Sunday, July 31, 2011

Gitar tuner


At last aku berjaya juga beli guitar tuner ha,ha, lama jugak aku berhajat nak beli da 3,4 kali tak jadi beli akhirnya aku dapat juga membelinya.EVO Guitar Tuner ET-31 GB.Tuner Klip ini sangat kompak, ringan, digital yang tepat, mudah digunakan 3 in 1 tuner gitar. Any instrumen string lain, akan Digunakan sebagai metronom, atau membantu Anda sebagai pembangkit nada. sesuai untuk instrumen gitar dan string .


Harga : RM 40,- / unit

Mini tuner ini memiliki 2 tombol, 3 fungsi, 3 tuning mode, Merah dan hijau terang back-lit LCD layar, dan hanya 41 gram lebih ringan). Aku bley drop tuner gitar kapok dengan guitar karen,bass dan chromatic

Mudah digunakan 3 in 1 tuner:

* Tuner: Clip ke headstock, atau Setiap posisi lain yang kita suka. Pilih mode getaran. Ketika catatan dimainkan,tuner Identifikasi Otomatis catatan, dan menampilkan back-lit Its LCD akan Indikasikan oleh berapa banyak catatan di / tidak selaras.lampu LED skala utama akan menyala merah / hijau tergantung pada apakah catatan dimainkan adalah in / out dari tune. Sebuah cara yang bagus untuk Meningkatkan kemampuan tuning.

Aku lebih puas hati dengan guitar tuner bcoz lebih improve nada tune daripada tuner di gajet zoom lama aku so korang klu nak cari tuner gitar lebih elok bunyinya seperti di kedai better cari la guitar tuner,ini adalah untuk Lebih Than Just Guitars! 4 Gadget Muzik

Tuesday, July 26, 2011

Gemuk

Aku pun kekadang pelik la dgn sikap manusia2 kurus or yang perasan kurus nih...Tolong la, bukak minda tu sket..Jangan la tertutup sgt..Ingat org-org perut boroi nih takde perasaan ke? Dan sume org kurus tu kurus dan cantik ke? Kurus pun kalu tak cantik, tak gune weh kutuk aku nih..Kurus pun kalu cantik tapi kat dalam tu huduh tetap same gak huduhnya aku...Tolong aku terima cam kita nih manusia jugak..Ada hati dan perasaan...
aku nih kalu nak tau, nak kurus kerana bersebab...Dan sebab paling utama, hinaan la biasenye..Cume aku yang berjiwa kental jek yang biasanya kebal dgn segala hinaan nih dan kekal sampai bebila...Tapi kebanyakannye, memang tak kebal ngan hinaan..Mungkin dari sudut pronye, hinaan tu bagus sebab membolehkan aku tak terus gemuk dan buktikan yang aku pun leh normal cam si kurus..Dari sudut konsnye pulak, ai rase benda-benda camni wat aku lebih berdendam, bersedih..Ye la, dalam segala hal, baik serius, gurau, musti aku la yang akan kena tempias...Dan tempiasnye tu, buat hati kite nih sakit hati ..aduh Pedih,
Ramai sebenarnye kawan aku...Tapi mereka sangat memberi kesan di hati aku..And of them is my bez fren..aku ni cakap aku berjaga malam pagi susah nak mangun titow nanti gemuk macam badak baru tau dan ada yang cakap badan aku macam orang da kawin macam bapak budak Rase cam malu pada diri sendiri, marah...Mixed.yelah mana tak nya aku kan makan ubat so bila takde bwat apa aku titow jela..akan tetapi pada mereka kononya aku tak bwat apa kerja kat rumah kenapa diorg nak control sangat aku neyhaku tahu apa yang aku buat dah memang keadaan aku yang macam neyh nak wat mcm mana? tak kan aku nk tolak bulat2 pada takdir
aku malu kerana diorg still maintain..Sedangkan aku?
Since from that, aku sedar siapa aku memang aku makan tk banyak,mungkin sbb faktor lain-lain
ada juga kawan aku ketawa melihat perut aku yang boroi dan badan aku semakin berisi bila lama2 lama sekali berjumpa skrang sambil ejek2 gemuk2.. Biarla jadi rahsia aku dan kawan-kawan baik aku saje..Yang pasti, sampai mati aku takkan lupe kata-kata mereka..." Badan ko tak boleh kurus da ko Tak boleh kurus punyee..." TAK MUNGKIN tu sampai mati pun ai akan pegang..sampai mati pun ai takkan lupe..
Tapi betul la kan...kalu tak kite telan yang pahit..musti aku lebih montel dari dulu..Sekurang2nye...hinaan org tu menguatkan tekad kite lagi..Cume tuk yang nak mendorong kekuatan tekad aku nih, please mind your words Jangan la bermulut longkang sangat...Tolong...aku pun ade perasaan...U ollz gelak, aku pun gelak...tapi dalam hati?harap dlm bulan puasa nanti aku dpt kuruskan berat badan aku
Okeh la... lately...Ni jek dulu wat mase nih..len kali ai hapdate lagi..Daaa...

Sunday, July 17, 2011

Terkilan


Pernah tak korang tertipu dengan wang ringgit...aku memang dah tak nak ingat lagi benda neyh terjadi pada 2 tahun lepas yang amat mengecewakan aku dan mak aku Cerita yang menarik mengenai wang ringgit.Mak aku mahu aku sambung belajar dan berjaya dalam kehidupan. pengalaman penting last 2 tak jadi sambung belajar,sebelum ini pun aku dapat banyak tawaran untuk sambung belajar tapi semua tempatnya jauh kena tinggal di asrama.Oleh sebab itu aku nak belajar berulang alik dari rumah sahaja rasanya.yang amat mengecewakan aku semasa itu memang tidak dapat di elakan.

Aku terbaca kat surat khabar aku tengok iklan pengambilan pelajar bagi awal tahun pertama terus aku berminat dan beritahu pada mak aku yang aku nak sambung belajar,mak aku pun sirius nak bagi aku sambung belajar hingga dapat diploma untuk masa depan aku.Yang amat aku terkilan yuran pendaftaran RM500 untuk aku ke kolej itu di biayai oleh duit barang kemas rantai mak aku setelah di pajaknya kat kedai,memang aku tdak menyangka ketika sesi pendaftaran aku sudah bertanya pada mak aku "betul ke mak nak man sambung belajar?"mak mengizinkan aku mak kata "kalau nak belajar belajar betul-betul"semasa aku mendaftar aku tanyakan instructor adakah aku dapat belajar di Pulau Pinang sahaja,mereka kata ada dan mereka akan tempatkan aku di Penang sahaja aku terharu dan keliru memang aku menolak pelawaan mak 2/3 kali aku cakap tak payahlah mak, tapi  mak suruh isi borang dan nak aku belajar jugak lately aku pun mengisi borang dan serahkan duit pendaftaran dengan mak yang datang bersama aku kat dalam dewan kuliah di USM Penang.

kata mereka aku akan dihubungi secepat mungkin seminggu selepas itu mereka cakap aku kena datang ke Ipoh yang mana aku di tempatkan kolej di sana,aku bertekad tidak mengapalah lagi hanya untuk 2 tahun saja selepas itu aku cari la kerja kat Penang,aku pun tak sampai hati tinggalkan mak aku sebab mak sakit dan baru saja dapat tahu dari doktor mak ada kencing manis ,darah tinggi,ini membimbangkan aku dan lagi duit kemasukan pelajar ke kolej itu kena tambah lagi RM1500 aku pun terkejut dan aku cakap kat mereka yang aku nak batalkan sahaja belajar di kolej itu dan minta balik duit pendaftaran pertama dekat mereka,kata mereka kalau 10 hari selepas pendaftaran jika di beritahu aku dapat balik duit itu,kali ini sudah terlepas dari masanya,kecewanya aku tak terucap dan aku sedih dan menangis seorang diri bila ingatkan balik mak yang sanggup berkorban demi masa depan aku yang sedihnya sekarang sudah 2 tahun setengah sampai sekarang belum dapat tebus2 lagi rantai emas mak aku kat kedai pajak.kesian mak...

Penjelasan ini adalah benar dan kesilapan sebegini mengingatkan aku dari terus tertipu dengan tindakan mereka yang hanya mementingkan keuntungan.lumrah di dunia kita hanya bertuhankan wang ringgit...aku kesiankan mak aku,semoga apa yang berlaku sebegini aku sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah..yang ternyata aku rasa terlalu kerdil di alam ciptaan mu

Monday, July 11, 2011

Persoalanya???


aku suka duduk rumah. aku tak kira rumah aku beso mana, ada tv komputer dah oke untk aku. aku memang suka duduk rumah. aku tk suka keluar lepak dengan member2 aku. buat habiskan duit, tapi aku still tk beberapa suka duduk lepak dengan diorang berbanding duduk lepak dalam bilik aku sorang2 tak berteman. bila aku lepak dengan member2 aku kat luar, aku rasa rasa macam tak best, serius. aku suka duk kat rumah, skunk yg. aku tgh pening neyh ttg duit belanja aku tak tahu aku betul atau salah,tapi aku betul2 nak jelaskan beberapa explanation ttg hidup aku.does not tell me anything about this.lepas tu, aku kena total kan semua expenses and payment untuk bulan ini.hampeh betul duit yg ada untuk simpan untuk beli barang aku setelah di tolak habis kat bills payment dah 3,4 aku berhajat nak beli benda tu tak boleh2 beli jugak.mula mula agak stress sebab bill tu semua da bercampur aduk dengan duit pembelanjaan harian. penat je aku simpan suck ass money what a waste of money.

Wednesday, July 6, 2011

update blog


Sejak akhir-akhir ni kurang skit nak update blog huhu..banyak perkara urusan gak..yang terpaksa aku lalui tapi sebab tak boleh dibiarkan blog ini ditinggalkan kosong maka aku decide here to explain about my problem yang mcm2 terjadi kat aku

Minggu lepas agak sibuk untuk aku mana taknya aku kena pergi hospital,mak aku plak kena pergi hospital,settel insuran,lot tax,lesen, sampai la hari yang di tunggu2 aku dan kawan2 nak gi konvoi aku je yang tak jadi pergi sbb. motosikal aku rosak mmg kami da planing nak pergi bersama tapi tak upaya la sbb. motosikal aku rosak so diorg je pergi...lagi monitor komputer aku rosak dah 3 minggu aku tak mengadap komputer,ni pun aku dapat beli monitor crt kat kawan aku setelah aku dah cari 6 buah kedai tak ada monitor crt second hand,nk beli baru bujet tk cukup beb.Malam sabtu lepas hujan lebat kat kawasan rumah aku,rumah mak long dan rumah jiran sebelah yang banyak songeh detec habis kena sambar petir.benda yang rosak kat rumah aku plus air panas,tv,dvd,modem internet kat dalam bilik.

Nak je aku jual emp. marshall gitar aku,sbb. kawan aku nk beli dengan Harapan ianya akan membantu,tp bila pk balik sayang plak aku kat harta benda aku tu so lebih baik tk payah la ranking pun jatuh....idea pn da kering nak citer hmmmm bukan senang nak jadi blogger ni yer...namun aku masih mencuba bagaimana mahu menjadi blogger sepenuh masa walaupun macam mana ea...namun aku masih newbie lagi dalam dunia blog ini...banyak aku perlu belajar lagi...

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping