Thursday, May 28, 2015

kini baru aku tahu

Kawan huhu hey,kesakitan melanda aku la di rumah apa nak buat eah mana taknya balik-balik orang mengata aku,bukan nak sangka baik tunjuk aku jahat okay tapi kenyataan rasa macam semacam je dengar mulut orang mengata macam tu...

semuanya gara-gara aku tak keluar malam dari pada beberapa dekat last sekali aku keluar pada 5 oktober 2013 tengok konsert dan sebelum tu dah beberapa dekat aku tak keluar, lain pada tuh aku tak keluar malam ,memang ada kawan datang menjemput pergi dengar ceramah,pesta la, mandi kolam air panas la,lepak rumah kawan la,ajak makan la,pergi pasar malam la dan sebagainya aku menolak pelawaan mereka repeat malam semalam aku keluar ke rumah kawan aku,kawan aku wan datang menjemput naik kereta dan balik sampai di rumah tepat pukul 12 malam.tak boleh nampak orang semua perasan aku main,main.yelahtukan

Sekarang ni dan da lama dah aku tak keluar malam sometime aku miss nak tengok lampu2 di waktu malam dan kalau dah dekat raya tuh dah lama aku tak tengok pelita kat tepi jalan di rumah orang sepanjang kampung..macam mana la kan lama tak tengok tapi tu la orang mengata aku belagak la macam-macam lagi tapi tu la namanya kehidupan kalau mulut tempayan bolehlah di tutup ni kan pula mulut orang ada saja yang mengata haih! nasib badanlah.Selama ini orang fikir sangatlah siyes tak tipu punya.sowi aku tak nak dengar such people thing.pekak telinga sudahlah okay memang nasib badan. O KATA - KATA...

Akan tetapi kejadian semalam telah banyak membuat aku tersedar dan insaf yang selama ini aku naik angin atau marah, aku hanya tahu perasaan aku sahaja,aku tak fikir maruah orang yang di marahi dan orang lain yang mendengar dan tahu.Seperti terjadi semalam di rumah kawan aku memarahi bapanya yang sakit lumpuh.dii situ aku dapat dan nampak serta insaf terhadap diri aku dengan mak aku tatkala betengkar di rumah.terima kasih di atas pengertian semalam membuat aku mengerti dan faham.mudah-mudahan ia tidak terjadi kepada aku sebagaimana kawan aku yang bermasalah.aku jadikan ia sebagai iktibar di atas apa yang berlaku.tanpa memarahi atau naik angin membabi buta tanpa tujuan hasrat di hati minta simpang malaikat 44 jika ianya terjadi kepada aku.suatu hari nanti aku kesorangan aku tak nak menyesal tak sudah terkenang semasa masih hidup apa yang telah aku lakukan kepada mak aku.wallahualam

Saturday, May 23, 2015

Aku

For your imformation muqaddimah tentang diri aku

1.Banyak berahsia dan sukar di mengerti
2.Agak pendiam kecuali di rangsang
3.Sangat seronok di dampingi
4.Ada harga dan maruah diri
5.Tak suka menyusah orang lain tapi marah apabila di susahkan
6.Mudah di pujuk dan bercakap lurus
7.Sangat menjaga percakapan dengan orang lain
8.Suka pekakan telingga dan berjiwa sentimental
9.Emosi sangat mendalam tidak mudah terluka hati
10.tak suka berdendam lama-lama
11.mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
12.Tidak suka benda remeh temeh
13.Sangat peka,caring magasihi sayang
14.layanan serupa dengan semua orang
15.tinggi daya simpati
16.Pemerhatian yang tajam
17.Tidak mahu teman wanita,tidak mahu kawin dan tak nak anak
18.suka menilai kelakuan orang lain dengan pemerhatian
19.mudah dan rajin ada masanya
20.sensitif tapi lambat untuk pulih
21.suka berdiam diri
22.tak minat bola sepak
23.suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
24.adakala agresif kecuali terpaksa
25.lemah dari segi kesihatan perut
26.mudah gemuk kalau tak kawal diet
27.suka duduk di rumah
28.ambil berat dan mengertim orang lain
29.keinginan bekerja boleh di pertimbangkan
30.apabila orang mengata jadi kronik
31.tiada hala tuju (target)perancangan masa depan walaupun tahu terpaksa melalui
32.perokok.
33.Suka hidup membujang
34.Suka berkongsi kegembiraan
35.menhargai kawan yang mengambil berat
36.tidak ada masalah tapi di bayangi masalah
37.tidak berharap ataupun mudah berkecil hati
38.Suka pokok (tumbuhan)
39.suka buat hal sendiri kecuali terpaksa meminta pertolongan
40.tidak kelakar sometime lawak
41.jika ketawa selalu kena kawal ada limit
42.Pemalu dan ramai yang tak suka
43.suka makan makanan yang di masak di rumah kecuali kadang-kadang
44.tak suka merayau-rayau
45.sometime jadi pelupa bila banyak perkara
46.suka lakukan kerja sampai selesai tak suka tanguh-tanguh
47.menghabiskan masa dan guna duit sendiri untuk diri sendiri
48.Tak suka bila orang perasan tu terbalik atau tak kena
49.Terasing dalam family
50.kurang amal ibadat (solat) kecuali rasa boleh buat dan sentiasa bertawakal
51.tak beberapa suka budak-budak nakal
52.Selalu makan ubat setiap hari
53.Pentingkan kesihatan
54.suka main gitar gimik live sendiri
55.hantu gulai mak masak
56.Bangun tidur pagi tabiat merokok dan secawan kopi
57.Suka hujan apabila berada di rumah
58.Suka ambil gambar kucing/anak kucing
59.Bunyi yang rasa tak enak di dengar kena sakit hati menular
60.happy buat semua tapi silent readers
61.mudah hot bila panas atau jerebu jadi rimas
62.tidur malam selalu gelisah dan selalu bermimpi
63.suka bergurau dengan kawan rapat.
64.Tawar hati dengar nasihat
65.terima tegurran yang manusabah
66.tidak mudah ambil tindakan sendiri atau membuat keputusan

~ Sekian ~
cukuplah dulu mengenai aku sampai tak terfikir di buatnya kalau nak senaraikan sampai esok pagi pun tak habis

Tuesday, May 19, 2015

duduk di rumah..

hurmm...aku bukan bermaksud tak kena dengan diri aku cuma tak beberapa berdendam dalam apa yang aku cerita tidak macam fakta yang aku cerita jugak la mudah bercerita tapi sukar aku melupakan so bila susah nak lupa mula la teringat balik.mohon aku tak kejam pun cuma tak tau buat korang fikir apa salahnya.Aku tengah luahkan rahsia dan aku juga blur..tahap dewa bila orang tertanya-tanya balik mengenai diri aku.

Sometime ia benar aku suka duduk di rumah.di waktu siang hari saja kalau ada hal,tujuan dan urusan aku akan keluar rumah dan pabila malam aku tak keluar ke mana2 dah.selalu jam 6 petang aku sudah berkabung dan bersedia untuk bermalam di rumah.jikalau keluar dengan kawan sekali pun aku aku pulang selewat-lewat pukul 6 petang.kawan aku pun ada bertanyakan kepada aku macam mana aku boleh duduk di rumah tak keluar ke mana ,bersosial,dan mereka cakap kalau boleh nak jadi seperti aku tak mo keluar mana dan mereka dah cuba tapi tak boleh lemas duduk di rumah.

Pernyataan itu buat aku tertawa aku pun cakap kat kawan aku macam mana aku tak keluar ke mana di rumah aku ada segalanya di samping buat kerja di rumah, sekiranya aku pilu aku  bermain dengan kucing,komputer,internet,wifi,kalau aku boring aku main gitar kalau aku tension dengar radio ,mp3 atau tengok tv atau aku buat perkara2 yang dapat megisi masa lapang aku macam blogging,chat dengan rakan kenalan di laman sosial,main game atau dengar ceramah,tonton cerita,konsert kat youtube setidaknya pun aku belajar main gitar kat youtube.

salah satunya di waktu malam aku duduk di rumah sebab terlalu letih. aku terlalu bosan nak jalan-jalan.Berdasarkan apa yang aku cerita keseluruhanya aku tertanya-tanya juga kenapa aku suka duduk di rumah serius aku sendiri pun tak tahu mudah-mudahan aku dapat muhasabah diri sendiri eah...

Monday, May 18, 2015

Aku tidak berharap...

Sebernarnya aku banyak konflik antara aku dan saudara mara termasuk orang.Mak aku selalu kata dekat aku yang mak saudara aku dan sepupu aku tak nak ambil tahu tentang diri aku dan tak mahu nasihat atau tegur aku lagi dah sebab berkali-kali nasihat aku suruh bekerja.aku juga sedar dan tahu mereka fikirkan tentang masa depan aku kelak tapi ketahuilah aku bukan seperti orang lain normal mungkin adakalanya fikiran aku jadi kurang waras walaupun itu dan ini semua aku boleh buat hakikatnya aku lemah tiada upaya sebab berkali-kali aku dapat kerja tapi aku gagal bertahan

logiknya hari-hari aku makan ubat,aku juga tidak menafikan keinginan aku untuk bekerja tapi tapi keadaan aku dirumah berbeza daripada orang lain di luar sana kalau di bandingkan dengan orang sememangnya aku sakit.bila diri aku menerima rawatan serta makan ubat hospital tatkala aku nampak macam tidak sakit.tapi lain pula kata mereka kalau dah tahu sakit buat cara sakit.ya adakalanya aku selama ini aku berubat adakah aku tak bolehkah aku sembuh.

Orang sudah mula kata padan dengan muka aku dengan apa yang berlaku dekat aku tanpa rasa simpati kerana aku dan mereka dahulu pernah terjadi seteru dengan semua orang.Bagi aku tak ada yang ambil kisah malah ada yang tidak bercakap langsung dengan aku kekadang aku rasa seperti langsung buat aku seperti tiada harga diri.

Bila tiba masa aku tak dapat kawal kemarahan dengan mak aku misalnya terjadi buat aku sakit.aku tak mampu memberi kepercayaan kepada mak aku pula langsung tidak yakin akan diri aku.Bersamanya selalu hanya membuahkan pertelingkahan.aku sendiri tertanya apa ini mak?bergaduh pagi petang ,siang malam apanya? mak aku yang sebut itu.

Kasih sayang kekadang hilang timbul perasaan tertekan mak aku katanya sudah tidak ada hati dekat aku lagi selalu dan setiap hari mak aku halau aku tapi aku tetap duduk di rumah kata mak aku "hang pi melingkup pi..tak balik pun tak apa...tak ada aku senang hidup adanya aku menyusahkan dari kecil sampai besar." Aku bingung dengan kata-kata yang selalu diperkatakan oleh mak aku apa yang harus aku ikutkan lagi kena cakap mak aku.

Biasanya apa yang boleh aku tolong aku buat,apa yang mak aku suruh aku buat apabila mak aku ada masalah aku akan cuba selesaikan sedaya mampu tapi hubungan kami tidak begitu erat apabila mak aku mengangap aku anak yang tidak berguna katanya susah dan seksa menjaga aku sebagai seorang anak dari kecil sampai dewasa adakalanya mak aku merencanakan kata-kata abah aku yang tidak mahu anak (aku) katanya suatu hari hidup mak aku susah.

Sejauh mana mak aku berangapan kata-kata abah aku benar dan bersedih kerana perkara itu kembali kepada mak aku.cuma mak aku dulu mahu membela aku sebab mak aku ingatkan bukanya ramai cuma aku seorang sahaja anak tunggal manalah tahu suatu hari mak aku mengharapkan aku dapat menjaganya pula.Seru itu aku mengaku ya ia benar.

memang sudah menjadi resam kehidupan impian mak aku setakat terdaya dan selagi mak aku masih hidup memang aku melakukannya untuk mak tidak jauh dan dekat kasih sayang aku padanya.Aku juga tahu mak aku terkilan bila di bandingkan aku dengan anak orang lain.Tolonglah terima hakikat hidup ini walaupun tak seindah orang lain tapi sempurna baginya.

Harus bagaimanakah lagi jika aku tersingkir dan tengelam dari orang pun aku tahu pudarnya aku nyata tiada berwarna,aku pun tahu orang juga ada keluarga,anak cucu,aku pun tak harapkan atau sanggup hidup dengan mereka.fahamilah diriku seadanya.cukuplah di sini dulu titian kecewa dari noktah rahsia aku.wallahualam

Mak,

Putihnya karang tak seputih cintamu
Hangatnya Mentari tak sehangat sayangmu,
Lembutnya sutra tak selembut belaianmu

Mak,

Setiap nafas yang terbuang
Setiap waktu tersisa,
Dan setiap doa yang ku panjatkan
Aku ingin melihatmu bahagia
Tersenyum lepas seperti burung yang bisa terbang

Mak yang terbaik buat hidup Aku dan Dunia

Saturday, May 9, 2015

cer...anak kucing

Telah menjadi kebiasaan bagi aku dan mak aku membela kucing begitu juga sekali menjaga anak kucing terutama apabila kucing aku beranak sekali dua anak kucing yang masih kecil sudah ada yang pesan nak membela memang setiap masa tu ada lainya, susah bagi aku nak beritahu macam mana perasaan aku sayang kepada haiwan kesayangan ini.sedikit sebanyak dah bermacam pengalaman tapi kebiasaanya apabila besar sudah ada orang nak ambil bela anak kucing aku mungkin ada berangapan aku dan mak sunguh2 bela kucing tidak seperti orang lain bela kucing tak macam kami.mak dan aku selalu suka kerja sendiri dirumah dengan memberi makan kepada kucing menjaga, mandikan,merawat bila ada waktu terluang bersama kucing.

Apa istimewanya pada aku setiap kali menjaga anak kucing aku akan bergambar kenang-kenangan.mungkin itu perkara biasa tapi aku dapat membandingkan antara kucing2 peliharaan aku.Sayang anak kucing comel bila dewasa tidak terbela bukan aku yang rugi sebab ada kucing2 aku bila sudah besar tidak terjaga,sakit.dan ada yang hilang.Di sebab itulah aku hanya membela kucing yang ada saja anak kucing semua bagi dekat orang yang nak bela.

Menyentuh tentang perasaan sayang tu memang ada tapi aku rasa tidak begitu sedih campur lega sama asalkan kucing aku ada orang membela dapat diberi makan dan minum serta tempat tinggal sewajarnya sudahlah walaupun kami tidak menjualnya "kawan ada suruh jual daripada tak ada apa aku menjaga kucing" bagi aku dan mak aku cukuplah kalau orang menjaga kucing kami dengan sempurna itu sudah memadai tak kisahlah apa yang di lakukan mungkin bagi sesetengah orang berangapan pembaziran walaupun ada baiknya juga kami juga offer kat orang yang teringgin nak bela aku akui selalunya boleh di katakan ada yang masih tidak dapat ambil bela sebab ramai yang berkenan sebab mereka suka baka kucing kacukan tempatan daripada aku.tetamu yang datang ke rumah aku,di kedai pet shop, di FB,di Klinik veterinar semua minta nak bela anak kucing aku dari dulu tapi tak sempat bagi,hahaha kenapa tak percaya?

meh kita usar pic anak kucing aku yang aku ambil gambar.


Ini Ziera anak yang paling bungsu aku dan mak aku ingat nak bela anak kucing neyh sebab dia macam sakit agak lemah dari lain,ziera ni manja sikit masa dia di lahirkan aku yang sambut dari punggung ibunya Rona,masa tu aku ingatkan ibunya Rona tindih Ziera

 masa kecil aku tak tahu lagi jantan betina aku panggil dia Botak sebab dia macam kekurangan bulu mungkin lahir tak cukup masa

Ini Angah dia yang tengah dari 5 adik beradik,Angah ni aktif kalau bermain tersangatlah lincah 


 comot muka tak sempat nak lap

alamak ambil pic tak sempat pose ini Roni sama macam ibunya cuma ekorya lurus dan panjang.


Roni

dua ekor lagi abangnya banglong dan acik telah mati.So cukuplah sekadar bercerita bagi pencinta hawan ini sure tahu sebagaimana kasih dan sayang terhadap hawan ini.meh

Friday, May 1, 2015

semalam mimpi yang menakutkan..

Sejuk pagi tadi.Hari ini da 2,3 hari hujan,elok juga kan hari kemarin aku banyak menghabiskan masa dengan tido siang tadi tido pukul 2 sampai 4.30 petang, malam pula pukul 12 sampai pukul 3.25 pagi td aku terjaga dari tidur selepas bermimpi yang menakutkan selepas terkejut aku pun beristifar banyak2 dan sambung tidur pukul 4 pagi.boleh aku karangkan citer mimpi aku sebenarnya aku jarang menonton tv semenjak 2 menjak ni kengkadang tengok kengkadang tak boleh tengok langsung.Huhu agak mati akal la aku sekejap jadi aku merepek kat sini cerita pasal mimpi menakutkan malam tadi.aku tak ingat awal macam mana.yang aku ingat

tetiba aku berada dalam suasana dunia yang agak huru hara terutama pada malam hari di suatu tempat tinggal aku dapat sumber maklumat yang lengkap di kawasan kampung di serang zombie.oleh itu masa tu selesai saja aku menyelamatkan orang dan orang ramai yang tak kenal siapa,aku terus kami di pindahkan oleh pasukan tentera membawa kami naik truck lori dalam pada masa nak bertolak meninggalkan tempat tinggal dan apa yang aku dapati jumlah zombie agak ramai berbanding dengan manusia , terus saja aku menyedari sambil di perhatikan oleh orang di situ Prak..Prak...Brom bunyi yang amat kuat secara tiba-tiba aku menoleh ke arah bunyi tersebut keadaan lebih kelam kabut dengan jeritan beberapa orang kampung dalam tidak di sedari bangunan rumah bergegar serta dinding rumah sebelah kanan aku retak aku jua turut tergelincir terhumban ke pelusuk susunan pokok-pokok kepala aku terasa kesakitan apabila di hempap kayu-kayu pokok yang patah di atas tiang-tiang elektrik namun sempat jua aku menyelamatkan diri dari menjadi mangsa zombie.

kejadian itu amat memeranjatkan aku serta penduduk-penduduk yang lain.Selepas beberapa ketika aku berlari menuju ke hadapan dalam rumah aku untuk meyelamatkan mak aku.Malang sekali akhirnya aku dan mak terkunci di dalam rumah.beberapa jam kemudian aku keluar seorang diri.Entah mengapa bisik hati aku cuba mendapatkan bantuan daripada orang lain mujurlah kebetulan aku belum pernah mimpi abah aku first time mimpi abah aku berpakaian uniform polis datang dengan seorang kawannya membantu aku dalam situasi begitu setelah di pimpin keluar dari rumah Hinggalah aku seakan ketakutan untuk keluar di halaman rumah nak bawa aku dan mak aku mahu diselamatkan di bawa ke landasan kapal terbang untuk di bawa ke luar negara cewah tapi aku serba salah sebab mak aku tak mahu ikut pelawaan abah aku dan mahu pergi bersama kumpulan yang di selamatkan oleh pasukan tentera aku pun menolak pelawaan abah aku dan mengikuti emak aku.

Dalam perjalanan kami dapat menyaksikan kelompok2 zombie di persimpangan jalan ada juga ikut jalan pintas tetapi kami di awasi setiap tempat kami singgah ada jabatan kesihatan dari hospital yang sedia membantu menyembur gas apa tah dekat zombie yang semakin dekat buat zombie lambat bertindak terleka semburan oleh pasukan kesihatan so dalam perjalanan juga aku dapat menyaksikan salah sebuah kapal di perlabuhan terbalik dan tenggelam akibat huru hara di serang zombie tiba di suatu persimpangan aku tersdengar tempikan "jagan bagi dia terlepas"tempikan itu di tujukan kepada aku sebab mereka ingat aku berjangkit dari zombie dengan keadaan aku yang selekeh sebab meyelamatkan orang tetiba sebuah lori kabel bergerak melintangi jalan di simpang jalan menghalang lori truck kami nak melaluinya lalu truck lori kami memecut untuk melepasi simpang sebelum lori truck kabel menghalang laluan kami aku sempat di atas lori merembas pintu gate yang hampir menutup jalan semasa kami melaluinya mujurlah hayunan beg pakaian aku terkena pintu gate itu kalau tidak truck lori kami mungkin terbabas kemalangan tiba-tiba aku terjaga selepas bunyi "berdegang" aku merembas pintu gate yang hampir tertutup itu dari terkena belakang truck lori kami kemudian aku ingat seorang pengawal datang senyum mengangukan kepalanya mengangkat tangan selepas melihat tindak balas dari aku seperti manusia normal then aku terjaga dan aku beristifar banyak2 dalam hati aku terdetik apakah nasib aku baik dalam mimpi itu fuhhh lega rasanya.aku bangun terjaga jam pukul 3.25 pagi sunyi sepi aku minum air dan hisap rokok kompius sekejap dan tidur balik.

walaupun perasaan takut nak tido? seram la mimpi macam tu suspen macam cerita dalam tv siang harinya tak ada yang menakutkan.mimpi itukan mainan syaitan.harap malam ni tak adalah mimpi menakutkan macam tuh lagi.tak kelakar tau!Huhu OK habis dah cerita pasal mimpi aku TAMAT.

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping