semua pic di atas gambar kucing Jinak yang di beri nama merah(betina)
sudah mati setahun yg. lepas.
Sejak 8 bulan yang lalu Kucing Merah datang ke rumah aku dengan perkara misteri kucing ni sama dengan kucing aku bela nama sebenarnya Jinak tapi mak aku beri nama merah,kucing ni jenis parsi betina,sebelum tuanya nak buang mak aku sempat ambil dan bela tuanya dah kasi kucing neyh sebab dia sakit anaknya mati dalam perut kucing merah ni dah mati setahun yang lepas.
Semua Pic di bawah Kucing Merah II (Jantan)
Dalam 8 bualan yang lepas ada Kucing yang datang ke rumah aku sama macam merah jenis parsi juga tapi jantan so mak aku pun bela dalam dua minggu selapas tu tuanya (tapi bukan tuanya yang sebenar) datang dan nampak kucing merah tu kat luar rumah aku jadi dia pun dengan belagaknya sambil batuk exsion konon dia tuanya yang sebenar katanya "kucing macam ni sapa-sapa jumpa pun nak bela punya" so dia minta nak bawa balik rumahnya katanya sudah seminggu dia ambil kucing tu kat rumah dia then hilang,aku pun bagi kat dia.
Diaorang ambil kucing tu bawa pergi rumah seorang lagi katanya nak buat baka kucing sebab kucing tu kucing jantan so selama 6 bulan meraka kurung dia di dalam sangkar besar bawah rumah bersama kucing2 yang lain.Setalah 6 bulan mak aku sahaja pergi tengok macam mana kucing tu dah kurus dan busuk mereka kurung makan,berak,tidur,hujan,panas pun dalam tempat sangkar tu jugalah.Mak aku kesian tengok kucing (merah II)tu dan minta kucing nak bela kucing tu,dia pun bagi sebab dah terlalu kurus.semasa kucing tu mula-mula dia balik mak aku bela badanya panas selalu cirit birit berak2 dalam 2/3 hari dia dah ok lalu makan.Mak aku pun bela dah dua bulan budak (adik tuan yang mengaku kucing tu kucing mereka) datang ambil kucing tu aku tak kata apa-apa biarlah lagi pun bukan aku yang ambil kucing tu,mereka yang ambil so ambilah klu korang bahagia dengan cara diorang lantaklah.
Yang aku kesiannya kucing tu duduk merata-rata tempat menumpang kasih nanti dia sakit.Kalau dia duduk kat rumah aku,kucing tu bebas kemana-mana sahaja makanan pun yang elok2 punya.mak aku pun sayangkanya kalau dia sakit mak aku yang menjagainya.Biarlah kucing tu kalau teringat nak balik dia balik tengahari td budak tu (adik tuan yang mengaku kucingnya)ambil kucing tu bawa balik dia cakap semalam mereka kurung dia dalam sangkar.
Sudahlah kalau aku fikir buat sakit hati sepatutnya aku bersyukur kerana semuanya pasti ada hikmah yang tersembunyi?mengapa harus aku marah,kecewa,sedih atau sesal?Aku bukan manusia yang layak menghukum kesilapan dan kesalahan orang lain kerana Aku juga insan berdosa yang tidak sempurna di sisi Yang Maha Pencipta.
TUTUP CERITA
No comments:
Post a Comment