Friday, January 22, 2016

bikin cerita

apa cerita man ooiii? 

blom service moto,blom tukar tali gitar,blom repair tv bilik,peti ais plak kejap ok kejap x ok.Radio gram baru beli pun rosak sekarang dengar radio lama JVC.simpanan nak guna beli washing mechine aduhai.. bila mau kaya asyik kayap ja yg melarat



moto cabok aku tahun lepas tukar head cover MR 1 lampu sekali,tayar depan tubeless,rantai,rantai kecik,spoket,padel gear,plug,bateri sekarang blom service tukar minyak enjin sudah dekat 3 bulan.



Gitar ucuk aku blom tukar tali dah setahun lebih,yg putus pun ikat beb



Dua buah tv bilik aku yang rosak blom hantar reapair sekarang hanya menonton tv kecik ja dalam bilik hari tu baru hantar repair 2 bulan sudah rosak balik sebab cuai lalai lupa tutup suiz tv time masa tu mengantuk sangat off remote ja keesokanya bangun tidur baru tahu x katup bila on balik da rosak.

kemarin mental aku tidak sihat sebat tak makan ubat sudah 3 bulan dan semalam aku makan ubat jiwa aku,dan aku di nasihatkan agar makan ubat berselang hari kalau tak makan ubat sebab ubat hospital perlu bagi aku klu tak aku cepat emo dan boleh aggressive jadi panas baran kalau belaga angin dengan mak aku di rumah.

Sekian sendiri tak tao nak pikiaq lagi dah...

Sunday, January 10, 2016

lama tak update

Lama tak update kalau tak ada perkara yang betul nak update aku pun sibuk juga memanjang.dalam penat nak buat macam mana kan

Cukuplah aku dah buat segalanya tapi apa aku dapat?cukup memadai buat masa sekarang.Setiap malam,di rumah aku letih sangat bila orang suruh  aku buat,aku macam ni.Biarpun orang benci aku tak perlu la sampai orang suruh aku di hari tua nanti sakit dan mati tak ada siapa nak jaga.. semua tu.semua orang ada perasaan tapi kekadang depa tak boleh nak hadapi semua itu.

Biar pun orang nampak aku happy dan normal tak semestinya aku sempurna macam tu.Dalam hati aku sedih.Diri ini macam tak ada siapa boleh pujuk lagi.Tak ada siapa boleh happykan aku...orang sukakan bila tengok aku macam ni?sakit itu yang orang nak kan?

Macam-macam dah jadi dekat aku tapi tahun ni,bagi aku betul-betul tak ada masa nak mengadap pc.Bukan aku nak mintak simpati tapi semua ini kenyataan.semua dari hati yang tengah bingung,hm, orang tak faham macam mana aku.Orang faham aku ni tak ada tanggungjawap,mainkan perasaan orang tapi aku tak tahu betapa aku sayangnya diri aku

Masa dan keadaan telah berubah tapi fikiran tengah fikir yang bukan-bukan.aku tak tentu arah dah.aku cuma harap aku akan dapat kehidupan yang lebih baik and aku happy apa yang aku buat yang akan datang dalam hidup aku itu yang aku semua orang harap selama ini.

Biarla aku  tapi aku tak nak orang lebih terseksa memikirkan tentang aku.akan ku lupakan kenangan sakit aku memang berat  hati nak berkata TIDAK BOLEH membonkang tido kena buat kerja tolong mak hari2 kalau tak buat esok mesti lusa aku selesaikan klu tak terbengkalai lah urusan aku datang yang kerja yang lain pulak nak buat lagi pening..

Sudah 3 bulan aku tak makan ubat hospital,kalau aku makan pun masa aku rasa pening dan sakit itu pun ubat penenang artene,ubat besar pahit tu aku tak makan sebab kalau makan ubat tu aku kan mengantuk dan asyik tidur tak jadi kerja nak buat.tp hari2 aku makan multivitamin ubat farmasi oh dah dah tak mo dah menaip panjang

Itula aku ingatkan dari bulan oktober tahun lepas aku sudah boleh berehat tapi sampai ke hari ini sekarng dan hari2 yang mendatang aku ada saja nak buat heheh

sendiri pikiaq nooo

Wednesday, January 6, 2016

Decide apa yang Tak boleh

Biar aku berterus terang mengenai apa yang tidak boleh terhadap diri aku sejak dahulu bertahun lamanya jikalau tidak akukan sakit...faham-faham sajalah eah

Tak boleh keluar bekerja di awal subuh

Tak boleh mandi selepas balik dari bekerja kalau mandi pun lewat jadinya esoknya pagi payah nak bangun tak stabil dengan pengambilan ubat sakit, kekadang tak mandi langsung so payah nak bekerja dan jadilah penganggur sepanjang hayat.

Tak boleh bercakap telefon bimbit di luar rumah lagilah kalau dalam rumah pun kalau bercakap dengan teman wanita so fwen aku tak adalah teman wanita dan aku pun tak mahupun bercinta.

Tak boleh mandi kekadang di rumah so bila tak boleh mandi jadinya sometime tak bolehlah sembahyang sebab badan tidak suci.

Tak boleh keluar malam jadinya terperap di rumah sajalah

Tak boleh pergi tengok konsert kalau dulu yang tengok tu tengoklah

Tak boleh ketawa,gelak pun kena cover ada limitnya jadinya hormon aku tak berkembang dan lama-lama jadinya buntu seorang diri dan happy tu hanya beberapa ketika sahaja.

Tak boleh dengar muzik yang tak ada seni

Tak boleh main gitar lagu yang tak ada seni ada sesetengah lagu juga nak main pon.

Tak boleh makan ketika masuk waktu sembahyang kalau lapar kena tunggu.....

Tak boleh berlebih dari apa yang aku ada dari orang so fwen apa yang aku ada mungkin korang tak ada dan apa yang korang ada maybe aku tiada.

Tak boleh lain dari lain contoh jadual rutin harian aku di rumah hendaklah seperti biasa jikalau lain orang akan rasa pelik jadinya aku duk macam tulah jugak.

Tak boleh bercakap sebarangan jika bersembang.

Tak boleh....Tak boleh...Tak boleh Malaysia boleh dan banyak lagi tak boleh tak teringat buat masa sekarang.Mungkin bagi korang rasa pelik tapi inilah kenyataan.

Tuesday, December 29, 2015

Jalan2 makan angin

Buat kali ini aku nak cerita lagi tempat yang kami kunjungi.hari Ahad baru2 ni 27 hb Disember 2015 kat mana tu? some of the most abiding citizens kat negeri aku ja Penang.

1st pergi Bukit Bendera di sebabkan aku sudah 32  tahun aku dan mak aku tak pergi ke situ masa aku pergi dulu umur aku baru 4 tahun aku pergi dengan mak aku sekarang sudah jauh beza dari dahulu teringat masa kecik-kecik dahulu. maaf lah aku tak ambil banyak pic yang aku ambil just kat bukit bendera sahaja.nak ambil banyak2 pic aku segan ramai orang tau sajalah musim cuti...


ronda-ronda makan angin kat Bukit Bendera



kat Bukit bendera ada bunga ni entahlah sekadar jamu mata

kemudian kami ke Roadwalk Penang kemudian pergi ke Taman Botani dan waterfall kebun bunga,pergi ke pantai seagate kat Queen bay dan ke Tapak Pesta.inilah memori dari penang yang aku nak ceritakan



Tuesday, December 22, 2015

kuchi..kuchi sayang kucing

cite pasal local kucing aku actualy kucing-kucing ni la yang tinggal dengan aku turun temurun sejak aku belum lahir lagi turunan kucing ni memang sudah ada nenek dan mak aku bela.1st of all aku nak tunjuk kucing aku kira generasi kucing kat rumah aku.

Kucing ni namanya dik tapi aku panggil teh kucing jantan ni pun kacukan tempatan sebab ekornya juga kembang dan bawa rezeki pada kami. langit2 dia pun hitam. kucing ni asal ibunya orang buang datang makan kat rumah aku dan mak aku bela.

selepas ibunya melahirkan adik2nya pula hilang dan ibunya mati tinggal dia yang sulung.selalu duk kat luar atau kat pondok kucing kalau masuk rumah selalu santai dengan aku atas permaidani depan ruang tamu sambil aku menonton tv

Dik kadang kadang tidur sebantal dengan aku,kekadang melawak dengan aku jilat jari tangan dan jari kaki aku tapi aku marah tak bagi dia sayang aku.

Dik selalu melawak dan bermain dengan Ziera maka ziera tidaklah kesunyian ada juga kawan.

Neyh Teh cik kucing betina selalu bagi makan perancang. dengan aku dia takut tapi dengan mak aku dia manja.

 kebiasanya dia tinggal tidur di rumah maklong aku kadang2 balik rumah

begitulah kisah kucing tempatan peliharaan aku sentiasa ada kucing turun temurun sejak dari dahulu dan sekarang aku dan mak aku bela kucing yang tinggal dengan aku 6 ekor. baka kacukan tempatan Rona,Isang,Jira,dan kucing tempatan Dik,Teh cik,Comel maaf cuma Comel aku belum lagi dapat ambil pic

Saturday, December 19, 2015

sendiri mahu tanya..

Today aku duk pk punya pk apa lah yang aku nak cerita bila terdengar kawan-kawan aku ramai yang dah ada kehidupan sendiri...aku pulak tak cemburu pun aeh maybe tak ada harapan langsung.pening aku aku cari topik dalam blog aku ni bila orang tanya aku nak jawab dalam blog malas nak jawab hahahaha

Buat yang suka bertanya

Hang buat kerja apa???

Di sini orang bertanya
Si sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kiralah mahupun perempuan

Hang buat kerja apa???

Orang pun dah mula risau
Si anak mak bimbang jadi penganggur terlajak
orang kata aku tak ada tanggungjawab
bergelar hidup segan mati tak mahu

Hang buat kerja apa???

Jiran turut sama menumpang-tanya
Bila di jawab belum ada rezeki
Kata mereka kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh di cuba heheh ni cadangan pelik kawan aku

Hang buat kerja apa???

Aduh... aku di soal lagi
Kerja??? tak kerja duk di rumah
Comform tak ada yang berminat da
Hah! Awak tu pemalas sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

(Aku tak kacau ambil duit ko ambil baru padan muka)


Hang buat kerja apa???

akan ku bekerja berjam-jam di rumah (haa.haa..haaa)
Semudah bershopping pasar malam atau semudah membeli DVD cetak rompak atau senang memakan twisties (yummyyy y)

Hang buat kerja apa???

Aaaah sungguh aku bosan
Banyak benda lain boleh jadi persoalan
Kenapa aysik itu yang di hadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya nasib,allah yang tentukan

Hang buat kerja apa???

Pada yang asyik menanya
Usah di risaukan hidup orang
Jaga kain sendiri agak tidak terlondeh
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada

MORAL OF STORY keluarga aku tak bagi aku kerja lagi pula mak aku pun sakit dah tak larat dan aku  di nasihatkan jaga mak dan buat kerja2 rumah tolong mak.

Wednesday, December 9, 2015

Handphone aku

Sejarah mula aku mempuyai H/P pada usia aku 28 tahun masa tuh hp pertama aku motorola pastu aku tukar track in hp philips spark sekarang aku sudah tiada sebab aku kesian bagi dekat kawan aku orang susah yang belajar taffiz jd senang sikit nak hubungi keluarganya.

Tahun 2007 aku perloleh lagi sebuah hp Nokia daun seperti di dalam gambar.pada tahun 2009 aku dapat sebuah hp dari makdak aku hp 3G pertamaku Sony Ericson sayangya hilang kena curi.tahun 2012 aku dapat dari sepupu aku kakak lili hp Samsung SGH 800 hp besi ultra metal,aku bagi pada mak aku guna.

Tahun 2014 pakcik aku bagi hp 3G Nokia 220 dan oktober 2014 aku beli Smart phone hp 3g Note i jenama tempatan WINDS buatan china tapi register di Malaysia dan aku masih mengunakanya sampai sekarang.

Dan sekarang 2007 aku masih lagi menyimpan hp aku lagi2 hp yang orang bagi pada aku tanda aku berterima kasih dan ingat akan pemberian saudara-mara aku.walaupun sekarang zaman serba canggih.kalau pakcik Alexender Graham Bell masih ada lagi tentu dia terkejut dan pening dengan teknologi hp zaman sekarang wakakakaka......kalau ada rezeki aku nak tambah lagi hp peribadi aku buat koleksi berharga.


Inilah hp aku yang aku simpan dan masih boleh di gunakan

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping