sesak sangat nak bayar bil ke ape sume. Nak tgk dulu keadaan kewangan cemana nanti. aku pujuk lagi....hati dia kata beli la. beg cantik. sesuai  pun cantik. beg ni elok.bukan cak ayam pasar malam Plak tu dah berqualiti dah ni. Kalau nak beg baru pun yg gerenti ok plak akan jadi makin mahal.  Aku jawab sama....nanti la...dah kawin nanti, klu ada bini tgk la cemana. Taknak la pakai duit mak .allhamdulillah Man hadiah kan pada Mak handbag baru dekat Mak

Kalau sesak-sesak, boleh hadapi sama-sama. Boleh kongsi senang susah. Bagi aku istilah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian is bolocks....hahaha. I hate bersusah-susah. Tapi aku lupe...lepas susah tu jadi senang.

Well now, like nak pergi hospital ka simpan ubat, telekung semua senang

Sunday, June 21, 2020

Hadiah buat maklong

Aku belikan Radio Al-Quran, zikir, kuliah agama, nasyid memori  8 GB dekat maklong jah yang hilang upaya penglihatan





Tuesday, June 16, 2020

Mesin Jahit di pulangkan semula



Mesin Jahit dan seterika arang di ambil balik di letakan semula di rumah aku rumah tinggalan nenek pusaka turun temurun.

Putus bicara mencari jalan menebus maruah, resah diri aku betul lah tiada kasih sayang maklong asyik cakap abg din yang suruh macam-macam tomahan maklong tak mesra dengan kami dah anak beranak

aku akui kebenaran tidak berpihak pada aku dan mak.apa pula dusta tomahan aku dan mak terima masalahnya di terangkan maklong tidak mempercayai kami anak beranak. oleh kerana itu aku tuntut sewajarnya harta pemberian aku yang telah aku serahkan pada maklong. Okey?

sebelum ini tak pernah terniat nak buat begitu. terserahlah jadi harta pusaka rumah aku di ambil mereka sebelum ini. urusan aku  sendiri sekaligus tuntut semula harta yang aku serahkan pada maklong atas nama aku.

sebaik bertemu maklong aku meminta balik barang rumah pusaka aku yang aku serahkan pada maklong dengan kepercayaan penuh mengunakanya ikut apa yang aku rasa sesuai. tapi belum pernah terniat di hati menyelewengkan harta pusaka rumah mak apa lagi daripada Adik beradik sibuk berebut ambil itu dan ini.

terus minta dan pergi jika itu sumpah durjana biarlah barang 2 pusaka itu reput di rumah pusaka mak

aku hanya mengucapkan terima kasih sebagai ahli keluarga biasa sahaja. jerih perih nya aku selama ini tidak membawa apa -apa makna kepada maklong sebaliknya membawa berbagai - bagai tohmahan yang memedihkan

Friday, June 5, 2020

Modenas kriss euro MR3

Kenapa aku tak ambil wave 125i,sym,lc Yamaha sbb bujet sesuai pakai puas 2 dulu



Pasang monorack givi

okok...

kalau ikutkan harga 3k tu, kira berbaloi dh tu...



Spairpart senang cari

pernah try bawak kt highway tak?? ok ke??

pikap

okok...




kalau ikutkan harga 3k tu, kira berbaloi dh tu...

pernah try bawak kt highway tak?? ok ke??

pikap mcm mana...cut-off speed berapa

Aku tak pernah bawak bang, tapi dari apa yg aku tanya pada yg ada moto ni, nampak positif. kalau nak tahu lanjut dengan tuan punya moto blh join FB kelab kriss modenas mr3



Tuan bukan pakai Kriss ke sebelum ni?

ye....kriss Annor 110...yang tu dah mau trade in ambil motor baru.....
sbb lepas 21 aku pakai, aku beli MR3...



sekarang ni rasa teringin nak naik motor balik...baru haha..

nak ambik kapcai je....murah2 je buat ulang alik kerja....
senang...elak jem dan utk jimat minyak jgk.kriss euro MR3 modenas mmg sesuai


Satu daripada sebabnya kerana segmen motosikal berkenaan yang paling mampu milik rakyat Malaysia Dan, untuk urusan harian, ia yang paling praktikal – murah, kos pemilikan dan penyelenggaraan juga rendah serta dapat memenuhi keperluan individu dari pelbagai lapisan masyarakat. Ia tidak hanya tertumpu kepada segelintir kelompok yang berkemampuan sahaja, misalnya.

Di sebabkan itu, motosikal jenis kapcai dan moped sangat popular, jika dilihat dari sudut jumlah penggunaannya. Namun, mengapa pula penawaran model-modelnya terlalu banyak, sedangkan jika dilihat dari perbezaan kapasiti misalnya, perbezaannya terlalu sedikit?


Pemijak brek belakang rata



Kapcai dengan sesaran enjin lebih rendah lazimnya jauh lebih mudah berbanding kapcai dengan sesaran enjin 150 cc. Bagi kelompok kebanyakan pembeli pula, perbezaan beberapa ratus ringgit sahaja boleh mempengaruhi pemilihan mereka, apatah lagi jika perbezaannya beribu-ribu ringgit.



Menyedari hal ini, Modenas memposisikan model Kriss MR3 yang dilancarkan pada tahun lalu dilantai paling bawah hierarki penawaran kapcai itu, dengan sebuah jentara 110 cc. Model ini adalah lanjutan kepada model MR1,MR2 yang diperkenalkan pada penghujung tahun 2011, dengan pengenalan “Motosikal Rakyat”.

Ini seharusnya menjelaskan banyak perkara tentang MR3 juga; ia dikeluarkan dengan matlamat untuk memenuhi keperluan paling asas pengguna motosikal di Malaysia, tentunya dengan harga paling berbaloi – MR3 dijual pada harga RM3,980 (tidak termasuk GST). Ini sekitar RM1,000 lebih mahal berbanding MR1. Ada perbezaan atau penambah baikan yang dilakukan untuk peningkatan harga ini?


Lampu signal harapan 


Reka bentuk Lampu signal hadapan


Lampu hadapan 2 mentol besar utama dan spare kecil 


Secara umum, MR3 tampil dengan perincian yang lebih baik. Jika MR1,MR2 dahulu nampak sangat ringkas dan hanya dilengkapi dengan kelengkapan asas, MR3 mengubah penampilan itu kepada sebuah kapcai yang lebih sporty dan tidak kalah menyenangkan dari jika dipandang.

kadang2 ramai yang tertanya tanya sama ada Kriss MR3 atau Kriss MR2 lagi power.. di sini saya akan buat detail tentang kedua dua moto ni..

Spec MR3

Diasaskan dari enjin EX5 High Power. Cuma piston lagi besar dari MR2.. 52.4mm. Cuma stroke pendek sedikit dalam 49.5mm. Hp hanya dalam 6.6hp saja. Cuma yg saya impress pasal compression ratio MR3 sebanyak 9:7:1.. Besar CR MR3.. sebab tu dia pikap dan top lebih dari MR2 walaupun hp dia kecil..

Spec MR2

Diasaskan dari enjin Wave 110/Ex5 110..Piston kecik sedikit dalam 50.0mm. Kelebihan pada stroke dalam 55.6mm.. Panjang gak sama dengan Ex5 CLASS 1. Hp tinggi sedikit dari MR3 iaitu 8.3hp. Cuma compression ratio agak mengecewakan iaitu 8:8:1. Pikap dan top kurang dari MR3.. Sebab tu kalau lawan pikap, MR3 akan ke depan dahulu. Saya dah test..

Bagi pendapat saya, lebih berbaloi untuk beli MR3 sebenarnya. Tentang panjang stroke tu, MR3 boleh tukar grandshaft EX5 CLASS 1..


Lampu belakang 

Lampu Led no plate


Lampu signal Led belakang 

Berbanding MR1, MR2,MR3 kini hadir dengan rekaan luaran yang lebih menarik dan berupaya menandingi model-model pesaing yang ada. Selain rekaan menyeluruh yang baru, beberapa ciri utama yang ada pada Modenas MR3 ini ialah rekaan panel meter yang kompak dan jelas, memudahkan penunggan untuk memerhatikannya ketika dalam perjalanan. Seperti kebanyakan motosikal lain, slot kuncinya datang dengan ciri penghadang keselamatan.


Brek dram hadapan 


Brek dram belakang


Brek pula MR3 menggunakan jenis dram untuk bahagian depan Dan belakang brek dram untuk bahagian belakang. Saiz tayar hadapan ialah 70/90-17 38P manakala tayar belakang 80/90-17 44P. Tiga pilihan warna diberikan, Yellow, Celebration black dan Strike Blue.


Body flexible 


Exsober 


Dimensi sisi hadapan


Dari segi dimensi, menarik Dari segi tunggangan, bagaimana pula? Adakah ia meyakinkan?


Seat tempat duduk yang selesa


Sepanjang kesempatan saya menunggang ujinya, Modenas MR3 dalam sebulan ini tiada masalah untuk memenuhi jangkaan umum terhadap penggunaannya. Namun, kita perlu faham bahawa penawarannya adalah dengan kekuatan dari aspek tanda harga yang dikenakan. Hanya selepas itu barulah ia boleh dihargai.

MR3 hadir dengan harga peringkat kemasukan, tetapi memberikan nilai yang lebih daripada itu. Dari segi estetiknya, ia sedap dipandang. Begitu juga dengan poket, ia tidak terlalu membebankan. Namun, bagaimana dengan prestasinya?


Starter


Control signal ,lampu atas bawah ,chock 

Sebetulnya, jika anda bayangkan prestasi yang diberikan adalah pada tahap yang terbaik bagi kategori kapcai, perkara itu tidaklah tepat. MR3 lebih sesuai jika ditunggang secara bersahaja. Anda akan kecewa sekiranya cuba mengerahkan kuasanya, dengan harapan ia akan meluru laju serta-merta.

Jadi, sebagai sebuah motosikal umum untuk kegunaan harian, ia lebih daripada mencukupi, terutama bagi mereka yang mementingkan soal kos dan harga. Selain itu, ada beberapa perkara yang mungkin boleh dipertingkatkan.



Tempat simpan alatan maintenance  spanar, skru 


Misalnya, ruang di bawah tempat duduk. Ia tidak akan dapat memuatkan helmet saiz penuh yang biasa digunakan; sekadar boleh menyimpan barang-barang kecil seperti beg duit atau telefon untuk mengelakkannya basah sekiranya hujan.



Monorack givi 


Modenas Kriss MR3 mempunyai kelebihan dari segi penggayaan pada tanda harga yang dirasakan sangat berpatutan. Dengan matlamat pengenalannya untuk memberikan sesuatu yang berbaloi bagi segmen kapcai peringkat asas, ia telah berjaya melakukan perkara itu. Cuma, anda jangan meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi terhadap motosikal ini terhadap hal-hal lain.


Paip ekzos mesra alam 


Standart 


Semangat daripada singkatan pada namanya sudah menjelaskan banyak perkara – ia sebuah “Motosikal Rakyat” untuk kelompok pengguna yang lebih menyeluruh dan mendasar dalam masyarakat

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping