Showing posts with label Bercuti makan angin. Show all posts
Showing posts with label Bercuti makan angin. Show all posts

Wednesday, October 13, 2021

Cerita ikan Kaloi air tawar

 Ikan Kaloi ikan belida dan tiger Oscar dan Oscar albino .dulu saya pernah juga memancing di area sungai bagan serai saya suka- suka dan dapat seekor ikan belida dengan menggunakan umpan perap .dan ikan belida itu kawan saya minta dia menyatakan ikan belida jikalau nak makan banyak tulang. Dan saya pun bagi ikan belida itu kepada kawan saya.

 


Saya gembira dapat kawan mcm kawan kawan saya yang lain.


Kini al-quarium di rumah saya sudah tiada lagi saya hanya tumpukan perhatian kepada mak ,maklong dan urusan di rumah dan kuarintin kucing

Mantoi jari jemari saya mohon maaf sekiranya akidah saya terbitan cerita ini mengisahkan pemeliharaan ikan.


Saturday, March 27, 2021

Naik ferry p png

Wan calling 2 aku pagi neyh nak pergi naik feri pergi png.makan- makan






 Jalan jalan ronda ronda bersama motorsikal SYM Amir happy motor baru boria colour berkat usaha beliau kerja kontraktor bersih kawasan.Tahniah Amir dan Wan sparow folow up dekat sbrg 🏝️ Pulau Pinang naik perkhidmatan feri lama tak jejak sebelah pulau


Kesian dekat wan letih baru balik kerja motor dia buat tukun tinggal di rumah



Zoom kemera dekat lintasan bot




Lintasan Bot berlalu


Pelabuhan Penang port Butterworth




Zoom teropong kemera dekat 



Bandaraya Georgetown


Selepas solat zuhur di Masjid (maqkbul) kampung Hashim imam ....sungai pinang Penang...👌 

dan pergi Melegakan tekak tengahari panas makan cendol dekat Penang Road


Saturday, February 20, 2021

Memori

 Memori masa tinggal dengan pakcik



Di Edinburgh Scotland


Jemputan jamuan cikgu di kediaman rumah


Station Travel train london p sekolah


Pintu gerbang rest house Penjara Melaka


Office ikut pakcik di Ibu pejabat penjara seremban


Pool holiday inn johor baharu dalam 9 kaki


Menonton tv bangun tidur weekend mengantuk di Edinburgh

Thursday, February 4, 2021

No in love

 Tahun 2006 ke Langkawi selepas frust bercinta pergi  realese tension cari ketenangan pengubat rasa kecewa malas fikir soal  jodoh terus solo sampai sekarang...



Wednesday, December 23, 2020

Manfaatkan masa

Pagi hari ini sempat tanam pokok puding warna warni daun tak ada bunga, tapi daun-daun yang menyerikan rumah ...allhamdulillah hari ini saya rajin bersihkan halaman depan rumah saya dan rumah maklong


Lepas tu keluar tenangkan fikiran di Mengkuang Dam









 

Thursday, November 19, 2020

Jalan 2 area kawasan



Pagi tadi parking motor kawasan riadah taman Hutan Air Hitam tenangkan fikiran 


Telefon dari pagi msg Wan dengan Amir tak jawab P rumah Amir ayah dia cakap Amir keluar dengan Wan  jam 2.47 pm aku nak masuk kerja baru kawan bagaitau depa P sungai dua,telok molek,lubuk meriam pekena cendol dah balik hujan stokin basah

saja relex taman air hitam sungai dua tgok org buat penggambaran petang ni shif petang esok 16 jam



Wednesday, February 13, 2019

Pantai Merdeka,Pulau Sayak

minggu lepas cuti jalan di pantai merdeka dan pulau sayak oleh kerana di kawasan beriadah banyak pelancongan di sini kalu hari cuti public holiday kena datang awal kalau tidak tak ada parking dan jalan Jem teruk 


Tempat turun bot peronda pantai JPAM dari tembok tebing pantai

                             Safety JPAM Polis Pantai Merdeka



Bot yang membawa penumpang berulang alik Tanjung Dawai - Pantai Merdeka Tambang RM 2.00 seorang



Pelbagai gerai aneka makanan dan minuman di niagakan



Masjid Tanjung Dawai berhampiran terapung di pantai


Jeti Tanjung dawai


Bot laju dariTanjung Dawai hanya 2,3 minit je Pantai Merdeka

Budak-budak bermain bermandi di Pantai Merdeka


Hampir lewat petang








Mee Udang Pulau Sayak




Satu lagi Tempat makan yang Menarik, Sedap, Best dan Popular di Kedah adalah Mee Udang di Pulau Sayak juga di Kuala Muda.
Pernah beberapa kali aku makan Mee Udang di Pulau Sayak juga di Kuala Muda. Sedap, Udang fresh dan besar. Hari tu aku pergi memang kena tunggu lama jugak maklumlah orang ramai. Tapi berbaloi lah sebab sedap.
Lokasi agak terpencil tapi orang ramai tak putus putus.
Mee Udang Pulau Sayak ni di buka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 12 malam. Boleh call 019-2671650 / 019-4321857 (Usop).
kami tak snap pic kami yelahkan tengah hot panas membahang nanti tengok tak ada seri pulak




PETA NEGERI KEDAH




Asal-usul Nama Kedah
Bagi Sejarah Kedah, terdapat dua lagi bahan rujukan yang terkenal iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis selepas tahun 1643 dan al tarikh salasilah Negeri Kedah dalam tahun 1927. Maklumat mengenai sejarah awal Kedah boleh diperolehi daripada unsur-unsur Arab, Parsi, Sanskrit dan Cina.
Asal Nama Kedah - Arab dan Parsi
Unsur-unsur Arab dan Parsi banyak memperkatakan mengenai Kedah yang disebut sebagai " Kilah" (Ibnu Khurdadhbih 846) atau "Kalah" (Ibnu Muhalhal, 941) atau "Qalha", "Qalha" ini dikatakan mempunyai empat buah daerah iaitu Kuala Qilah (Kuala Sungai Merbok sekarang) Kuala Bahang (Kuala Kedah) , Kuala Merpah di Pulau Panjang dekat Setoi (disempadan Penis/Siam) dan Kuala Bara (sebuah Kuala Sungai di kawasan Setoi).
Asal Nama Kedah - Penulisan Sanskrit 
Terdapat juga rujukan mengenai Kedah dalam tulisan-tulisan Sankrit yang menyebut Kedah sebagai "Kataha" atau "Kadara" dan tulisan-tulisan Tamil yang menyebur Kedah sebagai "Kadaram" atau "Kalagam". "Kadaram" bermakna kuali besar dan "Kalagam" pula bermakna warna hitam. Mengikut Wilkinson nama Kedah berasal daripada perkaraan "Kheddah" yang bermaksud perangkap gajah. Ada pula pendapat yang menyatakan bahawa nama Kedah berasal daripada perkaraan Arab. "Kedah" yang bermakna gelas berkaki. Pada zaman terdapat ramai pedagang Arab yang menjual gelas berkaki disana sini. Mereka sering meneriak perkataan "Kedah" untuk menarik perhatian para pedagang kepada barang dagangan mereka. Daripada hasil penulisan sejarah pedagang­ pedagang China dan kronikel pelayaran mereka terdapat rujukan Kedah dalam pelbagai sebutan. Begitu juga dengan unsur-unsur Siam dan Jawa yang juga menyebut Kedah dengan gaya yang tersendiri.
Asal Nama Kedah - Unsur China 
Dari unsur-unsur China, yakni semasa Dinasti Liang (502 - 665) Kedah disebut sebagai "Langgasu" atau " Langa" (atau Langkasuka). Dari penulisan I-Ching (kurun ke-7) Kedah kerapkali pula disebut sebagai "Chiah-Chin" atau "Kie Ta'a"ataupun "Kieteha". Dilaporkan bahawa penduduk-penduduknya mula menduduki kawasan itu dalam kurun pertama sebelum Masihi. Sehingga ke hari ini masih menjadi tanda Tanya di mana sebenarnya kedudukan kerajaan Langkasuka itu. Penulis dan sejarawan Winstedt menganggap Langkasuka, yang disebut juga dalam Hikayat Marong Mahawangsa sebagai nama Kedah dalam bentuk penulisan sastera. Pakar sejarah seperti Quaritch Wales, ahli arkeologi British; G, Coedes, ahli arkeologi Perancis dan Dr. Linehan, sejarawan dan bekas Pengarah Muzium di Tanah Melayu (1948 -1951), menempatkan Langkasuka di kawasan Sungai Bujang. Daripada kronikel China zaman Dinasti Tang (618 - 916) Kedah disebut sebagai "Kora" atau "Kola". Raja Kora dikatakan mempunyai nama keluarga "Sri Pura" dan namanya sendiri ialah Misi Pura. Pengembara Cina, Chao Ju Kua (yang menulis dalam tahun 1250) menyebut Langkasuka sebagai kawasan yang ditakluk oleh Palembang.
Asal Nama Kedah - Penemuan Kajian
Penulis The Study Of Ancient Timesin The Malay Peninsula and Straids Malacca. Roland Braddell menyatakan Kedah pernah disebut sebagai "Gedda". Nama itu dikaitkan dengan perkataan Hindustan "Khadar" yang bermaksud tanah yang sesuai untuk tanaman padi. " Kidara" dalam bahasa Sanskrit juga mempunyai makna yang sama. Lagi satu nama untuk Kedah ialah "Kala" dalam bahasa Parsi yang bermakna Kota. Diriwayatkan bahawa Raja Kedah yang kedua telah membina sebuah Kota di sebuah tempat yang bemama Serokam. "Serokam" dikaitkan dengan perkataan Hindustan "Sara" yang bermaksud bangunan dan "Kami" yang bermaksud urusan.
Quaritch Wales yang banyak menjalankan kajian arkeologi di Kedah telah menjumpai tapak kota di Serokam. Unsur-unsur India merekodkan perihal "Kataha" nama Kedah tua yang telah ditawan oleh Raja-Raja Chola dari India dalam kurun ke-11. Kataha diperintah oleh seorang yang bernama Sri Visaya. Seterusnya, Kedah dikatakan pernah terletak di bawah kuasa Palembang diikuti dengan kuasa raja-raja Chola dan kemudian kuasa Majapahit. Syair Nagara Kretagama (1365) menyebut nama "Kedah" dan "Langkasuka" sebagai kawasan-kawasan yang dikuasai oleh Majapahit. Sehingga akhir kurun ke~14, Kedah masyhur sebagai pusat perdagangan bijih timah tetapi selepas kejatuhan Palembang dan kemerosotan kuasa Majapahit, Kedah jatuh ke bawah kuasa Siam.
Barbosa, penulis portugis yang menulis dalam tahun 1516, menyatakan bahawa Kedah adalah pusat dagangan pelbagai jenis barangan. Kapal-kapal Arab datang dari merata tempat untuk berdagang. Di Kedah terdapat banyak lada hitam yang dibawa keluar ke China melalui Melaka. Godinho De'Eredia, ahli kartografi Portugis yang menulis diantara tahun-tahun 1597 - 1600 memberi gambaran mengenai pelabuhan di Kedah yang katanya dipenuhi dengan bangunan yang dibuat daripada nibong.
Unsur tempatan yang terkenal mengenai sejarah Kedah ialah Hikayat Marong Mahawangsa yang mengisahkan sejarah awal Kedah. Ramai sejarawan menggunakan Hikayat ini sebagai rujukan, walaupun unsur itu diakui banyak bercampur-baur dengan kisah-kisah yang terkeluar daripada sejarah. Satu lagi unsur tempatan yang popular ialah AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Karya Haji Hassan Haji Arshad, seorang pegawai tinggi istana. Dengan menggunakan Hikayat Marong Mahawangsa dan AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, seseorang dapat membina perjalanan sejarah negeri Kedah khususnya Salasilah Kesultanan Kedah dari kurun ke-13 hingga ke hari ini.
Asal Nama Kedah - Rekod Pengembaraan 
Rekod-rekod lama yang menyebut nama "Kedah" walaupun dalam pelbagai sebutan boleh dikesan semenjak tahun 846 Masihi. Misalnya dalam rekod pengembaraan Ibnu Khurdadhbih penulis buku al Masalik wal Mamalik ada disebut mengenai sebuah pulau yang bernama "Kilah" yang mempunyai banyak bijih dan hutan buluh. Buku ini merupakan buku panduan mengenai kawasan­ kawasan empayar Islam dan mengandungi juga maklumat mengenai topografi Asia Tenggara.
Seorang pengembara Arab bernama Sulaiman yang pernah menulis dalam tahun 851 masihi menyebut mengenai kawasan bernama "Kalahbar" yang dikatakan sebagai tempat yang bernaung di bawah Zabaj iaitu Empayar Srivijaya di Palembang. Ibnu Muhalhal yang menulis dalam tahun 941 masihi menyebut "Kalah" sebagai terakhir bagi kapal-kapal berlabuh disebelah timur. "Kalah" digambarkan sebagai sebuah Bandar besar yang dikelilingi oleh tembok yang tinggi, penuh dengan taman-taman dan alur. "Kalah" juga mempunyai banyak lombong atau "Kelian" bijih. Menurut fbnu Muhafhal "Kelian" seperti itu tidak terdapat di mana-mana pun di dunia. Disana juga terdapat pedang yang paling istimewa buatannya.
Sumber : Lembaga Muzium Negeri Kedah

Saturday, January 19, 2019

Mandi Air Terjun Taiping sabtu yg ceria

lama juga rasanya tak turun taiping dah dekat 10 tahun, kesibukan di real life hari ini sungguh membuatku malas melakukan apapun... 


ennn... di sabtu ceria ini yang harusnya  bangun jam 8 siang pun terpaksa harus bangun jam 9 pagi, karena panggilan kawan ajak pergi makan kenduri di Parit Mentera 3 di Parit Buntar Perak tidak dapat lupakan, huhuhu..kampung itu semua berasal dari Keturtunan Banjar

 biasanya enak  dah masuk usia perak, huehuehue.... lebih dikenal sebagai Wedding Organizer. kami bedal makan saja tengok pengantin tiba jam 1 lebih mereka masih mengamalkan masakan bergotong royong masak dengan kayu api kenduri bermula awal jam 11 dan selesai pukul 4 petang tapi kebiasaanya aku sembang dengan peniaga air tebu dekat situ kenduri kebiasaanya senyap pukul 2 petang. 

en setiap liat kami masuki meredah sawah bendang apa lagi ya selesai makan kami pun berangkat pulang azan zohor dan ke Masjid Al-Tarmizi di kampung Parit Mentera

kemudian kami terus ke Bagan Tiang dan  ke air Terjun is going crazy Taiping Perak


Sabun kami adalah batuan kecil kami tonyoh serata badan bagi menghilangkan daki


alahai wan dengan mat cop macam puteri mandi la pulak


is going crazy


amir santai baring dalam air terjun


kami main game kawalan diri tahan nafas menyelam...sapadapat tahan nafas nyelam paling lama dia hebat



Sejuk mengeletar dah nih


amir buat muka lawak bodo hisap rokok daun


gambar semasa neyh bulam mandi lagi duk tengah hot macam cacing kepanasan

setelah mandi kami beransur pulang ke bandar Taiping dan masuk waktu sembahyang Asar Di Masjid Melayu masjid tertua di Taiping hampir 300 tahun lamanya







Masjid ini di bina sejak dari moyang kita dahulu 

jen jeng jeng Bila bersemadi....warna cinta...


Kubur Allahyarham DR BURHANUDDIN  beliau lah orang pertama memperkenalkan dan bawa masuk ubat-ubatan dari India ke Tanah Melayu


Besebelahan dengan perkarangan Masjid

balik pesta kat Batu kawan pula Design villey solat magrib di surau mat cop jadi imam.

mulai dari penat letih berjalan jauh tak snap pic tarian naga kat situ

Well.... tapi teringat sih kata temen yang udah jauh perjalanan luas pengalaman urusan aku hari ini dad selesai cuti malam ni kelas ajar gitar aku dah keletihan tak payah susah dibikin susah, toh dari jaman batu sampai jaman robot juga aku tetap gitu gitu aja, hohoho... balik ke kerjaan dulu peace yooo..

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping