Tuesday, March 27, 2012

sendiri

Fuhh arini agak blurr sket so, aku pn ape lg "ONLINE LER" hehehe.. Tetiba aku dpt msg ruper nye kwn 1 skolah aku jemput aku pi mjlis kawin dia. Memula bkerut gak dahi aku ni. Bkn pe Mmg beruntung la dia.

dasat ko ye dpt merasa gak naik pelamin" alamak terkedu gak aku dgr berita dr dia. Tapi btul gak la dh rezki dia kan. Masa aku mungkin blum lagi kot.

Ape2 pun aku doakan kebahgiaan kwn aku tu. Harap2 pasni bleh la gamaknye. Tapi colan2 nye takdo lagi la plak huhu.. Sabo2 dtg la sok rezki aku nnti.. Amin
                                           
                                                                       kawin!!!!!!

Ayat ni la yg buat aku terpikir pnjang sgt. Bukan tak mau kawin tp ntah la.. Maybe, keadaan skeliling yg buat aku jd fobia. Ramai gak kwn2 ckp "tak cuba blum tau"..



Bbeza tul ngan zaman kita dolu2.. bercinta putus bercinta lagi dgn awek baru clash cinta again awek baru clash cinta balik dgn marka cinta lagi sampai dikecewakan skrg ni serik nak bercinta dgn kaum hawa lg more advance dr kita n nmpak sgt la aku ni dah tua huhuhu..

Umo pn makin lame makin up.. Awal bulan 6 ni je genap ler 33thn aku ni. Menten beb menten beb tapi perut aku boroi kalah bapak budak keje pun tidak,sakit mental plak tu hehehe.. (menten gevu ngamok 2 sapa mau ishhh).. control 2..... jaga diri sendiri ingt kat mak sudah le...

Bukan tak nak or memilih tapi mcm2 bmain dlm pikiran ni.Ape yg bleh aku ckp "blum sampai seru". Insayallah...


KAWAN2 aku ade gak suh mandi bunge la ape la. Bg aku redha je dgn dugaan yg dtg. Usaha gak pnting tapi yg nyata aku ni tak la desprate sgt ponnnnn

YANG PENTING HEPI N SMILE ALWAYS..


Thursday, March 22, 2012

emo


Erm..aku takmo orang monopoli perasaan aku lagi..maybe tahun 2012 akan bagi harapan baru bagi aku..erm..pagi semalam org kena penyakit aku dtg sendiri geram,benci,marah marah aku tengking akan suara yang aku dengar mengata aku, disebabkan perkara yang tak stabil..lg pulak sehari aku lupa makan ubat,Aku memang cepat naik angin..so what?? Tapi tu tak membuktikan yang aku suka hangin tak tentu pasal..biasanya mesti ada sebab di sebalik kehanginanku itu...

tapi aku tak nyesal pun..sekurang-kurangnya cara tu dapat mengelakkan diri aku daripada sakit ati lagi pada masa akan datang..aku senang je, orang yang baik dengan aku, n niat dia pn baik..aku akan layan dia dengan baik..xmo bagi muka kat orang da..da puas jadi orang baik..asik kena pijak je..

So..aku rasa suara durjana tu takkan ganggu aku lg ..biarkan dia..da la budi bahasa pn takde..padan muka kena tengking free dengan aku..nak main-main dengan aku lak..huh

Starts from here..selepas aku hangin pagi semalam mak aku tegur kenapa mata ang merah?hang makan ubat tak lagi?aku mengelengkan kepala maksud aku belum makan ubat.mak aku suruh aku baca apa2 ayat al-quran then lepas mandi makan ubat aku pun titow zZzZz ptg tadi pkl 4 ptg baru bangun aku call maklong citer kat dia mintak nasihat kat maklong,maklong cakap

maklong : kenapa mandi lewat awal pagi baru mandi,setan banyak masa tu sunyi duk hurung hang air yasin pun da bagi..hang minum dak?"

aku : baru teringat long sebut air yasin man tak minum pun ubat pn sehari lupa makan terlupa"


maklong : tu la hang,minum pastu sapu muka hg

aku tak fikir lain, ok jela..tak rugi apa-apa. aku call, just banyakbenda yang simple aku tak buat... tu je..
akujenis yang open-minded n harap aku tak kisah..aku terus tak mo lupa lagi..then Disebabkan hangin aku yang tak sudah-sudah dengan pemikiran kotor macam da takde benda lain nak fikir..aku shouldnt mess with me..

maybe aku yang terlalu emosional..tapi aku da busan..nape semua aku lama2 sekali terjadi macam tu? maybe aku yang bodoh..tak boleh nak salahkan org gak manipulate human..suka ati aku la..aku pun tak nak over-over dalam blog aku ni..nanti ada je yang tak puas ati dan cakap aku ni tak sabar la, kuat bertempik la..kalu tak dengar aku bertempik tak sah hidup ape la..isskk watever laaaa.....

Saturday, March 17, 2012

Tergugat

Pagi-pagi lagi aku dah bangun sebab ada appoitment medical checkup dengan doktor.tanyakan mengenai hari ini.bila doktor tanya macam-macam aku jawap.

Bagi aku baik lagi pihak Hospital Kerajaan macam aku terima rawatan macam sekarang ni lebih bagus dr hospital swasta yang sebelum ni sebab hospital kerajaan sentiasa mereka susuli aspek2 kesihatan terhadap pesakit seperti aku berbanding dengan khidmat hospital swasta tak ade nak merawat pesakit selepas keluar wad.sirius aku cakap membuang masa dan wang ringgit

Mungkin bagi mereka lebih maju contohnya pakar dalam bidang pembedahan dan lain2 perkara mereka lebih arif akan tetapi hospital kerajaan sentiasa ambil tindakan yang sewajarnya terhadap pesakit sebaik mungkin ada jugak sesetengah orang boilkot dengan hospital kerajaan.

Sebelum ni memang aku pesakit dari hospital swasta.BENGANG beb selama 12 tahun selepas aku menerima rawatan di ward hospital swasta tak ade kate nak check darah,berat,tinggi,air kencing dan lain2 penyakit nak check lepas tu bagi aku makan ubat lalok tapi selepas selama ni aku transfer ambil ubat dan menerima rawatan di hospital kerajaan mereka ambil ambil tindakan sewajarnya itu semua.

Berbalik kepada tajuk aku kalini iaitu tergugat kemarin aku jumpa doktor aku tak terfikir nak terangkan apa yang aku fikir hari ini iaitu tentang temujanji dengan doktor selama 2 bulan sekali jumpa doktor,itu yang payah bagi aku sekiranya aku ada hal lain seperti bekerja atau sebagainya.td aku cakap dengan mak aku boleh tak?aku tak mahu jumpa doktor just nak ambil ubat sahaja selagi aku rasa ubat tu sesuai dengan ubat,sekarang pun ubat sama juga dan suntikan setiap bulan aku boleh pergi walaupun dalam bila2 masa tarikh di tetapkan aku boleh pergi di lain hari cuma jumpa doktor sahaja aku tak mahu lagi pulak nanti bila masa dan keadaan aku perlu jumpa doktor aku buat appoitment dengan pihak hospital bila tarikh di tetapkan aku pergi jumpa doktor sebab kalau aku rasa perlu atau kena jumpa doktor aku tak boleh tak pergi lagi pulak payah sekiranya aku ada hal lain,mak cakap tak tahu hang cakap sendiri la kat doktor macam tu.

Since tak ade lah aku rasa payah dan tergugat.tapi hati duk tertanya tanya jugak boleh ke sebab apa doktor pun nak rekord dalam buku macam mana keadaan aku sebab bila doktor tanya aku terangkan,doktor tulis dalam rekord buku pesakit macam mana-macam mana.tak pa lah kot macam tu.....inilah planing aku yang akan aku terangkan dekat doktor bila aku nak datang jumpa doktor nanti,boleh ke?...Ha...senang kerja pihak hospital,senang juga kerja aku.hehehe

Wednesday, March 7, 2012

semalam dan hari ini

Semalaman aku tak tido awal menahan sakit.macam lagu BPR Dari Air Mataku Yang Jernih"meronta dalam kesakitan...andai aku tahu beginikah oh sakitnya aku pun tak mahu..mengundur diri...." Tepat je pukul 5 pagi, aku dah tak leh tahan mengantuk terus tido.Semenjak aku makan ubat aku tak pernah kerja tetap atau bertahan lama ntahla kali ni walaupun aku ada dapat tawaran bekerja tapi aku terpaksa menolak bulat2 payah nak cakap,sebab aku tiap2 bulan kena pergi hospital doktor check doktor dah tanya2 itu ini, pastu then minta aku baring atas katil tuk amik suhu and blood pressure,berat badan,ukur ketinggian then injected me …


Aku ada tanya kat doktor tu,"sampai bila saya kena makan ubat" doktor cakap "sampai mati"AND this is my bad answer.aku pun ada bagitahu kat kawan aku,mereka kata jangan dengar la cakap doktor tu....tuhan nak bagi kita sakit jd kita kena sabar dan bnyk beringat kat dia,tawakal kat dia.


aku ada terbaca kat internet jenis2 ubat aku makan,betula kalau aku tak makan ubat akan akan jd lebih aggressive contohnya beremosi dan malam kalau aku tak makan ubat aku tak lena tido.aku makin depress n sedih.. bayangkan le perasaan aku..


Lepas makan ubat penenang,aku rasa takmo jumpa ramai org dan layan orang tanya dah elok ke tak.. sebab aku tengah sangat tension dan sedih…perasaan tak tenteram,pertanyaan camtu buat aku lagi sedih.. semalam aku dok bebaring dalam bilik sorang2.. pastu, tanpa sedar aku menangis semahu2nya sampai aku tertido..buruk nya aku,aku sebenarnya malas and dah rasa sangat lemah bila makan ubat. tapi,apa boleh buat,bila sakit itu datang aku sendiri pun tak tahu dan aku sendiri pun tak mahu.Keadaan benar2 menguji aku.aku reda atas apa yang berlaku dan sentiasa aku memohon pada tuhan agar engkau berikanlah aku jiwa yang tenang.segala usaha aku hanyalah ashab semata namun engkau yang menentukanya.

Monday, March 5, 2012

tech-net

Sejak hari khamis minggu lepas internet streamyx kat rumah tak boleh guna,modem internet aku kena sambar petir lagi,aku selalu careless bab2 mcm ni,nak cabut wire connetion modem selalu lupa bila kilat sambar menyambar jd lampu ADSL blinking aje.TM dah tukar da modem aku kemarin

Setel Sekarang aku pakai ADSL Wireless Modem Router....baru je upgrade speed

 

ta daaaa.....jom baca puisi dari aku


andainya mentari muncul lagi
akan ku simpan sinar cahaya mu dalam
hatiku
walaupun kau akan pergi jauh
namun sinaranmu masih tetap terasa...
bila mana aku merasakan kau milikku
dianugerahkan olehnya
untukku..
seorang..
tiada yang lain..
tiada prejudis
tiada penghalang
dimana aku boleh online di rumahku saje
di rumahku, syurgaku, , mane2 yang ade wifi
wahai komputer kesayanganku
kini berada di bilikku, atas meja,
dalam rumahku

hahahahhahahahah

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping