Tuesday, May 8, 2018

Mat Kilau



Lahir1847
Jerantut, Pahang
Meninggal1970
Nama LainMat Kilau
LATAR BELAKANG MAT KILAU
Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau. Ibu Mat Kilau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut,Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar. Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.

ZAMAN KANAK-KANAK MAT KILAU
Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu.Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud.Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai 'Dikir Pahang'.Oleh kerana suaranya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar.

HOBI MAT KILAU
Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.Oleh itu kerana mat Kilau pandai main gasing,maka dialah yang dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah terakhir.Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu Atau Burau di sebelah Hilir,Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.
Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang. Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad sampai dan bersemayam di Pulau Tawar.
Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila 'peran tua'(ketua berburu) tidak berburu.Mat Kilau dijadikan peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran.Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.

PERKAHWINAN MAT KILAU
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun,Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.

ILMU YANG DIPELAJARI
Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

SIKAP PERIBADI MAT KILAU
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada bula Oktober,1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri.Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Dengan setiap lapisan masyarakat.Maka Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi kerana kejujurannya.
Mat Kilau adalah seorang yang tegas mak dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,The Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali(khatib), Awang(Imam)dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
KEMATIAN MISTERI MAT KILAU
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka,iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tanang pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895.
The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-lika itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895,maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatny seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau),Pendekar Tok Demali,Raja Ibrahim(Pak Him),Mat Kelantan dan beberapa orang lain.
KEMUNCULAN MAT KILAU
Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang.Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar.
Pada hari Jumaat 26 Disember 1969,Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat.Selepas sembahyang,Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat.Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970.Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.
Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat,Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzura.Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.

Tn Hj Laham b. Samah

Dimaklumkan secara rasminya bahawa Guru Utama Persatuan Seni Silat Tadah Kuntau Purba Melayu (Muar, Johor), Tn Hj Laham b. Samah (90 tahun) kembali ke rahmatullah pada pagi 31.12.11. Al-Fatehah buat almarhum tuan guru. Salam takziah untuk keluarga beliau. Moga-moga roh almarhum ditempatkan di kalangan roh2 orang yang beriman. Perginya seorang pejuang ..

Makluman Blog kali ini

Makluman Dan Salam Perkenalan

Cerita Blog kali ini adalah projek sukarela khusus didedikasikan untuk mengumpulkan pejuang tanah air yang melibatkan alam persilatan yang sudah pergi meninggalkan kita. Ia termasuklah alam pergendangan Melayu, pembuat senjata keris dan sebagainya. Selain itu, ia sebagai rekod pada masa akan datang. Al-Fatehah buat mereka.

Blog ini mengambil pelbagai sumber dan maklumat dari majalah, akhbar dan internet. Kepada mereka (Pertubuhan, Persatuan) yang tak mahu maklumat tentang guru-guru disiarkan di sini, mohon maklumkan kepada kami di muakmal_79@yahoo.co.uk

Blog ini khusus untuk mereka yang sudah tiada, namun sebagai penghargaan yang tidak ternilai, maka blog ini menyumbangkan sedikit maklumat kecil untuk semua. Sebagai mengenang jasa mereka yang telah tiada. Blog ini juga tidak bermaksud untuk mengagung-agungkan mana-mana guru, cuma sebagaiPENGHARGAAN semata.

Atau sekiranya tuan-tuan mempunyai maklumat tentang guru-guru silat dan sebagainya yang ingin direkodkan di sini, sila emel kami di muakmal_79@yahoo.co.uk. Sila emel gambar, sedikit info atau latar belakang guru tersebut (sama ada dari persatuan silat, guru gendang, guru silat yang sudah tiada, lokasi dsb).

Sunday, May 6, 2018

Semoga dipermudahkan olehnya :)

Tidak lama lagi bermulalah perjalanan jemaah haji untuk ke Tanah Suci untuk melengkapkan Rukun Islam ke-5.

Pelbagai cabaran akan dihadapi oleh jemaah antaranya semasa persediaan mental dan fizikal serta dari sudut penjagaan kesihatan.

Mak merupakan bakal jemaah yang akan berlepas semasa pelepasan awal pertama, Insyallah. Harap harap kesihatan mereka dan jemaah haji yang lain pada sebelum, semasa dan selepas mengerjakan haji dalam keadaan baik baik sahaja.

Tapi kali ini, aku bersyukur kerana Allah memberi aku masa untuk mak melengkapkan diri dengan ilmu haji ini. Dia tahu, hambanya yang seorang ini selalu berangan-angan nak kerjakan haji, tapi niatnya selalu tak seiring dengan tindakannya. Mungkin sebab itu Dia telah memberi saya 'ingatan awal' dengan menjemput saya seawal tahun walaupun musim hajinya masih beberapa bulan lagi. Terima kasih Allah...

Subhanallah sayu hati aku bila melihat wajah suci ibu ku


                                Persiapan mak dengan beberapa Telekung dah siap                              

Banyak urusan yang perlu dilakukan selain daripada melengkapkan diri kita dengan ilmu sebelum haji. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan oleh-Nya.

Surat panggilan haji - selepas menerima surat panggilan, kita akan diberi tempoh sehingga tarikh yang ditetapkan untuk memberi maklumbalas samada menerima atau menolak panggilan tersebut. Sekiranya kita menerima, kita diberi pilihan samada memilih Makkah @ Madinah dahulu sebagai destinasi yang hendak kita tujui. Pada aku, memilih untuk pergi ke Makkah @ Madinah  sangat PENTING kerana ia akan menentukan penerbangan mana yang akan kita naiki dan jenis haji apa yang akan kita lakukan. Jika kita memilih ke Madinah dulu, kita mungkin akan mendapat penerbangan awal dan akan mengerjakan Haji Tamattu'. Manakala jika kita memilih untuk terus ke Makkah, kita mungkin akan mendapat penerbangan akhir dan mengerjakan Haji Tamattu'/Ifrad. Oleh itu, bagi bakal jemaah haji, secara tidak langsung kita boleh merangcang tempoh untuk kita berada di sana nanti. Manakala, kalau kita menolak @ tak berniat untuk menunaikan haji pada tahun tersebut, jangan pulak diabaikan surat tu... Kena jawab dan hantar pada TH dan bagitahu bila tahun yang dipilih. Sebab kalau abaikan surat ini, kesannya ialah nama kita terus ditendang ke senarai memohon sama macam orang baru apply nak pergi haji? Sanggup ke nak tunggu lagi???

Kos penerbangan -  Selepas menjawab surat tawaran haji, pihak TH akan memberi tempoh (hampir 2 bulan) untuk kita memenuhkan akaun TH sekiranya akaun TH kita masih belum mencukupi untuk menampung kos tambang dan lain-lain kos yang berkaitan. Bagi jemaah haji yang pertama kali menerima jemputan, insentif sebanyak RM4,900 akan diberikan yang saya kira 'hadiah' untuk setiap tetamu Allah yang menjadi rakyat Malaysia! ^_^

Mengikuti kursus-kursus haji yang disediakan oleh TH - terdapat 3 jenis kursus yang perlu diikuti bermula dari Kursus Asas Haji (19 siri, hampir 6 bulan), diikuti Kursus Intensif Haji (2 hari) dan terakhir ialah Kursus Perdana Haji (2 hari 1 malam).

Menjalani pemeriksaan kesihatan
Menyedikan ubat-ubatan sampingan
Menyerahkan passport antarabangsa serta Visa
Menyediakan barang-barang keperluan semasa di sana.
Menerima panggilan khursus intensif haji
Menerima panggilan kursus Perdana selepas Raya Puasa
Menerima surat tarikh penerbangan haji dari TH (belum)

Mak kelihatan letih berjalan jauh
Masa pergi buat passport antarabangsa di UTC Sungai Petani 
sangat mudah tak hampir setengah jam dah siap sebab imegresen terletak tingkat atas 2 tingkat tapi lokasi agak jauh dari tempat tinggal kami

kita ke sana bukan saja sediakan pesiapan untuk diri kita semasa di sana, tapi kita kena fikirkan jugak keperluan tanggungan kita bila kita tinggalkan mereka dan yang penting hati kita mesti sentiasa bersih dan redha untuk ke sana.

Petikan daripada buku Manasik Haji dan Umrah Mengikut Ahlus Sunnah Wal Jama'ah oleh Ustaz Tengku Mohd Fouzy Jumat tentang persediaan diri sebelum ke tanah suci adalah seperti :
Melakukan solat taubat nasuha iaitu dengan bertaubat dengan memenuhi 3 syarat iaitu menyesal atas perbuatan-perbuatannya, segera meninggalkan perbuatan dosa itu dan berazam tidak akan kembali lagi pada dosa tersebut.
Perlu menunaikan amanah dengan mengembalikan hutang yang sudah sampai waktunya. Jika belum dapat berbuat demikian, perlu wakilkan kepada seseorang untuk menjelaskan hutang dan memohon dihalalkan hutang sekiranya ada sepanjang tempoh berurusan.
Nafkah yang ditinggalkan perlu mencukupi untuk keluarga dan tanggungannya.
Memohon keredhaan ibu bapa sekiranya mereka masih hidup dan minta dihalalkan air susu ibu dan redha dari suami.
Memastikan bekalan untuk ke tanah suci adalah daripada sumber yang halal.
Mempelajari ilmu ibadat haji supaya ibadat haji tidak rosak dan cacat.
Berdoa semoga Allah memberi teman perjalanan yang soleh dan dapat membantu ketika susah serta menasihati sekiranya berbuat salah.
Amalkan sikap bermurah hati dengan memperbanyakan sedekah dan membantu orang susah yang ditemui dalam perjalanan ke tanah suci Makkah.
Mempunyai bekalan taqwa dan niat yang ikhlas.
Antara kesemua panduan persediaan yang disarankan, panduan yang terakhir paling merisaukan saya sebab taqwa dan ikhlas itu tidak dapat diukur dan ia adalah rahsia Allah. Saya hanya mampu berdoa semoga termasuk di dalam golongan tersebut... Amin...

Tidak ada kesusahan yang menimpa melainkan dengan izin Allah. Sesiapa yang beriman
kepada Allah, akan dipimpin hatinya bagi menerima apa yang berlaku dengan tenang
dan sabar - surah at-Taghabun ayat 11.

Doa Berserah diri setelah berusaha mencapai matlamat dan tujuan agar kita redha dengan ketentuan yang allah berikan

hasbiallahwanikmalwakil

cukuplah bagiku allah dan dia adalah sebaik pelindung

Saturday, May 5, 2018

prob.aku dan mak aku

siapakah memehami aku walaupun aku adakalanya tidak bersetuju dengan perangai dan pemikiran perasaan mak masih nilai dan di terima adakalanya mak tidak dapat menerima aku atau mean menyokong mak selaunya tidak membiarkan aku buat keputusan sendiri tetapi aku selau memberi bantuan sokongan.

mak selau sukar untuk berhadapan dengan pelbagai pemikiran aku pula delusi dan halusinai wujud tapi aku buat tak tahu saja.dengan masyarakat sebahagian daripada fantasi.tidak aku nafikan ahli keluarga kurang bercakap antara satu sama cara komunikasi menjadi sehala dan berbentuk arahan.banyak masej aku catatkan satu persatu dalam blog aku bagiu memastikan aku melihat aku supaya dapat memahami perasaan aku sendiri tapi aku dirumah bertanyakan soalan tidak dapat komunikasi dua hala selalunya di salahkan oleh mak aku sebelum aku habis bercakap.aku lebih kepada terbuka berbanding tertutup.

mak aku tak banyak memberi lebih banyak penghargaan malah kritikan aku pula tidak perlu memaksa orang lain mentafsir adalah tidak benar cuma mereka cara-cara membezakan kenyataan dan kepercayaan palsu sikiranya masih mak memarahi aku selepas fasa akut itu tidak wujud tetapi keaskitan itu aku memikirkan tidak proaktif bagaimana mak mahu aku tolong aku.

pengucapan akutidak berkesan untuk meluahkan perasaan kehendak aku malahan mak meluahkan perasaan negatif atau mengeluarkan pendapat yang bertentangan sebagai contoh :-

*pengucapan -mak- ---> luahan secara negatif
*pengucapan -aku-  ---> luahan secara positif

kebaikan mak tidak banyak memberi peluang berbincang secara terus terang dan tegas pada pendirian.sebaliknya aku memberitahu perasaan mengenai perlakuan pun tidak dapat perhatian daripada perasaan orang lain kebiasaanya sendiri yang center pemikiran.pengucapan aku tidak tertumpu kepada luahan perasaan mak tumpuan aku perasaan dan pengalaman mak bila berlaku sedmikan atau sebegitu

ransangan -> mendengar + memahami + ulangi luahan mak ayat dan keputusan berbeza sedemikian dan sebegitu

mental kerap jadi kesusahan memahami dan menyampaikan dengan perkara tertentu supaya aku memahami. beginilah realiti bagi kehidupan kami nak beranak bermasalah terancam dalam memahami yang mudah dan jujur.mudah di hasut kemarahan lemah menilai keputusan yang di buat menyendiri perasaan yang cepat berubah walaupun aku selau bersabar walaupun kurang munasabah dapatkan perhatian mak terlebih dahulu segala perbualan bermakna kepada mak dan memnerima keadaanya sentiasa tenang diri dan tidak menyatakan cadangan apabila wujud sesuatu kelakuan yang ti dak di ingini misalnya aku bertempik ia dah sebelum  ia menjadi tabiat aku bermasaalah menyatakan perasaan kelakuan aku terang-terang dan jujur bila mak meluahakan perasaan negatif kapada aku dan menyalahkan aku suara tegas meluahakan perasaan negatif dan jelas dan jujur biasanya bertambah percangahan mentaliti

Faktor keperluan ---> menyeluruh --->kesedaran aku tiada mencukupi --->sokongan selain ahli keluarga --->hubungan keluarga yang baik ---> masyarakat yang sedia menerima


begitulah hakikatnya dari segi pendapatan dan kewangan kekadang bermasalah lagi beberapa hari nak terima wang sudah kehabisan teragak-agak sesuatu atau reda menanti menjadi kepayahan dan kesukaran dan kesusahan dalam hidup hanya boleh hidup.

aku memahami mak dan perlu memahami mak tapi mak lambat fahami aku jadi apa aku buat semuanya tak kena padanya,aku terima mak cakap,mak tak terima aku cakap.

i'm not over bored coz she's my mum why she make me so stupid.sembahyang dan berdoa pastu kekadang jadi salah faham lagi...balik orang kata mak aku bagus sabar dengan aku sebab aku sakit la konon tapi hakikat orang tak tahu aku lagi bersabar dengan mak aku.

Wednesday, May 2, 2018

hari beriadah

1 mei hari pekerja , 

baby's day out



setelah lama asyik jln2 di area kawasan berdekatan, kali ni dato K (nama manja Modenas kriss aku PEK 3642 )cuba utk keluar dari kampung,sempena dgn PRU14 akan datang ni....dato K pun taknak ketinggalan utk membuang undi....maka bergeraklah dato K ke sekitar kawasan pantai utk menunaikan tanggungjawab. sebelum tu kena beli buah tgn utk keluarga  dulu.pandai dato K jaga hati bonda.



nampak gayanya dato K masih lagi kuat kederat utk berjalan jauh biarpun umur dah pertengahan senja.....selalu minum kopi tegak gamaknya dato K ni.....dah tua buat la cara tua....nak jugak berjln2 dlm bandar...


kdg2 gelagat dato K ni menimbulkan syak wasangka masyarakat sekeling dgn perangainya yg suka keluar masuk hotel2 4 bintang.....adakah dato K sudah mula.......


ataupun dato K dah ada pacar yg lain.....dating seorang-seorang

pencarian dato K utk ke pilahdelphia pd ptg ahad tu tidak berjaya kerana hujan yg tidak begitu lebat, almaklum la dato K kan alah pada hujan. tak ada payunhari beriadah..insyallah lain kali dato K akan sampai....sehingga ketemu lagi di lg dan bumbung kan sampai....baju hujan hari beriadah..
sehingga ketemu lagi di lain hari

Pantau Lokasi Memancing

aku dan Yusuf

Petang Wan telefon kebetulan lalu kat kawasan rumah aku nak ajak aku keluar kami pergi rikey line lokasi nak memancing dengan yusuf berkelah minum milo float ais kepal makan keropok leko dan goreng pisang dan ke Masjid Telok air Tawar solat Asar nak balik dari masjid pakcik jaga tegur aku "ni sapadia tak tahu nampak macam kenal" aku jawab la saya dulu kerja kontraktor buat masjid ni sampai pasang aircond , pakcik tu jawab tu nampak macam biasa tengok.




 semua lokasi memancing di akan datang comming soon

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping