Showing posts with label Karya Seni Lukisan. Show all posts
Showing posts with label Karya Seni Lukisan. Show all posts

Saturday, January 4, 2020

Simulasi lukisan bunga orkid


Siap sudah Penerokaan yang lebih berani campuran teknik yang aku lukis upih dedaun dan bunga orkid kesesuaian reka gubahan simulasi jangan kata orkid di dalam kelambu pula...boleh jadi..hahaha

Wednesday, June 5, 2019

Lukisan mengikut naluri

Lukisan aku kali ini di lihat menuju ke arah pencahayaan mengambarkan kisah-kisah zaman kemuncak penduduk seni lukis

Unsur-unsur mendekati gaya semangat pemandangan gambaran perkampungan objek rumah di selangi pokok- pokok oleh tiga figura memberi kesan suasana peniruan alam daripada ranting-ranting pokok usang.

Kepekaan pankar satu aspek dengan elemen-elemen tertentu melambangkan bersahaja dalam melukis.


Tuesday, April 30, 2019

Lukisan Tongkang Reput

Kalau tengok mesti tak faham lepas mesti tak faham apa yang aku lukis di tengah-tengah tongkang-tongkang reput...selepas kabel otak aku di baiki dan di sambungkan bahagian yang tak putus wayar kabel yang baru di turunkan imaginasi aku ke dasar perkampungan nelayan di dasar pantai yang tergantung atau tidak terletak betul-betul di landai laut akibat permukaan tongkang-tongkang reput bot berlabuh yang tidak dapat dinyatakan.

dulu zaman menengah aku pernah pergi pulau duyung terengganu tambang berbaju sekolah RM 50 sen seorang penat kuderat pakcik tu mengayuh sampan menyeberangi muara dari jeti dekat pasar payang bukit puteri keledang tak aku just imagine...tapi mana-mana tempat pun perkampungan nelayan macam tu jugak kan baterlahkan just more deeply baterlah tu lukisan tu aku rasa


 termenung aja janganlah sampao laqa



Wednesday, November 21, 2018

Hai, hoi, hei... Hehehe

Aku Tak tahu nak cakap apa. Dah berapa bulan hari dah tak sihat.  makan ubat,  Tapi ada jugak makan ubat. Aku pun tak laratkan. Kita sama-sama kuat  Minta-minta tak ada pape la dengan aku siapkan sebuah lukisan


Saturday, June 2, 2018

pain.. gelora jiwa

Sebenarnya aku sentiasa mengisi masa aku berfikir dan terus berfikir tentang perkara tiada penghujungnya.Sekejap aku melukis,kadang kadang aku terimbau kenangan lalu.Aku mahukan dalam hidup ini?kasih sayang sejati mereka pernah di curahkan. hendak hidup yang tak perlu aku menagis bila tangan aku tak cukup  apa yang hati aku idamkan.aku tak mahu hidup aku susahkan sesiapa pun sedih kerana aku cukup tangis dan sakit aku.Aku mahu air mata aku tanda gembira dan tawa aku mahu semuanya yang aku tiada

Terkadang aku marah,aku marah diri aku marahkan takdir aku kenapa aku tidak bersabar?kenapa aku sentiasa penat.melayan kerenah manusia cuba menjadi yang terbaik demi mata orang lain.Siapa lah aku?Tiada yang ku luahkan dalam dinding dunia aku hampir kerana hati di jaga.

Sebenarnya lukisan ni di ilham kan aku ketika bangun pagi di kawasan rumah aku pun tak tahu entah mengapa aku merasakan suasana sejuk macam seolah aku berada di Jepun.mungkin aku mamai bangun tidur.

Aku siapa?Hanya insan yang mengikut sahaja arus ke depan.kalau berbatu-batu sakitlah aku.kalau terus maka laju tanpa berisi perasaan.Mustahilkan aku sentiasa mengeluh...tiada janji yang di uraikan.tak pernah ada aku kecewa di dunia dan pasti dalam mimpipun tak pernah mengecap kasih sayang dan cinta dan sehingga akukan tanya  dengan agan-agan khayalan cita dan bahagia seperti kisah dongeng

Mimpi apakah aku hari ini lantas hati menyahut dan aku telahpun siapkan sebuah lukisan lagi hahaha..

welcome to my pain.... i wish you every success with me...


Hanya itu yang aku mampu

Sunday, March 25, 2018

tatap draw

Aku jumpa benda dari zaman lama sesetengah  pic aku ciplak kat majalah 2 pices gambar sahaja ciplak that was drawing by me on 1997 and   The portrait pics is mistery that drawn it once upon a night in the past time.  used to be switched our drawing. Hahahaha ... fun to do actually.  Now a days dunno where the person is, long time no see. 


kemaruk ganyut nyanyi

Pulau Harapan

Pahlawan Pendita sakti

hey mikey

Spiderman fall down

Di sebalik pancaragam

kereta kuda impian cinderella

Long Distance

Gadis Bingai

opecot lucu
Mr.cover line

 "Lost in Trip" ,

"Where am I?" found things

Bugs Bunny slumber

Saturday, May 13, 2017

sebuah lukisan

Sebuah Lukisan Ke Alam Lautan Yang Nyata Dan Ghaib


Aku nyanyi memuji... Neyh
Sufi kau hilang di pandangan...

Monday, March 7, 2016

Sunday, March 30, 2014

lukisan ukiran

Aku nak kongsi sedikit tentang apa yang terhasil oleh aku buka hati, jiwa dan mata untuk lukisan ukiran,sudah lama aku buat cuma belum sapu syelex buat kali ke dua dan belum letak frame bingkainya saja.Pada beberapa tahun lepas ketika aku melukis lukisan ini di atas sekeping papan plywood sebesar papan DAM,apa saja yang menarik perhatian dan sesuai dan aku ukir mengikut lukisan yang aku lakarkan dan aku bold hitamkan mengikut hasil garisan lukisan yang aku lakarkan kemudian barulah aku sapu cat syelex agar nampak tampak dan menarik  .


pada mulanya aku nak buat ukiran pokok saja tup-tup aku rasa kosong tanpa sebarang impak hasil yang nampak,aku terus lukis gambar kijang kalau pokok saja kan rasa macam semak di dalam hutan saja so jdlah imej seekor kijang.sebab kalau memburu di dalam hutan pun si pemburu mesti nak dapat atau tengok binatang seperti ini kan.so satu dimensi aku fokus terhadap haiwan yg macam tu

Kini aku ke semua hasil lukisan menguasai pikiran sehingga aku susah tidur atau merasa gelisah bila membayangkan karya tersebut.sebab lukisan2 aku letakan di dalam bilik tidur aku Kalau secara kebetulan ada beberapa koleksi yang sesuai dengan kebutuhan estetika aku untuk memanfaatkan dinding kosong bilik atau ruang  memperhatikan perbedaan yang dirasakan dengan kehadiran suatu karya lukis di suatu ruangan.

Dengan semakin membuka diri maka kemampuan memilih dan menikmati karya seni akan semakin terasa. aku harap sesama penikmat karya seni agar wawasan seni  kreatif kita semakin berkembang.

Saturday, January 11, 2014

conteng 2 & lukis part 2

Semalam aku tak puas hati dengan entry yg aku post dekat blog pasal lukisan conteng2,memang aku sudah lama tidak melukis sejak hati aku pudar setelah perkara lama 16 tahun yang dulu dimana lukisan2 aku di ambil oleh bomoh yang datang berubat aku jd yang tinggal hanya lukisan2 yang baharu dan tidak memuasakan hati tak beberapa elok so semalam aku melukis lukisan ini walaupun separuh siap aku rasa aku berpuas hati sebab lukisan ini hanya mengikut hati dan naluri aku sahaja tak ada ciplak mana2 so apa cer tengoklah....

Thursday, January 9, 2014

conteng2..

Kali ini aku nak share sikit hobi i selain daripada menulis ni ha.Ye, busy semedang sampai tinggal blog tak terlayan, empty otak dlam otak aku.hahahaorite...sambung pasal hobi tadi. aku suka melukis. aku juga suka tengok lukisan. Tak kisahlah potret ke, pemandangan ke, lukisan abstrak ke, cartoon ke, aku suka.Tapi kan, walaupun kurang pandai melukis, aku gigih jugak nak melukis.



Minat punya pasal. Masa dulu, aku suka beli komik.sekarang i nak share lukisan/contengan yang masih selamat cuma 2 itu saja aku dapat paparkan yg lain dalam simpanan dan yang sempat aku simpan Yg zaman dulu ada da hilang dan ada bomoh yang berubat aku ambil yang lain malas nak selongkar lukisan yang ada aku dah post da kat blog aku cuma teknik contengan macam aku lukis kat dalam diari atau buku yang aku terjumpa balik aku je saja nak share bersama hehehe bukan cantik pon sbb bukan pro amatur bab melukisni...


itu je untuk kali ni. Sedap update blog guna guna PC

Akhir kata, Pada korang yang ada minat tu, minat yang eloklah bukan minat benda yg tak patut maksud i. Ok, kalau korang ada minat, buat je, teruskan je. Lantaklah orang nak kutuk ke apa. Sebab kepuasan tu kita yang rasa, bukan orang lain.

Salam.

Saturday, September 24, 2011

Helmet



Inilah pic helmet LTD aku selepas kawan aku lukis.aku pun tak tahu nak kata apa,nak buat macam mana masa tu sudah jadi macam tu..tapi aku masih sayangkan corak air brush yang sebelumnya sebab klu nak di padankan dengan colour motor aku sekarang memang masuk... namun apa boleh buat.. klu nak di ikutkan belanja aku buat air brush di helmet aku sekali saja RM75 kalau dah dua kali sudah berapa???RM150 telah aku bazirkan hanya kerana air brush helmet aku untuk ikut cakap bomoh yang berubat aku melarang mengenai corak lukisan helmet lama aku.
%#%!#((@&#^$)$(*#($*@&#$^@#*&$@)(#()$*&@^T&#



Tapi disebabkan satu insiden, aku dah jadi paranoid. (ada ke perkataan tu?) pada aku yang lurus bendul ini cuba menerimanya dengan hati yang tenang,tabah,sabar dan reda nak buat macam mana lagikan inilah jadinya helmet kat helmet aku.



Bila selalu sangat orang bertanya tentang helmet tu, aku hairan la jugak. Apa ada ke kat helmet aku ni? Musykil, musykil. Tapi, aku jawab jugak pertanyaan-pertanyaan itu. Sebab aku ni baik. Tak sampai hati aku nak kata dekat diorang. Walaupun tak ‘mesra alam’, aku tetap cuba menerimanya dengan cara fomal setakat yang sabar.


Terdetik jugak kat hati aku betapa sakitnya aku. Tau kenapa? Sebab dah bertepek-tepek, aku nak buat macam mana.Susah sangat ke?Haram tak ada!and then aku pun suruh member aku lukis lambang Transfomers kat helmet aku ntahlah biarlah dah jadi macam ini plak betterlakan


Secara jujurnya aku katakan,melihat kepada gambar helmet aku yang pada mula aku ni memang sukakan corak air brush helmet yang ini aku kerana warnanya masuk motosikal aku akan tetapi sebelum bulan puasa 3 tahun lepas aku berubat dengan pasangan bomoh yang mengatakan kalau aku pakai helmet aku ni serupalah macam aku menjunjungnya atas kepala aku nak di jadikan cerita pada bulan puasa aku pun tukar chat merah pada helmet aku tetapi tak menjadi catnya mengelupas teruk terus aku hantar kapada kawan aku selepas berbuka puasa sebab bomoh tu kata kalau dia datang sekali lagi rumah aku dia tak nak tengok helmet aku seperti ini Serius.Bukanya nak puja memuja,Kadang-kadang, bila aku fikir ntahlah kalau di perhatikan betul-betul inya kelihatan bola snooker bernombor 8 tak ada unsur mistik pun lagi pun aku yang pilih corak neyh kat majalah air brush, aku perasan bahawa aku selalu berkerut. Muka aku selalu serius. Tak percaya tanyalah kawan yang kenal dengan aku. Ada berapa kerat kawan-kawan aku yang pernah cakap helmet aku macam Death Metal.Kalau tidak sebelumni pelukis air brush ni nak buat colour tune kepala red Indian tapi mak aku tak bagi lukis kepala orang so aku pilihla bola snooker 8 kat helmet aku masa tu.


So n why siang td barulah siap setelah kemarin sehari aku duk kikis 3 lapis cat warna sampai ke warna asal benda neyh..Aku buat ni pun sebab aku tak ada bujet al-fuluse nak beli helmet yang baru so jadila helmet LTD aku sekarang yang berwarna merah,sekarang barulah aku rasa lega colour dia pun mengancam sesuai ok la dr aku bazirkan duit belanja.


Bila aku pikir balik ada baiknya kita di beri tunjuk ajar kalau sudah cara itu elok bagi diri kita sendiri lagi pun aku pun sudah berumur tak kanlah nak pk benda macam budak2 lagi.cerita2 aku ni cerita biasa takde kena mengena dengan mana-mana pihak yang tak boleh bagi sebab yang munasabah.SEKIAN buat kali ini

Thursday, June 23, 2011

lukis2

korg rase bleh teka x ape kaitannye lukisan aku neyh dengan entry yg akan aku cite nie..hehe...actually aku terdetik nak bukak melukis isi masa lapang aku....after tgk balik photo2 lame rase cam wah..lamenya....rupanya dah nak 32 tahun aku menjalani hidup..even skang pon aku still maintain dengan koleksi lukisan2 aku..haha...tp tu la...

ok, berkenaan dengan tajuk diatas..lukisan aku...hehe...aku akan siapkan lukisan aku bila aku free saja time tu aku tgh lukis tu tak jadi aku sambung bila aku ada masa....dulu pernah jugak aku apply kursus seni lukisan Malaysian Art Seni kat kat Muzium Penang,diorg tanya aku ni artists ke?tanpa pertimbangan aku cakap bukan so dirg reject aku so aku practis kat rumah je..so aku duk umah....hehe..

korang nak tengok x rupa lukisan aku yang selekeh gile tu..kalu compare ngan skang nie up to date dari segala segi camna..hehehe...aku rase huraian aku ni tak bermakna kalu korang tak tngk dari asal...





Thursday, January 20, 2011

Lukisan

hobi aku suka melukis..tapi skunk aku tak banyak masa nak buat semua tu jarang sekali aku melukis skunk lama sudah tak ekspresi hobi lama kesukaan aku..tak pasti la bila aku rasa betul2 nak melukis baru aku lukis ke apo..rasanya aku malas kot..

Antara lukisan yang ada dalam simpanan aku skunk da tak banyak,dulu memang banyak aku mengumpul lukisan aku dari aku sejak di bangku sekolah rendah lagi ep skunk semua lukisan2 tu sudah tidak ada pada aku lagi sejak berpindah randah masa old school dulu ni..pada masa tu..

Contoh pic yang aku ambil pada lukisan2 aku...jgn ketawa daa

BUNGA ORKID




BUNGA


Aku melukis lukisan Suasana Bunga ini secara spontan tiada lakaran

tp kalau kita pandang mcm mana?Kebiasaanya apabila kita melihat sesusatu lukisan yg sgt cantik..selalunya kita akan terpegun melihatnya dan sesungguhnya ciptaan Allah semuanya indah..subhanallah..segala puji hanya bagi Allah

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping