Wednesday, September 23, 2015

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha wat semua..
Walaupun Aidiladha tidak semeriah Aidilfitri
namun kehadirannya membawa seribu satu erti tentang pengorbanan...


Semoga kita sama-sama menghayati erti pergorbanan sebenar dalam Islam......


Sesunguhnya..ibadatku hidupku dan matiku lilahi rabbilalamin......

Tuesday, September 22, 2015

Sejauh mana kemampuan..

Semua orang dan setiap orang yang berjiwa besar tentu punya  kisah di belakang layar yang berantakan.Mereka pernah rasa takut,kuatir,ragu dan menangis.Aku pernah berjalan di dalam kegelapan yang seakan tanpa akhir penghujungnya.Aku pernah terintimidasi,Aku pernah jatuh,Aku pernah kehilangan makna hidup,Aku pernah merasa bahawa Aku hanyalah orang-orang yang bermimpi terlalu muluk.

Hanya saja Aku tidak pernah berhenti berjalan atau bahkan merangkak.Aku tidak pernah berhenti bergerak maju.Aku memacu dirinya sendiri untuk terus berjalan dengan penuh keyakinan dan harapan.Aku  berjuang sendiri dengan segenap kekuatan yang aku punya untuk selalu berada dalam ritime yang benar.

Di dalam hening aku berteriak,di dalam hening aku menangis,di dalam hening aku mereka-mereka dan mencari jawaban.tidak banyak yang tahu kisah di belakang layar ini,kerana yang terpenting bukan pengakuan dan simpati dari orang lain,melainkan hubungan yang personal dengan penciptanya.

Saturday, September 19, 2015

latar belakang aku..

Tiada apa yang menarik untuk aku ceritakan di sini ialah tentang aku,mengenai aku. Habislaa aku dah buka cerita kisah hidup aku kali ini,kepada pembaca yang ingin tahu lebih lanjut mengenai aku bacalah entry neyh..eah

Aku di besarkan oleh emak aku hingga umur aku 9 tahun,dalam darjah 3 aku tinggal dengan keluarga makdak dan pakcik aku sampai umur aku 12 tahun di kajang Selangor,kemudian aku di masukan di sekolah asrama di Kuala Terengganu sampai umur aku pertengahan 14 tahun aku balik dan urus sendiri untuk bersekolah di kampung tinggal dengan mak.

Form 4 aku aku bersekolah di sekolah vokasional selama 4 bulan oleh kerana tiada siapa yang membimbing aku tersilap memilh jurusan yang aku minat Kejurruteraan Bangunan dan aku sudahpun mempunyai motosikal aku yang pertama iaitu Suzuki RG Sport dan aku balik semula ke sekolah menengah biasa semula.Selepas kemalangan form 5 aku tinggal dengan makdak dan pakcik aku di Taiping Perak dan aku bersekolah dan menduduki peperiksaan SPM sebagai calon menumpang.

Selepas tamat form 5 aku masuk Intitiut swasta Inforbyte Training Center di taiping belajar komputer.umur aku 18 tahun aku balik dan tinggal dengan mak di kampung dan kerap pula aku jatuh motor dan aku jual motosikal pertama aku dan selepastu aku beli motosikal Yamaha SS Two masa umur aku 19 tahun aku jual semula kerana tidak sedap hati kemudian aku di masukan di Hospital Swasta Wad pesakit Jiwa Hospital Lam Wah Ee di penang pada tahun 1999 selama sebulan.

Tahun 2001 aku beli motosikal Modenas Kriss Two 110 sampai sekarang. Tahun 2002 mak aku di berhentikan kerja kerana cukup umur bersara 55 tahun.masa tu mak aku banyak duit tapi aku tidak tahu,aku ingatkan sudah tiada lagi sudah habis dan aku sambung belajar SKM,MLVK level 3 di Alpine Campus,Alpine Realince New Horizon Computer learning Center di Prai dan Bayan Baru Penang sampai tahun 2005.

Tahun 2005 kewangan mak aku berkurangan dan aku masih menerima rawatan di Hospital swasta ambil ubat sampai tahun 2010 aku terpaksa memohon di tukarkan di Hospital kerajaan.dan doktor hospital kerajaan sarankan aku membuat permohonan OKU dan sekarang aku sudahpun mempunyai kad OKU yang sah.Syukurlah bantuan OKU dari JKM yang aku terima dapat meringankan beban aku di samping bantuan kepada mak aku berserta Zakat,tidak lupa keluarga Makdak dan Pakcik dan kakak Lili banyak membantu kami anak beranak.

Aku tidak mampu bekerja kerana sakit.makdak aku pun suruh aku buat kerja-kerja rumah saja dan membantu mak di rumah.Sememangnya aku akan tolong mak aku sedaya yang mampu tidak kiralah wang ringgit kalau ada tapi sebaliknya mak aku  setiap hari memarahi aku dan menghalau aku keluar dari rumah katanya aku menyusahkan hidupnya kekadang aku bertanya ? kenapa? apa ni mak?macam mana lagi mak?Aku juga tahu mak keletihan di samping menghidap sakit darah tinggi,kencing manis dan kolestrol.Sebab itulah aku aku membantunya di rumah dan baru-baru ni mak sakit sendi lengan dan kaki dan selalu marahkan aku dan halau aku dari rumah katanya adik beradik semua salahkanya salah mendidik aku,bagi aku dialah emak dialah bapa sudah-sudah aku di salahkan.

Mak selalu mengungkit kisah zaman aku sekolah dulu katanya sudah duduk dengan orang lari balik duduk denganya.sedangkan aku sekarang sudahpun 36 tahun,mungkin mak penat dan selalu berkata kalau mak aku duduk sorang-sorang senang tak payah masak makan apa yang ada makan, ni ada aku katanya menyusahkan.sungguh aku tidak faham selalu aku akan menolong mak setakat yang boleh.sebaliknya mak aku kata aku menyusahkannya mungkin kerana aku tidak berjaya seperti adik beradik yang lain

Aku terkilan apabila bila sudah sakit sebegini adik beradik tidak suka kami anak beranak.Sungguh aku bersedih aruah paklang aku pernah kata aku nak tunjuk samseng aku kat kampung dan aruah tidak mahu dengar apa-apa kisah mengenai aku baik ataupun tak baik malah menyebut nama aku sekalipun aruah tidak mahu dengar sampai aruah meninggal.Terima kasih atas penghinaan itu,hanya aku saja tebalkan muka dan semawa diri berjumpa bersalam denganya bila aruah balik ke kampung.

Sudahlah aku tak tahu nak cerita apa lagi.mak aku menyapa aku tadi aku tengah buat apa?aku cakap aku menulis cerita.mak aku kata cerita aku tak elok.salahkan aku meluahkan apa yang terpendam dalam diri ini.Sampai di sini dahulu cerita aku tak dapat nak ungkapkan lagi di sini kerana air mata aku sudah tidak tertahan lagi mengalir di pipi.sekian wassalam

Tuesday, September 8, 2015

:P





Terima kasih Hari ini aku baru baik  dari sakit kaki sudah boleh berjalan,kaki aku tiada luka cuma kesan melecur akibat terkena di sambar api dalam kejadian 2.30 petang hari 2 hb september 2015 ketika aku di rundung nestapa,

3hb september 2015 aku pergi ke klinik kerajaan dan ambil ubat antibiotik dan ubat sapu 5 hari megemlembung air bisanya.pada mulanya aku tak hirau sangat

6 hb september kawan aku bagi tahu suruh cucuk air bisanya keluar,sebab air bisa tajam ia memakan kulit macam siot dia suruh tumbuk daun pokok kapal terbang bersama bedak sejuk 7hb aku sapu kaki aku buat apa yang dia suruh.aku tak nak cuci kat klinik takut mereka koyak kulit aku nanti bertambah sakit la ni skin dier become dry dan sama rata balik

8hb dan 9hb aku tak boleh berjalan sakitnya berdenyut di kaki biasala so jadi seminggu ni kerja rumah menguruskan rumah dan aku mak aku yang jaga.dan aku di pesan suruh berehat buat sementara waktu aku banyak menghabiskan masa kat dalam bilik dan dalam rumah sebelum sembuh sepenuhnya dan hari ini sekurang-kurangnya aku gembira kerana boleh berjalan sebaik mungkin

sepatutnya aku sudah tidur tadi saja bangun nak kabarkan kabar berita mengenai aku.Perkara yang aku rasa itu selalunya aku berdoa semoga aku tetapkan keyakinan dan kekuatan dalam menempuh hari-hari depan.sekarang masa bersilih ganti cerita pun dah letih...selamat pagi... see  ya next time...

                                             selfie mereput di rumah menunggu sembuh sakit

Wednesday, September 2, 2015

hari ini malang buat aku

Hari ini memang malang buat aku petang tadi.....hadoi apa nak kata kan,malang tak berbau.Al- kisahnya hari-hari aku buat kerja sampai tak sempat nak memblogging rutin harian aku macam biasa di rumah lagi-lagi bila maklong aku tak ada kat rumah jd aku dan mak aku lah tolong tengok-tengokan rumah maklong dan rumah aku,mermbersih kawasan rumah,gunting pokok,membaja,menyiram pokok,cabut rumput hari2 hari muncul saja kerja,dah la tu pokok2 pun kena tengok2 bila ada pokok mati yang tumbang di tiup angin.

Terkejut aku tadi aku bakar sampah rumput2 kering dan ranting pokok yang tumbang mak aku suruh aku belikan petrol untuk bakar kayu pokok yang tumbang di tempat sampah jadi terus balik dari beli petrol tadi aku pun bakarlah petang kemarin pun bakar jugak tadi tak sempat nak nyalakan sampah terus menyambar kaki kiri aku dari betis hingga ke pegelangan kaki

syukurlah tak seterok mana tapi 4 jam tahan sakit.aku masuk ke dalam rumah basuh kaki dan letak ubat gigi passtu tak leh tahan pedih aku pun sapu minyak gamat dan mengelupur sorang2 dalam bilik.

7 malam aku dah rasa baik cikit terus mandi dan kesan melecur tu masih baru pedih pun dah berkurangan.gila aku hanya kuat semangat apa nak buat tak apalah,kesihan plak aku tengok diri aku...nampak gayanya esok aku hanya  siapkan kerja sikit2lah.esok pun sapu kaki aku dengan minyak gamat sajalah aku.lagi pun dulu aku pernah melecur terkena exzos motosikal lama elok saja sapu minyak gamat.

Nasib baiklah kerja aku hampir selesai di rumah.dan bukan mak aku yang membakar sampah tadi kalau tidak aku tak dapat bayangkan kalau mak aku sakit siapa nak jaga makan dan minum aku di rumah dll..bila aku fikirkan balik,aku yakin sebenarnya kejadian ini ada hikmahnya...pengalaman ini juga akan menjadikan aku lebih berhati-hati.

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping