Saturday, August 23, 2014

cakap ttg. Nuffnang

I’m talking about Nuffnang.

Bole kire dgn jari je any blogspot owners yg TAK ADA Nuffnang logo ke ads tempek kat top corner of their blogs.Ada bagus ke mende tu? I know it generates income from the amount of traffic that you get and what not sume tu kan, tp tahla..aku cukup selalu masuk blog yg femes yg ada Nuffnang coz tau sah² depa ni dpt byk duit..bukan aku jeles, aku pun nak duit banyak gak tp tahla..hak individual kan?Kalo Nuffnang tu dpt membantu aku utk bayar pape yg patut (e.g bills & debts) bile korang dah pokai tu, bagus la. Tp kalo hasil pendapatan tu terpesong p kat mende lain tu, wa no komen.

Tipu kalo org tak mau duit banyak kan aku ckp aku tak penah try register Nuffnang ni, 22/8/2014 aku baru register. Ada lagi acc tu dari dok belek gak camne la aku nak jumpa lagi link die hehe..lembab IT gak aku ni.klu dari dulu buka blog aku daftar tah berapa aku dapat dah 3 tahun blogging baru aku terhegeh-hegeh nak buat I’m using their domain my own domain,  Wa pun tarak extra income, RM masuk, RM gak yg kuar..belanja issues ni. buat aku feeling one day aku ada duit extra cikit.Hmm cakap pasal duit...Kesimpulannya, Nuffnang ni mcm iklan sposor berbayar la je la. or join utk buat syarat je. kalau ada rezeki tu syukurlah

Thursday, August 21, 2014

set nak p kenduri

sudah bulan ogos already buat persiapan Big day kenduri kawin anak menakan di K.L

So now let's pictures tell everything


aku mulakan dengan Maju Melayu ni.mahal mak aku yang pilih mula2nya mak aku nak belikan untuk aku tapi selepas aku tengok kainya aku berpuas hati...hati aku tertambat bila aku try pakai nampak elok dengan hormatnya aku pun bayar balik harga baju ni dengan duit raya aku tahun ini  Takpelah sesekali sponsor bukan selalu. :) lagipun untuk aku yang nak pakai



Sampin tenunan songket Terengganu sudah 12 tahun mak aku belikan untuk aku tapi tak pernah pakaipun walaupun sekali mase nikah sepupu aku ada amik inspirasi  pinjjam dari aku pakai aku je belum pernah pakai2,malu nak pakai mahal2 nampak hebat sangat...mak aku kata nanti pergi kenduri kalau ada saudara yg lain pakai hang pakai la.simpan lama2 tak pakai bila lagi hang nak pakai...


Kacut macho aku baru je beli berbaloila dari 2 tahun lepas aku nak beli kasut dah dapat da kacut...pun aku belanja duit raya aku decide brg2 yg confirm akan dipakai dan mestilah at least berkualiti so that ianya jadi barang sentimental dan kenangan abadi.. untuk aku



p/s :dlm ati kecil : melaram sakan Heeee..biar papa asal bergaya..terbaikkkk
Sekian.

Saturday, August 16, 2014

upgrade PC

Saja aku citer PC aku Tetiba aku nak bagi info skit macam mana nak buat PC korang sendiri,maksudnya korang pilih specification untuk komponen2 PC korang.

allright, mula2 sekali klu nak buat pc ni ialah memilih casing yang sesuai,terpulang la korang nak amik design yang macam mana ada macam2 jenis casing yang dijual seperti cooler master. Tapi lebih baik ambil casing yang besar sikit supaya senang nak upgrade dan tak la panas sangat komponen2 kat dalam tu

Kemudian korang kena pilih processor jenis apa yang korang nak, ada 2 brand kat pasaran Malaysia iaitu Intel & AMD. Tips nak memilih processor ni ialah berdasarkan tujuan penggunaan korang untuk kegunaan menaip ke surf internet ke ataupun nak main game. Harga processor untuk Intel berbanding AMD bagi spesifikasi yang lebih kurang sama adalah lebih mahal. Tapi kebanyakan orang memilih Intel kerana lebih tahan lama dan kurang panas.


Untuk motherboard ni, korang kena pilih yang bersesuaian dengan processor korang kalau tak x bleh pasang la.haha. Untuk motherboard, ASUS menjadi pilihan ramai kerana kualiti dan ketahanannya. Sebelum beli, korang kena tengok berapa slot yang ada dan berapa RAM yang boleh masuk, baru snang nk upgrade.


Ram ni antara yang terpenting, Klu xnak PC korang hang kena la beli RAM yang tinggi at least aku guna 512GB. Nak beli ram kena tengok jenis ram yang motherboard korang support. Kalau motherboard yang latest ni kebanyakannya guna DDR3,kalau lama sedikit DDR2.lagi pun sesuai untuk main game

Hard disk ni keguanaan dia untuk store data. Ada macam2 brand macam aku WD 200 GB,Seagate,Samsung & lain2. Saiz yang ada 320 GB,500GB,& 1TB pun ada. Tips nak pilih hard disk bergantung kepada penggunaan korang.

Untuk graphic card, ini optional. Untuk pengguna yang melakukan kerja2 ringan x perlu. Tetapi untuk gamer dan pengguna editing software seperti photoshop korang patut beli untuk bagi kerja korang lebih lancar dan paparan lebih menarik. Graphic card ada macam2 jenis ASUS,ATI, GIGABYTE & lain2. LAgi tinggi bit graphic card tu lagi jelas gambar.

camno??

1st skali korang kena consider 3 benda ni :
- input (untuk masukkan maklumat/data)
- process (proses data)
- output (keluarkan data)


Bila dah tahu benda2 ni,senaraikan barang untuk tiap2 benda kat atas tu

input
- keyboard
- mouse

process (cpu)
- casing
- motherboard
- processor
- ram
- hard disk
- graphic card (optional)

output
- monitor
- printer (optional)



apo macam?? banyak jgk aku cari benda2 neyh.... safe la jgk sbb aku beli barang sikit2 bila aku ada duit sikit kumpul dan beli jd la upgarade pc sendiri daripada tak ada langsung heheh

Thursday, August 14, 2014

Salam Jumaat

Salam Jumaat buat semua umat islam dan teman  kenalan semua...Banyakkan doa di hari. Mohon kempunan dari Ilahi.Mengundang rasa insaf dan syukur dalam diri..aku mohon didoakan untuk perubahan diri.....memang telah banyak aku berubah berhijrah selangkah demi selangkah demi utk terus memperbaiki diri Permintaan aku mohon 'DIDOAKAN' itu yg menyentuh perasaan....
KERANA....

aku bukan siapa-siapa teman..Hanya insan biasa banyak khilaf yang sentiasa mengharapkan aku diberikan pertolongan..Demi aku teman...aku akan turut mendoakan..Doa untuk diriku dan teman semua dalam solat dan munajat seharian.Mudah-mudahan Allah makbulkan......aku bukan sapa-sapa..hanya mampu berkongsi pengalaman..Allah jua yang mengizinkan untuk setiap perubahan kebaikan

"Ya Allah kurniakan diriku ,  temanku itu dan kami semua dgn HidayahMu...dan Istiqomahkanlah diriku, diriku dan diri kami semua dalam ibadah dan perkara kebaikan. Amin Ya Rabbal 'Alamin "

* Hidayah milik Allah..pohon pada-Nya dalam setiap sujud dan munajat...agar aku tidak putus asa...dalam mendapatkan redha Ilahi* 

Sunday, August 10, 2014

Apa kata kita terhadap haiwan ini..

Syukurnya aku tiada masalah untuk menjaga sendiri kucing aku.kecuali kekadang bebal jugak  pastu sayang mereka balik

Aduhai, Aku terfikir tentang ini?
(METRO Ahad 10 Ogos 2014)Hari ini

Tiada siapa yang mahu ianya jadi begini. Tiada. Tanyalah sesiapa sahaja. Pasti tiada seorang pun yang mahu. Melihatkan ini, tiada siapa juga yang menyangka ianya akan berakhir sebegini. Tiada siapa. Tetapi.. Apalah daya kita untuk menahan sesuatu yang telah di rencanakan.. 

Kadang-kadang bila kita menulis atau menaip kita terlupa untuk memikirkan untuk jangka masa panjang kesan apa yang kita tulis pada orang lain. Bagi kita mereka mungkin hanya seekor kucing. Tapi bagi orang lain, mereka lebih dari sekadar kucing. Mereka sudah di angap semacam ahli keluarga sendiri seperti aku. Jadi bila mahu mengeluarkan kata-kata, fikir pasal perasaan orang lain juga. Jika anda tidak peduli tidak apa. Orang lain ramai lagi yang peduli.


Kenyataan anda hanya mengundang kecaman pecinta haiwan.Jangan menunjukan kedangkalan diri sendiri berfikir.Jangan menunjukan seolah-olah anda tidak peduli dengan isu semasa tidak menghormati perasaan mereka yang terlibat.Mungkin anda patut berbangga kerana hanya anda yang tidak mengambil kisah tentang isu sebegini.jangan lupa binatang pun punya hati dan perasaan apatahkan lagi manusia yang di berikan akal fikiran oleh tuhan.



Tolong Hentikan Kekejaman Terhadap Binatang

Tuesday, August 5, 2014

Kucing ku Isang..


Ini kucing aku yang paling manja dan jinak di rumah.Sebenarnya kucing ni anak kucing aku bernama Rona selepas 3 bulan bagi dekat orang dia tak mahu duduk dia lari balik rumah aku balik sebab nak duduk dirumah asalnya tak nak tinggal di sana lagi pula rumah aku dengan rumah yang nak bela kucing ni berdekatan selang sebuah rumah di seberang jalan kampung dekat rumah aku


Ini  Comel adik kepada isang 'Mahu tak mahu terpaksa lah menjaga dan bela kucing ni'adik isang kucing ni  comel pun bagi dekat orang bela dalam 3 minggu hilang tak jumpa Kasihan.Cantik pula tu.' Isang jantan baru berusia 7 bulan.

Isang dan comel semasa kecil

Mak aku bagi nama Isang sebab muka dia macam Musang,mak aku pun panggil musang pada mulanya dia faham nama tu bila panggil nama lain dia tak tahu jadi tak kan nak panggil musang pula kan,mak aku bagilah nama dia Isang dia pun faham nama tu bila di panggil.



perihal makan isang semua benda dia suka makan cucur kodok, jagung rebus,keropok,meruku,kuih raya,semua dia sentap tak boleh tengok tuan dia makan apa semua dia nak makan sama.kucing ni tak takut dengan orang sebab dia jinak dan manja berbanding dengan kucing2 aku yang lain.




hari ini Isang ada di rumah aku kembali dah 3 bulan sebab balik ke rumah dia. . tuan yang nak bela kucing ni pun tak kisah tak jd bela kucing ni jadi la ahli keluarga baru di rumah aku balik.


Zzzzzzzzz... selepas penat bermain

alahai
isang... isang.... 

Saturday, August 2, 2014

sikit cerita..raya



cerita hari raya aku tak pergi ke mana-mana pun hanya pergi menziarahi kubur aruah nenek rumah kawan2 kawan sapapun aku tak pergi hanya raya di rumah dengan saudara mara yang datang dari jauh datang ke rumah.bila aku rasa bosan aku ke rumah maklong depan rumah tu saja jarang keluar itu pun sebab nak beli rokok tembakau dan surat khabar dan barang2 keperluan yang nak di beli dan di pesan maklong.tahun ini punya raya aku tidak begitu beriya menyambutnya sekadar perlu saja.

Friday, August 1, 2014

kucingku montel telah tiada lagi


Gambar Montel ketika di bulan puasa masa dia sakit

Berbalik cerita anak kucingku montel hanya tinggal kenangan. di ingatan aku.montel telah pergi selamanya tanggal  31 Julai 2014 hari raya ke-4 tidak dapat di bayangkan perasaan aku ketika itu. Hanya mampu terduduk diam dan menangis menyesali takdir selepas bangun tidur mak memberitahu montel sudah tiada perginya tidak kembali lagi Sudah tiba masa dia. Sampai hari ini sahaja.maafkan.sebenarnya dia terkena tindih di kaki depan sebelah kanan baru aku perasan mak bagitahu aku kakiknya kiat bengkok sebelah .tapi masih boleh berjalan cuma dia tak boleh bercakap akan sakitnya.aku mengali lubang dekat rumah mengadap kiblat agar dia pergi dengan tenang..janji Allah setiap yang hidup pastikan kembali kepadanya.aku terima dengan hati yang Redha.maafkan man montel man betul2 tidak sengaja belum sempat aku nak tebus kesalahan aku bahagiakan menjaganya montel telah pergi dulu.man sangat sayang pada montel.

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping