Kes Satu – Laporan Audit Negara.
Macam-macam ketirisan, kebodohan di bentangkan
Jawapan SPRM adalah “ Orang bodoh tidak boleh
didakwa”Ha…ha…ha…mangkuk ayun bertingkat-tingkat
sungguh…Kepala atuk kau tak boleh di dakwa…setiap
pembelian barang-barang atau keperluan Jabatan atau Kementerian ada orang/pegawai yang akan meluluskan..
Contoh: Perbelanjaan bawah Rm 100.000. pegawai A
yang kena sign…atas atau lebih pada Rm 100.000.00
pegawai B yang kena sign…...lagi banyak duit nak
diluluskan, lagi besar pangkat yang kena sign...dan yang
sign tu kadang lebih dari seorang. Bab-bab duit ni tak
ada kena mengena dengan ofis boy, kerani,driver…sebab
yang tukang lulus semuanya PEGAWAI…macamana
SPRM kata tak boleh dakwa…sedangkan semua
kakitangan /Pegawai Perkhidmatan Awam tertakluk
kepada “Tindakan Tata Tertib”.
Takkan akta “Tindakan tata tertib” ni hanya diguna
pakai untuk perkara-perkara kecil seperti kad perakam waktu..cuti terlebih hari..prestasi tidak bagus, melawan,
bergaduh atau apalah…biar betikk!!!”Duit juta-juta …
billion hilang, disalahguna boleh lepas macam tu aje…
masuk akai ke???
Sedangkan kad perakam merah lebih dari 3 kali jika
tak ada tandatangan pegawai pun diambil tindakan…
cuti atau MC terlebih hari pun kita boleh potong gaji…
ini pulak beli barang lebih dari harga pasaran. Kalau
pegawai-pegawai yang berpangkat ni pulak jika
melalukan kesalahan ada satu bahagian di JPA untuk menempatkan pegawai bermasalah. Pegawai-pegawai
ni tidak akan diberikan tugas dari pagi sampai petang
waktu pejabat..duduk lah baca surat khabar ke,tidur ke,
mundar mandir ke.. sampai satu ketika, mereka ini
boring, atau terlalu malu sebab semua kakitangan
perkhidmatan awam tau itu department apa, dengan
sendirinya mereka akan letak jawatan.Sebab semua tau kalau duduk kat situ maknanya pegawai tu sedang
diambil tindakan. Semua kakitangan tau kalau sebut perkataan“Duduk kat Pool”.
Alih-alih statement bangang dari SPRM- SPRM
mencadangkan satu undang - undang baharu digubal
bagi mengenakan tindakan terhadap penjawat awam
yang membelakangkan kepentingan awam sehingga
merugikan negara..
SPRM ni “Kepala B**** apa????” Tu jawatankuasa
Tindakan Tatatertib tu apa gunanya...nak kata tak
pernah kerja kerajaan, jawatan Pegawai Kerajaan..nak
temberang aje kejenya...lu salah orang la Bro!!!! Pasal
aku sendiri pernah buat laporan untuk Jawatankuasa
ni..untuk wartakan satu pegawai yang tak hadir ke
pejabat lebih dari 3 bulan(masa buat repot tu, pegawai
tu dah hilang tanpa khabar berita lebih dari 6 bulan),
gajinya dah kami arahkan "berhenti" masa satu ke dua
bulan dia tak hadir...dah cari keluarga dia, adik beradik,
saudara-mara, dah hantar surat telegram, dah cari
kawan-kawannya, semua kata "tak tau"...bila lulus repot
tu, masuk warta kerajaan dengan sendirinya pegawai tu di tamatkan perkhidmatannya. Bro lu jangan goreng
lebih-lebih laa.........
Kes Kedua – TEKUN atau TUKUN???
Duit untuk TEKUN ni duit pembayar cukai…bila duit
pembayar cukai maknanya…termasuklah duit laki aku…
aku dah tak bayar cukai pasal dah tak keje…..
Apasal pulak sapa yang nak buat pinjaman kena ahli
UMNO… duit bantuan Tekun boleh dipohon oleh sesiapa
sahaja tapi KEISTIMEWAAN diberi kepada ahli UMNO.
Semua orang kena bayar cukai. Semua orang deserve
treatment yang sama. Apasal pulak ada keistimewaan
bagai!!! Duit orangramai kau buat macam kepala bapak
ngko punya aje…Kalau nak bagi pinjaman untuk ahli
UMNO aje, pakailah dana dari UMNO..jangan pakai duit
orang ramai.
Dahlah pakai duit orang ramai…siap tak bayar pulak tu..
BUAT BODO aje…yang heran, pelik, ajaib.. segala bagai
yang sewaktu dengannya, peminjam PTPTN boleh pulak
kau kejar sampai ke lobang cacing…dari sini kita tau…
pemimpin ni tak nak rakyat dia PANDAI, sebab kalau
pandai…habislah diaorang…tak boleh cari makan, biar
bodo..senang nak dibodo…bodokan…
Ini bukan TEKUN Tapi layak jadi TUKUN......Tak pun TUKUN TIRUAN
Kes Ketiga – PETRONAS dan swasta
Apa kena mengena syarikat swasta dengan ini duit
Petronas??? Suka hati mak bapak ngko aje merembat
duit PETRONAS!!!
Sebanyak RM1.08 bilion wang syarikat milik negara
Petronas digunakan untuk menampung kerugian sebuah
hospital mewah swasta, Prince Court Medical Centre
(PCMC) sejak penubuhannya pada tahun 2008. Lebih mendukacitakan, pembinaan hospital bernilai RM544
juta yang juga turut ditanggung Petronas tidak pernah mengalami keuntungan. Pada tahun 2008 PCMC
mengalami kerugian RM111 juta, RM192 juta kerugian
pada tahun 2009 dan RM450 juta kerugian pula pada
tahun 2010.
“Hingga tahun berakhir 31 Disember 2011, jumlah
kerugian yang dicatatkan hospital mewah swasta yang
ditanggung Petronas itu ialah RM1.08 bilion.
Persoalannya kepada rakyat biasa seperti aku ni adalah:
“Adakah wajar wang negara, wang rakyat digunakan
untuk menampung kerugian syarikat swasta?”
Nak mewah..nak gah tapi pakai duit negara duit rakyat..
“Tauke hospital mewah tu sapa?”
“Masa nak bina Hospital mewah tu sapa punya idea?”
Dan yang paling tak boleh bla dari dulu sampai sekarang
apasal Penyata Kewangan/Perbelanjaan PETRONAS ni
tak ada sapa pun boleh akses / tengok kecuali Perdana
Menteri. “Awat buat akta sebegitu?” dan persoalan
paling besar…. kalau dah boleh sesuka hati mak apak
ngko...dengan duit Petronas....
“PETRONAS sapa punya????”
Adusss!!!!!ayoyoooo tepuk dahi....tepuk dahi!!!!!!
Alo kawan wa mau slow talk sikit wa pon talak duit wa sendiri pun sudah pok cap boliau woooo wa bukan olang senang wa golongan orang berpendapatan rendah saja maa tengok wa mana ada pakai itu keleta wa mana ada insuran nyawa wa tingai rumah peninggalan nenek wa rumah pusaka wa punya transport moto cabuk itupun wa beli secondhand maaa.wa luluk sama mak wa saja kalu mak wa sudah tak ala wa sebatang kara tingai sehelai sepingang saja maa,wa keleja pun harapkan belas ehsan olang kasi upah lagi-lagi wa sakit makan ubat sama kerajaan mak wa juga sakit macam mana maa nang putinang koi puti koi wooo apa pasai kui puti koi wa pun talak tahu woo...hali2 mau pakai luit talak luit hali hali susah mau senyum tapi wa tengok aaa itu latuk siti pun ala mau senyum manyak wa manyak syok oo sama lia punya lagu bukan lia punya umur sama waa maaa haha wa talak tipu lalam hati tuhan juga tau sama waa