Sunday, August 5, 2018

Sejarah cinta hehehhe

1st time bercinta....sudah lama aku tak menulis pasal benda-benda karut ni. Masa korang muda-muda belia dulu aku pasti korang pernah mengalami sindrom rindu-rinduan dan cintan-cintan bodo ni. Aku terkecuali dalam hal ni sebab dulu aku mat rock, so cerita-cerita ni takde kena mengena dengan aku. Kalau ada yang berkaitan dengan aku, itu aku kira kebetulan sahaja. Wah baik punya disclaimer.
Zaman aku sekolah menengah dulu kan, form 1 sampai form 6 sekitar tahun 1980an hingga tahun 1990an lebih kurang lah, ada kejadian-kejadian pelik yang berlaku yang melibatkan soal hati dan perasaan antara kita dan si dia. Si dia tu maksud aku kawan sebaya perempuan atau lelaki lah. Bukan mak cik tukang masak hostel atau pun warden asrama pulak, tak tau lah kalau korang ada yang lain dari yang lain.

Untuk adik-adik yang membaca entry kali ni, pak cik nak ceritakan pengalaman abang-abang dan kakak-kakak korang masa dia orang muda-muda dulu. Untuk adik-adik level Gang Sekolah satu taman perumahan, ini cerita zaman mak ayah adik-adik ni. Untuk anda pembaca seusia yang sudi baca entry aku kali ini, ini cerita kita.
Orait..
Masa baru sekolah menengah dah pun tak ada hati nak berkasih nak bercinta. Belajar belum habis dah sibuk nak bercouple. Sama lah macam hari ni, minat kat budak mengaji al quraan sama-sama, budak taman sebelah, admirer kat orang tu adik dia lelaki dan secret admirer kat orang ni. Tapi dulu punya cerita, email takde SMS apatah lagi so kalau minat tu mintak tolong kawan-kawan kirim salam jer lah. Lagi famous orang tu, lagi lah hari-hari orang kirim salam dalam surat bila pergi mengaji bertukat surat seminggu sekali tidak pun bila aku balik dari asrama di rumah makcik aku, nak berkenalan nak jadi adik abang angkat, nak jadi bopren dan gepren.
Lepas tu hantar surat, nak berkenalan. Bau surat mak aiii.. wangiiii, envelope warna biru muda atau pink. Huhuhu.. yang low budget pakai letak bedak cuticura je.
“Salam di angin lalu membawa kata-kata rindu ku buat mu. Semoga kau tenang di samping tugasan seharian. Ku pohon maaf seandainya warkah ini mengganggumu…”
Perhh.. karang bang.. karat. Sorry lah aku tak pandai nak karang surat macam ni, ayat tu pun dia datang sendiri jer tapi itulah lebih kurang surat jiwang yang dia orang tu tulis, aku tolong tuliskan jer. Majalah Remaja masa tu banyak menyumbangkan idea-idea kepada puak-puak jiwang karat ni, aku pun baca jugaklah yang kawan aku beli.
Lepas tu bila hujung minggu pergi dating. Kalau di Kuala Terengganu dulu, tempat yang paling jadi tumpuan golongan jiwang ni ialah di A&W kat tengah-tengah bandar KT tu, Pantai Batu Buruk, Taman Bunga Shahbandar dekat Istana Maziah, panggung wayang Rex dan Cathay, library awam dan Emporium Hock Kee Seng hehehe..
Nanti lah aku sambung.. cari feel dulu.
Sekali lagi aku ulangi, cerita-cerita ini tidak ada kena mengena dengan aku, kalau ada hanyalah secara kebetulan saja.. he he he.
Orait aku sambung, bila chenta diterima oleh semek ni (Sebelah Terengganu membahasakan girlfriend sebagai mek / semek) maka tak senang duduk lah mamat ni, sure berangan punyalah, diriku sudah berpunya. Semek tu aku punya. Muka berseri macam pengantin baru nak masuk bilik. Alangkah indahnya donia ini..
Kalau tidurmu tiada lena bukan kerana panasnya malam…. macam lagu dekat gerai kaset dekat station bas pisang panas hot beb tapi itulah tandanya… aku mengingatimu.. Kalau tidurmu termimpi akan diriku, itulah tandanya… aku merinduimu.
Ehem..
Kalau jenis mamat yang overacting sikit boleh tengok lah creativity dia menyonteng dinding bilik hostel atau bawah katil double decker. Aku tau lah banyak sangat lah graphic-graphic bodo ni kat hostel aku dulu. Aku conteng jugak tapi aku suka conteng benda lain… tapi dekat buku la kema-mastura  wuz ere, loveU4ever.., Still loving you.. peh karat abih.
Rela aku hidup kesepian agar aku bisa merinduimu setiap detik. Aku hanya tahu menyintaimu, merinduimu dan aku membilang hari dan saat sampai kita ketemu..
Kalau nama lelaki tu kema, nama perempuan mastura, jadilah kemasyuran.kawan kawan yang tahu duk perli mastura al masyur al buaya dekat aku Jiwang betul puak-puak ni. Merata ceruk lah dia tenyeh nama gabungan tu, atas meja sekolah, dalam buku, dalam locker, kat dinding..dekat daun pokok ape yang tajam tajam tu di contengnya Madi dengan Husna jadi Diena.. perhh. Eddy dengan Azira jadi Eddyra.. wahhaa. Contoh je la.

Perangai budak-budak angau ni memang kelakar, baru bercouple di sekolah tapi dia punya kemaruk tu ngalahkan orang dewasa bercinta. Yang mana tak pernah ada diary wow siap beli diary nak tulih dia punya perasaan dan tarikh-tarikh penting. Tarikh mula-mula berkenalan sekian-sekian, tarikh semek tu terima nak jadi girlfriend sekian tarikh, birthday dia lah, birthday anak kambing dia lah.. macam-macam dik peel abang kakak korang dulu. Zaman ni dah ada Ipod, tak main dah diary nih. Cinta yang tak bertepi.. kadang-kadang geli geleman kalau terbaca diary dia orang ni.
Tambah syok tengok bila nak dekat 14 February, macam nak sambut raya Deepavali. Siap beli card Valentine Day yang ada music tu, orang kampung aku kata ada bunyi-bunyi tu…
“..be my Valentine”… perhhhhh! Yang syok tengok kalau gang-gang lebai kata “hishh sambut Valentine Day haram tuuuu…” huhuhu..

Bulan puasa pulak, dia punya angau tu masa beli card raya. Kata-kata yang spesis jiwang ni cari, Untuk kekasihku, Salam lebaran untuk kekasih .. lebih kurang gitu lah. Card raya pulak yang ada bunga-bunga dan ada music.. dalam card raya pun ada jugak warkah cinta terselit dan duit kertas yang diphotocopy.. duit raya la tu.

Biasalah orang tengah angau, aku cukup suka tengok spesis yang berubah perangai disebabkan chenta monyet ni. Suka nyanyi-nyanyi, lagu pulak lagu yang ada unsur-unsur chenta punya lah. Tak pulak aku dengar orang yang sedang angau ni bantai nyanyi lagu Selimut Putih.

Kalau mat rock pun, at least mesti layan perasaan dengar lagu rock jiwang jugak, jangan nak chong aku lah. Apa lagu nostalgia zaman tu eh? Bulan Madu di awan biru, Rozanna, Gadisku, Masih Aku Terasa, Srikandi Cintaku, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Nyanyian Dalam Sepi, Still Loving You, Right Here Waiting, banyak lagilah. Jangan suruh aku tulih tajuk lagu Siti Fairuz, Jamal Abdillah, Naseer wahab, Shidee semua tu.. aku tak tahu deh.

Lagu tema, pehh.. lagu ni saya tuju kat awak. Kalau awak terdengar lagu ni, awak ingatlah saya pun suka lagu ni.. haha.

Demi cintaku padamu
Ku korbankan jiwa dan raga
Biarpun harus ku telan lautan bara
Bulan madu di awan biru
Tiada yang mengganggu
Bulan madu di atas pelangi ………

Gang-gang sewaktu dengan aku mesti ingat lagi lagu Search ni.
Itu tak kira yang tulih lirik lagu kat dinding.. yang ditampal kat depan buku dan dalam warkah chenta untuk si dia.. karat bang. Zaman aku tuh film Suara Kekasih dan Azura tengah top, makcik Ogy punya zaman muda. Siap bawak awek tengok wayang bangg.. wahahha. Dalam panggung ni ler ada yang cuba belajar geli-geli, beromen siap lentuk atas bahu boyfriend. Masing-masing cuba mengenali bentuk tubuh badan pasangan masing-masing, yer lah zaman dulu mana ada internet nak search gambar blue.. Sebelum film tamat, dia orang blah dulu takut ada orang kenal.. penuh dengan kulit kuaci.tapi aku tak adelah sampai ke situ

Nak keluar dating pun pun satu masalah, nak kena kelentong mak ayah lagi. Cakap nak gi townlah, gi library lah.. especially budak perempuan.

Zaman tu transportation tak macam hari ni ramai yang dah pakai motor atau koman-koman pun Kancil, zaman tu naik bas jer kalau nak gi dating. Kalau tempat lain aku tak tahu lah, kalau sebelah Ganu dulu, gitu lah. Masa first date tu, duduk satu bangku pun jauh-jauh, kalau berjalan mesti ada gap, kalau lembu lalu kat tengah pun muat, malu la kunun. Biasalah Ganu ni masa tu conservertive sikit, tak macam hari ni. Atas riba pun bole duduk dik. Masa dating tu time makan ka, tengok wayang ka, biasanya lelaki ler yang kena keluar pitih. Jaga maruah.. natang.
Siang dah jumpa kat sekolah, petang dah jumpa kat town, tak puas lagi. Handphone takde, internet takde so guna public phone je lah untuk bergayut, sebijik macam mawas. 1-2 jam tu biasalah. Sakit hati woo kalau kena turn kita nak guna tu mawas-mawas ni duk bergayut. Dapat jer kat kita mak aiii busuk punya bau ganggang telepon, romen ganggang agaknya..
Gi sekolah dengan baju dan seluar sekolah yang bergosok, siap ada line tajam lagi. Nak tunjuk dia dah berubah.. kalau semek suruh berenti hisap rokok pun sanggup berenti, tapi mak bapak marah langsung tak layan.. girlfriend tak suka kita buat itu, ikutt, tak suka buat ini, ikutt..everything has changed since I met you.. perhh!everything io do i do it for u

Specis jiwang karat ni at least ada ler benda yang dia hadiahkan kepada couple masing-masing, paling bodo pun gelang tangan stainless steel (bangle) yang boleh engrave nama atas tu. I LOVE YOU, I MISS YOU macam-macam lah.. aku rasa ada RM10.00 harga masa tu, aku agak je lah sebab aku tak beli pun natang tu. Tapi dia orang ni nak tunjuk chenta dan sayang ni, habis duit belanja sekolah takpe punya. Masa tu RM10.00 besar woo. Selain gelang tu, key chain kayu varnish tu, apa lagi haaa.. lupa la pulak.

Dalam duk jumpa hari-hari pun warkah chenta tetap ada punya. Kalau nak tulis satu page pun dah berapa sheet yang kena peronyok, sebab tulisan tak cantik atau idea tak mari. Itu yang banyak ciplak ayat-ayat bunga dari majalah Remaja tu. Hairan aku dia orang ni boleh tulis kadang-kadang sampai 5-6 pages. Ayat-ayat berbunga abiss. Janji nak sehidup semati, aku rindu lah, sayang, chenta, tak jumpa sesaat rasa setahun cehh. Macam buat essei. Lepas tu, beri kat posmen yang tak bertauliah. Silap hari bulan posmen tu jugak yang jadi boyfriend / girlfriend dia..
Masa kawan aku kena kantoi dek cikgu dulu, cikgu jumpa gambar boyfriend dia dan di belakang gambar tu ada ler beberapa ayat. Cikgu tu kata kalau gunung baca, boleh cair gunung tu. Ada surat-surat budak ni yang kena rampas masa spot check. “Kenapa abang tak lalu dekat kelas saya hari ni”.. Wahaha..

Zaman sekolah memang dilarang berchenta, bercouple-couple, tapi apa yang cikgu boleh buat kan.. dia orang pun dulu masa sekolah pun berchenta jugak entah-entah lagi teruk. Biasalah kalau ada couple sekolah yang kena panggil ke bilik guru, kasi counseling sikit. Nasihat concentrate pada study, masuk U dapat kerja nanti boleh lah kalau nak bercinta pun. Ayat default dia orang la tu.

Bila ada je problem, dinding jugak jadi tempat lepaskan perasaan. Abis kena conteng. Apatah lagi kalau putus cinta, macam mawas tertelan ganggang telepon tadi. Memang nampak bodo lah. Kelas ponteng, belajar apatah lagi, sampai menangis bangg.. sampainya hatimu buat aku begini, betapa dalamnya aku benamkan belati cintaku di dada ini hingga akhirnya aku yang terluka… itu yang syok tengok kalau kat asrama, duduk sorang-sorang layan perasaan. Sebab tu agaknya Ustazah aku dulu ada cakap, lelaki ni tau buat perempuan menangis jer..

Bila dah frust ni banyaklah ‘club-club atau persatuan’ baru dibuka seperti kelab Jiwaluka, Kelab Jiwalara, Angkatan Pemuda Insaf (API). Banyaklah slogan-slogan baru.. Perempuan sama saja, Aku Anti Wanita, No Woman No cry, lelaki playboy, buaya darat etc.

Masuk tahun-tahun awal 90an.. zaman banyak berubah. Kita tinggalkan zaman persekolahan dan masuk kolej. Masa tu buat diploma. Cara budak U bercinta banyak kelainan sikit, tak macam bebudak sekolah tu. Posmen-posmen tak bertauliah masih ada. Duit biasiswa ada, sewa kereta ke sana sini bawak awek ke hulu ke hilir. Walaupun masih belajar tapi dah takde sapa nak larang.. masing-masing dah boleh sharing apa saja, masalah peribadi, financial, apa saja lah.
Bercinta bagai nak rak, abis diploma kita buat degree lepas tu kita masing-masing bawak diri. Kita tak sehaluan, ada baiknya kita bawa haluan masing-masing. Kau tidak dilahirkan untuk ku, aku bukan untuk mu. Terima kasih kerana pernah singgah di hati ini dan membahagiakanku walau seketika.. hek eleh.

Kadang-kadang bila dah tua-tua ni ditakdirkan berjumpa semula dengan mereka-mereka yang kita pernah sayangi dan rindui ni, rasa malu pun ada. Janji sehidup semati masa form 5, nak bertunang lepas SPM, nak masuk U sama-sama, lepas dapat kerja nak pinang dia. Hidup aman damai hingga anak cucu.. abis je SPM entah ke mana.

Last-last jumpa dia bawak anak berderet, kita bawak anak berderet sanak kucing yang sedang sarat mengandung.. Kalau masa jumpa tu masih slim macam dulu OK lah kan, kalau berubah jadi macam tong drum tu rasa bersyukur pulak tak ditakdirkan bersama.. wahahaha.


untuk itu aku abadikan kenangan indah bersama lagu aku cipta sendiri Sejarah


dan lagu bukan aku cipta OST H.A.C.K.S


Friday, August 3, 2018

Permasalah tapak perlupusan sampah


Artikel pada blog aku kali ini membincangkan permasalah yang telah diambil oleh aku akibat peningkatan sampah
di rumah aku di kampung sepanjang tempoh 2016-2018. 
mengenai peranan aku dalam membantu membersih kawasan persekitaran di kampung dan di rumah yang
berkaitan untuk menangani isu ini. Daripada segi kaedah pelupusan sampah,  di tahap yang kurang memuaskan
di mana masih terdapat orang awam yang kata aku kurang peka terhadap isu-isu yang
timbul.pencemaran, pengurusan sampah, nak buat macam mana dah aku buat kerja-kerja kampung sebagai ahli JKK kampung kelola kawasan

pokok tua yang di tebang (kasi)

sampah batang kayu

Sampah ranting-ranting kayu di belakang rumah aku

jiran sebelah rumah aku marahkan aku,, maafkan aku ,aku akan perbaiki segala kasalahan dan kesilapan

tapak perlupusan sampah di belakang rumah aku yang perlu aku rombak dan ratakan semula dimana bahan bakar terlalu banyak aku kena kurangkan kaedah pembakaran secara sedikit demi sedikit..aku kena panggil upah lori angkut buang dekat tempat sepatutnya


1. Sampah Rumah: Sampah rumah merupakan sampah harian seperti sisa-sisa ikan, sayur,
lebihan makanan, sisa dapur dan sebagainya. Sampah-sampah ini perlu dimasukkan ke
dalam karung plastik bagi mengelakkan ia bertaburan dan mengeluarkan bau busuk.

2. Sampah pokok Kebun: Sampah kebun meliputi potongan rumput-rumpai, ranting-ranting,
pokok bunga, dahan-dahan kayu dan sebagainya.
mengelakkan ia bersepah.


 3.Sampah Guna Semula: Sampah guna semula ialah sampah yang boleh digunakan semula
atau mempunyai nilai-nilai ekonomi  aku proses semula. Ia termasuk kertas, surat khabar
lama, botol, perabot-perabot lama dan sebagainya.

sepeas ini banyak lagi kerja aku perlupusan sampah di rumah aku nak kena clear sikit sikit-sikit seminggu 2,3 kali

Wednesday, August 1, 2018

Borong DVD kat kawan mahu tolak





Hari ni atas gaji baiki komputer punya kerja.. transit borong DVD memang terjah shopping mall lah jawabnya..balas dendam 10tahun tak beli DVD.

DVD... Dah ada offer apa lagi angkut semua hehehe..lama sebenarnya aku nak beli koleksi DVD dah hampir 10 tahun aku tak beli ni... Bila dah ada offer buy 3free 5 pun aku tak beli mahal

urmmm tak fikir panjang dah..aku tanya kawan aku ada tak dvd cerita terbaru mak lego juakan pada aku dia pun setuju jual kepada aku.

Dulu aku memang minat nonton DW di saluran Astro...tapi kat rumah tak ada astro ada gak season yang aku miss nonton..Jadi balas dendam dengan beli koleksi DVD DW ni... Nanti leh rehat di masa lapang

Semua jenis movie aku tengok..dari yang lawak komedi..animasi..romantik sampai seram sehingga ke yang fighting sekalipun.sampai ke adegan ranjang tanpa seurat benang pun ada juga terbeli tak caya tanya member aku heehhhe..cameon aku jenis berfikiran terbuka tak macam orang lain

Seperti biasa aku akan ke kedai membeli DVD di kedai cina yang dah kamcing ngan aku sebab banyak mengaya dan menguntungkan dia.Antara dvd yang aku rembat ialah tak jadi rembat


HARRY POTTER AND DEATHLY HALLOWS PART 1
5 CHILDREN & IT,
THE HILLS HAVE EYES ,
MERCENARY FOR JUSTICE,
AVENGERS 2,
THE ASSIGNMENT,
ANTMAN,
JIM HENSON JACK AND THE BEANTALK THE REAL STORY 3,
ALVIN AND THE CHIPMUNK THE ROAD CHIP 4,
GREEN INFERNO,
KUNGFU PANDA 3,
THE GREEN HORNET,
THE WILD HITTING THE STREETS.MASTERPIECE TURBO ,
SHANGHAI,
COWBOY & ALIENS
OUT FOR A KILL
MAFIA
THE DAY AFTER TOMORROW
SHEREK 2
BLACK DOWN
TIGER KING OF RIVER
THE GRINCH
DIE ANOTHER DAY
START LITTLE
THE MEDALLION
BANG RAJAN
HARY POTTER AND GORLET OF FIRE
JUST LIKE HEAVEN
MUMMY 2
HERBIE
SHOWTIME
BELLY OF THE BEAST
TODAY YOU DIE
MONSTER HOUSE
INFERNO
TARZAN
PRINCESS DIARIES 2
THE REPLACEMENT KILLERS
THE MUMMY
BROKEN CITY
MUAY THAI CAIYA
PIRANHA SHARKS
RUSH HOUR
CRISTINA HOUSE


CERITA PERANG

GOD KILL
SAN ANREAS
FURY
THE PANDORA PROJECT
ACT OF VALOR
GREEN ZONE,

CERITA HANTU

DEMONIUM
EVIL EARTH
WISHMASTER
POLTERGEIST
FINAL DESTINATION


CERITA CINA

SO CLOSE
SEOUL RAIDERS

CERITA RACING KERETA

BABY DRVER
OVERDRIVECOLLIDE AOUTOBAHN
THE FAST AND FURIOUS TOKYO DRVE


CERITA MELAYU

SETEM
HANTU TOK MUDIM
SAM
LAKI-LAKI
TOKAN
POLIS EVO
UPIN IPIN MUSIM 8 VOL 40
PADA ZAMAN DAHULU PART 1
DARAH PANAS
MASAM-MASAM MANIS
MAN SEWEL
KASUT KU KUSUT
MAMI JARUM
BOHSIA
EJEN 016
ADNAN SEMPIT
CHOW KIT
AKU NO. 1
LAGI2 SENARIO
SALAH BAPAK
SURAT UNTUK BULAN
TOLLGATE GIRL
JANJI DIANA
LEBUHRAYA KE NERAKA
TARZAN


UGAMA
ZIKIR MUNAJAT MEGA
CERAMAH KASIH IBU...

CITER HINDUSTAN

DILWALE DATUK SHAHRUL KHAN & KAJOL
CHAI MERE BHAI


BANYAK LAGI LAH SAKIT OTAK TENGOK BEBUNGKUS KAT RUMAH

Layan..! hanya RM 20 DVD 2hd beli dekat kawan aku lego dekat aku.kualiti ok lagi cayalah bro...tak tau bila mahu nonton tengok tak ade masa lagi

Monday, July 30, 2018

Stiker prihatin OKU

 Selalunya kalau aku lalu di tepi parking OKU, mata aku mesti nak cari stiker OKU yang tertampal di kenderaan. Selalunya kereta memang yang parking kat situ memang tak der stiker OKU!!! Yang parking pun, kereta besar-besar. Atau badannya besar dan sihat, bergaya nak pergi ke macam aku tapi aku OKU diketegorikan MENTAL itulah orang salah faham

Bab2 ni memenag sensitif Sebelum cukup tak selesa lihat orang sihat parking kereta di tempat OKU. Maaf la, kalau ada rakan-rakan bloggers yang sejenis macam tu. Inikan pula, bila tak ada tempat parking sampai kena saman dengan mak sebab terpaksa parking jauh. Parking OKU dipenuhi dengan orang-orang yang sihat dan sempurna pada mata kasar, namun 'agak OKU' atau 'buta' di hati dan nurani mereka.

ada satu securiti hindu pergi hampir degan aku dan cakap elok-elok, mohon encik park tempat lain next time. Yang ane tu, macam tak puas hati pulak. Siap tanya kenapa. Aikkkkk??? Saya OKU kata kat mereka 'Parking tempat lain next time, sebab tempat ni untuk orang kurang upaya'. Dia balas balik 'Banyak lagi parking OKU yang kosong'. Laa.... dalam hati aku, ini bukan cerita parking OKU ada kosong, ko boleh park motor ko kat situ. Ini cerita kalau bukan OKU, ko tak berhak parking motor aku kat situ. Simple. Itu pun masih tak paham.

Aku pun tak dapat nak park kat situ. Dia cakap 'ni banyak kosong kenapa aku tak park kat OKU situ?' Alahaiiii..... kalau nak tunjuk hero hindu bodo depan aku, ini bukan lah caranya. Nak jer saya balas, ane orang tua kurang upaya, yang berdaftar OKU dan ada stiker OKU sahaja boleh park kat situ. Ko ada stiker OKU ker ? Tapi saya balas, 'Tak per lah , aku dah park kat tempat lain. Next time parking tempat lain terima kasih'.

agar aku lebih timbang rasa dan lebih prihatin lain kali.

nindia ane lain kali aku tayang sama dia

 Pemandu Orang Kurang Upaya

 Sebelah kanan depan motor

Di bahagian belakang

PUAS HATI..........


Tak tau nak tukar dengan simbol apa, bagi mereka yang tidak paham-paham dengan maksud simbol ni dekat motor aku.masa aku tampal stiker ni kawan aku tanya hang buat apa aku cakap tampal pelekat OKU anak jiran aku dengar terus sentap batuk-batuk itu makna jiran aku orang tak setuju...biarla aku aku aku tetap dengan aku.belum jadi macam aku belum kenal buku dengan ruas tak per laa noh....semoga tuhan beri kesedaran kepadanya

Saturday, July 28, 2018

Service DVD ROM IDE dekat desktop

Tentunya hari ini aku ada kerja sedikit, kalau ini terjadi, 

 Permasalahan yang sering aku temui pada komputer kawan aku, yang ini relatif mudah,aku tukar DVD IDE dan Floppy drive spairpart yang masih ada aku simpan

pertama cek apakah lampu indikator pada CD/DVD Rom menyala, jika tidak berarti adalah masalah power, coba ganti power yang terhubung ke CD/DVD Rom dengan kabel power yang lain, tentunya harus buka casing dulu. Jika sudah nyala namun tidak terdeteksi langkah selanjutnya adalah mengecek kabel IDE, kabel ukuran flexi ukuran besar yang menempel disamping kabel power, coba bukan cobaan ini betul-betul ganti dengan kabel IDE yang lain, biasanya dengan menggunakan dua langkah ini CD/DVD Rom terdeteksi kembali, jika tidak maka ada kerusakan hardware dan kamu harus beli yang baru. itu langkah terakhir.

pastikan cable di sambungkan betul seperti asal awas takut tertukar bila bongkar / barai komputer

 tengok kedudukan bagaimana arah kable di susun

 INI cable DVD ROM IDE

 Slave dan Master cable pastikan betul pada soket slotnya

dan Floppy drive pastikan tidak tertukar cable penyambung

Servis DVD ROM

Selain itu kerusakan yang sering ditemui pada CDROM/CDRW/DVDROM/DVDRW.mandono -Cara Memperbaiki cd/dvd rom dan permasalahan nya

Bismillahirahmanirohim doa yang pertama- Kali ini aa-irwan mau berbagi tips dan cara memperbaiki sendiri cdrom/dvdrom/dvdrw yang rusak tanpa harus dibawa ke tukang servis. Semoga artikel ini bermanfaat.

Masalah dan cara memperbaikinya diantaranya :
1. CD/DVD Rom tidak mau membaca
- Bersihkan head CD/DVD Rom


 Seringkali saya mendapati pertanyaan, mas kinta kok CD/DVD Rom aku tak boleh baca baca ? padahal kawan aku baru beli 2-3 bulan lalu, pertanyaan pertama yang saya ajukan adalah apakah headnya pernah dibersihkan ?, emang perlu dibersihkan ya ?, ya perlu lah. Head pada CD/DVD Rom memiliki fungsi yang sama seperti mata, jika head/mata kotor maka penglihatan kita akan buram atau tidak jelas, begitu juga head CD/DVD Rom, sinar laser yang dihasilkan oleh head dapat terhalang oleh debu yang mengakibatkan pembacaan CD/DVD jadi tidak lancar. Solusinya, beli pembersih CD/DVD Rom, biasanya dilengkapi dengan alkohol, cara pakainya gampang, kalau tidak bisa boleh komentar dibawah.
- Bersihkan CD/DVD
 Seringkali saya dapati permukaan CD/DVD terdapat lemak atau bekas cetakan tangan, hal ini sangat membuat CD/DVD Rom akan cepat rusak, karena head akan dipaksa untuk membaca CD/DVD, oleh karena itu sebelum CD/DVD dimasukkan kedalam drive, pastikan bebas kotor dan lemak. Untuk membersihkan lemak atau bekas cetakan tangan dapat menggunakan pembersih cd yang banyak dijual di tokei komputer.

2. CD/DVD Rom tidak mau eject

 Pernah mengalami CD/DVD lacet tidak mau dikeluarkan dari dalam drive ? bunyi garuk garuk Tentunya siot, kalau ini terjadi, tampar aja komputer anda eh jangan, ambil penjepit kertas, kemudian sambil menekan tombol eject, masuk dan tekan lubang kecil yang terdapat di drive CD/DVD rom. voila, berhasil bukan.
CD/DVD Rom tidak terdetek

 Permasalahan yang sering aku temui, yang ini relatif mudah, pertama cek apakah lampu indikator pada CD/DVD Rom menyala, jika tidak berarti adalah masalah power, coba ganti power yang terhubung ke CD/DVD Rom dengan kabel power yang lain, tentunya harus buka casing dulu. Jika sudah nyala namun tidak terdeteksi langkah selanjutnya adalah mengecek kabel IDE, kabel ukuran flexi ukuran besar yang menempel disamping kabel power, coba ganti dengan kabel IDE yang lain, biasanya dengan menggunakan dua langkah ini CD/DVD Rom terdeteksi kembali, jika tidak maka ada kerusakan hardware dan kamu harus beli yang baru. itu langkah terakhir.

Selain itu kerusakan yang sering ditemui pada CDROM/CDRW/DVDROM/DVDRW.


Gambar DVD-RW pada Laptop 

Cara membersihkan Optik lens dengan cutton but


Melihat sinar laser pada mata optik masih bagus atau tidak. Dianjurkan jgn terlalu lama dilihat karena akan merusak mata.

Kerusakan Pada CDROM/ RW, DVDROM/ RW : Tidak terdeteksi
Langkah-langkahnya :
Periksa kabel power (kalau longgar kencangkan).
Periksa kabel data apakah pemasangannya sudah benar? Jangan lupa kabel dengan ujung yang berwarna merah, periksa kabel data biasanya ada yang putus. Untuk lebih yakin gunakan kabel data yang baru.
Periksa Jumper, kalau hardisk di posisi master maka CDROM harus diposisi slave (lihat jumpernya).
Periksa seting BIOS (Standard Serup) apakah Primary dan secondary semua diset Auto
Periksa lampu led-nya apakah nyala, dan tekan eject apakah berfungsi, kalau tidak berfungsi berarti kerusakan ada di board kontroler CD/DVD

Anda bisa membongkarnya dan coba anda periksa apakah ada solderan yang lepas atau retak, coba anda solder kembali. Kerusakan Pada CDROM/ RW, DVDROM/ RW : Tidak boleh Baca CD, Boleh Baca Tapi Pilih-Pilih CD (Hanya CD yang Original / yang Masih Bagus yang Bisa Dibaca)

Kerusakan pada Optiknya: kotor atau sudah lemah. Cara mengatasinya: kita bongkar cd/dvdrom, lepaskan semua bautnya, lepas semua penutup/ casing-nya.

Coba anda perhatikan gambar optic set, di mana terdapat satu komponen yang disebut trimpot, berbentuk bulat kecil dengan 3 kaki, dan dibagian tengahnya ada pengaturan / trim untuk kepala obeng, ada yang berbentu plus atau min

Terlebih dahulu coba anda bersihkan kepala optic dengan cottonbud (korek kuping) secara perlahan dan hati-hati. Jangan sampai serat kabel yang menghubungkan antara kepala optic dengan rangkaiannya putus.
Jika CD/DVDROM/R/W ada masalah dalam pembacaan disk, apakah tidak bisa baca, kadang baca, pilih-pilih CD, tidak bisa burn/ membakar/ menulis (write) disk, maka kerusakan terletak pada optiknya. Sebelumnya dalam keadaan penutup/ cover terbuka, coba anda hubungkan powernya dan anda lihat. Awas!!! Jangan terlalu dekat karena cahaya yang dikeluarkan optic mengandung radiasi, anda cukup perhatikan dari jauh, apakah optiknya mengeluarkan cahaya atau tidak ?

Kalau masih mengeluarkan cahaya meskipun redup/ lemah, biasanya masih bisa di trim/ setting, anda tinggal men-trim/ setting dengan cara memutar trimpot tadi dengan obeng kecil sesuai dengan lubangnya apakah min atau plus, secara perlahan dan hati-hati searah jarum jam.

Dalam melakukan penge-trim-an/ setting, jangan terlalu banyak memutarnya. Coba anda putar/ trim sedikit saja, setelah itu komputer anda matikan, dan pasangkan kabel data ke CD/DVD, kemudian anda nyalakan lagi

 Semoga tips cara mudah memperbaiki cd-rom/dvd-rom/dvd-rw pada komputer/laptop bisa sangat membantu sahabat aku beroleh bermanfaat tanpa harus ke tukang servis atau membeli yang baru. Tapi bila sudah parah dan tidak bisa dengan tips diatas mau gak mau memang harus dibanting dan harus membeli yang baru. he3x. Ok segitu saja tipsnya dari aku semoga bermanfaat.

 Ditunggu komennya gan. Saran dan kritik aku tampung DVD IDE kawan sebab susah cari DVD IDE sekarang dekat dektop dia semoga ada cara solusinya.

Sumber : pakcik google dan buku nota rujukan masa aku jadi student dulu well done good service kos aku ambil RM60 sebab barang aku punya DVD ROM IDE dan Floppy disk..kawan aku kata "beda jahanam pun hang boleh repair bagusla" aku cakap "aku technian 6 jahanam kalau tak jadi jahanam kena beli alat baru"hahhahaa"

Friday, July 27, 2018

aquarium

Terima kasih kepada sahabat karib aku Amir G labu Spark datang ke rumah aku selepas isyak dengan adiknya kot ceplos bawa kereta semalam hantar kaki aquarium serta cover tudung kerana biz alat pancing serta ikan aku laris

ikan oscar aku masih truma di tempat baru


Hanya tinggal ikan oscar not for sale ikan oscar aku masih trauma duk dalam aquarium neyh sekarang sudah 3 tahun aku bela yang lain dah habis orang beli

Wednesday, July 25, 2018

kucingku kenal akan aku



Gambar ni baru ambik dari rumah mak saudara ku comelkan,


masa ni kecik lagi Si kembar suka bermain dengan kucing kucing ni dah kena buli dengan anak menakan ku.


Masa ni aku banyak habiskan wang ku untuk beli sangkar dan bahan bahan makan basah, pasir daan makan kering untuk kucing ni. Aku juga ambik cuti untuk kucing kucing ni ke kelinik haiwan sudah di kasi.


Anak kucing aku ni kuat makan. Kalau makan tak cukup cukup satu tin untuk sehari. Lepas makan dan kenyang rutin kebiasaan diorang tido di atas sofa aku ni..

 Sangat manja dengan aku dan mak sebab mereka asalnya adalah kucing peliharaan aku rajin bagi makan kat kucing kucing ni masa kecil dah umur setahun aku berikan pada mak saudara aku


Yang ni kucing betina.. aku tak letak nama pakcik aku yang letak nama lucy. sangat manja suka kacau aku kalau aku duduk di kerusi dia datang dekat kaki aku... dia akan datang dan duduk dekat aku yelah lama tak jumpa tuan dia. Mereka ni dah jadi sebahagian ahli keluarga makdak aku... kehadiran mereka ni sangat bermakna pada setiap ahli keluarga mak saudara aku......




Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping