Sunday, November 30, 2014

Al kisah al-fuluse

Tetiba nak tercerita tentang isu budget minggu pertama aku setiap bulan tu ya. Tapi ni monthly budget atau perancangan kewangan bulanan.aku ada buat budget bulanan? Kedudukan kewangan korang macamana? Kukuh, stabil atau memang bila hujung bulan tu menjunam terus?

Aku memang sejak aku start pegang duit, aku dah prepare budget bulanan untuk setiap sen kewangan yang aku terima.Macam aku, budget aku berubah mengikut tahun dan kepentingan. Aku ni biasanya akan set target apa yang aku nak. So bila aku ada buat perancangan bulanan, biasanya apa yang aku target tu aku akan dapat. Tapi sekarang, aku rasa target aku yang kecik-kecik dah habis kot, so aku nak save target benda belanja pulak. Aku dah try buat target dan budget utk bayaran bil bulan ini aku dapat jimat RM40 bil rumah dari pembaziran dan duit tu aku beli barang keperluan

Camna aku nak cakap eah nak mulakan budget ya? Memula aku kena: -aku Cuba kumpulkan semua bil, resit atau apa sahaja bukti perbelanjaan aku macam bil air, elektrik,internet dan juga resit minyak motor.aku Cuba rekodkan semua duit yang aku terima setiap bulan (kalau korang bekerja sendiri). Kalau gaji monthly, lagi senang nak trace. first 1 aku Cuba juga buat satu list perbelanjaan yang aku biasa buat setiap bulan macam duit minyak, duit bayaran bil, rumah dll.aku Bahagikan list perbelanjaan aku kepada dua iaitu perbelanjaan tetap dan perbelanjaan terapung. Perbelanjaan tetap macam duit rumah, bil, internet, dsb. Perbelanjaan terapung pula macam belanja perubatan, barang dapur, hiburan dll Kalau dari budget tu aku dapat total perbelanjaan kurang dari pendapatan, hah lebihan tulah yang boleh aku masukkan dalam list simpanan aku.List simpanan aku pula, aku kena pandai adjust untuk simpanan apa. Macam budget utk simpanan buku pelaburan, simpanan masa depan atau lain2

Yang paling penting, setiap bulan aku kena review balik budget bulanan aku. Sebab ada masanya aku spend duit aku untuk benda yang tak penting pun. Lepas tu, aku cuba sediakan beberapa tabung (macam aku, aku guna sampul surat), dan labelkan tabung tersebut macam utk barang dapur, utk bil, utk ubat dsb. Sebab adakalanya, duit yang aku belanjakan bukan sama setiap bulan. Contohnya setiap bulan aku dan mak peruntukkan RM350.00 utk beli barang dapur, bulan ni belanja RM300.00 sahaja untuk beli barang dapur, so maknanya ada lebihan RM50.00. Nasihat aku, korang jangan pulak pegi belanja duit lebihan tu utk benda lain. aku simpan dalam tabung belanja kecemasan. Dan begitulah setiap bulan. Kalau ada lebihan dari mana2 tabung, masukkan dalam tabung belanja kecemasan untuk back-up money untuk pembelanjaan mak aku

Okaylah, tu cadangan aku. mungkin setiap orang ada cara tersendiri. Apapun, aku selesa dengan cara aku. Sekarang nak target dalam beberapa tahun, sebelum aku pokai aku boleh bayar mungkin separuh duit belanja rumah menggunakan duit simpanan aku(melalui cara ni) dan selebihnya aku guna duit simpanan untuk tampung perbelanjaan mak aku juga...insyaallah...

aku nak cakap pun aku sendiri pun pokai juga bulan ni sebab banyak benda rosak belum selesaikan kat rumah aku, dvd rom komputer aku rosak,mesin basuh,tv dalam bilik,area tv patah, upah tukang semen laintai dapur berlubang,cyiling atas rumah aku terkopak,rak mangkuk pingan rosak dll.

Zaman sekarang ni, semua benda pun pakai duit. Nak makan, nak minum, nak mandi…. semua guna duit.. ye lah, nak mandi kenalah pakai air, kalau nak ada air, kenalah bayar bil air.. tak gitu lagi barang barang nak mandi sabun syampoo,cuci muka. Bagi keluarga, kena fikir untuk keluarga juga. tak boleh dibiarkan pokai. Takkanlah nak bagi makan batu. Kesian, dahlah duk tak ada macam tu la juga

Apa yang penting sebenarnya ialah berbelanja mengikut keperluan. Memandangkan aku ni bolehlah dikatakan sedikit sukar mengawal perbelanjaan cakap je la  maka aku telah membuat planner duit bulanan yang akan datang dah tak boleh belanja merapu Tak ingat pula sejak bila mula buat planner ni. Tapi, kadang-kadang lari juga perbelanjaan sebenar daripada yang dirancangkan.

Dan aku sentiasa memastikan aku back-up money. kewangan mak aku seperti dari bulan oktober lepas dah kurang bebelanja  . guna bila betul2 cemas eh.. kecemasan sahaja.. seperti kes hujung bulan baru-baru ini aku hanya tinggal RM2 walaupun aku tak dapat bagi 100%  bagi secukupnya pada mak aku kira 60% tuh bolehlah bagi kat mak aku setiap bulan sebab bulan ni aku pun nak pakai duit yang ada pada aku untuk belanja bulan ni pun hanya 80% sajalah buat belanja minyak motor,surat kabar,rokok sebab dalam sebulan adala 6,7 kali aku keluar rumah beberlanja mau tak kiok aku di buatnya.

mmm dah pening dah ni haiyaaaa bila mau kaya pun tak tao neyh bukan kaya tapi kayap yang melarat dah sarat dah neyh nak makan gaji wa tak ada kerja mana mau cekau duit banyak2 woooooo apapun bersyukurlah kepadanya ada juga rezeki rezeki rezeki nak makan kan,kan,kan,


Thursday, November 27, 2014

Kisah dari aku..

Sangat memenatkan dan mengharukan bila aku fikir mula dengan hari yang mendatang. Perkara tu bukannya perkara sulit hak milik kerajaan ke apa.Buat masa ni, Alhamdulillah, keadaan orang yang aku maksudkan sudah mula stabil setelah bermacam ikhtiar aku lakukan.stop!

Setiap daripada kita tentu pernah berhadapan dengan situasi paling menyedihkan dalam hidup. Macam-macam perkara sedih yang mungkin mampu aku himpun. antaranya barangkali. atau mungkin ribuan sebab lagi yg mampu menyebabkan tercetusnya rasa sedih dlm diri aku.

Cuba tanya diri korang, apakah yg paling menyedihkan hidup korang..Ada? Mungkin ada kan? Pada aku....ada beberapa perkara yang mampu menyebabkan jiwaku akan terseret pada rasa sedih dan pilu yang amat. Antaranya bila dihina oleh orang yang paling kita hormati! Pada ketika itu, Allah sajalah yg maha mengetahui betapa sedih dan pilunya hati ini. Ini krn mungkin aku langsung tidak menjangkakan berlakunya hal yang sedemikian. Bila dihina oleh orang yang aku sayang atau paling kita hormati ini, seolah2 jiwa kita seperti terlalu kerdil. Jiwa seakan mati!

Perkara kedua yang mampu mencetuskan rasa sedih yang amat sangat adalah bila mana, aku kehilangan kepercayaan daripada orang yg paling aku sayang. Semua orang tahukan betapa besarnya peranan sebuah kepercayaan dalam kehidupan, baik dalam sebuah ikatan, sebuah perhubungan dan organisasi dan sebagainya. Kepercayaan itu akan mampu mengikat aku untuk teguh bersama. Namun cuba bayangkan bila kepercayaan itu tiba2 hilang! Apa lagi yang ada??? Sedih bukan??Sepatutnya berlaku,Org yang aku sayang akan support kita dalam apa jua keadaan."Orang yang aku sayang,tak semestinya dia sayangkan aku"Jadi,aku Sayangilah org yang sayangkan aku

aku ingin bercerita tentang kisah sebenar aku hina dari pandangan orang,just wanna to tell all about my self more deeply.sejak aku di lahirkan tidak di sukai oleh ahli keluarga kerana perkahwinan ibu bapa aku tidak direstui oleh keluarga dan nenek aku malahan pula bapa aku pula menipu mak aku yang dia belum berkahwin selepas berkahwin barulah mak aku dapat tahu yang bapa aku sudah berkahwin.dan mak aku berpisah dengan abah aku. sebenarnya aku ada abang kandung yang bernama Rizal malangnya meninggal semasa bayi dan di kuburkan di kubang pasu Taiping,selepas aku di lahirkan di kuala lumpur mak aku bawa aku pulang dan tinggal di kampung.nenek aku tak suka bawa balik tinggal di kampung apakan daya masa itu nenek aku masih ada dan mengasuh aku dari kecil bila mak aku bekerja untuk meyara kehidupan kami anak beranak.

tahun 1983 nenek aku pergi ke mekah bagi menunaikan haji dan jatuh sakit lalu di bawa pulang dan pergi buat selama-lamyanya meninggal di Hospital Pulau Pinang.jadi yang tinggal di rumah hanya aku dan emak walaupun ada rumah sebelah rumah maklong aku,mak aku upah orang mengasuh aku bila mak aku ke tempat kerja.kadang kadang maklong aku tolong tengokan aku.dari tadika hinggalah ke darjah 3 semasa tu umur aku 10 tahun pakcik dan makdak aku ambil aku bela sebab payah tinggalkan aku di kampung dan aku bersekolah di kajang selangor hinggalah tamat darjah 6 aku nak balik tinggal dengan mak di kampung dari pujukan adik beradik aku dapat terima dan aku masuk asrama sekolah menengah di salah sebuah sekolah yeng termasyur di kuala terengganu.

sampai umur aku 15 tahun aku balik juga belajar di kampung.dan sampai aku umur 17 tahun aku tinggal semula dengan pakcik dan makdak aku di taiping perak sampai umur aku 20 tahun aku sakit dan di masukan di hospital sakit jiwa di penang selepas itu aku menetap di kampung hinggalah sekarang.dulu aku bekerja dan sambung belajar di salah sebuah IPTA di Penang semasa umur aku 25 tahun hingga umur aku 27 tahun aku pun tamat belajar dan bekerja akan tetapi pekerjaan aku semuanya tidak tetap.sebenarnya aku telah banyak berjaya dalam kehidupan tapi aku telah matikan kehidupan aku sendiri.

Adik beradik semuanya suruh aku bekerja tapi aku tidak berdaya lagi sebab aku makan ubat.Dalam keluaraga sebelah ibu aku semuanya berjaya dan baik-baik belaka malah dekat aku seorang jadi begini, tapi dalam keluarga abah aku ada yang sakit seperti aku.aku tidak rapat dan akrab dengan keluarga sebelah abah sebab lama2 sekali baju jumpa aku yang aku rapat adalah keluarga sebelah mak,bila aku buka mulut mengenai abah mak aku tak mahu dengar apa langsung, jadi aku benih yang tidak beberapa baik.semua adik beradik tidak begitu baik dengan kami.bukanya aku nak buka pekung aku sendiri tapi dah memang kenyataan,Aruah Paklang aku abang kepada mak aku dari dia hidup hinggalah ke akhir hayatnya tidak mahu mendengar apapun cerita tentang aku baik elok pun tak mahu dengar tak baik tak elok pun dia tak mahu dengar sampai dia meninggal sampai macam tu sekali.sedih dan terkilan sebab aku seolah tak berharga macam tak ada harga diri.

Di rumah aku selalu bertekak dengan mak aku kerana tidak sama pendapat kadang kadang aku sendiri tak tahu apakah puncanya tapi mak aku kata aku berkelahi denganya dan aku sendiri tertanya apa ni adakah aku berkelahi apa mak,bila perkara dirangcang keesokanya akan jadi lain dari di rancang mak selalu beleter kat aku apa saja aku buat dan selalu menyuruh aku keluar dari rumah dan katanya tak sanggup lagi membela aku selalu dia cakap "hang p melingkup pi mana pun."katanya mak aku betul2 dah tak ada hati dan tak suka dah dekat aku.kadang kadang kami baik pula ntahlah dalam hati aku akan terima yang baik-baik sahaja yang buruk tak elok atau salah dan silap aku tolak ketepi... sudahlah aku tak tahu nak cerita macam mana nak buat macam mana, aku tahu dia penat lagi pula mak aku tengok anak orang berlainan dari diri aku dan bagaimana aku nak cerita aku katup dulu biarlah rahsia dulu setakat ni

sekian dulu buat pengenalan my life history aku buat semua  harap semua orang success dalam kehidupan masing-masing dalam menjadi insan yang berguna jangan bila dah baca ni harap takadalah orang yang sombong dengan aku pula eah..Guest what? aku maksudkan di sini aku selalu risau sangat ttg. hari yang mendatang kelak daripada tak ada apa-apa nak buat aku bercerita dekat blog nih saja2 nak senangkan hati

aku pun skrg sdg bersedih,,kerna atas kata-kata  yg xsepatutnya dikatakan,,Terasa diri ini macam xbermakna dan mmg tidak rasa diri ini disayangi,,,skrg fikiran aku dh rase ,,itulah dugaan yg nk kena lalui dan sbg hamba ALLAH bersabar saja,,Hanya Tuhan je yg tau hati ini,,

p/s: Maaf kalau ada ayat-ayat dalam entri ini yang merobek mengoyak menikam membinasakan melukakan hati mana-mana pihak. Super annoying. Minta maaf, salam.

Friday, November 21, 2014

aku dan si tomey

comel tak tayang papa? time tu camera henfon ambil selfie so gambar pun tahpape la sikit.. hehe..

entah kenapa eh?lepas tu kejadian yang tak diinginkan berlaku dengan anak kucing kampung yang da mati nama pai jika anda pencinta kucing,anda lebih faham maksud aku sekarang ni aku tiba tiba sayangkan dengan kucing. ya, aku memang pencinta kucing dari dulu lagi.. sejak dari umur aku darjah 5 tahun, aku ada bela seekor kucing,  berbalik kepada ayat di awal tadi, dulu aku ada bela seekor baka kacukan tempatan nama rona dan kali ni sudah sembilan kali beranakm umur tahun ni dah nak masuk 6 tahun.


anak dia sentiasa tidur tepi kasut aku.. sampai kadang kadang aku terpijak bila nak ke dapur . hehe.. comelnyaa bila teringat balik.. pastu kan dia suka tidur dalam bakul,dalam sangkar,bawah motor/basilkal.. situ port tidur dia.. .. hehe lagi satu dia baik, tak pernah kencing berak dalam rumah merata-rata dia berak di tempat mak aku sediakan slapik surat kabar walaupun dia sentiasa duduk dalam rumah. kalau nak terbuang air besar je mesti dia ke situ. tapi still tak kesiankan kucing yang nama pai tu.. time tu seminggu aku bersedih sebab teringat pai..


ada warna koko aku bela macam kucing siam,telingga hitam kaki hitam, comel sangat! tapi aku takde gambar dia nak tunjuk kat korang..pemacu usb aku ada problem cikit ni pun aku take dr upload kat fb guna hp tapi dia comel..sayangnya ada ketumbuhan di pusatnya so aku dan mak ingat nak bela dia yang aku bela kat rumah kucing nama Teh cik,Rona,Kusya,Kusyi,Isang,Comel,Abu,dan 4 ekor anak kucing rona yang belum diberi nama.

sekarang, kucing kucing dirumah aku semakin banyak.. 11 ekor semuanya.itupun dah ada orang pesan nak bela

Monday, November 17, 2014

kucing aku pai mati

salam aku sayu bila mengenangkan nasib yang menimpa kucing aku pai telah mati pagi tadi "Ya Allah aku memang zalim dan kejam!!!"aku tak dapat bayangkan rasa bersalah aku terhadap anak kucing pai.semalam pai amat lemah,sumpah aku tekad akan membela ibunya dan adiknya bagi menebus kesalahan aku dimana ibunya aku akan beri ubat perancang selepas putus susu terhadap adiknya.sambil aku menaip cerita ini pun aku menangis kesihan pai mati dalam keadaan sakit seumur hidup aku belum pernah terjadi seperti ini.

Dari hari selasa minggu lepas aku tak keluar pergi mana-mana hingga ke hari ini sebab susah hati dekat pai dan sudah 5 hari aku tak makan nasi aku makan roti,buah-buahan dan oat disamping menjaga diet pemakanan,siang dan malam aku berdoa untuknya agar cepat sembuh,maafkan aku tak tahu nak cerita apa lagi mungkin sebab sedih terkenangkan kucing aku pai.pagi tadi dalam pukul 11 aku tanam pai di belakang rumah dekat dapur dalam kawasan pagar pokok sirih dan rambutan.aku amat menyesali tindakan yang paling bodoh aku lakukan.ampun kan aku jika aku di kecam pembaca marah dan benci terhadap aku semoga perkara ini menjadi iktibar kepada diri aku sendiri kerana haiwan seperti kucing tidak berdosa aku tidak akan menganaiya kucing lagi

Friday, November 14, 2014

aku yang berdosa..

aku tak pernah pon rasa sesedih ini,biarlah aku berterus terang apa yang berlaku kepada aku....apala nasib & dugaan yang ALLAH bagi ni terlalu berat sampaikan x boleh nak pikul sebelum aku memulakan cerita ni aku mohon maaf atas kesalahan aku yang tidak dapat di kawal semenjak 2,3 hari ni,perasaan aku susah hati mengenangkan apa yang tidak di jangka atau sengajakan oleh aku sebenarnya perkara ni berlaku pada hari selasa baru2 ini di mana aku sibuk menguruskan hal-hal yang perlu aku selesaikan pagi selepas bersenam aku keluar rumah pergi bayar bil maklong lepas tu maklong aku pesan suruh beli kepala paip tembaga untuk paip air aku ke kedai hardware kemudian beli surat kabar dan rokok kemudian aku singgah kedai runcit mamak belikan tembakau dan rokok daun kemudian barulah aku ke hypermarket beli barang keperluan dan balik.

sampai di rumah kawan aku wan datang tengahari tu aku borak2 dengan kawan seekor anak kucing aku yang baru beranak 8hb oktober 2014 yang ada ketumbuhan di pusatnya (tali pusat tersumbat)bengkaknya bernanah jadi mak aku rawat dengan memicit nanahnya,aku pula bimbang keadaan nya kalau di biarkan mungkin dia murung dan tak nak menyusu atas dasar perihatin aku ajak kawan aku ke klinik veterinar untuk rawatan kucing,kawan aku pun bersetuju bawa aku naik keretanya ke klinik balik singgah beli ais kacang 3 bungkus doctor picit nanah dan spray dan sapu ubat dan bagi ubat makan untuk anak kucing tu.berita baiknya bengkak nanah di pusatnya dah hilang dan masih aktif bermain,so ada 4 ekor anak kucing baka tempatan ekor kembang kat rumah aku.

Tidak mengapalah pasal tu timbul pula satu masalah malam aku berjaga sampai pukul 4 pagi mak aku bagi makan kucing dalam banyak-banyak adala sekor ibu kucing namanya comel asalnya mak aku bawa pulang dari kedai makan tapi dia menumpang di rumah jiran aku dan beranak pinak setiap hari dia balik kerumah aku dan mak aku bagi makan yang mengharukan aku 2 ekor anak2nya pun ikut sama si ibu ke umah aku jd aku tak kisahlah pasal tu lagipun anak2nya jantan tak ada hal kalau aku nak bela jd masa berlarutan hingga 4 pagi aku baru makan ubat nak nak tidur anaknya yang aku panggil nama Pai berak di hujung kaki aku atas selimut di tempat tidur 2,3 hari lepas adiknya muntah di atas tilam tempat aku tidur di ruang hadapan.aku pun alihkan kucing tu dalam aku bengang mak aku kata mata aku mata setan aku jadi marah lagilah aku terus aku hempuk pai kucing tu kat luar pintu belakang rumah aku dengan tidak sengaja aku buat kucing tu seakan sakit pagi tuh kemarin aku urut dengan minyak gamat selama 30 minit secara berulang2 aku menangis dan aku minta maaf kepadanya pai tak salah ,pai bukan tahu apa-apa man yang salah patut minta maaf dekat pai.memang aku GILA dan BODOH tergamak aku buatnya macam tu.

pai makan asak nasi dengan ikan rebus 3,4 kali dan semalam aku bagi vitamin,pagi hari ini aku urutnya lagi dan aku beri sepenuh perhatian dekatnya sambil memujuknya agar ia sihat balik sebab sebelum ni dai paling lincah dekat rumah.aku kesal dengan perbuatan aku,aku berdosa terhadapnya aku pun tak tahu mengapa sebab sebenarnya kucing macam pailah yang aku cari2 selama ini aku suka kucing macamnya sebab dulu aku ada bela kucing yang serupa dengan pai tapi dia pula aku buat begitu aku bukan banggakan kucing baka kacukan tempatan ekor kembang kat rumah aku dah jemu mengaja kucing ekor kembang malahan aku lebih suka kucing macam pai spesis kucing kampung,tak tentu pasal dia pula yang jadi mangsa aku buat begitu.aku pun tak tahu mengapa aku kekadang tak dapat control emosi amarah diri aku.maafkan aku pai.Aku akan bela pai hingga akhir hayat biarlah aku tebus salah dan silap aku atas apa yang aku lakukan aku beharap ia kembali sihat seperti sebelum ini.

ada ketika aku perlu korbankan perasaan sendiri demi kasih sayang,ada ketika aku tak hargai pun kasih mereka.ada ketika aku menyimpan rasa terkilan demi memuaskan hati,ada ketika nampak salah aku tapi tak nampak apakah ia puncanya,ada ketika aku rasa semua ini ada jawapanya selagi memilih untuk bersabar..pai man sebanarnya man SAYANG sangat kepada pai .harap cepat sembuh ya..

Saturday, November 8, 2014

Nak kurus lagi..

Hehehe...penat...lapar camna la nak kurus lagi ni...diet pun dah ada perubahan...Makluman...dalam bulan lepas aku makan sehari sekali sekarang ni dah 4 hari aku tak makan nasi lagi  aku makan serat oat kemarin aku hanya makan kacang kuda dan bersenam... senaman lantai,sit up,tekan tubi,skipping all aku buat indoor je dalam 25 minit sekali .

sibuk kekadang kalau kalau tak ada apa nak buat aku buat 3 kali sehari kalau hari aku keluar dalam 2x/1x saja dan hasilnya ukuran lilit pinggang aku dari 41 inci kurang kepada 38m inci dan berat aku 72kg kurang kepada 69kg. dan aku seronok dengan apa aku buat sebab berhasil.perut pun dah kempis sikit.dan hari jumaat hari tu aku jumpa doctor cakap tekanan darah aku semakin baik.ok la tu..kan dari bulan 9,10,11 aku kena jumpa doc dan selepas ni januari tahun depan pula tapi setiap bulan aku kena ke hospital kalau tak jumpa doc aku kena ambil suntikan ubat.

mak aku orang pertama menjadi perangsang aku kadang2 aku cakap sekarang mak boleh rehat dan duduk seorang kalau mak rasa nak masak makan mak masakla lagipun aku aku bukanya makan senang cakap aku tengah control berat badan.mak pun faham keadaan aku.harap selepas ni dapat kurus dan dapat kurangkan lagi berat badan.asalkan aku sihat sudahla hendaknya ya.


Saturday, November 1, 2014

aduyai

Awal bulan saja, mesti sibuk sangat...hujung bulan pun macam tu aku ni ibarat nak perang otak. Tambah-tambah dekat nak hujung tahun dah ni, lagi la pokai. Dahlah kes pun masih bertimbun tak habis-habis lagi. Yang ada pun masih ada lagi sekali sekala timbul. Yang tak ada pulak, semua dah ambik slot sampai pertengahan tahun depan. Habis tu, yang tinggal sepatutnya masyuk tahun depan ni, nak ambik slot masa bila pula? Pening kepala macam ni...Dah berdouble masalah yang pertama pun belum selesai timbul pula berperingkat-peringkat masalah lain dah ni...

kalau tengok aku online fb atau berblog waktu free, jangan salah faham...sebab kalau aku dok tengah menulis tu, maknanya ada kerja yang aku kena mengadap komputer. So bila lama-lama guna otak, sesekali aku kena alih otak aku dari benda serius kepada benda yang ringan-ringan. Kalau tak, mau mereng aku. Actually, sekarang ni pun aku buntu. habiskan berfikir...

huaa...letih tuh... kemarin dulu pergi sembeling kedah naik motor pastu p muzium candi lembah bujang dan pergi mandi air terjum dekat Tupah dengan kawan balik sampai kat rumah lebih kuarang pukul 7.15 malam.ada saja benda nak di selesaikan walaupun hari ni 50% dah bereh

Oh ya, tentang statistik, Insyaallah okay kot...So dok tengah habiskan masa crt ni...harap-harap boleh selesai by jumaat next week. sebab next week dah ada satu lagi kes yang boring punya...tapi penting aku kena bawa mak aku ke klinik kerajaan jumpa doctor ambil ubat keesokanya turn aku pula ke hospital jumpa doctor.harap moga dipermudahkan segala urusan selepas ini

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping