Wednesday, October 30, 2019

Aku akan teruskan jadi pak guard

mak,tidak ramai yang mahu melihatnya marah atau beleter, Tak tahu nak kata.
Kenapa kerja sekarang bukan tak bagus? Kerja baru ni kenapa bagus dari yg lama? Sekarang ada tak cuti?
Berapa lebih banyak? Kalau belanja, duit minyak motor dan makan top up makanan kucing di sekolah dalam sehari RM40-RM50 tak termasuk repair motor, depa bagi sehari RM35.90? Insurance utk kalau jadi apa2 atas jalan, ada? Jadi, nampak je gaji banyak, tapi long term, rugi? Dah lah kena redah hujan panas... Ikut rentak org.. Kalau lambat atau ada masalah, org blame aku.
Tak gitu?
Kalau mak tak restu,aku kerja di tempat lain gaji byk pun tak guna Gaji banyak tapi risiko tinggi. Lebih baik duduk kerja di tempat yg dah stabil.
I don't want to lose my job

Tuesday, October 29, 2019

Saturday, October 26, 2019

Slip gaji bulan sept

Salam...

Perkara yang nak dicoretkan ni dah lama dah dan mungkin dah lapuk. Maklumla mengenai slip gaji tengok slip gaji ni.



Maklumla,gaji ja dah hampir habis digunakan. Bayar sana, bayar sini, potong sana-sini habis la, namun aku masih bersyukur

Syukurlah..
Gaji  agak lumayan.. Berbanding sebelumnya . Aku
Kerja dgn tekun dan penuh amanah.
Simpan kalau ada lebih. Aku tidak belanja tak menentu. Belanja apa yg perlu.
Aku turut gembira dgn prestasi aku Syabas untuk diri aku..hehe

Friday, October 25, 2019

Ayam kat rumah aku Angry bird

ANGRY BIRD ? Ayam liar hati raksaksa dekat rumah aku pagi2 cuci tahi ayam lantai hall dalam pagar rumah aku keluar rumah kena serbu di salak ayam jantan liar,GILA telingga aku tahan dengar kawasan rumah aku dah tak elok dan bersih dah aku sahaja kena kawal emosi

Samalah juga orang 2 persekitaran jiran-jiran aku dah meluat dan meyampah dengar aku bernyanyi main gitar begitulah juga dengan makluk kejadian Allah dah muak dengar di tambah lagi mak aku beleter 24 hour.

Aku pun tertekan semakin ramai jiran rumah dah la dekat surau ,tazfiz dah jadi jumud agama jiran2 semua.jiran2 berkereta,berkeluarga,aku hanya motor cabok, rumah macam rumah hindu kucing peliharaan pun bnyk yang sakit.

Semak samun tepi dan belakang rumah lagi-lagi hendaknya aku yang berisi dan berparut hodoh akibat kemalangan motosikal suatu ketika dahulu.serabut pening otak aku tolong aku mengaji ayat al-quraan di rumah pun macam tu juga di rundung duka menahan tekanan perasaan.

Itu sebab aku suka datang ke tempat kerja lebih aman dan tenteram jiwa aku ya allah sahaja yang tahu duduk di rumah aku sakit.

Thursday, October 24, 2019

Antena mytv

Assalamualaikum maaf kerana gangguan teknikal mytv cam nie kerajaan menawarkan set decoder suatu pakej istimewa khas kepada golongan berpendapatan rendah.

Berdasarkan yang hanya terpilih bagi isi rumah apapun tengok decoder saja menjamu mata tidak cukup sebab kat rumah aku tak dapat kuasa siaran yang kuat.

Minggu lepas 22 hb oktober 2019 aku hadiahkan pada mak aku mytv bolehlah dia berehat selepas penat buat kerja rumah.





Aku nak regakan badan menonton tv pun lega dengan kemudahan bertenologi tinggi maksud aku santai bermalas-malasan selepas penat bekerja.

Gambar okay jelas dan terang colour dia sekali setup setting dan wirering

Tuesday, October 22, 2019

Makluman sekolah

Makluman cuti sekolah jom kita pakat beringat , security guard kerja macam biasa jugak


Sehubungan dengan tugas dan perkara yang berlaku hari ini 

PK AKMAL lapor Saya dapati Paip tandas murid perempuan melimpah air  petang tadi ,saya ambil tindakan kunci ibu ditutup di blok bawah pusat sumber di hadapan surau dan laporkan pada GB.





Kejadian  malam Paip air bocor air keluar deras malam ini di belakang dewan al- farabi saya tutup ibu kunci di blok belakang pra -sekolah tadika dan maklumkan pada GB.






Monday, October 21, 2019

Di sandang perlu jumpa doc

Aku sesak sebelah pagi ini semalam aku overtime 16 jam,siapa yang mampu menolong kalau bukan aku.

ramai orang tengok aku ok memandangkan kemudahan yang aku ada tetapi tidak ramai yang berfikir macam mana aku .sedangkan berkenaan dengan mudah dapat keuntungan akan tetapi termasuk caj- caj untuk khidmat yang lain aku tiada banyak faedah pun.

biar dada terus bercalar asalkan hidung tetap mancung.kambus korek,kambus korek kerja yang tidak selesai.

aku merangka plan atau strategi menyelesaikan kusut serabut ini ada beberapa perkara lain lagi yang nak kena bereh.

pagi tadi selepas pulang kerja aku ke klinik kesihatan butterworth secara kadar aku kena jumpa doctor dan check jantung,check mata,ambil suntikan dan ambil ubat dan aturkan temujanji yang baharu
rennew appoitment.


Tarikh temujanji rennew appoitment.


Ubat-ubatan aku la neyh...


Selepas ini aku kena sentiasa beringat.

selepas ini aku nak setel telefon rumah aku jumlah akaun perlu di tambah RM 36,dan akaun streamyx aku nak terminate aku kena datang sendiri ke TM POINT Bagan,tadi aku call buat report La ni ada outstanding dlm 189. Tapi kalau nak minta depa pasang balik pun kena datang bayar dulu dan jumpa depa kat tmpoint

dan selepas tu MY TV sekiranya ada wang untuk di selesaikan

Thursday, October 17, 2019

Hari ini aku tertanya sendiri

Pagi tadi aku ke kedai motor tukar minyak hitam selepas itu aku ke kedai surat kabar dan terus ke tikam batu ke klinik shuib nak buat medical checkup untuk lulus pergi kursus security,aku ingat murah.

sebaliknya klinik tersebut sudah tak buat dah aku balik ke kepala batas dan terus ke klinik bersatu telok air tawar sekali caj dia RM75


Laporan keputusan kesihatan lulus normal untuk pergi kursus


aku terkejut dan cakap dekat kaunter mahal juga nuh,juru kaunter tu cakap tak apalah nanti syarikat claim balik dekat encik.

apa yang buat aku tersingung dan terasa semasa di klinik tersebut sewaktu menunggu ke bilik doktor dan seorang ayah dengan 2 orang anak kecil nya sedang happy mengambil gambar di dalam klinik lalu di depan aku si ayah aku tersengehlah beri senyuman tapi si ayahnya menjeling langsung tak senyum seolah pandangan benci dekat aku.

aku terfikir dan tertanya- tanya pada diri aku sendiri mengapa?aku mulalah menyangkal yang hari selasa hari itu aku bawa mak aku ke hospital langsung tak teringat tak terlintas di hati aku nak ambil foto.

aku berfikir lagi mentang-mentanglah aku tiada keluarga dan belum bekeluarga macam2 timbul pertanyaan pada diri aku.

kenapa sikap orang sedemikian terhadap aku.hanya membalas senyuman aku walaupun sudah bertentang mata si ayahnya melihat aku tersengeh senyum kalau dia pun senyum dah cukup menenangkan hati dan perasaan ini.si ayahnya hanya senyum bermain dengan anak-anaknya akan tetapi aku tidak di pedulikanya seyuman aku.

cuba kalau orang lain bersikap sedemikian terhadapnya macam mana

Bawa bekal

Hari ini modal habis dah


bawa bekal mak masak,pucuk putat nasi petik di sekolah,ikan goreng share dgn kucing


Tukar minyak hitam

Aku tukar minyak hitam sebulan sekali kerana hari- hari aku guna motosikal ke tempat kerja

Aku guna minyak hitam castrol sedang RM 20



Beberapa bulan yang lalu minyak hitam motosikal aku kurang banyak kerana aku tukar 2 bulan sekali manakala filter minyak aku tukar selepas 3 /4 kali tukar minyak hitam takut masalah kerosakan motor paling banyak mendatangi pomen di bengkel motor.Selalunya masalah ini aku dapat kesan masa awal minyak hitam berkurangan setelah diperiksa_cek minyak hitam berkurangan setelah sebulan setengah.

Wednesday, October 16, 2019

Kenapa aku...

Setiap hari aku kena belanja kawan makan malam RM 20 di tempat kerja aku dah 3 bulan dah makan aku tak kisah tapi tolonglah fikirkan aku ikhlas berikan kucing makan bayangkan aku berbelanja ke tempat kerja RM 30 -RM 40 sehari sedangkan gaji aku RM 35.90 sehari

Bila sampai hujung bulan saja duit selalu tak cukup. Nak salahkan diri sendiri pun tak boleh juga sebab aku sudah habis berjimat setiap bulan. Bila dapat gaji aku dah siap siap asingkan tapi tiba tiba je nak sampai hujung bulan duit tak cukup pulak.

Pergi kerja duit minyak top up dsbg atau dulu aku sanggup diet habis habisan sebab tak mahu terlebih belanja makan. Itu belum kawan kawan asyik duduk mintak belanja,kan?

sejauh mana anda mampu berjimat.kawan lain pula di kampung nampak aku tak ada orang lain dah pinjam duit aku RM100 pun tak nak bayar.kenapa aku kena tanggung semua di dalam dunia ini tak faham aku

Payung hikmat

Hangat la nak hujan,pakcik rasa pakcik dah ada payung neyh..







Tuesday, October 15, 2019

Ini cerita aku

tahun ini adalah tahun yang ke zaman kemajuan,sejak di tubuhkan wawasan 2020 dan selama merdeka ini mengola gemilang dan zaman gelita kadang- kadang seperti sabut di bawa gelombang,

ada kalanya timbul dan di kala lain ia tengelam dalam sekeliling rumah aku dalam masa tahun ini juga aku telah di kata orang oleh berbagai corak aku dengan konsep dan polisi masing-masing tetapi walau apa jua aku akan terjadi yang di hawakan mereka,namun mereka tidak terlepas dari masalah masalah yang juga di hadapi oleh aku lain masalah penjelasan aku.


selagi masaalah ini tidak di atasi selama itulah segala usaha dan kemajuan aku akan terhina terhindar sombongan aku dan orang dari anggota adalah penting bagi kemajuan sesebuah rumah,wang merupakan nyawa pada aku.

aku tidak boleh mengharapkan sedekah dari situ dan sini.sekali dua orang bersimpati bila selalu tentulah sebaliknya oleh itu tibalah masanya sekarang aku membuat perkara yang di fikirkan baik agar aku menyedari akan sikap ini.

Bertanyalah kepada diri aku sendiri.apakah yang dapat aku buat.apakah tugas aku yang utamakan sudahkah aku tunaikannya,sekiranya tiap-tiap aku mempunyai sikap ini maka dapatlah hendak di bayangkan bagaimana kukuhnya pendirian aku

aku akan mengalami berbagai -bagai perkara manakala aku meningkat tua,perangai aku kerap berubah dari perasaan gembira menjadikan muram,aku merasa sedih dan kadang-kadang merasa sukacita pula.

Bagaimanapun pada umurnya bila tiba saat seumpama ini.aku akan menempuh berbagai-bagai peristiwa yang memeningkan dan yang tidak di sangka pula pada mulanya aku merasa hairan juga dengan sikap aku yang tiba berubah itu,tetapi sebenar- benarnya memang ada sebab-sebabnya yang menjadikan perangai itu berubah dan hal ini adalah perangai perkara biasa sahaja.aku sendiri sudah berubah aku berubah sama ada secara batin atau di zahirkan dari menjadi matang.

Inilah masa yang paling penting hidup aku dan sudah tentulah aku ingin menempuhinya sepenuh- penuhnya,aku perlu menunggu dan bersabar sedikit hal berhubung denganya perlu mengambil masa untuk menempuh segala perubahan itu,perkara pertama yang perlu di ketahui ialah memahami betul-betul apakah perkara yang akan timbul manakala aku beransur meningkat lanjut usia dan mengapa

Sunday, October 13, 2019

Aku dah ok




memang banyak gila masalah aku sebelum ini dari jerebu hari itu aku demam.First day untuk kemarin bisul aku sudah baik, aku tak terpaksa merempat tido kat lantai bilik sampai 3 minggu. Bisul tu asalnya kecik aje,baru permulaan semalam aku lumat sireh dengan kapok dah baik dah tak rasa apa-apa sakit lagi dah ok.


Happy- happy palu kompang solo satu



Sewaktu tengah bertugas malam seorang diri

Friday, October 11, 2019

Hikayat aku pening

Segala- galanya bermula tanpa aku sedari langsung.aku hanya mahu kemudahan dan tidak mahu di ganggu reputasi kerja aku.Maka aku sebelum ini selalu tergugat dengan temujanji hospital yang patut aku datang aku terpaksa datang di minggu yang selainya.

Pada mulanya aku memang bertekat hendak pergi di kemudian hari masa dan waktu aku terjejas.Baguslah tetapi apa yang berlaku aku sudah 3 bulan tidak hadirkan diri temujanji dengan pihak hospital paling minimum suntikan ubatpun aku tak ambil dan tekanan darah buat apa kalau sekadar kesihatan aku terganggu sekarang.begitu fikir Akmal


Keratan akbar menawarkan polisi insuran untuk penyakit mental bagi megurangkan kos di tanggung pesakit.

Dengan menganggap penyakit kesihatan mental  juga sebagai pesakit biasa.
Manakala aku tidak pun makan ubat penuh atau over limit aku hanya membeli ubat di farmasi jika keadaan benar- benar terdesak akan kesihatan aku.belanja ubat-ubatan 1-2 bulan sanggup dari menunggu masa di hospital.


Tilam kabu dah berminggu aku tidak gunakan


Keaadan bilik aku yang sudah berminggu- minggu aku ubah tidur di tilam span di bawah sebab kucing berak.

Orang tua-tua kata tidur di atas bantal.

sekaligus begitulah tak tahu lah sejak tinggalkan temujanji dengan pihak hospital aku di belenggu sekejap sakit itu sekejap sakit ini dan bnyk lagi.itulah tanda awal aku sedari semasa mandi hendak datang ke tempat kerja aku terkena bisul di punggung sebelah kanan yang baru bermula nak jadi.

kemudian,bagi aku pula mendapatkan ubat di farmasi dengan jumlah yang mahal.

Dengan itu aku berfikir manakah silapnya kerana aku tiada masa untuk ke temujanji hospital.ya di situ aku dapat jawapan secara logiknya selepas ini aku akan buat temujanji semula dengan klinik kesihatan kerajaan seperti biasa yang aku pergi

Dan lagi satu aku balik kerja tak boleh mandi sebab sebelah belakang bilik mandi aku terletak bangsal orang kampung duk melepak huha- huha aku tak boleh mandi.air tapis bersih di rumah aku tidak gunakan sekali - sekala sbb aku berada di tempat kerja


Astaga...dah sakit barulah aku sedar


Ubat farmasi yang aku beli tadi RM32

Thursday, October 10, 2019

Kebunku

Pokok kesum

Pokok serai

Pokok daun kaduk

 morning biasanya aku ke dok siram pokok pokok yg aku tanam tu..nah hasilnya bila letak baja segala...wowww...seronok aku tgk sebab tanaman aku menjadi dan subur sekali.....lebih2 lagi pokok mmg nampak kesuburunnya...sebab aku tanam kesum di dalam pasu di dalam besen berisi air

Selain ku snap gambo pokok ni sibuk le bersih kawasan rumah nah hasilnya bila letak baja segala...wowww...seronok aku tgk sebab tanaman menjadi dan subur sekali.....lebih2 lagi mmg nampak kesuburunnya...

Selain ku snap gambo pokok aduiiiiiihhhh pagi tadi aku korek air parit di penuhi sampah bagi aliranya berfungi dengan baik

Monday, October 7, 2019

Teliurr menicah

Cek teliurrr aiiihhh menicah ambil angin petang2 ni di pondok post...baguih asid sulfrik cuci darah


Rezeki depan mata kita sarbat baca bismillah dulu...



Lama- lama duk tokak cicah baru rasa pedasnya.

Saturday, October 5, 2019

Beradu suratan musim hujan


 Berteduh sebentar susasana hujan


Tafakur  aku seorang diri nyaman tiada gangguan.


Hujan saja turun barang naik


Laporpo


Catit jgn tak catit

Friday, October 4, 2019

Apa cita...


Cerang ceruk siamang bergalas Beli pisang di dalam pasar ,Orang anti perokok...... Memang di benci,apakan daya jika di turut rasa hati

Renang berenang tiada henti, aku mahu ... Salam hujan ikan makan lah cari
Kalau ada yang iri hati berhasat dengki,aku semua ingat sampai mati.

Thursday, October 3, 2019

Perancangan

 La nie aku minat nak beli basikal dan vacumm rumah kalau dak aku tak mahu rugi la sebab basikal aku yang lama aku bagi free dekat jiran aku tak kisah aku kerja la sukses.

maksudnya benda nie tak di dapati harga di pasaran abg jo kasi aku nak beli basikal yang baru import seorang saja.

aku beli atas satu pasti nie akan dapat shock lah

aku terpaksa cop kasi ia mana jimat belanja.

hok nie lera masalah-masalah terjadi bnyk kalau transport motosikal aku rosak

semperna tahun 2020 aku dapat bersedia sebarang kemungkinan

Bayar baju RM12 skala jam 4/6 kerja esok ambil surat pajak jaga pondok post 3/11pm
Kemarin dulu wellfe $4/< bayar hutang mak RM 80 bagi mak RM 120 semua RM 200,

Bagi wang sedekah RM100 dekat maklong sekali makan mee goreng saja.bang din kirim barang dekat long jah.


Pagi tadi gunting rambut singgah beli susu anelin dan omega RM 64.00

Abg jo hutang aku RM100 asak jaga 2/6 malam2 mamah RM20 sekali pek kucing RM4.

Balik telik komputer 2 hari selepas kemas bilik buang sampah. Tolong pasang tayar van pancit berhampiran pondok post.

Bulanan lekas bayar hutang barang RM 310.
Selesai buat belanja ambil barang lain yg mampu cash.

Berasas duit zakat kakak lili buat mak belanja 10-15hb

Aku Support barang trapi mandi,bedak pakai.makanan,makanan ringan aku,mak,long.kucing bahagia 20hb advance rendam minta cuti kalau perlu dah monyok nak buat.

Bon sarapan tengahari mak lambat masak beli nasi bungkus.

Hobi lobi smoke minum kopi main gitar

Bayar persila lepas simpanan bank kalau ada

Trauma

. Assalammuaaikum semua, aku trauma sekejap semalam selepas lihat kemalangan jalan raya. Depan aku Astaghfirullahalazim.malam khamis 10.25 malam ketika aku bertugas sendirian di dalam pondok post hadapan skpb aku menyuruh mangsa kemalangan berhampiran pondok post Mengucap dua khalimah syahadah dibuatnya.budak tu patah tengkuk semasa selepas kedengaran berlaku kemalangan aku segera bangun dan pergi suluh budak muda itu menyebut maaaakkkk ,maaaakkk... Panik dan terpaku.darah keluar banyak dari hidung dan mulut.aku suruh dia mengucap 2 kalimah dan meletakan kon di lokasi kejadian serta menelefon ambulan dan mengawal lalu lintas ,1hb oktober 2019 makcik kantin sekolah di tempat aku bekerja kemalangan di hujung jalan selepas sekolah. Semalam hujan sepanjang petang. Jadi pada waktu malam cuaca tak beberapa bagus. Dalam keadaan cuaca bagus,tengahari semasa hendak datang ke tempat kerja tiba-tiba kemalangan berlaku di hadapan aku dekat trafik light kereta langgar motosikal langgar lampu merah.

aku masih tergiang-giang makcik kantin yang selalu senyum tak pernah buat muka kali terakhir dia menyapa aku "mai la ambil ikan goreng nak gaul dekat kucing"

aku cakap tak apa saya sudah belikan makanan pek dekat kucing sungguh aku berasa sedih dan terkilan kempunan aku pelawaan ikan goreng kak ti (makcik kantin) orang sekolah tahu aku duk beri makan kucing .kemarin dia sudah pergi buat selamanya akibat pendarahan di kepala,patah pinggang,patah kaki.dan di kebumikan 6 petang kemarin dan pagi tadi aku mendapat tahu bahawa aruah kak ti yang meninggal adalah bisan kepada jiran sebelah rumah aku lagi aku terharu dan sertakan al -fatihan untuknya aruah meningalkan 4 orang anak.

masih aku teringat bila time aku ambil overtime 16jam  sampai pagi setiap hari sekolah 5.15pagi aruah orang pertama tiba di sekolah selepas aku buka pintu gate hadapan jam 5 pagi sembang2 biasa hal kerja.aruah seorang yang ramah tamah sentiasa senyum.

aku insaf dan Syukur aku tiada kemalangan yang aku sedih kejadian berlaku pada hari lahirnya 1hb 10  Sebab risau nasib aku macam mana masa depan dia dah lepas dah kita yang hidup ni tak tahu lagi dan aku kesian dekat aruah nawaitu nak kerja cari makan jadi macam tu...bila aku teringat aruah aku teringat lagu tragedi oktober awie




Terpaksa buang kucing

Kemarin dulu 2 hb oktober 2019 selesai bnyk perkara ,aku panggil indah water mai pam tangki jamban rumah aku kena RM230 Banyak pahala dapat bantu mak bersih kan rumah. Kucing kalau dah banyak sgt, aku pi buang kucing ibu sekor dan anak kucing besar2 5 ekor semua 6 ekor kena buang  sbb aku dan mak aku X sihat dok dalam keadaan x bersih kucing banyak sangat

Dalam perjalanan ke market aku buang kucing aku berdoa ya allah tolonglah aku dan makluk mu ini aku kasih dekat kucing,mak aku pun kasih dekat kucing ampunkan aku terpaksa lepaskan.


  • Dan semasa aku lepaskan kucing aku menangis ampunkan man,maafkan man terpaksa lepas hampa dekat sini pandai2 lah cari makan sendiri teruk kami bela hampa .kucing2 aku seolah faham tidak reyau dan memberontak atau lari mereka macam biasa macam redha sahaja kemudian kucing 2 lain senasib yg tinggal di market mai menghampiri kucing2 aku dan aku meningalkan lokasi perkarangan market dengan sebak.


Mak aku bersedih aku pergi buang musim hujan tup-tup pagi kemarin ibu kucing bengal bulu kembang beranak 3 ekor mak aku happy balik.

Ada lagi 2 ekor bapak kucing nak kena p buang selepas ini.

Tuesday, October 1, 2019

Hujan lebat tgh bertugas


Sesi ke -2 sudah selesai hujan lebat tugas kawal lalu lintas sentiasa seperti biasa




Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping