Monday, May 30, 2011

da bleh login


huhuhu…

aku tak pernah hilang ingatan begini teruk sekali!!! sejak beberapa hari lepas, dah banyak dah tanda-tandanya….tapi yang terjadi beberapa minggu memang betul-betul menyakitkan otak aku…line tel umah aku rosak so internet aku pun nonsense la

aku da tunjuk kat mak aku cuba tengok wayer tel kat luar rumah apasal wayer dari rumah kelabu dan wayer telefon kat luar di sambung2.mak aku kata tak apala nanti panggil telekom suruh diorg tengok la...

Isnin minggu lepas baru call TM,antar technician dtg umah check telefon line,alat yang di gantinya Soket Telefon RM10 dan line internet streamyx aku di pasangnya spillter RM20 jadi payment bagi kat diorg RM30...ingatkan da selesai semua masalah petang tu aku online tenet tak dapat lampu modem blink2 saja.

Tengok pula telefon pun tak beberapa jelas bunyi serak2 sometime tak dngr dailtone apa2pun.Aku pun call balik technician TM streamyx area rumah aku,katanya diorg akan datang last2 coz diorg bz diorg call aku balik cakap esok baru diorg datang.keesokan harinya diorg datang tukar wayer kebel kat luar rumah aku sampai ke tiang tel depan jalan,klu wayer kabel kat luar yang lama 3 kali sambung sampai ke tiang Telekom.tu sbb. la line telefon rumah aku ada masalah lagi pun da lama sejak mula pasang telefon 17 tahun dulu kat rumah aku belum pernah tukar.

hmmm,sekarang barula line telfon stabil,internet pun da boleh di gunakan.Lagi satu lagi problem nak access blog aku plak tak boleh kena verify pakai e-mail

aku lupa log-on password e-mail aku….uwaaaaa….camana nak buat …aiyaaaa..wei shenme??

aku da try berpuluh2 nama dah…

aku pelik, camana aku boleh lupa…

maybe sebab banyak sangat berfikir kot,bab2 lupa & cuai nih…sediihhh….padahal puncanya ialah kerana i think too much tau sumer bnda yang bersangkut-paut-kaut-laut dengan aku bukan lebih-lebih tapi dah nak terfikir nak buat cemano!! ntah laa…ishhh….

aku guna alternative e-mail buat password baru dan verify blog aku tak boleh jugak seminggu lepas tu aku cuba login profile user aku search nama aku kat google jumpa user profile blog aku pny then boleh masuk
aku cuma mampu tersengih kambing dengan cara aku login blog aku…huhuhu…

i need a shoulder to cry on…huhuhu…

yaaahoooooooo, wo yao da bleh da login ni !!!!! dish, dish, dish!!!!!

Sunday, May 29, 2011

tolonglaa

Aku hanya insan biasa.. tak boleh untuk melawan takdir… andai takdirnya aku jadi begini aku disakiti… sakit walaupun hati ku sakit.. aku tak boleh untuk melawannya, kerana aku sendiri tidak tahu nak buat macam mana lagi.Dulu aku yakin dalam hati.. dalam hati hanya ada aku.. kini… tak lagi, dia seperti tidak mengerti apakah kerana perasaan aku ini yang jadikan aku begini pada ku.. atau kerana mereka yang masih tak faham2, aku makin disakiti.. semakin aku reda.. aku resah, resah itu akan hilang.. resah aku bukan aku lagi..seperti dahulu.hati ini langsung tidak di hargai malah terus di sakiti… di hati ini sepertinya racun yang bakal membunuh ku…

Tuhan yang Maha Esa… di mana aku, dimana, aku tidak tahan lagi dengan diriku sedemikan… aku mesti cari jalan penyelesaian.. dan kalau tiada jalan lain dan harus aku tamatkanya…untuk kali ini tentang masa depan blog aku. Aku sekarang ini menghadapi sedikit masalah dalam interpersonal blog aku ini.., aku sebenarnya malas nak cerita tentang perkara ini kepada umum. Kang lagi pening, tapi bila difikirkan..update blog,aku bertambah sakit hati

Blog aku cuma nak tulis ttg. diri aku ja. Tetapi setelah difikirkan.. wat publish je…balik2 aku yang kena. Aku tulis,bila nak publish.. cancel balik..Tak sampai hati pula nak berhenti menulis kat dalam blogspot neyh sbb aku dah terlupa password e-mail yang aku register tempohari..Dalam duk fikir.. nak publish pakai blog ini.. atau berdiam diri seribu bahasa,lagi la tiada gunanya since at last aku dapat masuk guna alternatif e-mail dan verify pasword baru still tak bleh login,redirect sahaja tup2 hari ni bleh plak masyuuuk..... alhamdulillah klu tidak aku nk say bye2 je kat blogspot ni hahahaha

YA ALLAH MAHA KUASA… LAGI MAHA PENYAYANG…. BERIKAN LA HAMBA SATU KEKUATAN UNTUK MENJALANI DUGAAN INI, RAWATLA HATI HAMBA DAN DOAKAN HAMBA BERBAHAGIA BERSAMA SEPERTI INSAN YANG LAIN…..

Friday, May 20, 2011

sweet memory when i was a young boy

Mengimbau kembali kenangan manis masa tu aku berumur 12 tahun aku pergi dengan keluarga pakcik ke Edimburgh Scotland..dulu aku mmg tinggal dengan diorg.3minggu kat sana membwa 1001 kenangan manis pd aku…bukanya aku nk menunjuk-nunjuk sekadar ingin berkonsi pengalaman dgn para pembaca 

Since 1st time menjejakkan kaki kat negara yg terkenal ngan scotish..bertolak KL ke Changi Airport Singapore naik MAS.dari Changi Airport ke London 18 jam dalam kapal naik British Airways sampai di LONDON naik pula satu kapal ke Edimburgh ..mmg explore abeh la kat sana,kat sana kami stay kat umah kwn kak lili selama 3minggu kitaorg dok umah uncle John Macdonal(thanks a lot kak lili).. pi edinburgh

(edinbrugh) kitaorg trs explore jln2 kat situ…pi castle terbesar kat sana,muzium childhood,rumah alexzender Graham Bell pencipta telefon,perkarangan kubur anjing Boby,tugu-tugu peringatan,rumah pasong tempatni meyeramkan sikit dapat saksikan orang sebagai contoh patung2 yang di seksa masa zaman dahulu,aku hampir lemah jantung bila tiba2 ada orang berjubah dan seorang berkepala botak tiba2 sergah aku ketika leka memerhati di depan tingkap pintu besi  dari dalam perkarangan penjara rumah tersebut sebab dekat aku beritahu pakcik aku ketawa kenapa tak tumbuk saja orang tuh hahah rasa seolah-olah mengerikan dan bergmbr merata2 tmpt gak la…setiap hari keluar kalau tak jalan jauh keluar jalan kawasan perumahan,taman permainan dan padang sukan,ada la budak perempuan ajak kami bermain sama-sama dia cakap would you like to play something with me? Dia ambil kayu, tongkoi tepi semak dan letak depan tempat aku duduk then aku cakap I'm so sorry no i have no idea to play we here just for looking around here so dia marah kan aku she kata aku black bird maybe kulit aku tak sama macam orang putih.hahah macam macam

sambut raya haji pun kat sana,hari raya haji uncle John pun ada bawa kami ke Glasgow sambut dengan pelajar2 Malaysia kat sana (huhuhu)perjalanan dari rumah aku rasa berjam-jam jugak la sepanjang perjalanan edimburgh ke glasgow ms 2 jam.. minggu ke tiga Uncle john bawa kami pergi ke Lock Ness tasik yang terpanjang di scotland tgk pemandangan indah banyak juga castle yang kami singgah maklomlah menurut citer raja pada zaman dulu suka menjelajah nak selamatkan empayar.

kenangan manis yg mmg xdpt dilupakan sepanjang hidup...paling lama bercuti selama 3 minggu mmg best…seronok sukar nk digambarkan,masa tu aku sampai tak ambil exam percubaan UPSR kat Malaysia sbb berada di sana :-)

What actualy happen Tengah Town Edimburgh bawa bekal makan sanwich buat kat rumah

Beside Taman Bunga

Hostel Moray House
Beside Taman Bunga

Busker kat Edimburgh

Dalam Bas kat Town

Jamuan Makan Dengan Pelajar2 Malaysia kat Glasgow

kat Castle mana satu ntah la dekat sini aku jumpa kereta proton wira putih enjin lasak negara sejuk dan aku cukup berbanga dengan Malaysia

Kat Glasgow taken from out there

Kakak Lili Dinner Dgn Dato Seri Najib

Abg Sazeli Main Salji

Berhenti Jap Tepi Jalan

After convacation

Round table breakfes kat kantin

Loch Ness

 kids shop lepas tu aku berbangga lagi dekat kedai coklat bila aku tengok product coklat Van Houtan dari Makmandin Butterworth Malaysia teringat dekat mak aku

Moutain River aku tengah gayat sebab air bukit deras laju

That was good joke Yeha! Toy Us

Hang Kebun

Ee!don't dare to look the tree

Happy bila mengenangkan masa lalu,tapi kata mak aku kita kena harus tengok pada masa depan bukanya toleh ke belakang cuma Neyh lah KENANGAN bersama-sama dengan Pok Chek btul2 “enjoy” ya betul sekali. Belajar dari pengalaman. Selebihnya, semua tergantung kpd kita.karena waktu itu adalah seumur hidup....sebaek nya jgn di lupakan tapi di jadikan kenangan indah bahwa pernah  ada dalam hidup ini...


aku dan cousin bagi makan roti dekat burung merpati


Enjoy Hapiness Playground


Between jambatan keretapi dan jambatan jalanraya gitu2


A Judge Alexender Graham Bell

Rumah pencipta telefon Alexender Graham Bell.Ni nak story cikit pada tahun 1976,pakcik alexender Graham Bell (1847-1922) telah mencipta satu alat di kenali sebagai "Electrical Speech Machine" di Boston.united States.alat yang apada asalnya bertujuan untuk membantu golongan cacat pendegaran itu sekarang dikenali sebagai telefon.Rangkai sistem perhubungan yang pertama di dunia melalui telefon adalah antara Boston,Massachusetts dan New York City pada tahun 1984.

seandainya pakcik alexender bangkit semula hari ini,beliau akan terkejut dan mendapat sakit jantung kerana ciptaanya berkembang pesat dan sudah mampu menghantar video massage antara satu telefon ke satu telefon yang lain.Saiz telefon yang lebih kecil dari tapak tangan juga mampu membuatkan Pakcik alexender mengusap-usap janggutnya kerana tak percaya.

Itulah Sejarah Telefon.


Kakak lili dan Aruah pakcik  aku, Tan Sri Ani Arope

Sunday, May 15, 2011

mak

Orang kata aku lahir dari perut Mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Mak
Bila lapar, yang suapkan aku.. Mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Mak
Kata Mak, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Mak
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Mak
Bila nak bermanja, aku dekati.. Mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Mak
Bila nakal, yang memarahi aku.. Mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Mak
Bila takut, yang tenangkan aku.. Mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Mak
Aku selalu teringatkan.. Mak
Bila sedih, aku mesti cari.. Mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Mak
Bila bengang, aku suka luah pada.. Mak
Bila takut, aku selalu panggil.. "Makkkkkkkkkkkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Mak
Bila ada masalah, yang paling risau.. Mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Mak
Yang selalu berleter kat aku.. Mak
Yang selalu puji aku.. Mak
Yang selalu nasihat aku.. Mak


assalamualaikum...
setiap hari kita harus sayangi ibu, hormati ibu dan segalanya ibu.sama-samalah kita mengenang perit jerih ibu dan juga bapa. tanpa mereka siapalah kita di bumi Allah ini. dan hargailah segala pengorbanan mereka dari kita lahir hingga sekarang. segala posting untuk bacaan bersama. moga maanfaat kepada semua pengunjung......

kepada yang akan begelar ibu, mak, mama, umi dan segala macam panggilan yang ada selamat hari ibu walaupun sudah lepas pada 11 hb hari tu tapi tak salah untuk mengucapkanya kan. sesungguhnya pengorbananmu amat dihargai..walaupun aku selalu berbalah,berkelahi,bergaduh,marah memarahi kerana sesuatu itu bukan maksud man membenci mak

kepada mak ( Mariam Binti Arop) yang tersayang, segala yang berlaku adalah ujian dari Allah. teruslah tabah dan penuh semangat dalam hadapi semua ni. Man doakan mak tetap sabar ye mak. man tau pe jua yang berlaku dan jangan salahkan diri kerana ni semua kehendak Allah....biarlah Allah yang tentukan dan semoga Allah terus melindungi mak...

doakan anakanda mu ini, moga terus tabah dan kuat dalam menghadapi semua dugaan ini. doakan man ni dipermudahkan segala urusan dan dapat menkecapi kejayaan yang dinantikan tak lupa juga doakan man dapat dan menjaga dan mengambil berat tentang mak ..tu semua harapan dan azam yang ada. dan terima kasih jaga makan minum man

mak, man sayang mak.....
with luv,
Man...

P/S:- Kasihnya ibu membawa ke syurga.

Friday, May 13, 2011

mak dah lega sikit

Allhamdulillah terucap Aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya buat aku tenang memikirkan ttg mak sebab sakitnya sudah semakin sembuh.Kemarin seharian dalam hujan lebat aku keluar rumah pergi farmasi belikan ubat untuk mak aku,ubat tahan sakit,ubat sakit urat dan minyak urut panas sbb. itu yang paling penting untuk mak aku.Syukurlah aku tak berhenti-henti berdoa kepada Allah SWT Semoga mak aku selepas ini semakin sihat2 hendaknya. Amiin ya Robbal alamin.semoga Allah mengabulkan harapan dan cita ku. Amin..

Yang lecehnya internet skunk kat rumah aku dari semalam tk dapat klu dapat pun talianya putus2 problem tull la susah la cm ni dah 2 jam aku tunggu neyh nak update blog neyh hiiiiissssk online ni pun kejap 2 je kira nasib je...aper da bila dtg bil orang bayar tapi perhidmatan macam siottttttttttt...

Tuesday, May 10, 2011

mak terjatuh

Petang kemarin, mak aku jatuh tergelincir di dapur dowh!!! sakit pinggang. Aku yang ade time tu…aku tengah membaca surat kabar Aku kaku dan panik..aku pegang mak belum mahu bangun katanya sakit pingang Terus aku panggil maklong aku datang tengok jiran2 aku pun datang tengok mak aku masa tu air muka dan badan mak pecah peluh Masa tu memang aku tak ingat benda lain selain mak.pergerakan mak lambat bila bangun dan duduk,aku bertanggungjawap menjaga emak sekarang.bila aku ada masa aku urut belakang badan mak aku dengan minyak urut panas,mujur la juga ubat sakit urat yang raksi dengan mak aku ada sebotol lagi.Saat2 begini la aku ingat Allah….dan kepadanyalah aku berdoa mengharap mak akan sembuh seperti sedia kala

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping