Sunday, May 15, 2011

mak

Orang kata aku lahir dari perut Mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Mak
Bila lapar, yang suapkan aku.. Mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Mak
Kata Mak, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Mak
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Mak
Bila nak bermanja, aku dekati.. Mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Mak
Bila nakal, yang memarahi aku.. Mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Mak
Bila takut, yang tenangkan aku.. Mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Mak
Aku selalu teringatkan.. Mak
Bila sedih, aku mesti cari.. Mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Mak
Bila bengang, aku suka luah pada.. Mak
Bila takut, aku selalu panggil.. "Makkkkkkkkkkkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Mak
Bila ada masalah, yang paling risau.. Mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Mak
Yang selalu berleter kat aku.. Mak
Yang selalu puji aku.. Mak
Yang selalu nasihat aku.. Mak


assalamualaikum...
setiap hari kita harus sayangi ibu, hormati ibu dan segalanya ibu.sama-samalah kita mengenang perit jerih ibu dan juga bapa. tanpa mereka siapalah kita di bumi Allah ini. dan hargailah segala pengorbanan mereka dari kita lahir hingga sekarang. segala posting untuk bacaan bersama. moga maanfaat kepada semua pengunjung......

kepada yang akan begelar ibu, mak, mama, umi dan segala macam panggilan yang ada selamat hari ibu walaupun sudah lepas pada 11 hb hari tu tapi tak salah untuk mengucapkanya kan. sesungguhnya pengorbananmu amat dihargai..walaupun aku selalu berbalah,berkelahi,bergaduh,marah memarahi kerana sesuatu itu bukan maksud man membenci mak

kepada mak ( Mariam Binti Arop) yang tersayang, segala yang berlaku adalah ujian dari Allah. teruslah tabah dan penuh semangat dalam hadapi semua ni. Man doakan mak tetap sabar ye mak. man tau pe jua yang berlaku dan jangan salahkan diri kerana ni semua kehendak Allah....biarlah Allah yang tentukan dan semoga Allah terus melindungi mak...

doakan anakanda mu ini, moga terus tabah dan kuat dalam menghadapi semua dugaan ini. doakan man ni dipermudahkan segala urusan dan dapat menkecapi kejayaan yang dinantikan tak lupa juga doakan man dapat dan menjaga dan mengambil berat tentang mak ..tu semua harapan dan azam yang ada. dan terima kasih jaga makan minum man

mak, man sayang mak.....
with luv,
Man...

P/S:- Kasihnya ibu membawa ke syurga.

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping