Tuesday, September 30, 2014

Menemui kalian...

Dear blog yang aku kasihi,

Di sini aku menceritakan  untuk semua pembaca,Salam ku ucapkan.Ribuan terima kasih di atas kerana sudi membaca cerita aku di sini.Bagaimana pula cerita korang pula ya?tentulah seronok ya maklum sajalah  ada yang macam ni ada yang macam tu lagi2 kalu dah ada buah hati.Aku ini apa yang ada.

Sejak aku bercerita di blog aku tak pernah lagi terfikir akibatnya aku menulis di masa depan aku kelak,Sebenarnya kekadang sakit aku datang menganggu aku,nasib baik tindakan aku,apa-apa terhadap aku benarkan untuk diri aku bercerita.Walaupun tak ramai yang follow aku dan nak bagitahu comment atau sesuatu pada msg apada chatbox.silalah kalau nak berhubung dengan aku,tanyalah apa-apapun,insyallah aku akan menjawabnya apa yang boleh aku jawab.

Ingin aku bertanya pada korang,mengapa tidak follow aku,malukah atau tidak menyukai aku di sni meluat,atau meyampah atau sekadar ingin tahu apadia cerita aku,ataupun tidak suka lagi aku berblogging di dunia cyber ni?

Boleh jadi aku akan terus blogging di masa hadapan,tapi belum tahu masanya aku akan berhenti blogging,tak usahlah bertanya kenapa sebab mungkin anda segan atau malu kalau tinggin nak follow atau comment dan borak di chatbox aku,dan korang bolehlah terus membaca cerita aku.Tetapi mesti rahsia tau tak pa.

hurm,bilakah sampai sekarang tak ada ramai followers,kalau datang baca bagitahulah aku selalu tunggu di sesawang blog dan di FB.kalau tak ada juga tu apa boleh buat wahai blogku.Sebenarnya tidaklah ada apa2 yang hendak aku perkatakan di sini cuma sekadar memberitahu yang mungkin pembaca sudah melupai aku,walaupun blog aku taklah sehebat mana namun aku ikhlas bercerita di sini tak bisa untuk di lupakan.

Tentang apa yang terjadi pada diri aku,asalkan sudi membaca pun oklah tu.aku sentiasa akan bercerita lagi nanti sebab pembaca  tidak melayani aku pun,inilah aku mula rasa terasing sekali,Aku sedih ni....mungkin aku tak ada kawan yang ada blog.

Demikianlah cerita dari aku.Sudah banyak perkara yang lebih berat aku alami,aku huraikan di sini nanti pembaca jemu pula membacanya ya..tak? kalau nak tahu semua cerita aku bacalah bila dan di suatu ketika kelak.Tidak ada apa lagi yang hendak aku perkatakan lagi di sini,memadai setakat ini,Sekiranya ada apa-apa yang tersalah dan tersilap harap maafkanlah.Jika di panjangkan umur aku akan turus bercerita lagi nanti..wassalam..

Salam manis di angin lalu
bacalah cerita blog aku bagi
janganlah pula buat2 tak tahu
ada masa aku bercerita lagi

Monday, September 29, 2014

Apa kata aku..

Aku mengalami berbagai-bagai pengalaman pahit manis,zaman gemilang dan zaman gelita dahulu kadang2 seperti sakit di bawa arus gelombang.Ada kalanya timbul dan di kala lain tengelam dalam sekeliling orang,dalam masa bertahun itu juga aku telah di kata orang oleh berbagai corak aku dengan konsep dan pendapat masing2 tetapi walau apa jua aku akan terjadi yang di hawakan mereka,namun mereka tak terlepas dari masalah masalah yang juga di hadapi oleh aku,lain masalah penjelasan aku,selagi masalah ini tidak di atasi selama itulah segala usaha dan kemajuan aku terhina,terhindar sombongan kita dan orang dari anggota penting bagi kemajuan sebuah kehidupan.

Wang merupakan nyawa pada aku dan dengan bererti memberi nafas kepada aku.Aku juga akui tidak boleh mengharapkan sedekah dari situ sini.sekali dua orang bersimpati,bila selalu,tentulah sebaliknya oleh itu tibalah masanya sekarang aku menyedari akan sikap ini.Bertanyalah kepada diri aku sendiri,apakah yang dapat aku sumbangkan kepada orang.Apakah tugas aku yang di utamakan sudahkah kita tunaikannya.sekira tiap2 kita mempunyai sikap ini maka dapatlah hendak di bayangkan bagaimana kukuhnya pendirian kita.

Aku tidak ada dalam itu semua,aku tak ada kenberanian dan merasa tidak boleh terjadi apabila kawalan aku atau kawalan aku berwakil atau kawalan cara,keaklakan dinamik,keaklakan aku di kritik disamping menimbulkan kekeliruan dan kekerapan kelakuan walaupun aku ada kemahiran,kepujian,kerajinan,kerjasama jadi kesusilaan lazimnya aku tiada ketetapan ketahanan dan keyakinan.menimbulkan pertanyaan kepada aku sendiri mampukah aku?bolehkah aku?hingga merasa curiga terhadap semua itu hingga aku mengaku kalah terhadap diri sendiri dan membiar semua itu berlalu tanpa sebarang penyesalan dan harapan.

Perangai aku kerap berubah,dari perasaan gembira menjadi muram,aku merasa sedih dan kadang-kadang merasa sukacita pula.Bagaimana pun,pada umumnya,bila tiba sakit seumpama ini,aku akan menempuh berbagai peristiwa yang meriangkan dan yang tidak di sangka pada mulanya aku merasa hairan juga dengan sikap aku yang telah berubah itu,tetapi sebenarnya memang ada sebabnya yang menjadikan perangai itu berubah dan hal ini adalah perkara biasa saja.Aku sendiri sudah perbaiki kesilapan dan berubah sama ada secara  batin atau zahir dari menjadi dewasa

Orang boleh berkata sampai bila aku nak jadi macam tu?macam tu macam mana lagi aku bukanya sihat seperti anak kecil terkandang asingan.bagi aku semuanya sempurna cukup memadai.Di masa yang mendatang itu aku tahu.itu masa yang paling penting dalam hidup aku dan sudah tentulah aku ingin menempuhinya sepenuh-penuhnya aku perlu menunggu dan bersabar dan aku perlu mempelajari serba sedikit hal berhubung denganya.aku perlu mengambil masa untuk menempuh segala perubahan itu.sebab orang boleh membuat andaiyan macam-macam yang melemahkan aku

First 1 yang perlu di ketahui ialah memahami betu-betul apakah perkara yang akan timbul manakala aku beransur meningkat dewasa dan mengapa,aku akan mengalami berbagai-bagai perkara manakala aku meningkat dewasa.wallahualam

Sunday, September 28, 2014

Merawat kucingku luka bernanah

Bahan untuk merawat kucing telahpun aku sediakan 3 hari lepas ketika dalam merawat kucing ku kusyi aku cuba berselawat. Tiba-tiba aku menangis.Mungkin terlalu kesiankan keadaan kusyi.mak aku yang tolong sama ketika merawat kucingku kusyi dimana lukanya di cuci dan di balut ubat biji rumput berssama daun pokok kurap kucing yang di tumbuk halus dan dibalut telingga dan kepala dengan kain bandage last sekali baru pasangkan kolor kon Yelah, kita tahu sayangkan kucing kita..

Kita juga tahu kusyi belum akan disuntik ubat antibiotik dan tahan sakit sebab belum bawa kusyi ke klinik veterinar.ingat nak merawatnya sendiri selepas keadaan dah elok sikit baru nak bawa kusyi ke klinik.Hari2 kalau aku pk boleh jd kacau di buatnya,Tapi aku kuatkan mental. Aku buat ni untuk kucing kesayangan aku.

Bahan untuk merawat kucingku kusyi,Kapas,bandage kecil,Ubat Biji rumput,colour con dan lain2 takde dalam gambar daun pokok kurap kucing,ubat sirup cegah kurap,vitamin dan spray ubat luka.


Beginilah keadaan kusyi sedang menerima rawatan aku dan mak di rumah

Hari kedua merawat kusyi,Luka kusyi bernanah dah hilang cuma berneneh saja Tapi teruk. kucing ku kusyi terkurung kat rumah je pun. Tak perlu runsing..Hari ni hari ke tiga...Luka dah clear dah hampir kering. masih sakit. Tapi tak sesakit 4 hari lepas.

Aku berharap sangat semoga kucing ku kusyi cepat sembuh...semoga tuhan pekenankan doaku Ya Allah...Amiieen

Wednesday, September 24, 2014

Galau kucing aku sakit

Ketika aku galau bercerita di blog kucing aku kusyi sakit luka berlubang bernanah teruk di telingga gara-gara gatal kurap .Tulisan aku yang menggambarkan betapa menderitanya kusyi, sungguh menyayat hati.

kusyi yang belum 3 tahun, tahun pertama mulutnya luka rabit sbb. bergaduh.Tapi tak lama 2 tahun kemudian, simpati itu berbalik.kaki kanan depan kusyi luka bernanah di 2 bahagin tapak kaki .lagi dikasihani sekarang luka berlubang bernanah di telingga

kusyi menderita luka parah. Bahkan aku galau bila tiba time2 macam ni dekat kucing aku kemarin aku nak bagi mandi kusyi sebab kucing2 aku yang lain aku sudah pun bagi mandi sekurang-kurangnya sebulan sekali... bila dah tengok kusyi sakit menderita luka bernanah aku tak jadi bagi mandi aku spray ubat luka.dan hari ini lap luka dan tuang ubat gamat then sapu ubat kutu di belakang tulang badan dari tengkuk sampai ke punggung sbb. tak nak dia kegatalan mengaru kerana tidak di mandikan.kucing aku yang lain juga semua aku sapu ubat kutu.

Kasihan kau kusyi !!! agak lama aku tak bawa kucing aku ke klinik veterinar dah 5 bulan aku tak bawa sbb. tak ada penyakit apa berbandingkan sebelum ini setiap bulan.tengoklah kalau keadaanya semakin teruk terpaksalah aku bawa jumpa doc. haiwan

Wednesday, September 17, 2014

kenduri kawin..

Majlis Perkahwinan Shadila & Alif Satar

kata orang kalau dah jodoh tak ke mana.Begitu juga dengan anak saudara aku Shadila atau lebih mesra dengan panggilan Dila.tanggal 15 September 2014 kabul dengan selamatnya di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur dalam suasana yang meriah.

suasana sebelum akad nikah berlansung

Sebelum majlis akad nikah bermula aku sibuk check pic yang aku snap dalam hp tak tahu sepupu aku ambil gambar

Gambar Pengantin Perempuan

Ketibaan Nenek Pengantin (Maklong)

Hantaran kawin

upacara meyarung cincin bagi kedua-dua belah pihak pengantin

Selepas makan aku dan mak Bergambar dengan Pengantin

Pengantin bagai pinang di belah dua

Mak aku tidak keberatan bergambar dengan Datuk Siti nurhaliza..peminat setia no. 1 la katakan mak aku duk sembang apa pun tak tau sampai aku fokus nak ambil gambar pun tak tau maklumlah fotograffer ramai.

Datuk K ,Datuk Siti Nurhaliza

kemesraan terjalin mak gembira bersama sepupu aku Sep Taha abang kandung Shadila dengan isteri dan cicit menakan 

Ahli Keluarga yg akrab adik beradik turut meraikan majlis.seganlah pula,saja tak pandai posing depan kamera 

Apapun puas hati terbaik lah aku tumpang happy sama kepada Shadila dan Alif selamat Pengantin Baru semoga diberkati dan dirahmati allah ta'ala
Sekian.Terima Kasih.


Friday, September 12, 2014

Pak Lang Meninggal

Salam Tahziah..Pak lang meninggal.

Maaf lah lambat update blog sebab aku agak sibuk ,tak ada masa mengadap pc bila free pula aku sunyi dan bersedih...itu perasaan aku beberapa hari ni. Pak Lang aku, iaitu abang mak aku meninggal dunia pagi kemarin dulu. dia meninggal di Rumahnya pada hari khamis 11 hb sepember 2014 di Batu Gajah akibat sakit tua  ada penyakit kencing manis.Aruah Pak Lang seorang yang Tegas,Bertanggungjawab dan Penyayang

Gambar keluarga dalam kenangan... 5 beradik di ambil Januari 2014

Dari kiri Makdak,Mak,Aruah Pak lang,Maklong dan Makngah

Dari kiri Makdak,Mak,Aruah Paklang,Mak long dan Makngah

Mak aku  yang bongsu sekali dalam 5 beradik,ahli keluarga mesti sedih sebab dalam 5 beradik Pak Lang aku pergi duhulu ...Apapun, kepada sepupu-sepupu aku, Abang chack, Aan, kak Ina dan kak Azizah serta Ngah Ani, takziah aku ucapkan.Tahziah Semoga tabah dan sabar menghadapi ujian Allah SWT. Aku doakan semoga Pak Lang ditempatkan disisi hambaNya yang beriman dan dikalangan orang-orang yang beriman...semoga dirahmati dan tenang di sana, hanya Allah yang lebih tahu...Alfatihah...

Sunday, September 7, 2014

Music video

Tadaa...!!

Hai this is my first time made music video.Sebelum ni duk record mp3 je.cam biasa saja dah bohsan tak da apa nak buat hobby aku bermain gitar layan kat rumah sorang2 aku ingat aku tak lebih overroll pulak korang tengok la aksi aku bermain gitar.. saksikan


This song classic skit yer




Erti lagu ini aku tujukan pada seorang yang teristimewa dalam hidup aku dan insan lain dalam hidupnya yang akan juga menjadi penting dalam hidup aku kerana kaitanya dengan insan teristimewa itu :P apa kejadahnya aku dalam laguni kuang..kuang..kuang


sori klu video aku tak memuaskan hati penonton.*bye*

Monday, September 1, 2014

bicaraku sendiri..

Aku sedari bahwa hidupku sememangnya macam ni,kekadang tak semua tanpa ada satupun benda yang bermakna, dari waktu masih kecil rasanya mudah dapat apa yang mahu, begitu juga saat dengan mudah aku dapat semua keperluan aku, Setelah itu aku dapat kesempatan hidup di alam maya dan fana ini Ya Allah dan bersyukur, maklumlah aku anak orang susah apa yang ada tu ada la yang tak ade tu tak ada la...

Akhirnya dan saat ini jadi... persoalannya kadang, sampai manusia merasa puas diri ??? rasanya sulit sekali mensyukuri sesuatu yang begitu mudah di terima, ada saja kekurangan kekurangan yang seharusnya tidak di ingini, contoh nya ingin hidup seperti orang lain,tp rasanya kita punya mimpi, lalu berusaha aku tak mampu mewujudkannya .. tak tercapai walaupun satu mimpi atau agan2,tak bolehlah memimpikan sesuatu lagi .. dan terus begitu.harap aku tidak di persia-siakan

Aku  biler dh cakap..org ckp aku salah aku tak betul.. lagi ler aku tak suka..aku ckp kat blog.. yg aku komplen..klu salah naper lak bg kat haku suh dgr..dh 2 plak yg org tuh gak..ni nak kene ckp aku tak bleh pakai..aku tahu aku pn bleh jadi tak betul bila sometime aku tk bleh dengar

Org sumer tau aku tk bleh..konon2 nk citer ler mungkin aku nnti kene rejek..di singkir dgn sumer org…aku marah tp aku pendam dalam hati… nk nyembang tp ckp.. la nih aper citer.. tak macam adik beradik yang lain aku tak marahpun tapi bila cakap benda keburukan yang salah tak tahu menahu tak de kena mengena dengan aku dekat orang lain dh 2 plak yg org tuh gak..ni nak kene ckp aku tak bleh pakai.. ni apa citer…abis macam mana lagi???

Aku sedar siapa diri aku tak payahla mereka cerita yang bukan2, kadang sulit juga berbuat baik, selalu timbul pertanyaan ...ada pertanyaan seperti itu, tinggal aku bagaimana menyikapinya dengan bahasa yang tegas dan sopan ... mungkin suatu saat kita baik terhadap mereka.

Perjalalanan hidup manusia tidak ada yang sempurna, dalam hitungan detik semua boleh berubah. Apa yang harus kita persiapkan jauh-jauh hari ? “ Tak ada “ kecuali Amal ibadah. Disekelilingku penuh dengan dinamika hidup, aku menangis, tertawa, bercanda, marah, kecewa, begitu banyak ketulusan dan kepercayaan di berikan, sampai kadang terlalu berat memikulnya, takut suatu saat aku mengecewakan mereka, tapi aku bersyukur karena “ Hanya ada satu kebahagiaan dalam hidup ini, yaitu di beri peluang untuk hidup.

Tidak hanya dalam konteks hubungan cinta antara dua lawan jenis, tetapi juga dalam hal persahabatan dan hubungan kekeluargaan.Kebahagiaan itu datang dalam diri sendiri, dan harus diciptakan.jadi berhentilah mengejar kebahagiaan sampai ujung dunia karena itu percuma selama jiwa kita selalu merasa tidak
 bahagia. Menikmati hidup dan bersyukur, walau tak semudah kata setidaknya berusaha menerapkan dalam kehidupan.

Apa pointnya ya aku tulis begini ??? mmmm .. rasanya ini sekedar hati yang bicara ...krisis hati dan perasaan murung tk ada kata2 yang boleh mengalir bebas ,,,atau membuatkan hidup ini lebih berwarna (ceria)

Finally, Aku bersyukur memiliki keluarga, sahabat sahabat, hidupku tak berarti tanpa adanya mereka … mencintai mereka dengan sederhana dan tulus … berdoa kebahagiaan dan sukses mewarnai kehidupan kita semua … Amiennn

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping