Tuesday, December 10, 2013

kayak sampai pulau ketam.


Penat lah nak kayuh kayak .kalau sampan makan duri da lalu pulau 2kecil sampai tengah member yan buat takmo kayuh aduh lap.. Peluh kemih aku kampoi ibarat sabut tak tengelam di badai gelora. 

Monday, December 9, 2013

kakiku sakit

Senaman skipping  atau biasa disebut lompat tali  merupakan senaman yang sihat tapi yang tak sihatnya aku.2 minggu lepas aku ada membeli skipping root (tali skipping) dalam 3,4 hari aku belatih bersenam skipping kat dalam rumah ok je sbb aku cuba cecah hujung jari kaki saja semasa skipping. pada 2 hb 12.2013 aku saja ter cuba skipping cecah tapak kaki 2 kali aku lompat kaki aku tercedera pada pergelangan tumit kakim sebelah kanan dah le tu dalam 5 hari aku tak bagitahu dekat mak aku,aku ingat tak apa nanti ia akan sembuh sebab tiap malam sebelum tidur aku sapu minyak urut.tapi duk macam tu jugak rasa sakitnya baru aku bagitahu 2.3 hari yang lepas memang bengkak,kalau bangun tidur pada mulanya rasa ngilu menucuk bila ringankan kaki hingga ke bilik air


Sampai ke hari ini kaki aku masih sakit,aku rasa esok nak cuba ubat sakit urat dekat farmasi tengok dulu macam mana kalau tak bleh nak ke hospital dan kalau bengkak aku surut dan tak boleh jugak barulah aku nak pergi mengurut untuk menyembuhkan cedera tersebut.

ada aku dapat perghtua“Kalau kaki bengkak, rendam kaki pakai air garam. Airnya hangat-hangat kuku, setelah itu dipijat menggunakan obat urut. Itu dilaku dua kali sehari. Enggak sampai seminggu, bengkaknya pasti hilang,”

Titik Refleksologi pada tapak kaki



tengoklah dulu keadaan macam mana aduh...duh..duh mak kaki sakit

Friday, December 6, 2013

Tukar alat ganti motosikal

Anyway,tahun ni setelah aku periksa perbelanjaan terhadap motosikal aku agak terkawal jugak tukar

1.Minyak Hitam 2/3 bulan baru tukar
2.Oil Filter 4 kali setelah tukar minyak hitam
3.Tayar tubeless tayar belakang depan masih elok lagi walaupun sekali saja tukar
4.Bateri
5.absober KYB
6.Getah Brek depan dan belakang keselamatan tetap kena jaga . Safety first .

berbalik kepada benda yang aku tukar kayaba shock absober ialah satu nama yang tidak asing lagi di dunia permotoran malah kini sudah tetap jadi pilihan aku selepas aku tukar ganti KYB absober yang Ori pada motosikal modenas kriss aku pada pertengahan tahun ni setelah absober YAMAHA ori yang aku tukar sebelum ni tidak padan dengan motosikal aku di mana suppension motosikal aku sebelum ni agak longgar 1.5 inci .so makanik recomen aku guna kayaba absober sekarang tidak longgar lagi lebih kejap tinggi dan stabil secara logiknya injap yang mengawasi tekanan pun lebih kejap malah bergerak dengan lancar .teringat pula moto RG Sport aku dulu dimana monoshock absober pun buatan kayaba. (KYB)

pic absober KYB dan Tayar belakang tubeless kawan aku syor aku pakai tayar keluaran VIVA so aku pilih tayar dari company VIVA gak murah dan kualitinya pun bagus

Sample image...






Friday, November 22, 2013

Sekilas Kemarin

Pada mulanya aku tak mahu kemana sbb. aku ada hal nak keluar nak beli tali gitar,rokok dan surat khabar.Tapi kawan2 aku wan dan zaini datang bawa nasi bungkus untuk di makan bersama di rumah aku selepas makan kawan aku ajak pergi makan kenduri selepas solat asar. so pukul 3 petang kami keluar pergi ke rumah kawan aku amir dan abg wadi,

kemudian ke Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam, kami bergegas ke Sugai Dua.Daerah penempatan kawasan antara kg. aku dengan kg. kawan2 aku  (no offense ya!):-D

Kalo kawasan kami yang cukup terkenal seperti Air Hitam—mulai dipopulerkan sebagai Taman Hutan Air Hitam—saja berkunjung,  meng-explore Hutan yang terletak di pelusuk Sungai Dua Butterworth begitu respons aku pada aktivitas promosi taman rekiasi.

Papan Tanda di pintu masuk


foto yang kami ambil dari atas menara. Good news! It is possible! Indah”.

                                                           Titi gantung

Dari kiri Aku,Che Zaini dan Abg wadi

Kami panggil sungai ni sungai U sebab kedudukannya sama bentuk huruf U

 tak salah aku ni pokok kedudor dulu ada kat belakang umah aku tp dah lupa pokok ni miangnya galal kalau terkena kulit kawan aku panggil pokok ni pokok rambut Bob Marley sebab runtun buahnya macam rambut Bob marley

Kami namakan pokok ni pkok tarzan sbb akar pokok nya macam tali tarzan

Dari kanan Che Zaini,Aku Abg wadi dan Wan

selepas ambil foto-foto kami pergi makan kenduri anak saudara kawan aku ada buat kenduri kesyukuran berkhatan.Cuaca yang cerah tiba-tiba berbalik mendung,6.45 ptg kami pulang dari rumah kenduri dan aku terus balik ke rumah.

so ni saja cerita aku kemarin ye...lain kali plak kalau aku rajin update kt blog aku ye,,,bye

Tuesday, November 19, 2013

Baris_____Hari....

pagi hujan, Tak sangka! masih hujan

petang dan malam hujan turun lagi. .

tik tok,tik tok,

Ini sudah pagi.

Pukul 8:30

momen hujan sebagai saat mandi pun sejuk Sama saja, masih hujan

Aku hanya berhenti sejenak,ku lewati

Diam memikir apa aku nak update blog selepas ini atau akan datang

Hasilnya tanda tanya ? sbb. bulan depan mungkin aku agak sibuk banyak juga benda nak buat

Tentu saja aku tak ada masa...penat tak kuasa mungkin tidak tersedia dalam blog aku lagi

Tunggu aku kan kembali memblogging bila ada masa, hehe....

Monday, November 18, 2013

CER...CINTA FRUST MENONGENG

2005
Aku berkenalan secara rasmi dalam ruang chat di internet maka kenalah kami.Hakikat yg sebenarnya last ajak jumpa dekat forum perdana di masjid tasik gelugor.  tu sebenarnya merapatkan hubungan kami.

Masa tu, aku malu-malu dengan dia sebab tak pernah ada kawan perempuan yang berkenalan dalam komputer. akulah kawan yang pertama rapat dengan dia. Aku kagum dengan dia sebab tak tipu aku. Terima kasih sebab 2005 telah menjalinkan hubungan antara kami.

2007
Masalah. Keluarganya tak boleh terima aku disebabkan tiada pekerjaan tetap . Kecewanya aku. Aku bahagia bila bersama dengan dia. Pada mulanya aku pun tak boleh terima dia sbb. dia  belajar UITM hingga ke USM.aku sedih dengan keluarga kat dia. aku fikir kami patut berpisah sampai 2008 sahaja. Aku tak sanggup tengok dan dengar dia kena marah teruk dengan keluarganya.aku mengalah yang kita patut berpisah. TAPI dia tak nak mengalah. dia terima dan dengar semua kemarahan keluarganya dia cakap kita kena sabar. Kita tempuh dugaan tu sama-sama walaupun perit. aku kagum dengan dia aku kuat sebab dia. Terima kasih sebab menjadi penguat kepada aku.

2008
Atas dasar percaya, jujur dan setia, aku tetap bersama walaupun bermacam cabaran. Terima kasih sebab sentiasa bersama aku.dia dah ada ramai kawan lelaki. 2007 dan 2008 cuma ada aku TAPI 2009??? Dia sudah mula bekerja Tak apalah, apa salahnya berkawan. . TAPI dia mula lupakan aku. Kadang-kadang saja dia ingat kat aku. Tak apalah mungkin dia sibuk kerja, aku kena faham.nak jumpa pun payah Kenapa aku call, jarang angkat? Bila dia angkat, nanti dia cakap dia akan call balik tapi tak ada pun. Bila aku SMS pun, dia balas sikit je. Kenapa ni?  aku sedih. dia minta maaf kat aku dan janji tak buat lagi. aku maafkan dia dan pegang janji dia.Aku berubah. Terima kasih awak atas pahit manis 2008.

2009
Kawan dia semakin ramai.Masing-masing call dan SMS dia tak kira masa tu ada aku atau tak. aku terasa tapi aku diam. aku sedih tapi simpan. Tak apalah, kawan saja pun. aku positifkan diri walaupun hati aku sedih. Kalau kawan, kenapa tak berhenti SMS? Dengan aku pula, dia jarang balas, jarang call. Tak apalah aku selalu fikir dia sibuk.entah dari mana dia dapat info tahu yang aku sakit dan kena makan ubat.mungkin dari ramai2 kenalanya.aku tak bagitahu padanya takut hubungan kami retak akan tetapi memang ia pun terjadi

TAPI, janji tinggal janji. Aku call dia sudah di tugaskan di Johor TAPI hakikatnya hati dan perasaan aku dah tak ada rasa apa-apa lagi. apabila kali kedua aku call dalam sebulan selepas itu dia cakap dia sudah berkahwin nanti suaminya tahu dia kena marah. Hati aku dah kosong aku selalu macam tu tapi aku butakan hati aku.  hati aku dah penat. hingga sekarang 2013 tiada dalam kamus hidup mengenai cinta yang datang lagi

dari 2005 sehingga 2009, Aku still nak ucapkan Terima Kasih pada dia.Aku doa agar dia berubah dan moga pada hari itu,hati dan perasaan aku masih lagi dengan dia.sekarang sudah terhapus segala-galanya malas nak berkawan dengan wanita lagi tak nak kecewa lagi beb..so sampai sini dulu cerita cinta yang ada pada aku hanya tuhan dan emak aku sudahla eah. kepada yang kenal akan aku mereka selalu fikir cukup untuk terjadi untuk aku seperti ini,aku selalu buat benda lain dalam macam- macam nak melupakanya.Tentang siapa yang agak aku kurang waras pada aku tidak pernah jadi GILA.Aku terima apa orang nak cakap lagipun apa?kenapa orang lain boleh buat dalam masa sebenarnya agak sukar atau tidak mungkin dalam keadaan aku sebegini sekarang.Tiada rahsia antara kita,nak malu apa aku ikhlas bercerita.pada mulanya bukan idea aku sebenarnya cuma terlintas di fikiran nak cerita benda ni.tapi sikit tu malu la jugak harap asalkan korang tak mengata,mengejek dan ketawakan aku sudah le...noh

Dalam Keinginanku
Masih aku sayangkan kekasih cinta
Kasih sepertimu
Tetapi apa yang ku terima di saat aku perlukanmu
tika-tika sekarang keluargamu menghalang
Segala keraguan di hatimu aku tetap kau miliki.
Andainya dikau menjelma.
Aku berharaplah ianya berakhir sampai di sini
Tiada apa-apa lagi
Sesunguhnya dulu aku terganggu memikirkanmu

Sayangku
*akmal*

Thursday, November 14, 2013

Menarik untuk dibaca: Evolusi Makkah


KESEMPATAN menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, pasti menjadi antara detik paling manis dan berharga dalam diri mereka yang bergelar jemaah umrah atau haji. Siapa yang tidak mahu menjadi tetamu Allah, beribadat sambil menyelami keistimewaan destinasi idaman umat Islam ini. Sudah pasti, pengalaman mereka yang mengunjungi sebelum Makkah dibangunkan, dengan tetamu sekarang amat jauh berbeza. Itulah dirasai wartawan Berita Minggu, NORAINI ISMAIL, yang menjejakkan kaki di Makkah 24 tahun lalu dan terbaru, awal bulan ini. Apa bezanya Makkah dulu dan sekarang? Ikuti catatan menariknya.

Lautan manusia penuhi Tanah Suci tidak kira musim

BANYAK perubahan berlaku di Makkah kini berbanding 24 tahun lalu ketika kali pertama saya menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada 1987 dan terbaru, awal bulan ini. Makkah ketika itu masih di kelilingi bukit berbatu. Di sebelah rumah kelahiran Rasulullah masih ada Jabal Kubis. Rumah penduduk Makkah berselerakan di atas bukit berbatu di sekitar Masjidilharam.



 Malah, kedai emas dan pelbagai barangan cenderamata memenuhi setiap ruang di sekeliling Masjidilharam.

Setiap lorongnya berbukit dan bertangga. Peniaganya sama ada di kedai kecil atau di kaki lima, tidak jemu-jemu menggamit jemaah yang berpeluang membeli-belah selepas solat. Jemaah pula tidak sukar mencari makanan Asia kerana ada pendatang dari Thailand dan Indonesia yang menjual makanan tradisional seperti nasi lemak. Kebanyakan kedai dibuka lewat petang dan keadaan sebegitu meriah pada sebelah malam. Aktiviti jual beli ini tiada sama sekali ketika waktu solat. Pemilik kedai membiarkan kedai terdedah tanpa sekelumit perasaan ia akan diceroboh pencuri ketika menunaikan solat fardu.

Pada masa itu juga, tiada peraturan ketat mensyaratkan jemaah mengikut muassasah ke Tanah Suci. Semua urusan daripada permohonan visa dan mendapat surat mahram daripada majlis agama diurus sendiri, menjadikan pembiayaan ke Tanah Suci teramat murah biarpun ia belum berupaya menggamit jemaah seperti sekarang.

Pemergian saya ke sana pada 1987, kebetulan pada 10 hari terakhir Ramadan. Suasana di Makkah sesak dengan jemaah dan kenderaan awam yang masih boleh melewati jalan raya di sekitar Masjidilharam.
Air dalam plastik bertulis sumbangan Raja Arab Saudi, dicampakkan kepada orang ramai yang berulang-alik ke masjid. Jemaah turut mengerumuni lori membawa roti untuk mendapat bekalan yang diberikan percuma.

Ramai jemaah umrah berkampung di sekitar kawasan Masjidilharam. Ada juga yang membawa dapur sendiri untuk memasak. Banyak beg dilihat dirantai pada pagar masjid menandakan ada pemilik yang bermusafir di situ. Itulah senario dan fenomena pada 24 tahun lalu.

Namun, ketika menyertai rombongan umrah pertama anjuran The News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), baru-baru ini, saya dapat saksikan banyak perubahan besar berlaku di Tanah Suci Makkah

Penempatan murah seperti apartmen, rumah penduduk Makkah termasuk pendatang di bukit-bukit sekitarnya sudah dirobohkan yang digantikan bangunan penginapan bertaraf hotel kepada jemaah yang pastinya memerlukan perbelanjaan yang lebih besar.

Selain istana Raja Arab Saudi yang tersergam indah, kini sudah ada mercu tanda baru iaitu menara jam tertinggi di dunia yang terletak di ZamZam Tower. Di situ juga terletak Kompleks Abraj Al Bait yang menempatkan Hotel Makkah Raffles Centre, kompleks beli-belah, medan selera yang hanya kira-kira 50 meter dari Masjidilharam. Tidak ramai yang tahu, pembinaan menara jam ini turut membabitkan rakyat Malaysia.

Penempatan murah yang ada dan itu pun terpaksa bersaing ketika ini, hanya ada di belakang Hotel Hilton yang menunggu masa untuk dirobohkan. Bagi jemaah menginap di situ, peluang mendengar azan agak tipis kerana dihalang oleh bangunan tinggi. Bagi mereka yang tinggal di ZamZam Tower pula, suara azan disambung terus ke dalam bilik hotel.

Masjid Kuching yang terletak di sebelah Gaza dan Samiyah sudah pun diruntuhkan bagi projek pembangunan dan pelebaran Masjidilharam. Bagi memberikan laluan pembangunan, kerajaan melaksanakan penempatan semula penduduk Makkah di luar kota mengikut pelan perumahan yang lebih terancang. Mereka diberikan imbuhan besar menggantikan tanah diambil demi pembangunan sekitar Masjidilharam.

Kemasukan jemaah ke Tanah Suci dikawal menerusi sistem muassasah dalam usaha membendung kebanjiran pendatang tanpa izin. Projek pembangunan dan pelebaran Masjidilharam dilaksanakan secara berperingkat bagi menampung kemasukan jemaah umrah dan haji yang terus bertambah.

Bagi Kerajaan Arab Saudi yang berpegang kepada mazhab Wahabi, keutamaan lebih kepada kemudahan ibadat yang dituntut kepada umat Islam. Warisan sejarah yang berkait dengan perkembangan Islam dan kehidupan Rasulullah banyak dimusnahkan kerana perbuatan memuja tempat bersejarah itu dianggap bidaah. Demi tuntutan pelebaran Masjidilharam, rumah Siti Khatijah yang juga tempat tinggal Rasulullah diruntuhkan dan dibina tandas wanita. Pasar Zin yang dulu sibuk dengan kegiatan membeli-belah dan di situ ada satu tempat dikenal pasti sebagai tempat turunnya surah Al-Fatihah, juga lenyap tanpa kesan.

Masjid Jin dan Masjid Kuching yang boleh dijadikan tarikan sejarah juga sudah menyembah bumi. Hanya rumah kelahiran Rasulullah saja yang masih utuh dan ada ura-ura juga akan dirobohkan. Telaga ZamZam yang terletak di kawasan Kaabah dan mempunyai ruang untuk jemaah menikmati airnya juga ditutup dalam usaha melebarkan ruang tawaf. Air ZamZam kini dialirkan menerusi paip khas ke luar kota Makkah. Di situlah air ZamZam dikumpulkan untuk dibekalkan kepada orang ramai.

Banyak terowong baru dan jalan bawah tanah dibina untuk mengatasi kesesakan di Masjidilharam. Perubahan ini memudahkan orang ramai berjalan ke Masjidilharam tanpa dihalang kenderaan. Kawasan dataran di Masjidilharam masih menjadi tumpuan penduduk Arab di luar kota berkampung. Di tempat umum itu adaotis yang meminta orang ramai menyimpan barangan sendiri jika tidak mahu ia dialihkan oleh pihak berkuasa ketika membuat kerja pembersihan.

Selain mempunyai ruang tawaf yang luas dan boleh dilakukan di tingkat atas, jemaah juga menikmati kemudahan yang selesa mengerjakan sai dari Safar ke Marwah dengan ruang yang luas dan dibina tiga tingkat.

Bagaimanapun, dalam pesat membangun itu, ada beberapa perkara yang terlepas pandang iaitu kekurangan tandas untuk jemaah melepas hajat dan mengambil wuduk. Ada jemaah terpaksa menggunakan air ZamZam untuk berwuduk. Ada sesetengahnya mengambil tindakan pulang ke hotel bagi urusan itu kerana tidak sanggup berdepan kesesakan dalam tandas yang terhad.

Dulu musim umrah jemaah tidaklah seramai sekarang. Kini antara musim umrah dan haji tiada banyak bezanya kerana tumpuan umat Islam ke Tanah Suci semakin bertambah. Perubahan bukan saja meliputi pembangunan fizikal tetapi juga dari segi moral yang mana pengemis tidak lagi dibiarkan berkeliaran dalam masjid. Dulu memang ketara sekali budak-budak yang cacat anggota meminta sedekah dalam masjid. Keadaan ini tidak lagi berlaku, Bagaimanapun masih ada yang meminta sedekah di sepanjang jalan ke hotel.

Terima kasih kepada penulis Noraini Ismail kerana berkongsi cerita...

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping