Perbualan biasa di telefon aku dengan shah semalam maklumlah sekali sekala bertanyakan khabar berita.
Aku : Hello.. Asslamualaikum..
Shah : waalaikumusalam boleh saya bercakap dengan Akmal
Aku :Ya..saya bercakap
Shah : akmal tak kenal aku ke?
Aku : siapa?
Shah : akulah shah dah tak kenal
Aku : oh shah aku ingat siapa td.maafla aku tak cam suara
Shah : hai dah lupa
Aku : Bukan mcm tu shah aku betul tak cam suara hang td,aku lupa nak tengok nama calling masuk hp aku
Shah : macam tak percaya ja hang pa khabar?
Aku :macam tu la shah
Shah : boleh aku tanya? hang duk makan ubat ke?
Aku : ubat tu aku serasi dengan ubat hospital kerajaan saja sekarang
Shah : ubat kena makan
Aku : aku makan ubat apa sekalipun belum tentu sembuh datang sakit macam2
Shah : Janganlah macam tu hang mesti kuatkan semangat kalau nak sembuh
Aku : Tak tahulah aku sendiri pun tak dapat nak terima rasa macam diri aku rasa macam bukan diri aku yang sebenarnya lagi.kadang-kadang rasa macam nak lari ke suatu tempat yang kosong tak ada siapa di sana tak nak fikir ttg. dunia saja fikir sama apa yang berlaku selepas mati dah berumur ni dah meningkat dah pun
Shah : maksud hang?
Aku : yela dalam dunia banyak yang hanyut banyak alam kepura-puraan
Shah : sudahlah Akmal lupakan segala-galanya
Aku : aku takut kalau aku tak dapat control emosi kalau aku tetiba aku jadi agresif.
Shah : kenapa ?
Aku : ya macam aku mengamuk ka automatik aku jd berani
Shah :Sabar banyak-banyak Akmal,kalau hang ada prob jgn pendam sorang2 fikiran jadi kusut
Aku : Ya lah shah...hg bila nak datang penang lama tak jumpa hang
Shah : Aku tahun lepas ada pi penang makan kenduri tp naik feri aku takut kereta aku berkarat.
Aku : baiknya alasan hg... Tak jd masalah kan ada jambatan P.Pinang lagipun aku tinggal di Butterworth Seberang Perai
Shah : tak palah klu nasib baik nnt klu aku gi sana aku contact hg.hari tu aku tak tahu no tel hang.
Aku : hang nak cakap apa lagi dah lama nanti kopak plak kredit hang
Shah : tak de pa saja tanya khabar?hang, mak hang sihat ka?
Aku : mak aku sihat cuma tak kuat buat kerja berat di rumah aku terpaksala tolong mak aku,ingat jugak nak tel aku terima kasih la kalau ada apa2 hang allo la aku no...
Shah : kirim salam dekat mak hang sama,kalau hang nak datang stay beberapa hari kat kl call la aku
Aku : insyaallah aku tak lupa bye assalamualaikum
Shah : walaikumussalam