Saturday, February 29, 2020

Harap maklum waris terdekat skpb

Petang kemarin ada sesiapa hilang kunci di hadapan pintu pagar sk permatang buloh


Saya sangkut kt pos esk lau ada waris ke cikgu ke mai tnya kunci spa yg jatuh kt pgar sklah..p ambik kt pos guard.


Hari ini hot karen tak ada sampai 5.30 petang

Tuesday, February 25, 2020

Ubat tertinggal

Hari ini kelam kabut ke tempat kerja lupa lagi bawa ubat klinik nasib baik ada salap gatal daun gelenggang di dalam beg aku ke tempat kerja.siksa sungguh hidup aku


Monday, February 24, 2020

Gigitan semut api

Sebenarnya aku dah berminggu terkena gigitan semut api mana ka tidaknya aku menolong memberi makan kucing terbiar makan beralaskan surat kabar selepas habis tugas barulah aku ambil kertas dan buang di tong sampah jadi semut api rumun kertas tu dan merayap ke tubuh badan aku.

Pada mulanya tidak terasa gigitan cuma di tangan sahaja aku rawat.aku dah dua minggu baru aku sapu ubat tak sempat tak ada masa bila aku berada di tempat kerja aku lupa bawa ubat nak sapu dan lalai di rumah macam biasa.



Hari ini barulah aku pergi klinik ambil ubat memang tak terasa sakit cuma kekadang bila sedar baru gatal.alhamdulillah hari ini tak terasa apa2



Inilah bisa gigitan semut api di badan aku apa boleh buat tolong kucing beri makan punya pasal doktor cakap bisa makanan yang di makan semut dan bisa semut api.

Latihan karangan BM upsr B.harian



Menjalankan amalan gaya hidup sihat terutama kepada manusia adalah satu tugas penting.Ini bukan sekadar memerlukan tetapi lebih utama pemahaman mereka tentang menjaga kebersihan.Perlu menyedari bahawa daya tahan yang kurang terhadap penyakit oleh itu kita haruslah di sediakan makanan yang benar-benar selamat di makan.Makanan yang tidak selamat di makan mungkin meyebabkan penyakit.Rehat yang mencukupi seperti tidur yang cukup dapat menenangkan fikiran dari masalah agar dapat berfikir apa yang baik di terima untuk selesaikan masalah serta bersenam atau bergiat dalam bidang sukan dapat mengeluarkan peluh yang membakar kalori di dalam badan agar lebih cergas aktif dan cerdas di samping dapat memberi semangat serta stamina setiap individu agar tidak terlalu berasa lemah tidak bertenaga dan hilang semangat serta berputus asa.Nilai-nilai amalan gaya hidup sihat dapat terus membentuk sesebuah sahsiah keluarga yang baik serta positif di dalam kehidupan.

Sunday, February 23, 2020

Tipu

Kemarin aku terima wassap msg dari Fiza tapi aku tak check pun di laman tu.


maaf kawan aku nyaris terkena sebenarnya aku fwd saja msg tu ingat kita pekerja makan gaji bukan skim kwsp tapi macau scam kena bayar sebulan cukup 5 tahun baru dapat RM10000,tp  kira lebih RM10000 duit kita keluarkan kerajaan kaut keuntungan bunga.harap jagan percaya bulat2 dengan masej yang tu.saya dah selidik kaji siasat dgn pihak berwajib so baik tak payah percaya dengan kwsp 10000 malaysia harap maklom.niat aku hanya nak menolong kawan2,aku pun baru dapat tahu🤬😱

Adoiii

Hari ini bertugas mengantuk letih tumpu kerja rumah control sakit kepala fk serabut di rumah makan ubat nak pandang dunia full screen pun tak larat tapi masih peka keadaan sekeliling.


Tak dapat santap kfc tak palah santapan ayam panggang seekor teliur aiih



Friday, February 21, 2020

Aku membeli tembouring

Sukacitanya aku sedang berminat mengumpul alat-alat muzik perkakas akustik macam pemuzik-pemuzik jalanan.kerana tidak terlalu bising berbanding studio jamming.


Aku membeli tembouring dari kedai muzik di selangor dapat warna hijau.hari ini aku terima dari ustad farhan yang tolong oder kepada aku terima kasih paan.



Alat- alat akustik semakin di kenali pada ahli busker hari ini alat-alat ini biasanya di dedahkan kepada masyarakat terutama bagi generasi muda.

Tambahan pula pada masa ini alat muzik moden lebih di tonjolkan kepada masyarakat kita.terutama media masa tempatan.

Pada pendapat aku,alat,-alat muzik ini dapat di jadikan daya tarikan kepada pemuzik.

Alat-alat muzik ini boleh dengan pelbagai cara yang agak berkesan ialah mengunakan alat-alat ini dalam rakaman lagu-lagu moden dan lama tentu menghasilkan muzik yang menarik.

Di samping itu juga memainkan peranan dapat memikat hati pendengar.

Peranan dalam meyampaikan lagu di dalam seni muzik

Wednesday, February 19, 2020

Kemalangan jalan raya .AWAS!!!!

Negara kita merupakan salah sebuah negara yang paling tinggi kadar kemalangan jalan raya.Setiap hari kita dapat membaca berita-berita tentang kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini menerusi akbar- akbar tempatan.Beribu-ribu mangsa yang terlibat kehilangan nyawa,harta benda dan cacat angota akibat kemalangan.Malah di laporkan bahawa kemalangan jalan raya adalah punca kematian yang utama di negara ini beberapa tahun yang lalu.Biarpun pelbagai usaha telah di ambil untuk megurangkan kadar kemalangan jalan raya ini,namun bilangan kemalangan yang berlaku di negara kita semakin meningkat setiap tahun.


  1. Pengguna jalan raya,sama ada pemandu kereta,lori atau bas,penunggang motorsikal atau basikal dan penjalan kaki sering di persalahkan apabila mereka terlibat dengan kemalangan jalan raya.Anggapan ini ada benarnya kerana pengguna jalan rayalah yang bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada diri mereka ketika berada di jalan raya.Memandu dengan kelajuan yang tinggi dan melebihi had laju yang di tetapkan adalah satu punca kemalangan yang sering meragut nyawa pengguna tersebut.Pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab ini seolah-olah menjadikan jalan raya sebagai litar lumba bagi meguji kecekapan dan kepantasan kenderaan yang di pandu oleh mereka.


Di samping itu,pemandu juga sering megabaikan peraturan dan undang-undang kitika berada di jalan raya.Mereka kerap melanggar arahan lampu isyarat kerana hendak cepat sampai ke destinasi yang di tuju.contohnya ketika lampu isyarat berwarna kuning,selalunya pemandu kenderaan akan memecut kenderaan mereka supaya dapat melepasi lampu isyarat tersebut sebelum lampu itu bertukar kepada warna merah.Ini kadang kala mengakibatkan kemalangan yang tidak di ingini.Pemandu juga sering memandu dalam keadaan yang lalai,mengantuk dan kadangkala mabuk.Pada masa ini ramai pengguna bercakap menerusi telefon atau terlalu asyik mendengar radio atau cd ketika memandu.Memandu dalam keadaan begini akan mendedahkan pengguna tersebut pada kemalangan jalan raya.

Namun demikian terdapat juga faktor-faktor lain yang boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.Tidak dapat di nafikan keadaan jalan raya merupakan salah satu punca kemalangan.
Malah menurut satu kajian oleh sebuah intitusi di negara ini.kemalangan jalan raya di negara ini,kemalangan jalan raya di negara kita sering sesak dengan kenderaan.Ini di tabah pula dengan keadaan jalan yang terlalu banyak selekoh dan tidak rata.Beberapa batang jalan raya yang telah di istiharkan sebagau jalan maut telah meragut nyawa pada setiap tahun.

Di samping itu,terlalu banyak kerja-kerja baik pulih jalan dan saluran paip air serta talian elektrik dan telefon.kerja-kerja megorek jalan ini seolah- olah tidak berakhir dan di jalankan sepanjang masa.keadaan ini menjadi bertambah buruk jika papan tanda yang terang tidak di letakan untuk memberi amaran kepada pengguna.Pemandu serta penunggang mitosikal sering terperangkap dalan lubang yang di sepanjang jalab raya ini.

Keadaan kenderaan juga boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.kenderaan yang tidaj di jaga rapi akan meyebabkan pengguna tidak dapat mengawal keadaan.sebagai contohnya,kenderaan yang kestabilan tidak berfungsi atau lebih mudah terlibat dalam kemalangan.

Faktor cuaca yang boleh mengakibatkan kemalangan.Hujan lebat boleh menyebabkan jalan licin.Pemandu yang tidak berhati-hati tentu tidak dapat mengawal kenderaan mereka sekiranya berlaku hujan lebat.terutama pada waktu malam.Ini adalah kerana pandangan pemandu tidaj jelas pada waktu begini,di tambah pula keadaan hujan atau ribut yang kuat.Hujan juga sering mengakibatkan kemalangan kadang kala meragut nyawa pengguna jalan raya.

Tuesday, February 18, 2020

Harmonika 10 hold



Alhamdulillah harmonika 10 hold aku pesan dekat lazada telah selamat sampai ke tangan aku hari ini TQ.


Try jawab karangan BM UPSR



Sekolah SJKC Kheow Bin mengadakan kempen sayangi gigi bersama kerjasama klinik gigi Tan .Kempen ini bertujuan memberi kesedaran pentingnya kesihatan gigi,terdapat orang yang nafasnya berbau ini memang kurang menyenangkan kerana nafas berbau boleh menjatuhkan imej seseorang.
Dengan adanya pemeriksaan gigi dan rawatan gigi percuma serta taklimat penjagaan gigi memberus adalah langkah pertama untuk mendapat kesegaran nafas tetapi cara ini kurang berkesan cara-cara berkumur selepas memberus gigi dan jenis makanan yang kita makan juga boleh menyebabkan nafas berbau.misalnya kita suka makan makanan yang banyak tanpa memberus gigi dari apa yang boleh kunyah bagi mengelakan gejala penyakit gusi bengkak,sakit gigi dan di bahagian terutama bagi kesihatan.seseorang gigi yang cantik dapat memberi senyuman dan bertutur dengan sempurna.

Monday, February 17, 2020

Harga belian dan sebagai rujukan kredit

Kayu meranti tk ketam.1kaki 3.60.ketam.4.60.keon beli panjang 10  da yg dah potong ikut saiz
Kayu 4kali4.1kaki.5.60 ketam
Kayu.2kali1 2.60.1kaki
Paku 8.00
 Plawood.25
Kayu 3kali 2 .230.4kali4.56.2kali1.31.20.panjang 12.kerat.2.3btg.93.60.plywood.25


Aku membeli barang aku membelanjakan wang untuk pelbagai hal seperti membeli surat kabar,membayar duit belanja mak,minyak motor dan ansuran serta makan minum dan rokok.untuk mengetahui berapa banyak wang yang telah diterima dan di belanjakan aku mestilah menyimpan rekod kewangan kerana sentiasa terlibat dalam urusan perniagaan.

Aku menyimpan rekod megenai wang tunai yang di terima dan di termasuk gaji


Aku menerima duit gaji dan duit skim oku bekerja 7 hb febuary 2020 RM 1280 mengetahui jangka tolak ansuran coway ombak aku ambil di mesin ATM RM1100 sebagai simpan kira setelah seminggu berlalu lejar pembayaran duit ombak coway telah pun rekod di catat di dalam mesin ATM masih mempunyai baki yang aku simpan kira RM 180 di dalam akaun.

Pembayaran ombak coway telah berlangsung sebelum aku check ambil duit pada 7 hb febuary 2020

Selama aku bekerja sebagai security selama 10 bulan inilah kali pertama aku menerima jumlah pendapatan yang terbanyak kerana liabiliti termasuk gaji 2 hari OT public holiday tahun baru cina kenaikan gaji RM 100 dan skim oku dari JKM diterima pada 7 hb sama dengan gaji bermula tahun ini
Alhamdulillah

Sebagai rujukan bahagian kredit. Sebenar pendapatan bulan febuary RM 1420


Meja/tempat duduk

Sama ada Buat meja atau tempat duduk yang selesa dengan teratur di rumah

Hanya Kayu terpakai di jadikan bahan 

Sunday, February 16, 2020

Fikir pny PK


Aku fikir Nk try ka tidak tak tau kerja dengan kelulusan fikir 31 kali Keja memang terok la pasai production kena tinggi. Meet quota. Selalunya kerja operator kena buat laju- laju Boleh stress gak
Aku takut Keja terok tu..kot xlama
Selalunya kita terlupa akan pentingnya ketenangan. Duit byk tapi tak happy, buat apa noh biarlah aku tetap dengan kerjaya aku security sekolah

Friday, February 14, 2020

Anak pokok pasu gantung

Kejiauan anak pokok verbina dan lily paris mula terkandung dalam pasu gantung



Thursday, February 13, 2020

Pintu dapur siap

Alhamdulilah Kemasan permukaan pintu di belakang dapur kekal dengan kepingan kayu keras.

Dalam otak aku berfikir .Dapur adalah sebahagian daripada rumah yang penting kerana dapur boleh menjadikan rumah berseri.Dapur yang bersih dan cantik dapat menambah keselesaan dan megurangkan kebosanan ketika memasak.reka bentuk yang sesuai perlu bagi membina dapur yang sesuai dengan selera.Perkakas dapur yang moden perlu sesuai dengan pilihan perabot pula harus sesuai dengan ruang dapur


"biarlah hidup ini mencipta seribu kenangan daripada terkunci di pintu kehidupan."namun begitu hidup umpama sebuah bahtera semakin ia ke tengah,semakin kuat ombak dan badai.masalah yang timbul hanyalah sementara bagi membuat fikiran kita lebih matang dan berpengalaman,biar miskin di mata jangan miskin di dada,hati manusia itu liar.korang faham la kan duduk di kampung


Malam kemarin dulu aku bagi RM400 dekat tukang suruh beli barang mata punai dan kayu.

Kemarin tukang mai buat lapik papan pintu 

Hari ini keon tanya aku nak bagi ka nak asing aku tanya keon modal beli bahan berapa? Keon kena imbangkan semua dalam tangan keon baki berapa komisen tunai gaji dekat keon berapa keon nak terima berapa nak urus dengan keon

Jangan terima faedah saja man nak kena kredit lagi dekat keon kalau nak buat pagar terpaksa buka buku baru kira komisen tepat dekat keon.


Tukang keon cakap:

Betul tk keon tanya
Kalau salah keon tanya minta maaf
Benda boleh bincanng betul tk kadang man tanya pendapat dkt keon pun kadang tanya man kita nk bg elok tk mau nk kecik hati
Mcm man tanya ni terus terang ok pas tu keon bagi tau mcm ni baru kira kita baru boleh tau
Pasai keon tk mau sat g kita salah angap pasai kita nk kawan maksu.long.keon angap mcm mak keon
Keon bg tau man pa keon beli plawwod dulu pasang pintu keon beli bawa naik moto kalau depa hantar cas juga tk pa keon boleh bawa


Dia kira daun pintu tu saja tukang keon ambil upah RM 60 .


Kayu palak pagar mata punai sahaja RM 300

Gambar
Semasa kerja baik pulih pintu siap

Membaja pokok pisang

Pagi tadi aku sempat membaja pokok pisang lemak manis,pisang rawak dan pisang jari buaya.

Medium campuran garam dan sedikit ajinomoto bertujuan pokok pisang segar dan bebas dari penyakit dan perosak dapat megukuhkan pokok pisang yang reput tidak busuk menjadi nutrien pada tumbuhan





Wednesday, February 12, 2020

Pasang syiling pondok kucing




Aku pasang syiling pondok kucing pagi tadi

Syiling di pasang lengkap saiz bahagian pondok kucing bagi manahan haba yang baik

Bawa bekal

Syukur rezeki Hari ini bawa bekal gulai ikan rambai dengan sayur sawi mak masak nyanyi sikit "mariaamannn kari tar eleeir"


Lewat pertemuan masa depanku


Aku sedari bahwa hidupku sia-sia buang masa macam tu saja, tanpa ada satupun benda yang bermakna dahulunya dari waktu masih kecil rasanya mudah dapat apa yang mahu, begitu juga saat dengan mudah aku dapat semua keperluan aku, Setelah itu aku dapat kesempatan hidup di alam maya dan fana ini Ya Allah dan bersyukur, maklumlah aku anak orang susah apa yang ada tu ada la yang tak ade tu tak ada la

Akhirnya dan saat ini jadi... persoalannya kadang, sampai manusia merasa puas diri ??? rasanya sulit sekali mensyukuri sesuatu yang begitu mudah di terima, ada saja kekurangan kekurangan yang seharusnya tidak di ingini, contoh nya ingin hidup seperti orang lain,tp rasanya kita punya mimpi, lalu berusaha aku tak mampu mewujudkannya .. tak tercapai walaupun satu mimpi atau agan2,tak bolehlah memimpikan sesuatu lagi .. dan terussekarang dan pekerjaan yang lewat pertemuanku 

Aku sedar siapa diri aku tak payahla mereka cerita yang bukan2, kadang sulit juga berbuat baik, selalu timbul pertanyaan ...ada pertanyaan seperti itu, tinggal aku bagaimana menyikapinya dengan bahasa yang tegas dan sopan ... mungkin suatu saat kita baik terhadap mereka.

Perjalalanan hidup manusia tidak ada yang sempurna, dalam hitungan detik semua boleh berubah. Apa yang harus kita persiapkan jauh-jauh hari ? “ Tak ada “ kecuali Amal ibadah. Disekelilingku penuh dengan dinamika hidup, aku menangis, tertawa, bercanda, marah, kecewa, begitu banyak ketulusan dan kepercayaan di berikan, sampai kadang terlalu berat memikulnya, takut suatu saat aku mengecewakan mereka, tapi aku bersyukur karena “ Hanya ada satu kebahagiaan dalam hidup ini sekarang

Tidak hanya dalam konteks hubungan antara dua lawan jenis, tetapi juga dalam hal persahabatan dan hubungan kekeluargaan.Kebahagiaan itu datang dalam diri sendiri, dan harus diciptakan.jadi berhentilah mengejar kebahagiaan sampai ujung dunia karena itu percuma selama jiwa kita selalu merasa tidak
 bahagia. Menikmati hidup dan bersyukur, walau tak semudah kata setidaknya berusaha menerapkan dalam kehidupan.
Apa pointnya ya aku tulis begini ??? mmmm .. rasanya ini sekedar hati yang bicara ...krisis fikir masa depan dan perasaan murung tk ada kata2 yang boleh mengalir bebas ,,,atau membuatkan hidup ini lebih berwarna (ceria)

Finally, Aku bersyukur memiliki perkerjaan yang sesuai ,keluarga, sahabat sahabat, hidupku tak berarti tanpa adanya mereka mereka dengan sederhana dan tulus … berdoa kebahagiaan dan sukses mewarnai kehidupan aku semua … Amiennn

Monday, February 10, 2020

Try Jawab PMR karangan BM/Bharian

Aktiviti hilang mengantuk sambil bertugas saja try...hehehe


Karangan panjang aku tulis 150 patah perkataan


Di ringkaskan 75 patah perkataan

Bismilahirohmanirohim

Semangat kejiranan telah lama wujud dalam masyarakat Malaysia,terutamanya dalam masyarakat Melayu.

Semangat ini di amalkan dalam pelbagai aspek kehidupan mereka.Tetapi semagat ini seolah-olah pupus masa kini.

Oleh itu,cara meningkatkan semangat kejiranan dengan mengadakan kempen bagi mewujudkan dan patut di lancarkan dengan tujuan megeratkan Perhubungan antara penduduk negara ini.

Semangat ini di harapkan dapat membantu proses pembangunan negara,di samping menjadi asas kepada integrasi nasional.

Semangat ini sebenarnya perlu wujud antara individu di dalam keluarga di kawasan perumahan,antara daerah dan negeri.

Perpaduan dalam pelbagai aspek kehidupan juga dapat di wujudkan menerusinya.

Dasar ekonomi kerajaan bagi menyusun semula masyarakat dapat menjayakan kempen ini.Ini kerana perpaduan dalam ekonomi,sosial dan politik penting bagi mewujudkan integrasi nasional.

Sunday, February 9, 2020

Tanam pokok

Hari ini tanam pokok jejuang mata lembing,pokok lidah mertua


Pokok jejuang mata lembing


Pokok ini elak dari kena rasuk hantu kebiasaanya di tanam di kuburan.

Pokok lidah mertua

Perbualan kemarin

Akmal: Hati siapa yang tak sedih!

Mak: kenapa?

Akmal : man baru sahaja buang ibu kucing di sekolah dekat market.

Mak : tak apalah tuhan tolong lindungi mereka.

Akmal : semasa melepaskan ibu kucing tu man cakap ibu pandai-pandai cari makan na dekat sini ada sisa2 makanan anak ibu yang dulu pun ada dekat sini.ibu kucing tu mengaku huurrmm sambil tersenguk belajan pergi.

Mak : dia mengaku tu man.

Akmal : Ya,sedih

Mak : hairan mak pun sayang dekat kucing di rumah kalau hang nak buang mak kesian.

Tiba-tiba Orang di bangsal dekat rumah aku :batuk terbatuk-batuk dengan angkuhnya di fikirkan mak dan aku tidak betul.

Akmal: mak janganlah bersedih mak tu lemah jantung lama mak mengidap penyakit tu.mak tak payahlah buat kerja berat dan selalu makan ubat.

Akmal : kesian mak

Mak : mak kesian dekat kucing habis tu anak-anaknya macam mana?

Akmal : anak- anak ibu kucing tu belum boleh di tangkap tengoklah buat masa ini man beri makan dahulu bila dah jinak senang tangkap hantar dekat tempat ibunya ada makanan.

Aku menyatakan bahawa aku di dalam kesedihan,mak bertanya mengapa aku bersedih.Aku mengatakan dengan dengan terkejut ibu kucing itu pun mengaku nasibnya aku buang ibu kucing.mak aku turut bersedih kesian dan sayangkan kucing di rumah aku mengatakan usahlah mak sedih nanti penyakit mak berulang kembali mak telah lama menghidap penyakit jantung.barulah mak faham mengapa aku tidak benarkan mak aku buat kerja berat aku pula berkata aku sayang kesian dekat mak pula menangis hiba.

Saturday, February 8, 2020

Amacam bro

Amacam bro naik motor besar?safety semua mahai







tapi aku sendiri rela naik motor cabuk kapcai aku saja jimat belanja


Friday, February 7, 2020

Menurut kajian

mengikut kajian drpd professor madya Akmal Mustafa...purata kebanyakan orang kaya lebih kedekut berbanding orang miskin, tambahan org yg lupa Tuhan dan tak ingat nak mati..tamak kepada duit dan kuasa

* dan lebih senang make ketot nikmat,standart high class kalah rangking muflis lebih jelas haram nafsu nafsi woooooo! dampak negatif bagi orang sederhana kurang sempurna macam aku.tambah-2 lagi pundak aku bermain alat muzik apa boleh buat  cengkam busuk

Sampah di heret bertampuk junjung,

Tutukik jejak tersadung menurun,

Aku yang hina tak siapa sanjung,

Perit lelah bukan ku pohon

Tak kira untung tak hairan langsung.

"Profesor"
Terkejut aku apabila terdengar suara Mak minah dan Mat joned menegur.

Perlahan lahan pintu kamar tidur di tutup bagaikan pendedahan pameran,sejadah,telekung,al-quraan dan rehal itu satu dosa pula.Bimbang kalau-kalau di marahi profesor.

Tidak kayuh basikal pagi ini,Profesor?
Mat joned tegak betul-betul mengangkat sedikit kepalanya dan berjalan hala ke dapur.Dia tidak menjawab soalan mak minah.

"Saya nampak Pak Usop bawa baja tadi"

"Ya Profesor".

Pak Usop menunduk-nunduk sambil tersenyum menambahkan kejernihan air mukanya yang membimbangkan mat joned itu.Mak Minah yang kembali masuk ke dapur turut tersipu-sipu memberi penghormatan seperti biasa.Mat Joned meneliti muka-muka tua itu dan terasa begitu jernih lagi.Terasa satu gambaran keyakinan yang teguh dan unggul.Aku bagaikan sedar apa yang di lakukan oleh Pak Usop dan Mak Minah tadi.Tapi soalan-soalan begitu terasa begitu bodoh pula kalau di soal.Aku tahu apa yang di fikirkan oleh Pak Usop dan Mak Minah tentang diriku selama ini.Aku menunduk apabila kedua-dua mata Pak Usop bercangah dengan mataku.Kejahilan kalau di dedahkan begitu sahaja akan memalukan pula status aku sebagai seorang Profesor ilmu jiwa.Aku benar-benar tahu apa yang di fikirkan oleh kedua-dua orang tua itu selama ini.Bukan saja sejadah tidak ada dalam biliku,malah kopiah pun terasa janggal untuk memakainya.kepada yang terhukum oleh baldu hitam itu menjengkelkan perasaan aku.Dan dua helai kain sarung yang adapun cuma sekadar untuk memudahkan diriku masuk ke bilik air.Senang aku menyelak kain itu terus duduk di bingkai tandas yang berseri-seri itu.lebih berseri daripada air muka aku sendiri

Thursday, February 6, 2020

Sahaja jawab karangan BM,PMR Bharian

Aku sengaja menjawab contoh soalan peperiksaan karangan Bahasa Melayu PMR Berita Harian tak ada apa nak buat hilang mengantuk sikit.


Hampir 2 muka surat aku karang

Tajuknya Peranan Ibu Bapa


Aku memilih idea 5 memang kena dengan masalah keluarga aku.

Bismilahirohmanirohim karangannya aku tulis begini:-

Setiap keluarga inginkan kebahagian,begitu juga kehendak kita semua.Tetapi kebahagiaan tidak datang menggolek tanpa setiap individu yang terbabit di dalam keluarga memberi sumbangan.Jika masing-masing dapat memahami dan menghayati perkara asas ini keluarga berkenaaan pasti dapat megecapi kesejahteraan yang di idamkan

    Dalam interaksi keluarga ada beberapa perkara penting yang perlu di amalkan supaya rasa kasih sayang di antara ibu ayah serta anak-anak sentiasa terjalin.Sikap hormat menghormati adalah penting dalam cara berinteraksi sesama sendiri.Setiap individu adalah maruah dan ia mahu orang lain hendak menghormatinya.Jika kita tidak belajar bagaimana menghormati orang lain bagaimana pula orang lain hendak menghormati kita.

Sikap pilih kasih sesuatu berkait rapat dengan ahli keluarga adalah perkara biasa yang penting kita punyai persefahaman yang positif dan berfikir secara bijak.Oleh itu seorang bapa yang di anggap ketua dalam keluarga harus melayan isteri dengan baik bukan memerintah hingga tiada peluang bagi isteri meluahkan perasaannya.Seorang suri rumah bermandi peluh menyediakan serba serbi untuk suami dan sentiasa menjaga kehormatan diri dan suami.

    Bagaimana pun susah payah di alami ibu bapa tetap di kehendaki melayan anak-anak sebaik mungkin di dalam takrif tanggungjawab.Contohnya nilai murni seorang anak yang selalu bersabar dan sanggup berkorban demi ibu bapa tercinta.

  Sikap penting dalam interaksi sesebuah keluarga jika berlaku sesuatu yang boleh menggangu-gugat kepercayaan di antara satu sama lain sehingga timbul curiga dan mencurigai ini akan menimbul bibit keretakan dalam keluarga tersebut.

    Seharusnya membuat andaian bahawa semua kegiatan anak-anak yang di minati di dalam sesuatu bidang agar teratur dan tidak perlu lagi untuk membalikan bakat yang anak-anak perolehi sedia ada.

   Anak-anak tersebut mestilah hadapi kepentingan diri di ganti dengan kepentingan bersama.Megenal pasti kelemahan.Anak-anak harus sanggup menerima hakikat amat besar nilainya kerana lebih rela menerima dan membentuk cita-cita yang membina di masa hadapan.

Wednesday, February 5, 2020

Terjumpa beg di tinggalkan




PK Akmal maklum petang kemarin terjumpa beg Ustazah kafa tertinggal beg tersandar di kerusi di sekolah di luar hadapan pondok pegawal dalam beg ada sejumjah wang,banyak duit yuran saya telah adukan pada ustad farhan
Satu sampul duit RM100 berapa ribu dan satu sampul duit RM50 entah berapa
Ustazah kaya banyak duit tertinggal lalai td ada aktiviti olahraga petang td di sekolah
Ustazah Penat la tuuuu
 Saya jujur buat baik di balas baik amanah amalan terpuji😅

Saya serahkan pada ustazah jam 10 malam semalam saya takut hilang nanti susah

Pihak sekolah semua tahu dan memuji aku jujur dan bos cakap aku teruskan kecemerlangan di dalam tugas tanamkan sikap macam ni Tahniah.sbb allah bg sikap  amanah jujur kt akmal..bagus akmal..x rugi dpt pekerja yg berjiwa murni mcm ni..👍🏻👍🏻

Tuesday, February 4, 2020

Biar betikkk

Biar betikkkk!!! Aku tak boleh jimat pergi pasaraya jimat.telan buah betik tanaman sendiri


Monday, February 3, 2020

Cancel jual gitar

Malam ini polish gitar rasa sayang plak dengan gitar aku nak jual aku bukan humble jaga duit pun ,yang nak beli hope for garenty bagai good condition kalaulah gitar ni baru setahun dua 2 hd why don't take buy from kedai more bater puas hati adoiii...sapa lagi untung low payment kat aku touch up kedai service berbaloi poket besar ada balance aku melopong berputih mata bukan aku tak fikiran susah orang cm ni murah,free gift faedah ganjaran korang dapat aku dapat token duit habis game over cmtu merana kempunan nak beli gitar pulak buang masa baik tak payah jual aku bukan ada vocher bonos pun nak bagi coz i care what people think



Benarkah tiada bunyian gitar di desa ini
Atau lagu kuang,lagu cengkerik tiada menarik lagi
Kampungku yang tercinta
Mujur baik,aku lantang meledak sikap
Menepis tohmah menerjang fitnah.dakwaan itu palsu,hutanmu yang rimbun sesungguhnya tetap hijau tetap rimbun.
Bondaku yang mesra kalau aku haiwan di akui tubuh ini masih bugar bernaung di bawah daun-daun embun yang turun.sememangnya muzik dan hiburan tempat permainan anakmu seorang.
Gitarku tabahlah menangkis hinaan dusta itu.teguhkan tekad singkirkan pendusta terhadapku.biar dunia tahu halaman ini masih kekal dan gitar muzik percaturan anak-anaknya pun bukanlah hamparan kering yang menganugerahkan gitar sengsara!

Sunday, February 2, 2020

Baikpulih syiling rumah

Terfikir bahawa pembinaan syiling di baik pulih syiling lama yg sudah rosak terjatuh kejadian ini petama kali berlaku kepada rumah saya sejak 2,3 tahun yang lepas dalam masa singkat sahaja kerja baik pulih belum beroperasi.kebocoran pada bumbung telah megecewakan saya mengambil tindakan agar masalah rumah saya dapat di selesaikan


Syiling rumah sudah di beli cuma tunggu tukang rumah datang pasang.

Saturday, February 1, 2020

Gitar sengsara

Ada yang berminat gitar squier saya dan emp marshall saya nak jual sbb masalah dengan mak serta jiran berhampiran surau bising2 orang tak suka saya



Benarkah tiada bunyian gitar di desa ini
Atau lagu kuang,lagu cengkerik tiada menarik lagi
Kampungku yang tercinta
Mujur baik,aku lantang meledak sikap
Menepis tohmah menerjang fitnah.dakwaan itu palsu,hutanmu yang rimbun sesungguhnya tetap hijau tetap rimbun.
Bondaku yang mesra kalau aku haiwan di akui tubuh ini masih bugar bernaung di bawah daun-daun embun yang turun.sememangnya muzik dan hiburan tempat permainan anakmu seorang.
Gitarku tabahlah menangkis hinaan dusta itu.teguhkan tekad singkirkan pendusta terhadapku.biar dunia tahu halaman ini masih kekal dan gitar muzik percaturan anak-anaknya pun bukanlah hamparan kering yang menganugerahkan gitar sengsara!

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping