Showing posts with label Al-Ulum. Show all posts
Showing posts with label Al-Ulum. Show all posts

Friday, May 14, 2021

Raya..


 Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin




Kojer tetap kojer

Assalamualaikum sebelum itu saya ingin memohon maaf sekiranya berlaku kekilafan atau di salah ertikan berhubung perkara ini.saya sudah hantar pagi tadi.

Peranan saya terpaksalah bertindak salurkan Aduan kementerian kesihatan Malaysia ( KKM) mengendalikan aduan dan maklum balas atas sistem pencapaian perkhidmatan berkaitan fasiliti terhadap apa yang berlaku kan dalam sektor kesihatan telahpun di utamakan sekarang




Saya sebenarnya bukanlah merungut saya juga percaya pada takdir dan ketentuan Ilahi.siapalah saya nak menentukan sebab musabab sesama kita bagi saya kehidupan seronok di kampung saya juga terpaksa buat atau ajukan lebih mudah dari fikirkan bukan saya tawar atau nak jual tak jual ...saya juga punya pendirian

Nadi saya sebelum ini di sekat agar saya mohon maaf jikalau saya sabar mungkin ada had kalau saya cakap perlu saya lapor kan atau sekiranya lebih tepat penampakan sikap dan perilaku kalau saya cakapkan warung Pak Dollah ada jamuan free off chage tersedia sesuai di jadikan iktibar jom saya ketengahkan sekarang paling jelas ada tiang tiada lampu di lorong gelap.saya sudah banyak lali dan saya banyak redha kalau saya tak redha fikirkan kita jadi sakit dari taram orang ni orang lain taram orang ni hentam sama hentam tak kesudahan.kekurangan kesedaran sivik.

Bukan saya ingin membunuh kepercayaan sesama kita antara satu 
Komuniti lain kerana agak viral sangat lah kan dekat dengan dunia tapi jauh di dalam cerita ada cerita dan sekiranya karya karya jurnal saya dan motif motif sebaliknya saya juga sama di belenggu atau ciri-ciri syakwasangka yang bukan saya harap anda dan kita semua berfikiran positif.

Thursday, April 23, 2020

Solat gilir -gilir



Lepas solat sambung  bertugas hujan lebat gilir -gilir dengan PK Murad shif malam tunaikan kewajiban insyallah kami gilir -gilir tarawikh surau Skpb malam ni


Monday, August 26, 2019

Orang tak tahu pun aku....

Aku bukanlah syabab yang berjubah setiap masa pon.



Ceritanya hari ini aku ke hospital sebab terlepas appoitment hari jumaat minggu lepas sebab sibuk balik aku beli lah sarapan pagi bihun sup ayam untuk aku dan maklong 2 bungkus dan sebungkus mee kari untuk mak aku harga RM13.00 minyak motor RM 2,datang kerja beli rokok 2 kotak RM 10 ,surat kabar RM1.50 dan minyak motor RM 3,singgah beli nasi dengan ikan goreng untuk kucing di sekolah  RM 4,masuk kerja kawan datang meminjam RM 10 sampai dekat aku tinggal RM 3 tak cukup nak makan hari ini..tak apa tapi aku hairan dengan orang dan dunia yg tak faham aku.

Contoh:- dekat kawasan rumah aku orang yang afdal2 belaka 
ustad ,imam ,pelajar tazfiz,berhampiran dengan surau.
.

Aku suka berpakaian kasual. Aku akan pakai baju berkolar dan seluar jeans bila masanya sesuai.tidak pula aku berjubah, juga bila masanya sesuai. Biarlah ada pihak yang sibuk berdebat sama ada ianya sunnah jibiliyah (amalan sesuatu kaum) atau sunnah tasyri'iyah (amalan yang diperintahkan). Aku memakai dengan niat untuk aku manifestasikan cinta pada Rasulullah . Tidak berjubah bukanlah bermakna tidak cintakan Rasulullah , jubah bukanlah tiket ke syurga. Flexible, gaya hidup begini memberi aku peluang untuk mendapat kenalan yang ramai, bukan hanya daripada satu golongan sahaja.

Ya,
Aku juga berkawan dengan mereka yang rasakan diri mereka ‘jauh’ daripada menjadi orang baik-baik, mereka rasakan diri mereka jahat dan mereka selesa begitu. Ada juga yang sengaja menjauhkan diri dari agama. Aku tidak memberi ancaman neraka kepada mereka, tidak juga mengeluarkan hukum haram menjauhkan diri daripada Tuhan yang akhirnya akan menjauhkan lagi seorang hamba dengan Penciptanya. Sebaliknya, aku bertanya akan sebab-sebabnya. Dan apabila ditanya mengapa mereka menjauhkan diri dari agama, rata-rata mereka memberi jawapan serupa,

“Aku tak tahu ‘Islam’ jenis yang mana yang betul untuk diikut, serabut”

Aku keliru pada awalnya, kerana pada aku, hakikinya Islam ini hanyalah satu, mana ada lain-lain. Aku cuba buka minda, membayangkan diri aku sendiri berada ditempat mereka. Melihat keadaan negara majoriti islam sendiri sebagai contoh, iaitu negara kelahiran aku, Malaysia. Aku melihat dari luar, sebagai pelajar Malaysia yang belajar di negara jauh, di negara bukan majoriti Islam.

Dari politik, hinggalah ke pentas-pentas dakwah,
Islam ini dikoyak-koyak dan ditampal-tampal mengikut ukuran sedap ‘baju’ masing-masing. Ada yang mamperjuangkan bangsa, digunakan hujah Rasulullah ﷺ sebagai paksi perjuangannya. Ada juga yang memperjuangkan exclusivity Islam, juga mengheret sandaran-sandaran kepada Rasulullah  sebagai penghalal usaha. Ada juga satu golongan lagi yang membawa pendekatan Islam yang berkawan dengan semua orang, juga menuntut menjadi pejuang politik mesra sunnah yang sebenar. Ada juga yang laungkan takbir di akhir gejala maksiat, sebagai syarat mengislamikan amalan. Rakyat keliru, rakyat menyampah, rakyat semakin ‘malas’ dengan Islam yang banyak versi.

Semua pihak mula menggunakan Rasulullah  sebagai hujah mereka.
Jangan salah tafsir, aku sangat menyokong usaha menggabungkan nilai islam dalam segala aspek kehidupan. Tetapi, aku sangat tidak bersetuju dengan tindakan menggunakan sunnah yang telah diputar-belit sebagai ‘perisai’ untuk segala keputusan kita. Sewajarnya sunnah itu difahami, lalu disusuli dengan gerak-geri. Bukanlah tindakan didahulukan, kemudiannya menampal mana-mana hujah sunnah supaya ianya kelihatan islamik.

Malangnya, perkara ini bukan dilakukan oleh orang jahil agama, tetapi orang yang tahu selok-beloknya, iaitu orang yang berilmu dalam agama.

Beginilah,
Sebagai student pengajian tinggi aku bagi anologi mudah berkaitan bangunan,
Kita semua tahu, golongan yang arif berkenaan perihal bangunanlah yang mampu membina sesebuah bangunan bukan? Janganlah kita lupa, seseorang yang arif berkenaan bangunan jugalah yang mampu meruntuhkan bangunan. Mereka ini tahu di mana terletaknya tiang utama yang merupakan kekuatan bangunan tersebut dan boleh memanipulasikan reka bentuk, atau dengan mudah mereka boleh meletupkan tiang utama untuk meruntuhkan bangunan berkenaan.

Apakah kaitannya dengan agama?

Begini, aku wujudkan anologi baru,
Ada dua orang pemuda, berserban, berkopiah, bawa quran, dan masing-masing berzikir tak henti-henti. Kedua-dua Sheikh A dan Sheikh B ini berjalan menuju ke kedai makan untuk mengisi perut. Sampai di kedai, kedua-duanya duduk di meja makan yang sama, memesan makanan yang serupa iaitu chicken chop. Mereka pun makan.

Selesai makan, kedua-duanya mengucapkan alhamdulillah.
Tiba-tiba, Sheikh B bersuara.
“Mamak! Tambah lagi satu chicken chop!”
Sheikh A sedikit terkejut dengan keputusan Sheikh B untuk menambah makanan, kerana makanan yang dimakan tadi sudah sangat mengenyangkan baginya. Sheikh A melihat Sheikh B menghabiskan makanan pinggan ke-2 dengan penuh perasaan ingin tahu. Lalu Sheikh A bertanya.
“Wahai Sheikh B, bukankah Rasulullah  menggalakkan kita berhenti makan sebelum kenyang?”
Sheikh B menjawab,
 “Wahai Sheikh A, pembaziran adalah dilarang dalam Islam, maka berilah aku habiskan makanan ini dahulu. Lagipun, hadis yang dikemukakan olehmu tadi dhaif, sanadnya lemah”
Sambil mengangguk, Sheikh A akur akan kata-kata Sheikh B itu kerana ia ada kebenarannya juga. Tetapi jauh disudut hatinya dia rasa ada perkara yang tak kena. Seketika kemudian, Sheikh B pun berjaya menghabiskan makanan sambil diperhatikan Sheikh A. Tiba-tiba, Sheikh B bersuara lagi,
 “Mamak! Tambah satu lagi chicken chop!”
Sheikh A tersentak dan sedikit marah, lalu dia bertanya,
“Wahai Sheikh B, apakah ini? Bukankah Islam mengajar kita bersederhana dalam semua hal? Kenapa sampai 3 pinggan ni?!”
Maka Sheikh B pun menjawab,
“Bukankah yang ganjil itu sunnah Rasulullah? Aku terpaksa makan 3 pinggan untuk menepati sunnah..”

Pengajarannya, akan wujud manusia di dalam dunia ini yang akan menggunakan hujah agama untuk menghalalkan tuntutan nafsunya. Hujah mereka sahih, tetapi konteksnya batil. Dengan bantuan Allah, agama ini akan dijulang oleh mereka yang berilmu tentang agama. Tetapi, mereka yang berilmu agama jugalah yang berpotensi menghancur dan mengelirukan agama mengikut kehendak mereka.
Sedihnya, aku nampak jelas ianya berlaku dalam kalangan kita, dalam kalangan pemuda,
Aku doakan, moga aku, dan pembaca kalian dijauhkan dari wabak ini.

Sekarang ni,
Baca betul-betul, korang dah semakin menghampiri point utama aku.. heh heh heh..


Dilema ini berlaku terutamanya dalam kalangan ‘budak baru nak up’ dalam agama, aku pun termasuk sama.

Kekeliruan dalam kalangan ‘pendakwah muda’.
Bila terlampau nak dikenali sebagai ‘Islamic icon’, seseorang ‘pendakwah’ akan mula kaitkan segala aktiviti hidupnya dengan hujah islam. Baguslah kalau kita nak satukan islam dengan kehidupan seharian kita. Tetapi, yang jadi masalahnya, apabila seseorang pendakwah itu tidak mahu kelihatan ‘tidak alim’ dan mula menghalalkan semua gerak-geri naluri manusianya. Hiburan misalnya. Tidak salah hiburan dalam islam jika ianya bertetapan dengan syaratnya. Tetapi ada yang post gambar berkaraoke campuran lelaki-perempuan di instagram, pastu buh caption “pertemuan bersama sahabat ini Allah yang aturkan”. Aduhhh... Nampak tak permainan dia?
*tepuk dahi*
Ada juga yang kata main video game bagus. Kononnya ia amalan yang menjurus ke arah qawiyyul jism dan boleh menjulang nama islam di persada dunia.
*tepuk dahi*
Nak main game, main je lah. Hukumnya harus kalau tidak melebih-lebih. Tapi takyah lah nak ‘islamic-kan’ sangat.. Nampak macam desperado. Nampak macam kita takut manusia tak lagi gelar kita ‘islamik’.

Haaa...
Dah mula faham apa yang aku nak sampaikan? Alhamdulillah...

Hinggakan sampai ke tahap ada yang mengatakan tidak mengapa berdakwah dengan menggunakan wasilah menggoda. Kononnya agar mad’u (golongan yang didakwah) tertarik dengan agama. Diputar-putarkan tengkuk sunnah Baginda dan hujah Islam mengikut nafsu dirinya. Begitu murah agama ini jika kita tidak faham yang dakwah itu untuk Allah. Bukan untuk menghalalkan perangai kita, bukan juga untuk ‘nama’ dan populariti. Ini semua susulan dari fenomena yang saya telah ceritakan dalam artikel terdahulu.

Ekorannya, mereka yang seakan-akan ‘jauh’ dari agama akan semakin menjauhi agama kerana wabak ini. Mereka keliru nak ikut yang mana satu. Sebelah sini memetik surah An-Nur ayat 31 untuk mengajak golongan yang didakwahnya menundukkan pandangan. Sebelah sana pula mengatakan kita perlu pakai makeup tebal-tebal agar dapat menarik golongan didakwah. Contohnya poster yang saya terjumpa di twitter ini:

“Rendahnya martabat daie sampai disamakan dengan model Victoria Secret!”-Akhi Inche Gabbana

Virus ini bukan sahaja menular dalam kalangan para pendakwah wanita, tetapi da’ie (pendakwah) lelaki juga tidak terkecuali.

Aku sangat bersyukur jikalau kalian yang dahulunya mengikuti perkembangan perkara-perkara lagha, poster artis penuh di dinding, wallpaper One Direction kat phone (jangan bash.. LOL), kini berubah kepada mengikuti perkembangan islamik dari individu-individu 'islamik' tertentu.

Tidak salah menjadikan seseorang sebagai idola, kerana mungkin Allah berikan hidayah kepada kita melaluinya.
TETAPI,
Bukanlah fitrah agama untuk mengikut seseorang ‘individu’ secara membuta tuli,
Terutamanya jika seseorang itu terkenal dengan perangainya yang fasik, kita disuruh untuk mengkaji dahulu sebelum menerimanya maklumat daripadanya,
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” –Al-Hujurat ayat 6.

“Teme, berhati-hati dalam belajar agama. Perhatikan sumber, perlu lihat juga penyampainya. Bimbang jikalau kita tersesat, susah nak patah balik, kerana ia dah mempengaruhi fikrah (cara berfikir) kita” -Guru

Aku pegang kata-kata itu sehingga kini,
Taknak jadi seperti lembu,
Kalau kalian berterusan berdegil nak jadi lembu, rasa selesa dicucuk hidung dan diheret ke mana-mana termasuklah ke arah binasa, teruskanlah, aku tiada hak memaksa..
Hak me’lembu’ juga hak bersama.
Tapi aku lebih gemar menjadi manusia yang sihat akalnya..

Tak semua perkara kita boleh islamic-kan, kadang-kadang kita perlu rendahkan ego dan terus tinggalkan.

Aku sedar ramai yang kata aku ni pelajar prgajian tinggi tak layak bicara soal agama..
Sedangkan pelajar ilmu dunia pun berhak belajar agama, kami pun nak masuk syurga,
*flips beard*
Aku tidak mengeluarkan hukum, aku lontarkan kritikan sosial kerana agama ini Tuhan aku yang punya, aku taknak dipersoalkan kelak.
Yang dah boleh mula belajar senyap ialah mereka yang google-google sahaja sebagai pengisi masa lapang selepas SPM, lepastu merasa dirinya bertaraf mufti dunia.
Hentikanlah diri anda sebelum menjadi lebih bahaya.

Tolong, aku merayu,
Kepada umum, termasuk pujukan kepada diriku sendiri,
Belajarlah basic agama, kalau tak mampu ke madrasah pun, bukalah ceramah-ceramah di youtube, jangan nanti kita dipersoal oleh Allah kerana cetek ilmu agama sedangkan kemudahan telah terhidang di depan mata,
Ini bukanlah untuk kepentingan aku, ianya untuk kepentingan kita bersama di zaman fitnah ini,
Aku tak sanggup dah tengok generasi aku menghancurkan agama sendiri.
Hinggakan jika kalian nak join jemaah pun, belajarlah agama dahulu kalau nak selamat, agar kalian dapat menilai intipati islam pada jemaah seperti fitrah islam yang sebenar. Bukan islam versi yang diajarkan oleh jemaah kalian.
Moga-moga kita semua boleh berdikari.

Dah.. cukup..
Aku sayang kalian kerana Allah.



..........................................
Agama ini umpama senapang,
Ilmunya boleh dipelajari, dikuasai, dan dimiliki oleh sesiapa.
Penguasaannya tidak mengenal usia,
Boleh menyelamatkan dunia dan akhirat kita,
Boleh membantu kita ‘menembak’ ancaman-ancaman yang membawa ke neraka,

Agama ini umpama senapang,
Ilmunya boleh dipelajari, dikuasai, dan dimiliki oleh sesiapa.
Ada kalanya ia jatuh ke tangan yang merbahaya,
Akan ditembak sesuka hati merata-rata,
Digunakan untuk kepentingan diri sendiri sesuka nafsunya,
Ia tidak lagi menjadi penyelamat, tetapi fitnah kepada agama,

Agama ini umpama senapang,
Tidak mustahil anda juga ada,
Tetapi, jika anda sedar bahawa anda berpotensi meledakkan pelurunya mengikut nafsu durjana,
Maka aculah senapang pada cermin, binasakan nafsu sebelum ia berleluasa.

Sunday, July 28, 2019

Bosan2 aku membaca


bahan bacaan aku dari kesunyian di pondok post




membaca malah kebiasaan itu menjadi nutrisi yang tidak dapat dihindari. Kebiasaan membaca bahan bacaan berat seperti falsafah, politik, sejarah, bahasa, budaya, dan biografi kisah kejayaan peribadi tertentu membuat fikiran tergugah kerana bahan bacaan berat sedemikian pada kebiasaannya menyajikan sebuah pengalaman dan tentunya dunia yang berbeza. Kini aku memburu dan membaca profil tokoh atau biografi figur serantau dan antarabangsa yang ditulis oleh penulis biografi terkenal. 

Menulis biografi adalah menulis kehidupan alam mashyar kerana ia memerlukan ilmu agama menulis yang baik, pandai mengolah dan menyusun narasi hasil daripada pendekatan intens dengan figur yang ditulis. Jadi, penulis biografi terkenal biasanya sudah biasa dengan dunia tulis dengan gaya bahasa yang memikat, menyentuh, inspiratif dan berwarna. Kenapa buku agama? Bagi aku, biografi agama adalah sebuah konseptual cerita figur tersukses yang harus siap memindahkan ruang privat yang biasanya sempit dan tertutup ke bentangan ruang publik yang luas tak bertepi ketika menjadi buku. Salah satu kekuatan biografi adalah kejujuran daripada subjek untuk membuka diri selebar-lebarnya.



MeNcAri MaKNa KeMaTian

 Dengannya, kita dapat menghadam dan mengaut sesuatu yang sangat menginspirasikan dan membuat aku selalu berasa bertenaga kerana adanya gerakan fikiran yang positif yang mendorong saya hasil daripada pembacaan berkenaan. 


Itulah yang aku rasakan pada ketika selesai mengunyah dan menghadam cerita dalam sesebuah biografi agama adalah makanan rohani aku. Nah, kebiasaan membaca bahan bacaan berat ini membuatkan aku menjadi tidak berminat kegiatan ekstra sosial membuang masa dengan aktiviti tak berfaedah. Malah kini dalam kegiatan sosiolisasi yang saban hari selalu ada.

diharap akan dapat mengubah cara pandang dan cara fikir kita terhadap sesuatu setidaknya memberi satu dimensi baharu terhadap apa yang kita lakukanMerunut balik hobi membaca yang aku rasa buku dengan aku tak ubah seperti secawan kopi dan sejemput biskut; yang aku baca kebanyakan justeru dikonsumsi orang dewasa yang termasuk kategori bacaan berat. 

Kecenderungan ini ternyata berbahaya kerana membuat aku menjadi orang serius dan cepat dewasa sebelum waktunya. aku menjadi penyendiri, introvert, suka kesunyian dan sebolehnya menghindar daripada kebisingan dan tawa ria yang tidak terkawal yang seolah-olah menganggu gerak fikir aku untuk berkarya dan bekerja. 

Di sebaliknya pula, buku yang menggugah inilah menginspirasikan aku untuk berkarya bagi keperluan pekerjaan dan bahkan nutrisi yang aku dapatkan daripada pembacaan itu membuat aku mencintai dan ingin meneroka dunia melalui petualangan atau perjalanan darat ke negara lain. Tujuan tidak lain adalah melalui pemerhatian dan pengalaman sosial tatap muka ditempat baharu .

Friday, April 12, 2019

Salam Jumaat Syaaban


Salam jumaat hari ini aku ke masjid menunaikan solat Jumaat Tajuk kutbah Jumaat hari ini Muhasabah diri di bulan Syaaban sedikit info di petik dari al-kitab bulan syaaban yang boleh aku ceritakan ialah Syaaban membawa maksud berpecah-pecah.Ada orang yang berpendapat,ini kerana pada ketika itu bangsa Quraisy terpaksa berpecah pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir.Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Tahukah kamu sekelian megapa di namakan dengan bulan Syaaban?"Para sahabat menjawab,"Allah dan Rasulnya lebih mengetahui"Rasulullah s.a.w menjawab, " kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali" (Di petik dari kitab Raudatul Ulama)

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allahserta memperbaiki diri segala macam cela.Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

"keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain,Sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makluknya

Nisfu syaaban

di dalam bulan Syaaban terdapat satu malam yang penuh rahmat,iaitu Malam Nisfu Syaaban.Pada malam ke - 15 bulan Syaaban ini,doa menjadi mustajab.

puasa sunat di bulan Syaaban

Doa,zikir & Selawat ke atas Rasulullah s.a.w

Bertaubat

Oleh itu,di harap agar kita dapat bersama-sama memperbanyakan amalan yang baik ini di bulan syaaban.Banyak fadhilat dan kelebihan yang di janjikan oleh Allah kepada kita ,InsyAllah.

Thursday, January 17, 2019

6 Perkara...



Insyirah Sesungguhnya hari ini kejayaan seluruh manusia bukan pada harta, pangkat darjat dan lain2. Allah swt telah meletakkan kejayaan seluruh manusia hanya dalam mentaati perintah dan meninggalkan segala laranganNya. 

Hari ini semua manusia bertindak mengikut keyakinannya. Sekiranya pada hari ini kita yakin dengan harta beri kejayaan, maka kita akan bertungkus lumus untuk mencari harta siang dan malam. Begitu juga sekiranya kita yakin dengan pangkat darjat akan memberi kejayaan, maka kita akan usaha untuk pekara tersebut. 

Sesungguhnya kejayaan yang hakiki hanyalah terletak dalam agama. Sejauh mana kita dapat mentaati semua perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya maka itulah kejayaan. Pekara ini telah dibuktikan oleh Sahabat Nabi saw yang mana ketika di dunia lagi Allah swt telah menjamin kejayaan dan keselamatan kepada mereka. Ketika di dunia lagi mereka telah mendapat jaminan syurga yang kekal selama-lamanya. 

Untuk mencapai kejayaan kita mesti mengikuti orang-orang yang sudah berjaya. Contohnya jika kita ingin dapat kejayaan dalam bidang kedoktoran maka kita akan ikut contoh doktor2 yang telah berjaya. Begitu juga dalam pekara agama untuk kita dapat kejayaan kita kena ikut orang2 yang telah berjaya. 

Siapakah orang yang telah berjaya ? Mereka adalah Sahabat2 Nabi saw yang ketika di dunia lagi telah mendapat keredhoan Allah swt. Apakah ciri2 yang telah membuatkan Allah swt redho kepada mereka ? Dalam diri atau kehidupan Sahabat Nabi saw ada 6 sifat2 unggul yang mana sekiranya kita dapat amalkan dalam kehidupan kita insyaAllah mudah untuk kita amalkan keseluruhan agama. 

1. Yakin yang sempurna pada Allah dan Rasul ( Kalimah Syahadah ) maksudnya : 

Yakin sesungguhnya selain daripada Allah swt adalah makhluk yang tak memberi manafa’at dan mudharat, selain daripada Allah tak dapat memberi rezeki, selain daripada Allah swt tak dapat memelihara dan mengatur keadaan. Yakin apa sahaja yang berlaku dan akan berlaku hanya dengan izin dan kehendak Allah swt. 

Hadis Nabi saw : ” Barangsiapa yang dapat mengucapkan kalimah La ilaha Illallah diakhir kalam maka wajib syurga baginya”. 

Dengan iman yang sebesar zarrah, Allah swt akan kurniakan syurga yang besarnya 10x ganda dunia. 

Untuk usaha atas iman yakin ni kita kena usaha cakap hari2 tentang kebesaran Allah dengan keluarga, anak2, kawan2, jiran2 kita dan semua orang. Kita kena sentiasa fikir tentang kehebatan dan kebesaran Allah swt. Kita juga kena dengar tentang pekara2 yang menceritakan kebesaran Allah swt dan akhir sekali kita kena tengok tentang kejadian dan ciptaan Allah swt. Kita juga kena doa pada Allah swt agar memasukkan keyakinan yang sempurna dalam hati kita. 

Yakin hanya dengan mengikuti sunnah Nabi saw akan memberi kita kejayaan manakala selain dari sunnah Nabi saw akan memberi kegagalan. 

Hadis Nabi saw : ” Barangsiapa yang menghidupkan sunnahKu di zaman kerosakan ummat ( fahsa dan munkar ), maka baginya ganjaran 100 pahala mati syahid “. 

Untuk usaha atasa yakin ni kita kena amalkan semua sunnah Nabi saw yang zahir dan batin. Fikir Nabi saw bagaimana semua manusia dapat selamat dari azab Allah swt dan masuk ke dalam syurga Allah swt. Kita kena ada fikir yang sama seperti Nabi saw. Kita kena doa pada Allah semoga Allah swt memasukkan hakikat sunnah dalam kehidupan kita. 

2. Solat khusyuk dan Khudu’ 

Maksudnya : Bagaimana hari ini kita kena usaha supaya segala perbuatan kita dalam solat dapat kita bawa keluar solat. Contohnya dalam solat kita dapat mengingati Allah, tutup aurat, menundukkan pandangan dan sebagainya begitulah juga kita kena amal di luar solat. Bagaimana hari ni dengan perantaraan solat dapat selesaikan segala masalah dunia dan akhirat kita sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi saw dan sahabat2Nya. 

Hadis Nabi saw : ” Barangsiapa yang solat selama 40 hari kerana Allah swt tanpa ketinggalan takbiratul ula ( berjemaah ) bersama imam, maka Allah swt akan bagi dua kelepasan, kelepasan dari azab neraka dan kelepasan dari sifat munafik. 

Cara untuk mendapatkan solat khusyuk dan khudu’ : – kena solat seperti Nabi saw iaitu solat berjemaah di mana azan di kumandangkan. Perbanyakkan solat2 sunat. Latih diri supaya mendirikan solat 2 rakaat apabila ditimpa ujian atau berhajat sesuatu pekara. Doa pada Allah semoga dikurniakan solat khusyuk dan khudu’ 

3. Ilmu dan zikir 

Ilmu maksudnya mengetahui setiap perintah Allah swt setiap masa dan keadaan mengikut cara Nabi saw. 

Hadis Nabi saw : ” Barangsiapa yang berpindah untuk mempelajari suatu ilmu iaitu ilmu syar’ie, nescaya diampunkan dosanya sebelum ia melangkah berangkat daripada tempatnya. 

Ilmu terbahagi kepada 2 bahagian yang besar, Ilmu masail yang mana perlu rujuk kepada para guru2 yang murshid tentang pekara yang membabitkan hukum ahkam, fiqh dan sebagainya. Keduanya pula Ilmu Fadhail yang mana akan menguatkan keyakinan kita pada janji2 Allah dan rasul. Ilmu fadhail kita akan dapat melalui mendengar hadis2 Nabi saw tentang kelebihan2 amal. Ada banyak kitab2 yang menceritakan tentang kelebihan2 amal iaitu Kitab Fadhail Amal, Kitab Riyadhusolihin dan macam2 lagi. Sangat penting untuk diwujudkan di rumah2 dan masjid2 kita, supaya timbul ghairah untuk kita beramal. 

Zikir maksudnya, mengingati Allah swt setiap masa dan keadaan. 

Hadis Nabi saw : ” Sebaik-baik darjat hamba yang beribadat di sisi Allah swt pada hari kiamat nanti ialah orang2 yang banyak berzikir kepada Allah swt iaitu lelaki dan wanita.” 

Untuk dapat hakikat zikir, kita kena banyakkan doa2 masnun iaitu doa harian ( doa makan, tidur dan sebagainya ) supaya hati sentiasa mengingati Allah pada setiap masa. Latih diri supaya dapat luangkan masa untuk memuji Allah swt semata-mata, terutama pada waktu pagi (lepas Subuh ) dan petang ( selepas Asar ) boleh la amalkan tasbihat 100x, selawat 100x dan istighfar 100x dan apa-apa zikir setiap pagi dan petang. 

Kita kena doa pada Allah semoga Allah swt beri hakikat ilmu dan zikir pada kita. 

4. Ikramul Muslimin Maksudnya, 

menunaikan hak tanpa meminta balasan. 

Hadis Nabi saw : ” Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya dia tidak kasih pada saudaranya ( org islam ) sepertimana dia kasih pada dirinya sendiri.” 

Untuk dapat perkara ni kita kena sentiasa memuliakan orang2 Alim, hormat kepada orang yang lebih tua dari kita dan mengasihi orang yang lebih muda dari kita khasnya kanak2. Ikram yang paling rendah jangan menyusahkan orang lain dan sentiasa pandang kebaikan. 

5. Ikhlas Niat Maksudnya, buat sesuatu perkara dan tinggalkan sesuatu perkara semata-mata kerana Allah swt. Hadis Nabi saw : ” Berbahagialah orang2 yang ikhlas. Mereka adalah pelita di dalam gelap dan kerana mereka terpadam fitnah-fitnah yang besar.” 

Untuk dapat perkara ikhlas ni kita kena buat amal dengan istiqomah walaupun sedikit. Sentiasa perbetulkan niat kita sebelum dan selepas kita melakukan sesuatu. Mohon ampun pada Allah sekiranya niat kita salah. Doa pada Allah swt semoga Allah swt bagi sifat keikhlasan dalam diri kita. 

6. Dakwah dan tabligh 

Maksudnya, hendaklah meyakini harta, diri dan masa hanyalah milik Allah swt. 

Firman Allah swt : ” Sesungguhnya Allah swt telah beli harta dan diri orang mukmin dengan syurga….. 

Hadis Nabi saw : ” Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah swt, lebih baik dari dunia dan segala isinya. 

Untuk usaha atas perkara ni kita kena luangkan masa kita untuk keluar di jalan Allah swt 4 Bulan, 40 hari dan 3 hari setiap bulan demi untuk pelihara iman dan agama kita.. 

Marilah kita sama-sama usaha untuk memasukkan 6 perkara dalam diri kita. Sesungguhnya agama tidak tersebar melalui tulisan, ceramah yang hebat2 dan sebagainya. Agama telah tersebar melalui pengorbanan harta bahkan nyawa orang-orang yang terdahulu. Melalui pengorbanan inilah akan datang kecintaan untuk amalkan agama dalam kehidupan kita. Hari ni kita tanya apakah pengorbanan yang telah kita buat untuk agama. Kalau setakat kita tulis kat blog2 ni tak da apa la.. tak letih pun..peluh pun tak keluar..Hari ni kita kena bangun untuk buat pengorbanan seperti Sahabat2 yang mana mereka telah bertebaran seluruh alam untuk sebarkan agama. Sekiranya tak mampu seperti mereka sekurang-kurangnya kita buat usaha di tempat kita dengan jumpa rumah ke rumah, lorong ke lorong ingat mengingati antara satu sama lain dan hanya dengan perantaraan kita buat usaha Allah swt akan mencampakkan kemanisan dalam beragama… Allahu AKBAR!!!!! Allahu AKBAR!!!!! Allahu AKBAR!!!!!………. 

p/s: actually mintak kebenaran dh nk cilok artikel nih dr tuan blog yg sbnr..tp die x bg... die suh copy jer...tp Aku nk minum kopi...hahaha..sje je merepek jap...pe2 pun thanx coz sudi mengongsikan (btul ke???) ilmu nih same2...

Sunday, December 23, 2018

Pesanan


 Insyirah Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz 

Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa ' segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram.... 

ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. ' Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . 

Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil... Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik... Beliau berkata... ' bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...' dan kata beliau lagi... ' 

walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik...' Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... 

' Menurut kamus dewan...indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. ' Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik... Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara... Tahukah kawan2 bahawa...

 Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah. Kata beliau seterusnya.. .. 

Dosa syirik boleh diakibatkan oleh... 1.Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.

2.Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan. 

3.Mereka yang berdiam diri. 

4.MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM) 

Dengan ini selesailah tanggungjawab aku p/s: Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu adalah :
 1) AL-IMAN 
2) AL-WASAYA 
3 ) AL-TAJASU 
4) DANAL-MUSLIMOON 

Monday, October 30, 2017

Something tak betul... Ya ke?

sebelum aku merungkai isi2 misteri nusantara ni, aku nak tnya sket.. sapa kat sini yang penah rasa, bila dok sorang2 ada mcam benda dok usha atau dok tengok? mesti rasa seram sejuk, x snang duduk, rasa mcam nak lari, meremang bulu tengkok, dalam hati baca ayat Kursi. Btoi dak? kalo btoi bguih, aku pon slalu rasa camtu..
Aku nak cita la sket pngalaman aku, aku da lama da rasa tp aku bt donno ja sbb kita xleh nak nafikan adanya makhluk ghaib mcam jin dan syaitan ni. Firman ALLAH :
“(Dia adalah Tuhan) yang mengetahui yang ghaib. Maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu.” (Al-Jin : 26)
Dalam al-Quran pon ada surah yang bernama surah al-Jin.  bermakna kewujudan jin mmg xleh nak sangkal lg.. Sapa yang dok pertahan kata makhluk halus x wujud, mai aku nak tampaq muka dia.. Dalil pon dah ada, lg mau bangkang?
dan aku nak bgtau, HANTU tu x wujud. semuanya adalah jelmaan jin yang nak kacau kita anak cucu nabi Adam. golongan2 jin ni la yang menyerupa jd pontianak, langsuir, hantu galah, jerangkung dalam almari, hantu raya, pocong. Aku mmg xleh dgaq kalau orang ckap, “hantu tu sbnaqnya roh-roh org jahat yang dah mati”. Come on, kalo xtau, usaha cari ilmu, jgan dok buat dalil sndiri.. ni sedikit sbnyak pendapat pasai roh dari ulama’2.
Ada ruh yang ditempatkan di ‘Illiyyin pada daerah yang paling tinggi
iaitu ruh para Nabi,
  Ada ruh yang ditempatkan di dalam syurga seperti ruh para Syuhadak,
  Ada ruh yang ditempatkan dipintu syurga,
  Ada ruh yang ditempatkan di bumi,
  Ada ruh yang berada lapisan terbawah dari bumi,
  Ada ruh yang berenang dalam lautan darah (sebagaimana dilihat Nabi
s.a.w. dalam   peristiwa Isra’ dan Mikraj).
sumber : http://www.mail-archive.com/mymasjid@yahoogroups.com/msg01883.html
Aku x jumpa pon pendapat ulama’ yang mengatakan, bila roh org yang x beriman mati, jd hantu. kalau ada, tlong bg kat aku pendapat ulama’ tu. So, conclusion yang aku bleh buat kat sini, jin menjelma jd rupa paras yang buruk+ngeri untuk menakutkan manusia. Jin ni kebanyakkannya jahat, hampa bleh tgok sndiri org melayu buat crita, Jin-Notie(aku xtau btoi ka dak ejaan). mmg org melayu sndiri dah describeperihal jin ni.
Jin sgt suka kalo manusia buat benda2 bodoh dan khurafat. contoh mcam jumpa bomoh( yang perubatan dia bkan cara Islam), mintak no ekoq, puja kuboq, mandi bunga, etc. kalo sapa2 kat sini yang penah buat camtu, percayalah, jin dah tepok tangan kat hampa. siap lompat2. Dan dari ayat yang selalu aku dengaq, “sebaik-baik Jin adalah sama tarafnya dengan sejahat-jahat manusia”.
So berbalik pada topik. aku pnya kes bab rasa macam kena perhati ni, len macam sket. Aku ni penakut skit orgnya. Iman nipis lg. tmbahan dengan mentaliti aku dari kecik pasai hantu2 ni. Orang tua2 slalu pesan, jgn blik waktu senja nnt kena sakat ngan hantu. Pesanan tu mmg betoi, waktu2 maghrib tu waktu dimana jin dan syaitan berkeliaran. Tp kdang2 salah tafsiran tu buatkan kita jd lemah. takut hantu, takut tempat gelap, takut kuboq, takut pokok besaq.. Adeih! aku dah melekat dngan mentaliti tu.
Aku try nak buang rasa takut, tp susah. Ya Allah, bantulah aku hamba-Mu yang lemah ni. yang paling pelik, time solat paling bnyak rasa camtu. Biasa la aku kdang2  pkui 12, baru nak solat Isya'(ampunkan aku ya Allah, aku slalu leka dalam ibadahku). So pham2 lah, kalo kat kg,family aku suma dah tdoq dah pkui 12. Sunyi sepi la rumah jdnya. ok dah mndi suma, ambik wudhu’, bentang sejadah, niat and angkat takbir, “Allahuakbar”. tiba2 rasa mcam ada org berdiri kat belakang. tak ka ngeri? terpaksalah aku batalkan solat tu dulu, istighfar bnyak2. pastu dalam otak dok pkiaq mcam2 bnyangan Jin yang penah aku tgok kat TV or wayang(kredit untuk David Teoh dan seangkatan), cerita2 seram (special thanks untuk pencerita2 bebas) dan yang penah aku nmpak sndiri (terima kasih jin ciptaan Allah). Adeh! berat kan masalah aku?
Teringin aku nak jd berani mcam pakcik aku, bg aku dia x tkut lngsung golongan jin ni. Takut pakcik pada Allah semata2. semua ni ujian Allah untuk aku. mau xmau aku kena beranikan diri, letak surah Yasiin tepi sejadah, ambik wudhu’ balik, habiskan solat. Taraf kita as khalifah kat bumi ni jauh lagi tinggi dari jin. xperlu kita untuk jatuhkan taraf kita untuk takut kat depa. Aku akan try lg untuk jd berani.  Maybe smpai thap kalo jmpa jin, aku yang sergah dia, insyaAllah.
So hampa suma camna? ada bran?

Mcm  lagu iron maiden yg aku selalu jamming KT umah don't look to the eyes of stranger Dr album virtual x tapi emp aku rosak dari bulan puasa hari tu lagi belum di baiki lagi cuma headphone saja boleh dengar power tarik p headphone sbb hari tu aku ingat kan tak nak ganggu jiran tapi tergugat aku. 

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping