Saturday, March 7, 2020

Service motor Believe hp

Hari in Servis Motosikal Modenas Kriss 110,tukar minyak Hitam, bateri, brek pad disk ,motor ini 21 tahun dah berjasa pada aku

memang  banyak lagi maintenance yang hendak di baiki atau di servis




Believe HP China Mobile 


A4

RM400 aku Tawar dapat RM390 tambah RM10 top up kredit.

Bayar ansuran TV, ansuran kabinet Meja TV, ansuran ombak Conway, Hutang maklong,  bagi mak make suit belanja, 

Esok nk Bayar settle BIL TM steamyx


Thursday, March 5, 2020

Service with smile

Seelok-eloknya hari ini aku sudah bersihkan kipas di tempat bertugas udara bersih post guard kelihatan kemas



Tukar plat no tua belakang

Tukar no plat tua belakang standart

 Kemarin budak skpb tanya aku "no plat pakcik plat balai ka?"

Aku cakap "plat PEK sama plat balai no plat lain"





Tuesday, March 3, 2020

Karamah Melayu





Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat beristeri empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa silatnya gempar,
Amuk Melayu bumi bergegar.

Bangsa Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Umat Melayu jihad sabilillah!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Seantero dunia kesultanan hebat,
Tujuh penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat.

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beramanat,
Buat dakwah di bumi berkat,
Diakhir masa ramai wali hebat.

Bangsa Melayu terasnya hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) memberi amanat,
Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu penuh santunan,
Agama dijunjung zaman berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah barakah jadi laziman.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
Wa’ad Melayu jangan disanggah,
Sanggah waad menjemput tulah.

Tanah Melayu pernah tersurat,
Raja rakyat saling muafakat,
Alim ulama dijunjung hormat,
Bumi bertuah terbilang sejagat.

Bumi Melayu penuh berkat,
Tempat tumpuan ulama sejagat,
Madrasah pondok merata tempat,
Menjana insan unggul berhikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriyyat Nabi (saw) sudah tersurat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Baginda penuh karamat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah mana menghilang,
Kesultanan tradisi masih ditatang.

Melayu pernah berilmu budaya,
Dari llahi satu kurnia,
Manuskrip tersebar serata sedunia,
Menyimpan khazanah Melayu tua.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka  indah madahnya,
Pertukangan sulaman tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah turun semua.

Orang Melayu usahlah alpa,
Warisan leluhur bukan sehari dua,
Pusaka Melayu 6 kurun lamanya,
Jadi kebanggaan anak bangsanya.

Orang Melayu usahlah goyah,
Propaganda musuh jangan melatah,
Ungkapan’Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh mencabar maruah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar musuh keparat,
Propaganda keji dibuat-buat,
Maruah Melayu disiat-siat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Sudah wujud sekurun dua nan lalu,
Serangan penjajah bertalu-talu,
Tradisi dijarah tiadalah malu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang agama disanggah,
Akhirnya Melayu ditimpa  tulah.

Sekian lama Melayu disasarkan,
Sejarah jatidiri diserang-serang,
Musuh luar dan dari dalaman,
Mungkin tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkin tersirat sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingat pesanan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat
Baka Melayu penuh hakikat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umara-ulama kunci terletak.

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berilmu, bertariqat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya,
“Takkan Melayu Hilang di Dunia!!”


Keris berdarjat 13 lok,
Buat pakaian panglima berjanggut,
Sarang tebuan jangan dijolok,
Harimau tidur jangan dikejut.

Step fwd kepimpinan Malaysia



Di maklumkan bahawa perkara selalunya yang mustahak masalah politik berdepan dengan Rakyat Malaysia.

Adakah daripada itergrasi yang berlainan pihak yang terkenal ternama dan untuk satu komuniti politik.Ia boleh jadi penting dan menarik untuk memeriksa bagaimana reaksi yang berlainan kaum rakyat boleh jadi kecil untuk sesetengah komuniti

Saya rasa dalam mencari di dalam masa terdekat di dalam negara ada kemungkinan era perubahan sosial atau zaman dengan apa-apa alasan tewas dalam masa akan jadi faktor utama dari semua harus ambil jaminan sosial antara komuniti yang lain yang terlalu bagus untuk bersama dalam kehidupan.



Pada saya dengan arah dan hala tuju matlamat Malaysia akan jadi kemungkinan untuk masa akan datang sementara meyambung warisan anak bangsa.

Untuk di jadikan kemungkinan ia akan jadi mana-mana bertukar tangan dalam politik yang kuat seperti sekarang.


Sunday, March 1, 2020

Syiling dah repair

Sama ada dalam bentuk fizikal atau mental modal membeli bahan,barang dan membayar kos pekerja bergantung kepada pendapatan aku repair sedikit-sedikit baiki rumah

Syiling putih di atas dah bereh selesai satu perkara




Kadar Streamyx Prob

Pendapatan aku bedasarkan jumlah pendapatan semakin tinggi pendapatan aku semakin tinggi yang perlu di bayar.

Jumlah bayar minimum ansuran
Ansuran 1.ombak coway RM 140
Ansuran 2 TV                     RM    87
Ansuran 3 kabinet  TV.     RM.   44

Jumlah bayaran.               RM 273

Kadar ini meningkat bagi setiap bulan apabila silih termasuk pembayaran bil TM streamyx

Setiap bulan bayar free RM 63

Rebit pembayaran bil streamyx merugikan termasuk caj yang di kutip setiap bulan tanpa menggunakan perhikmatan internet/wifi selama lebih 10 bulan saya bayar dan jelaskan tanpa sebarang faedah

Demikian saya menelefon ke talian perkhidmatan TM bahagian akaun TM saya dan status perkhidmatan.saya beritahu mengenai bil akaun TM streamyx from the fist only saya sudah jelaskan bil tahun lepas dan bulan January akan tetapi tidak menggunakan connection internet sekian lama kerana sibuk dengan kerja dan komputer saya rosak di rumah and it was time make 9 hb mac 2020 selesaikan comfirm terminated.

Tempoh hari saya ada ke TM point untuk terminated tapi kesuntukan masa jadi saya jelaskan bayaran free di mesin pembayaran kerana saya bekerja shif petang

Memang tak real la saya cakap setiap bulan saya bayar tanpa menggunakan perkhidmatean internet di rumah bayar free caj macam tu sahaja.

Sehingga TM cakap bayar comform terminated transaksi acess di kounter TM dan tunggu surat dari TM akan claim duit pembayaran sebelum ini kerana TM check saya tiada buat connection internet wifi juga disconect line tidak di gunakan.

Saya cakap dekat TM saya ambil cuti 9 hb untuk selesaikan bil berlarutan ini di hentikan


Kemerosotan akibat peningkatan permintaan terpenting keperluan di rumah,repair rumah di naik taraf dan sebagainya hampir sama selisih dari pendapatan

Diangarkan oleh saya

Akmal



Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping