Thursday, August 30, 2018

Sibilah Pisau Tanduk Wali

Pisau Tanduk Wali Sufi,Cincin Tembaga,Sarung Kayu Tengas Kulit dan Daging Hasil kraftangan Pertukangan Besi kampung aku Jalan Haji Murshid,Pekan Darat


*Nilaikan diri, apa yg akan kita jawab nanti..*


Sudah tentu saudara mara aku berbanga dengan pembaharuan pisau aku ini sebagai hiasan peninggalan pusaka

Sunday, August 26, 2018

sibuk mengecat rumah...


tadaaaaaa...........Kalau ikutkan pada aku tak nak cat rumah aku tu.Biar warna hijau ..Aku dah rasa macam....hmmmmmmm

hijau nampak manis sangat ni susah lah nak di jaga.Budak-budak ni main kejar-kejar pegang dinding pun dah ada cap tapak tangan.Jadi atas kerahan dan paksaan ,ku paksa jugak mengecat.Keh keh keh

Warna pilihan sudah semestinya KELABU..Senang nak match dengan pokok nampak timbul segala bagai.Jadi aku pilih 2 tonne warna.Kelabu pekat dan kelabu cair sikit.


 Tarra...Hasilnya..Allhamdulillah seperti yang di harapkan.Kekadang warna dekat tong ni bila dia apply dekat dinding kan lain..Tapi yang ni ok lah..Sejuk mata memandang Soft kelabu jugak.Tapi beza sikit.Biasalah guna Kamera  handfhone cap ayam ni tak dapat nak capture cantik sikit.Ke aku yang tak reti ambik gambar?haha



 Permasaalahan yang aku jumpa kayu bawah pagar dah lapuk harus di tukar ganti yang baru
Warnanya kalau dalam gambar macam seakan sama.

 kayu bawah pagar dah lapuk akan di tukar baru
Aku guna jenama sancora dalam RM48 satu tong kali 3 sama dengan RM144 dan cat putih cream Unpaint untuk tiang pagar dan jeniang tingkap RM 76 X 2 = RM 152 jadi kos aku sapu cat keseluruhan RM 248.Jadi untuk rumah kitaorg tu just pakai 3 tong je lah.Cat Mahal

papan jeniang tingkap dekat pintu dapur dah lapuk akan di tukar baru

 sebahagian yang hampir siap
Dia macam cair -cair kelabu.hehe

Dalam di ruang dapur memasak
Aku guna meja kayu yang aku buat dan lekat wallpapper cover kitchen

For Next aku update bnda lain ye.dah selamat duduk dah rumah ni.Tengah pujuk hati nak update sesatu.bagi kejutan buat mak aku yang bakal berangkat pulang haji minggu depan.siapa cakap aku tak sayang mak?

Cat kelabu SAN CORA

Tong cat SAN CORA dan cat minyak putih cream UNPAINT Unless

Pekakas Binaan Banyak kerja lagi neyh duk tunggu
masa aku duk snap gambar2 ni jiran aku sewa rumah dekat rumah aku bersin. pooooooorahhh

For Next aku update bnda lain ye.dah selamat duduk dah rumah ni.Tengah pujuk hati nak update sesatu.bagi kejutan buat mak aku yang bakal berangkat pulang haji minggu depan.siapa cakap aku tak sayang mak?

Jumlah Kos mengecat adalah dalam RM374 lebih gitu.Mana nak beli berus , mana nak beli roller, batang dia lagi...Kalau upah orang mengecat tak berapa pasti berapa kosnya.Ni untuk dalam rumah bahagian dalam tak cat lagi pun.

Monday, August 20, 2018

Banyak perkara nak di buat

Banyak perkara yang di fikirkan

Hai,...

Aku serabut kepala nih. Serabut yang amat sangat. Sampai aku tak mampu nak berfikir secara waras dan sempurna.

semenjak dua menjak hingga ke tiga menjak lah jugak,otak aku ni serabut jea fikir pasal kehidupan seharian ni.. hmm.. bukan apa,nak kata bosan pasal takda awek,aku nak kata takda kawan,bersepah lah pulak.. nak kata duit takda,hmm.. hidup jugak aku sampai sekarang.. tapi otak aku yang tak berapa nak pintar ni masih lagi memikirkan tentang kehidupan sehari-harian.. aku bukan tak boleh nak detect problem tu.. but the thing is,the problem came inside my house.. dan rumah maklong aku bukan nak cakap apa lah kan,but,some people said ‘rumahku syurgaku’.. but on my own part of opinion,it’s like a freakin’ damn hell !

bukan nak bersikap kurang ajar or tak tunjuk some respect kat tempat-tempat public macam ni.. tapi korang sendiri fikir lah kan.. aku ni dah besar,dah tua dah pun takda lah tua mana,but still,the main point is aku dah besar.. aku dah boleh fikir baik buruk sesuatu perkara.. tapi orang tua aku ni asyik nak object jea apa yang aku nak buat.. bukan nya aku hisap dadah ke,merempit ke,merogol anak dara orang ke.. aku just menjalani kehidupan sebagai anak.. yang menunaikan tanggung jawap tapi banyak pula yang di harapkan yelah aku seorang sahaja anak lelaki mak aku orang tua aku dah memekak suruh macam-macam.. hmm.. tension sakit otak kalau macam ni.

bila dah sampai rumah,masaalah banyak jugak.. aku tolong-tolong pun kena tak selesai-selesai.. kalau aku keluar kang,lagi lah kena kaw-kaw macam punya.. haihhh.. ada satu hari tu,aku tengah busy sekarang.. jap lagi,esok astaghfirullahalazim -,-

korang jangan lah bertanggapan negative lepas apa yang dah aku cakap dalam ni.. maybe pandangan korang tak sama dengan aku.. but korang fikir sendiri lah.. you’re not in my shoes atau dalam bahasa melayu nya korang tak berada kat tempat aku.. aku tak kisah pun kalau korang nak judge aku macam mana,but at least before judge tu,korang fikir lah semasak-masaknya.. muka setiap manusia di bumi ni 100% sama tak? mesti lah tak kan? hah macam tu lah jugak dengan perangai.. sesetengah family spoil kan anak diorang dengan kemewahan.. but korang ada tengok tak semua yang di-spoil kan tu rosak?? tak kan? ada yang berjaya manage diri diorang.. yang hanyut tu memang lah.. tak pandai jaga diri,terjebak sana-sini.. ini kita sehelai sepinggang,lagi nak dikaitkan dengan macam-macam benda..

come on man.. this is not the 60’7080s. kita dah maju.. Malaysia dah lebih 50 tahun merdeka.. remaja-remaja sekarang ni bukan macam dulu lagi.. alahh macam orang dulu-dulu tu bagus sangat jea.. kalau bagus sangat,takda lahh senang-senang kena jajah.. bahalol ! dah lah geng,gua akhiri ceramah gua ni dengan kata-kata perangsang,bukan pil perangsang tau,hanya kata-kata.. ‘do w malam tadi aku tertekan aku serabut lagi

Bukan ape dowh.. Aku sekarang ada masalah kat rumah aku nih. tuh tak abis-abis nak buat macam macam serba serbi.mana dengan macam macam komitmen nak siapkan rumah maklong,rumah aku dan persiapan mak aku balik dari tanah suci, baik pulih pembaharuan  tebang pokok dan kasi pokok pangkas pokok,ambil alih tapak pelupusan sampah duty mesin rumput , sapu cat rumah buat pelantar gazebo dan reban ayam lagi Tuduh macam-macam kat aku. Padahal tak wat pape kesalahan pon. aku pon dah naik pening ngan keadaan aku nih. Abis tuh nak buat cam ane… dah terpaksa. Terpaksa sangat-sangat…

Aku tatau larh apa yang aku nak handle dari masa ke semasa aku nih. Aku cakap aku wat kerja-kerja peribadi.

Aku hapdet blog pon kebetolan buntu.kerja tak kuek betol-betol aku wat kerja. Kali nih aku dah malas nak wat kerja dah. Lantak ah. Asyik sangat bertahun-tahun tak ada cuti dan rehat.

semua da set dalam kepala macam nak pecah otak

aku nak sambong wat kerja plak. nanti terhimpun pula urusan dan kerja aku
tuh. Muahahaha ! kesibukan mengatasi segala-galanya

Dah baca topik kat atas tu??Hempph…aku busy sikit lah kebelakangan ni.sebab yang pertama,aku baru naik  4.5 Kerja termasuk kerja rumah dan uruskan hal maklong aku memang dah awal-awal bertimbun.kalau asignment biasa tu takpe la jgak tapi kerja ni kena buat mini kucing-kucing aku…tuhhh…payah giler..


So kepada sesiapa yang kawan aku yang lawat blog ni, sorry lah banyak-banyak sebab berupdate blog aku ni.beginilah keadaan aku di rumah


Aku busy jugak skang ni sebab banyak request orang suruh aku buat kerja2 tak berfaedah dan berfaedah.ntah apa2 kerja je aku buat sekarang ni…hahaha

Anda semua sudah tengok belum gambar aku .Amacam???apa pandangan anda.Tahukah anda gambar memainkan peranan penting memberi mesej.[[hahaha….skema gile ayat aku]] Takdelah.Gambar-gambar tu semua adalah sebahagian kecil daripada snap-snap ….(jgn marah ea kalau terbaca)…uhuhu..

epraso..arios..adigos..big bos..bos..aku hari hari rasa macam nak mampo___ <– isikan tempat kosong
Salam ceria walaupun banyak rintangan aku tempuh jua PERITNYA HIDUP AKU

isk bila nak rehat panjang panjang tak pun seharipun jadilah mmmmmmmm jagan harap aku tak tahu duduk diam

kisah perkembangan si comel aku


anak kucing itu Osin kerana bulunya berwarna oren. Selepas itu, aku memberi Osin makan makanan yang berkhasiat. Kini, Aku memiliki sembilan ekor kucing yang comel iaitu Si Osin, Si Ameng dan Si Tompok.Si kecik,Si Bapak,Cik som,Teh cik,Panjang,Ton

khas buat korang yg mengikuti kisah Kucing Kesayangan aku yg bernama Si Comel.. Pada yg terlepas tu korang boleh baca disini KISAH KUCING YG BERNAMA COMEL

Mulanya aku tak terfikir nak update kisah si comel di dalam blog lama aku di Si comel, tapi atas permintaan seorang rakan blogger, ( Jangan lupa kasi terjah aku yang lepas wokeh ) aku pun update lah kisah si comel ni..

Ok untuk penggetahuan korang si comel sekarang berada di dalam jagaan mak dan aku di rumah. sebab apa dia disana? kebetulan aku tak ada adik beradik yang lain jadi dioranglah family aku kat rumah . memandangkan aku pun membujang so tak kesunyian dengan teletah mereka

Sebenarnya aku bagi melepaskan rindu geram dekat si comel ni la macam anak-anak aku dan untuk aku updatekan kisah si comel kat blog.. jom kita layan gambar Terbaru si comel..




Suspek utama di kesan menghilangkan kunci loker almari

Kucing siam aku


Gambar comel, Berkat doa korang semua, nampaknya comel betul-betul sihat.. syukurlah.. comel dah boleh serasi dengan aku dan mak dengan normal..

Gambar comel dengan adik beradik angkatnya, kat rumah aku ni lagi banyak kucing jiran bela, angaran ada 20 ekor lebih kurang, yang menjaga kucing-kucing ni anak saudara aku yg bernama dengan si bapak yang sama.. Aku ni memang pencinta binatang, ikan pun aku bela.. ha.. ha.. nak berkenalan ler tuh.. hahaa…



Yg ni pula gambar ibu teh cik masa sihat sebelum ni, ibu angkat sicomel yg menjaga comel dari kecil.. ada berita sedih sebenarnya,si ibu bulu kembang sudah tiada lagi Ziera Teh cik dengan anak-anak dia telah diambil pangkat yang ibu tertua dalam keluarga kucing aku di rumah, hajat aku nak temukan comel dengan keluarga angkat di rumah aku kesampaian.. emmm… Takpelah comel yg penting comel sihat yang si ibu teh cik dan anaknya pula yang berpenyakit gatal kurap…teh cik kelihatan tak terurus sekarang kurus dan kotor entah bila mak aku kata nak mandikan.

ade aku beli ubat kutu dan spray anti kurap kurang dah sedikit tetapi still berpenyakit sebab hari tu aku beli makanan kucing wishkas 8 kg dekat pet shop ada kutu serangga kecil so aku maklum kan pada tuan kedai dan lepas tu aku tukar makanan beralih kepada frieskies dah tak teruk macam sebelumnya dah sekarang.

itu jelah yg dapat aku update info terbaru tentang comel, InsyaAllah aku akan update lagi perkembangan terbaru comel pada entry akan datang, korang jangan boring yer.. hehe..

PS : terima kasih kepada korang yg selalu berkunjung ke blog aku yg masih baru ni..











kucing binatang yang satu inilah yang paling aku sukai. Pantang saja ada kucing kampung yang singgah ke laman rumah, alamatnya pasti kucing itu bakal menjadi `tetamu’ istimewa di dalam rumah.walupun bukan di hari raya sahaja

Segalanya demi kucing! Daripada tempat tidur, mangkuk makan dan minum aku sediakan khas untuk si comel. Biar aku yang berlapar asalkan tidak kucing tersayang.

Keadaan itu jugalah menyebabkan ramai ahli keluarga yang lain merungut hanya gara-gara kehadiran tetamu baru itu kucing jiran datang makan di rumah aku. Tambahan pula lagi haru jadinya.

Tetapi, aku sekarang ada lebih sembilan ekor kucing di rumah.

aku

kisah si comel di si comel Itulah antara kenangan memiliki kucing di zaman remaja bukan sejak dari kanak kanak lagi. Hitam, Tompok, Comot, Belang dan Putih kini hanya tinggal nostalgia, apatah lagi yang membataskan minat memiliki haiwan peliharaan itu.

Apa yang menarik sangat mengenai kucing hinggakan ramai pencintanya sanggup berbuat hampir apa saja untuk haiwan peliharaan itu? Berbelanja lebih untuk makan, minum, mandi, sikat bulu, potong kuku, perubatan juga berkorban masa dan tenaga. Kencing berak juga sanggup diuruskan.

tersipu-sipu, aku mengakui kucing kesayangan akan didahulukan. Bukan kasih sayang kurang pada anak-anak tetapi mungkin anak-anak, ada ibu yang boleh memberi sepenuh perhatian. Biasalah…

Namun satu anggapan yang paling menarik perhatian ialah mereka yang suka atau menyayangi kucing dikatakan orang yang penyayang! Betulkah?


Tidak dapat disahkan anggapan ini, namun, andaian ini timbul rata-rata kerana kucing haiwan yang disifatkan manja dan hanya mereka yang mempunyai sifat penyabar serta penyayang mampu menyayangi haiwan ini.

Hampir RM200 dibelanjakan setiap bulan, merangkumi kos makanan, perubatan dan penjagaan sampingan, termasuk peralatan pengering, pengetip kuku dan sikat.

“Ada juga rakan dan keluarga yang menyuarakan rasa tidak senang dengan kegemaran aku dan mak ini. Yalah, bukan saja kos mahal, penjagaan kucing ini juga rumit, macam jaga anak.betul aku cakap rezeki kami sama macam rezeki mereka aku tak tipu atau bohong rezeki kami tak pernah putus walau susah macam manapun bela kucing.

“Memang ya tetapi aku tidak pernah melihat kucing aku ini sebagai haiwan peliharaan. Mereka adalah anak-anak aku, mereka adalah sebahagian daripada keluarga aku yang berkongsi minat dengan haiwan kesukaan mak


Macam-macam kerenah `pencinta’ kucing ini. Nampak remeh dan rumit tetapi, hanya mereka yang memiliki kucing tahu betapa seronok dan istimewanya membelai si comel

Saturday, August 18, 2018

bersih kawasan persekitaran rumah

“Alhamdulillah, aku telah melakukan kerja pembersihan sampah sarap dengan kawan aku shamsul 2 buah melibatkan 3 buah rumah di Kampung .kemarin, di tempat tinggal aku,aku telah membersih kawasan. Aktiviti tersebut bertujuan untuk menceriakan perumahan.

terang dan bersih di bahagian sebelah jamban lama belakang rumah,stor belakang tu aku nak buat reban ayam 2 tingkat.ingat nak robohkan mak dan maklong aku tak bagi

 dah selesai kerja cantas menebas menyangkul pokok tinggal sebahagian sampah belum di kumpulkan di tapak pelupusan sampah



  membersihkan sampah bagi membantu di kawasan rumah aku dan nak beri kejutan buat mak aku berangkat pulang haji nanti agar berasa lega.

 kayu kayan aku nak buat pondok gazebo dekat tepi depan sebelah rumah

lubang di korek dan ditanam sampah dan di bakar sedikt demi sedikit
Timbunan sampah tersangkut apabila kawasan di penuhi semak sejak beberapa hari lalu.
Antara sampah dikutip termasuklah pokok, kelodak,serpihan kayu, botol dan bungkusan plastik aku panggil lori 6 tayar angkut 2 trip 

aktiviti aku gotong-royong membersih kawasan rumah, aku dan rakanku Syamsul  membantu menebas, menebang dan membersih kawasan persekitaran rumah dan mengumpulkan sampah sarap


Aku tanam Pokok Bunga Putih kata orang buat ubat

  


Aku telah berjaya mengubah lanskap taman perumahan. Suasana sekitar taman kelihatan sungguh ceria dan bersih. Kawasan jalan sudah di bersihkan tak ada semak lagi


aku tanam pokok serai yang hidup

aku amat berpuas hati meluangkan masa lapang kepada perkara yang berfaedah aku minat dekat rumah sebab hari ini pagi tadi aku mesin rumput tengahari dan petang sambung buat kerja dekat belakang rumah aku 

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping