Saturday, June 28, 2014

salam ramadhan

Ahlan wasahlan ya ramadhan aku ketingalan lagi sebenarnya aku Harap Tak Terlambat Utk Mengucapkan Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa!Hari nie dah masuk hari pertama Ramadhan!  Uih.. cepat tol dah hari puasa.... Apapun.. hope aku masih tak terlambat utk mengucapkan selamat berpuasa buat semua...yg beragama islam selamat menyambut ramadhan al-mubarak!  Sesungguhnya bulan Ramadhan bulan yang mulia, Bulan yg penuh rahmat & keberkatan, Bulan yg menyediakan kebajikan pahala yg berganda, Bulan yg diperkenankan segala Doa dan juga Bulan Ramadhan adelah Bulan Pengampunan!

RAMADHAN... Kehadiran mu ku nanti, agar kali ini ia bakal memberi seribu erti dan semoga ia bisa mendidik hati nurani ke arah yg jauh lebih baik! Insyallah...   Aku jua berdoa dan bermohon agar Ramadhan kali ini bakal menjadi Ramadhan yg lebih baik dari  Ramadhan yg lalu buat diri aku dan kita semua!    ♥ Salam Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat kalian saudara Islamku! (: ♥ . Benar Ramadhan bakal menziarahi lagi. Alhamdulillah. Masih diizinkan ALLAH SWT untuk bertemu dengan bulan seribu bulan. Bulan penuh barkah, aku juga kembali merenung ke dalam diri. Aduhai...

Aku ini hamba-Mu yang banyak kurangnya, Boleh?tp kenapa tidak Aku bersimpati kepada diri aku sendiri. Semoga ALLAH memberi hidayah. Aku sendiri amat membutuhkan kekuatan dan keampuhan jiwa. Aku selalu ditewaskan oleh kelemahan.tunjukkanlah aku jalan yang lurus, jalan ke arah mencintai-Mu, mentaati-Mu dan kuatkan jiwaku. Sesungguhnya Ya-ALLAH... aku masih ingin mencari kemuliaan diri di dalam redha-Mu. Amin...! :) ♥

Saturday, June 14, 2014

cuaca panas


Sekarang aku berada dekat rumah di kampung Butterworth, Penang.Keadaan cuaca disini bahang panas,asyik berpeluh je ..almaklum, sekarang ni musim kemarau..

Oleh yang demikian, kali ini aku nak share tentang tips-tips ketika cuaca panas untuk manfaat kita bersama =)


Matahari yang terik bersinar
So,cuaca panas sebenarnya memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesannya terhadap kesihatan kita boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko iaitu:
Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Penghidap penyakit sistem pernafasan.
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

Gejala cuaca panas melampau adalah :
Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).


Berikut adalah antara cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
Hadkan aktiviti luar
Kerap berehat
Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
Pakai topi atau payung yang besar

Elakkan daripada:
Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
Bersenam dalam cuaca panas
Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawa ini:

Keluar dari kawasan yang panas
Tanggalkan pakaian yang ketat
Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
Gunakan kipas untuk sejukkan badan
Minum air setiap 15 minit
Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Monday, June 2, 2014

Hari Yang Tidak Menggembirakan...Demam

Kadang2 kita tak boleh nak mengharapkan yang terbaik sentiasa. Lebih2 lagi dalam posisi kita ni. Siapalah kita? Tapi bila aku fikirkan balik masak2, rasa tak puas hati itu semakin membengkak jadinya. Menyerahkan diri kita kepada orang, samalah seperti menyerahkan segunung harapan bersamanya. Aku tak sampai mengharapkan yang terbaik pun. Memadailah dengan baik sahaja pun, dah cukup untuk aku. Tapi tu pun tak boleh nampaknya! Susah sangat ke?usaha buat itu ini tak cukup katanya. Masalah mak aku kata aku bukanya bekerja... aku bukan tak boleh terima. Boleh... cuma hati aku tak dapat nak tahan la dari mempertikaikan kredibiliti orang mengarah aku!Aku mahu aku tenang dan bukanya paksaan tekanan masa aku sakit. Bila aku tanya kenapa? Kau boleh jawab macam ni,"aku selesa macam tu!"sebab aku tidak sihat (demam) dari hari sabtu hari tu

F**k la! Sakitnya hati aku dibuat macam ni. Macam mana ?arahan makan ubat dan berehat secukupnya tapi tugas banyak urusan yang diselesaikan kemarin, sedangkan aku masih tak tahan sakit demam dirumah pula banyak benda nak kena buat

Aku tak nak sangat fikir macam ni. Tapi secara tak langsung, ia yang buat aku Emosi dengan mak aku. Barangkali memang aku yang salah. Tak apalah... aku akan cuba bersabar dari bebalan yang tak menentu. Atau barangkali, aku boleh pk diri sendiri!

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping