Sunday, March 30, 2014

lukisan ukiran

Aku nak kongsi sedikit tentang apa yang terhasil oleh aku buka hati, jiwa dan mata untuk lukisan ukiran,sudah lama aku buat cuma belum sapu syelex buat kali ke dua dan belum letak frame bingkainya saja.Pada beberapa tahun lepas ketika aku melukis lukisan ini di atas sekeping papan plywood sebesar papan DAM,apa saja yang menarik perhatian dan sesuai dan aku ukir mengikut lukisan yang aku lakarkan dan aku bold hitamkan mengikut hasil garisan lukisan yang aku lakarkan kemudian barulah aku sapu cat syelex agar nampak tampak dan menarik  .


pada mulanya aku nak buat ukiran pokok saja tup-tup aku rasa kosong tanpa sebarang impak hasil yang nampak,aku terus lukis gambar kijang kalau pokok saja kan rasa macam semak di dalam hutan saja so jdlah imej seekor kijang.sebab kalau memburu di dalam hutan pun si pemburu mesti nak dapat atau tengok binatang seperti ini kan.so satu dimensi aku fokus terhadap haiwan yg macam tu

Kini aku ke semua hasil lukisan menguasai pikiran sehingga aku susah tidur atau merasa gelisah bila membayangkan karya tersebut.sebab lukisan2 aku letakan di dalam bilik tidur aku Kalau secara kebetulan ada beberapa koleksi yang sesuai dengan kebutuhan estetika aku untuk memanfaatkan dinding kosong bilik atau ruang  memperhatikan perbedaan yang dirasakan dengan kehadiran suatu karya lukis di suatu ruangan.

Dengan semakin membuka diri maka kemampuan memilih dan menikmati karya seni akan semakin terasa. aku harap sesama penikmat karya seni agar wawasan seni  kreatif kita semakin berkembang.

Wednesday, March 26, 2014

Peritiwa Kehilangan Penerbangan MH370

Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 terjawab pada hari ke-16 (Isnin) operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin malam mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:

* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan


Lautan Hindi.. lautan yg paling sunyi dengan manusia.. kedalamannya hampir mncecah 8000meter.. tiada kapal mahupun manusia yg melaluinya kecuali dugong dan ikan sea whale.. persoalan.. pertanyaan.. kenapa MH370 boleh sampai ke sana dan pilot xberi sebarang information? kenapa MH370 boleh berpatah balik tanpa beritahu bilik kawalan melalui radio? sedangkan lautan hindi sangat lah jauh dari Beijing dan ada byk masa untuk membuat information?dan jika terhempas di sana kenapa tiada persiapan menggunakan sebarang alat keselamatan yang cukup untuk semua org.. kenapa pilot boleh bawa MH370 sampai ke sana sedangkan bukanlah laluan ke Beijing tanpa memberitahu pihak kawalan..

Teori mengatakan mungkin ade kebakaran di bahagian kokpit.. then asap da menyelubungi bahagian tu.. pilot n co-pilot da pakai mask tp mask tu hnye mampu bertahan beberapa minit saje.. bile ade kebakaran kt bhgn kokpit, radar automatik akn terputus.. pilot nk berpatah blik g langkawi sbb nk carik landasan yg terdekat nk mntk bantuan, tp x sempat sbb da pengsan dek asap yg bnyk tu...then pesawat tu jd auto terbang.. so pesawat tu akn fly sendrik sampai abes minyak tnpa ade org yg mengontrol die.then smpai la ke lautan hindi.. ~ tu ialah teori pilot pesawat luar negara yg da berpuluh tahun memandu kpl trbng..Wallahualam..

Hanya Allah yg mengetahui di sebalik perancanganNya ini.. hanya Allah yg mampu memberi jawapan disebalik semua ini.. sulitnya perancangan Mu Allah.. ya Allah... terlalu banyak rahsia Mu.. ya Allah.. terlalu baik perancangan Mu.. ya Allah.. hanya Engkau Maha mengetahui segala cerita dan muslihat disebalik semua ini.. ya Allah.. kau tabahkan ahli keluarga mangsa... ya Allah.. sesungguhnya Engkau yg melaksanakan semua ini... andai ini semua benar benar terjadi, kau permudahkanlah pencarian sisa sisa serpihan pesawat ini ya Allah dan kotak hitam yang berfungsi menjelaskan semua rakaman dalam kapal terbang sama ada di hijack atau masalah pada pilot.. andai ini hanyalah salah faham, kau kembalikanlah mereka pada kami ya Allah.. sesungguhnya Engkau yg mampu memberikan keajaiban pada kami .. tiada sesiapa yg maha berkuasa didunia ini melainkan mu ya ALLAH.. hanya Engkau yg mampu menunjukkn kebesaran Mu ya Allah..marilah kita hamba allah mendoakan MH370.. AMIN..

Tuesday, March 18, 2014

Sinopsis harian kucingku kusyi sakit

10 March 2014 hari isnin aku keluar jalan-jalan pergi penang malam tuh kucing aku kusyi sakit kaki mungkin kena kena gigit akibat bergomol,binatang atau serangga berbisa lipan ka? atau sebaliknya.. So hari pertama 11 hb kusyi capek aku ingatkan mungkin sakit biasa.bila aku pegang kaki kusyi yang sakit dia tak bagi tengok.aku pun bawa kusyi pergi cucuk ubat vaksin dimana setahun sekali aku kena bawa kusyi dan kusya cucuk ubat vaksin kucing.

 11hb march 2014 Hari selasa perkara sudah jadi terbalik dimana seharusnya aku mengubati sakit kaki kusyi dahulu selepas baik barulah aku pergi cucuk ubat vaksin kucing.balik cucuk vaksin kusyi tidur di dalam bilik aku seharian sampai ke malam hari.semalaman Badan kusyi panas.kesian kusyi salah kasi ubat overdose jd sakit lain plak... aku sudah memberitahu kepada doctor cakap nanti 2,3 hari baiklah sakit kaki kusyi.aku pun ingat sakit kaki biasa.

12 hb march 2014hari Rabu ,mak aku bagitahu mungkin kaki kusyi kena ketit.kusyi kurang selera makan

13hb march 2014 hari khamis,kaki kusyi bengkak teruk sebesar buah jambu air so aku bawa kusyi pergi berubat di klinik veterinar (urgent). kusyi kena 2 sintikan cucuk ubat antibiotik.Doctor periksa ada luka kesan kena gigit.Doctor suruh balik rumah kurung jangan bagi kusyi keluar dan cuci luka sapu minyak gamat di tapak kaki kusyi.kusyi pun berselera makan

14hb march 2014 hari jumaat,kaki kusyi masih sakit,di sebelah petang mak aku bagi mandi kusyi picit luka di kaki kusyi dan keluar luka bernanah.Sapu ubat minyak geliga.kusyi masih berselera makan.mak aku tumbuk daun kelengang dan sapu di bahagian yang sakit.Abg P.E datang rumah aku,yang ambil kucing nama Rambo mati kena langar guu dengan kusyi dengan kusya.kesian rambo sedih juga aku.

15hb march 2014 hari sabtu,Pergi cari ubat biji rumput balik cuci luka kaki kusyi.picit nanah dan sapu ubat minyak geliga dan letak ubat biji rumput di bawah tapak kaki kusyi dan balut dengan kain balut luka.Hujan pun turun selebat-lebatnya setelah lama kita mengalami musim kemarau syukurlah lega sedikit .jam 11 malam buka balutan picit luka nanah sudah tiada nanah dan luka cuci tapi bau hanyer nanah busuk masih berbau.selera makan kusyi seperti biasa.

16hb march 2014 hari Ahad,kusyi semakin pulih sudah sikit.luka nanah suadah tiada.aku sapu cream ubat hijau (ilium dermajered)  kusyi pula jilat ubat tuh.keadaan luka nanah di tapak kaki kusyi berlubang sikit sebab nanah tu dah pecah dan hanya luka kering.

17hb march 2014 hari Isnin,Bagi mandi kusya 2petang Bawa kusya cucuk ubat vaksin kucing.kusyi pula semakin pulih luka dan nanah di tapak kaki sudah tiada.doctor suggest spray ubat luka pada kusyi sebab takut lalat yang boleh menyebabkan berulat dan bau busuk.Petang selepas cuci luka kusyi aku pun spray ubat luka herba MAGTOX.selera makan kusyi bertambah.banyak kusyi makan nasi ikan rebus yang tak bisa.

18hb march 2014 hari selasa,Hari ini mak aku bagi tahu semasa hendak mencuci luka nanah kusyi ada kesan luka bernanah pecah di sebelah depan atas tapak kakii kusyi berlubang di sebalah atas pula.6 petang lagi sekali buat kali kedua letak ubat biji rumput di bahagian itu dan di tapak kaki kusyi dan balut kaki kusyi dengan kain pembalut luka.tengah malam nanti baru nak buka balutan dan spray ubat luka.      

Sedih melihat Kucing kesayangan kusyi mengalami sakit macam tu. Sepanjang bela beliau, tidak pernah sakit seteruk ini. aku pon terfikir apakah punca kucing ini jatuh sakit.Sampai setiap hari bangun dari tidur aku mesti susah hati tengok kusyi dan fikir apa yang perlu aku buat untuk merawat kucing ku kusyi

Ok, itulah sebelum ni aku tak sempat nak update blog aku type di ruang gebang chat je,aku ingat selepas ini kalau ibu kucing aku beranak lagi anak kucing aku sudah tak mahu membela lagi jadi kes2 macam ni berlaku teruk aku dan mak aku. Jika ia melarat,tak tahulah nak buat macam mana jikalau terjadi kepada korang cadangkan anda anda terus pergi jumpa Doktor Veterinar dengan kadar segera.

Tuesday, March 11, 2014

keluar jalan2

Semalam aku keluar gi penang naik jambatan ke 2 pulau pinang,ronda punya ronda kami terjah makan singgah kat satu tempat ni baru pertama kali cari dah jumpa kebetulan lalu kat jalan tuh.kawan2 aku memang kaki makan aku biasa jer.Tapi sebab ade nak jalan-jalan sekali. aku jadi luar biasa bila ke sini.

Tapi kebetulan jam 10 malam plan nak makan malam kat luar So makanan yang ada sediakan agak meriah.aku suka kepelbagaian jenis makanan yg disediakan.Burger facebook,burger twitter pun ada.so popularlah tempat ni resepi kat kedai tu.Bahan ayam, daging lembu & kambing yg diperap utk grill pun sedap.Alhamdulillah kenyang kebetulan plak pegi mmg tengah lapar.So far agak memuaskan especially beef black pepper.

Burger facebook

Yang aku try makan burger facebook itupun aku share berdua dengan kawan aku kalau aku sorang makan alamat kenyang 2 hari...itu pun ada lagi giant punya burger.Burger facebook dimana dagingnya di balut dengan telur dan cheese.kaw-kaw punya makanan Puas hati. Kalo makan dengan kawan2 lg meriah.





Zul's Burger terletak kat jalan masuk near deretan kedai nasi kandar.terletak di Kompleks Makanan MPPP Lebuh Nipah, Pulau Pinang.Book dulu dan bayar sebelum makan dan datang lagi baik.

 Ni pic aku snap dekat Tol masuk Jambatan kedua Pulau Pinang dari Batu kawan

Sunday, March 2, 2014

Proses betulkan blog

tajuk entry memberi maksud isi dalamnya,,,ok ke??? pk punya pk sampai tua....just ade la jugak terasa yang aku rasa seolah diburu kesalahan dan kesilapan masa silam,soal mana letaknya diri aku pun,aku dah cuba perbetulakan ade ke salah lagi dan aku da cuba betulkan.Sedih aku rasa meyesal pun ada.... tolonglah jangan hukum aku terus macam tu akan terus menhantui aku,first aku sedar tindak laku aku tapi aku tak tahulah cuma aku dapat rasakan orang bertangapan macam tu terhadap aku seolah balasan terhadap aku buat aku terus di sakiti...

citer pasal blog tapi diri sendiri yg tersentuh, haram aku tak tahu nak improve diri aku tak tahu nak jadi apa heheh dan tak beberapa pandai nak buat blog bagus2 lawa tengok gambar terpampang laksana aku macamtuh ,, bila jenguk blog org nih, ade tu ade ini... cerita pun ada nampak kemajuan tapi aku hampeh mundur macam tu la jugak dari dulu,sikit2  bolehla no komen...sebab aku dah memang macam tu.... payah aku nak cakap....

Aku,iaitu seorang bujang telajak usia aku telah dewasa sebab sakit.mungkin dahulu apabila gairah sangat ingat keseronokan sahaja sendiri ke lembah kehinaan dan kebatilan.Misalnya setelah di bicarakan oleh aku akhirnya boleh memusnahkan aku itu sendiri implikasi positifnya pula ialah cerita di blog aku yang tidak dapat diaplikasi kerana takutkan kesanya nanti yang akan menghapuskan aku misalnya,dalam keberkesanan keputusan aku itu di sangkal oleh sesiapa.

akal yang berfungsi akan menjahanamkan aku dan mengembalikan aku kepada keadaan asalnya.Tanpa menyedari yang lainnya di jadikan dan di kembalikan kestatus awal aku.Aku telah berubah daripada keadaan dahulu.iaitu mungkin aku telah menjadi aku.memandangkan aku sudah serik hidup dalam nista dan cercaan masyarakat dan sekarang tak ade siapa yang kisah

walaupun persoalan dalam entry aku kali ni sederhana sahaja namun pengolahanya cerita menghidupkan blog aku di sini...bleh tera tu?

Hingga lewat malam aku masih belum tidur lagi.aiyak.... tak boleh tidur sekarang dah la mengantuk see again nak p titun stop tak nak pk lagi.nanti lagi melalut bersangkut paut dengan megarut punya citer tapi aku sedih teringat kat mak aku dan masa depan aku kelak tak tahulah macam mana eah...anyway aku nak tidur bye

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping