Tuesday, May 8, 2018

Bapak Khalid bin Ibrahim


Pada 26hb March 2011 Bapak Khalid telah kembali ke rahmatullah pada jam 4 pagi, di Hospital Putrajaya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Bapak Khalid. Al-Fatihah...

Sumber - sini

Pak Muslim Haji Nordin


Pak Muslim Haji Nordin,Guru Utama Silat Kalimah Amin telah meninggal dunia pada 18 Januari 2009. Jenazah beliau telah dikebumikan pada pagi semalam di Nilai,Negeri Sembilan.

sumber - sin

Hulubalang Tambun


Hulubalang Tambun ataupun Pok Hitam Tambun adalah lagenda sejarah daerah Dungun.Beliau adalah hulubalang ternama yg terkenal di Negeri Terengganu, Pahang , Kelantan dan Johor. Sebelum ini Dungun.Net telah menceritakan mengenai keturunan Tambun membuka daerah Dungun. Dalam artikel kali ini,Dungun.Net telah diberikan kebenaran utk menulis kisah2 kehandalan Hulubalang Tambun utk tatapan pembaca.

Tok Tambun diberikan kebenaran oleh Sultan Zainal Abidin ke 3 utk menjaga keamanan daerah Dungun. Jadi apabila berlakunya sesuatu perkara di daerah Dungun, Tok Tambun akan dipanggil utk menjaga kedamaian. Beliau bukanlah pemerintah, bukan juga ketua kampung. Tetapi lebih kepada seorang Hulubalang dan rakan kepada Sultan Zainal Abidin ke 3, Tok Ku Paloh dan Hj. Deraman Limbong.

Pada waktu zaman penjajahan British, ramai orang orang siam yg bekerja di Dungun mencari bijih kaci. Orang² siam ni berpuak puak dan seringkali bergaduh dengan orang² Dungun. Lalu Tok Tambun dipanggil oleh penguasa utk menyelesaikan masalah tersebut. 

Orang2 siam kesemuanya berkumpul di atas bukit merusuh. Tok Tambun lalu berikhtiar dan membuat 7 buah rakit. Beliau duduk di dalam air di bawah setiap 1 rakit 1 mlm sehinggalah 7 malam berturut² di dalam air. Pada hari ke 8, beliau lambai ke arah bukit memanggil orang orang siam. Orang orang siam yg sebelum ini merusuh , terus ramai ramai turun dan duduk di atas rakit tidak membantah walaupun sepatah. Dan di hantar oleh Tok Tambun ke Kuala Dungun, di serah kepada Raja Daerah Dungun pada ketika itu ialah Penguasa Dungun.

Kejadian ini berlaku di Sungai Kuala Perlis , Hulu Dungun kawasan Pasir Raja.
Begitulah hebatnya ilmu Tok Tambun.

Sedikit profil mengenai Tok Tambun

  • Beliau mempunyai ramai adik beradik akan tetapi setakat ini yang di ingati oleh pemberi cerita hanyalah Seman Pok Teh Kasim.
  • Beliau adalah seorang nelayan.
  • Antara pengikut Tok Tambun yang dikenali adalah Tok Su Umor Bulu.
  • Mat Kilau lari dari Pahang dan menuntut ilmu dengan Tok Tambun .
  • Cicit cicit Tok Tambun sehingga kini masih menetap di Daerah Dungun. Kawasan tapak tempat tinggal Tok Tambun telah diberi nama Jalan Tambun sebagai tanda penghormatan kepada beliau.
 sila baca di sini untuk selanjutnya - klik 

Tok Setiu


Terbitnya nama Setiu adalah berasal daripada nama seorang pahlawan Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun-tahun 1770an. Dalam peperangan tersebut pihak Belanda telah mendapat kemenangan. Dengan kekalahan Bugis ini menyebabkan ramai orang-orang Bugis lari meninggalkan negeri mereka. Antara orang-orang Bugis tersebut termasuklah Tok Setiu. Tok Setiu merupakan seorang Panglima Raja Bugis. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain daripada kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan Belanda. Setelah beberapa lama belayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun tiba di Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad II iaitu Sultan Terengganu yang ke X (1875 hingga 1881). 

Apabila Tok Setiu mendarat ke Terengganu, beliau pun menemui baginda Sultan Ahmad untuk memohon menumpang tinggal di Terengganu, beliau menceritakan perihal kedatangannya dan segala pahit maung semasa dalam pelayaran.

Baginda Sultan Ahmad II telah bersetuju dan perkenankan permohonan Tok Setiu dan orang-orangnya. Lalu Baginda titahkan kepada Tok Setiu supaya mencari tempat yang sesuai utnuk dibuat perkampungan.

Setelah meninjau kawasan-kaeasan di Negeri Terengganu, beliau telah memilih sebuah tempat dan dinamakan Kampung Bukit Tok Setiu. Disinilah tempat Tok Setiu dan orang-orangnya berkampung dan menjalankan kerja-kerja harian mereka.

Pada peringkat awal pendudukan Tok Setiu di Kampung Bukit Setiu, beliau telah dilantik sebagai Ketua Kampung. Dalam pada inilah Tok Setiu mendapat tentangan daripada Tok Itam dan orang-orangnya kerana berebut satu kawasan. Oleh kerana tidak mendapat kata sepakat dan tolak ansur antara mereka berdua, lalu berlakulah peperangan yang amat hebat selama 7 hari 7 malam. Dalam peperangan tersebut pihak Tok Setiu hampir menerima kekalahan.

Memandangkan hal yang demikianlah Tok Setiu memohon bantuan daripada Tok Serban Kuning dari Mukim Batu Bertindan, Bukit Mahsuri. Dengan bantuan yang diberikan oleh Tok Serban Kuning maka pihak Tok Itam telah mengalami kekalahan. Kemenangan Tok Setiu telah mengukuhkan lagi kedudukanya sebagai Ketua di Kampungnya dan menyebabkan pengaruh beliau semakin kuat dan pengikutnya bertambah ramai.

Kekalahan Tok Itam telah menyebabkan anak buahnya menyimpan dendam dan mereka telah membuat batas sempadan dengan menanam suatu azimat. Tujuannya adalah untuk mencegah daripada kemasukan binatang-binatang daripada kampung lain. Ini jelas terbukti apabila seseorang yang hendak membawa masuk kerbau dan lembu dengan tujuan untuk membelanya ataupun kenduri kendara, binatang itu apabila melangkah saja ke garis sempadan tersebut terus mati. Peristiwa ini telah berlaku berulang-ulang kali.

Semasa pemerintahan Tok Setiu, beliau telah meninggalkan banyak jasa antaranya membuat tandak-tandak sungai adalah bertujuan untuk memudahkan pengaliran air dari sungai ke sawah-sawah. Pekerjaan penduduk-penduduk pada masa itu hinggalah sekarang ialah bertanam padi dan menoreh getah.

Selain daripada bertugas sebagai Ketua Kampung, Tok Setiu juga berperanan sebagai guru silat dimana ramai penduduk-penduduknya yang belajar denganya. Dikatakan bahawa persilatan menjadi pokok utama dalam kehidupan penduduk kampung Bukit Tok Setiu ialah kerana adanya satu temasya pertandingan silat.. Temasya ini telah diadakan pada tiap-tiap tahun.

Tok Setiu meninggal dunia setelah bertikam dengan adiknya disebabkan oleh fitnah dan dikuburkan berhampiran dengan rumahnya yang terletak di bawah sepohon Berangan. Pokok Berangan telah ditebang manakala batu nisan tidak dapak dikesan. Kawasan perkampungan Tok Setiu sekarang telah dipenuhi dengan pokok-pokok getah dan semak samun.

Kemasyuran nama Tok Setiu telah mendorong kepada penduduk-penduduk kamping menamakan tempat itu sebagai SETIU hinggalah sekarang menjadi satu Daerah.

PENUTUP
Tok Setiu memainkan peranan yang besar dalam sejarah kehidupannya dan banyak jasa-jasa yang ditinggalkan oleh beliau. Hiburan seperti bersilat, Mak Yong, main gasing, belaga kerbau turut diadakan di kampungnya. 
 
Sumber : sini

Awang Kechik


POKOK SENA - Seramai 238 ahli keluarga daripada lima generasi keturunan Awang Kechik berkumpul dalam satu majlis, dekat sini, dalam usaha untuk memupuk hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Awang Kechik seorang pemimpin disegani suatu ketika dahulu di Kampung Bukit, Pokok Sena.

Beliau dipercayai anak tempatan dan mempunyai ilmu tinggi dalam bidang persilatan selain menjadi tempat rujukan penduduk kampung.

Beliau juga dikatakan berkebolehan dalam ilmu perubatan tradisional dan ilmu berkenaan turut diturunkan dari satu generasi kepada generasi baru sehingga hari ini. Selanjutnya di sini

Nordin Atan


12/08/2011 - Bekas jaguh silat olahraga negara, Nordin Atan, 39, meninggal dunia di Unit Hermatologi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pukul 9.45 pagi kelmarin akibat sakit leukemia yang dihidapinya sejak empat bulan lalu.

Pemergiannya amat menyedihkan isteri, Siti Sarinah kahar, 32, dan tiga anak mereka yang berusia antara tiga hingga sembilan tahun tatkala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

Allahyarham merupakan atlet silat olahraga pada era 90-an dengan memenangi Kejohanan Silat Dunia pada 1995.

Siti Sarinah berkata, suaminya sempat berpesan supaya dia menjaga anak mereka, Nurizlyana Atasha, 9, Iskandar Syafiq, 8, dan Iskandar Mukriz, 3, dengan baik dan sentiasa mengutamakan pelajaran mereka,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Dalam, Pontian di sini.

Kira-kira 300 saudara mara, kenalan dan rakan-rakan persilatan serta anak murid Allahyarham menziarahi jenazahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kerajaan di Kampung Parit Patah, dekat sini selepas Zohor pada hari yang sama. – Utusan

Sumber : sini

Ustaz Hj Hussein @ Ismail Din Gayong Limbong


Sumber gambar : sini

Ayahanda Ustaz Ismail yang cukup dikenali sebagai Haji Kedah dan Mail Limbong meninggal dunia pada 07.05.2011 dan dikebumikan pagi ini.

Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan itu telahpun dimaklumkan sebelum ini mengenai penyakit arwah dan agak tenat berada di rumah beliau di Limbong, Kedah.

Dalam perjalanan seterusnya ke Kedah, pihak kami amat berharap dapat jumpa dengan beliau sebagai perkenalan dengan seorang guru lama tetapi perancangan Allah SWT lebih baik.

Harap kegurulatihan dan pentadbiran akan terus maju di bawah peninggalan Arwah dan diteruskan dengan pewaris sedia ada.

Sesama kita doakan agar Arwah ditempatkan di tempat mereka yang soleh dan diredhai Allah SWT. Amin.
 
Sumber : sini

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping