Pernah tak korang tertipu dengan wang ringgit...aku memang dah tak nak ingat lagi benda neyh terjadi pada 2 tahun lepas yang amat mengecewakan aku dan mak aku Cerita yang menarik mengenai wang ringgit.Mak aku mahu aku sambung belajar dan berjaya dalam kehidupan. pengalaman penting last 2 tak jadi sambung belajar,sebelum ini pun aku dapat banyak tawaran untuk sambung belajar tapi semua tempatnya jauh kena tinggal di asrama.Oleh sebab itu aku nak belajar berulang alik dari rumah sahaja rasanya.yang amat mengecewakan aku semasa itu memang tidak dapat di elakan.
Aku terbaca kat surat khabar aku tengok iklan pengambilan pelajar bagi awal tahun pertama terus aku berminat dan beritahu pada mak aku yang aku nak sambung belajar,mak aku pun sirius nak bagi aku sambung belajar hingga dapat diploma untuk masa depan aku.Yang amat aku terkilan yuran pendaftaran RM500 untuk aku ke kolej itu di biayai oleh duit barang kemas rantai mak aku setelah di pajaknya kat kedai,memang aku tdak menyangka ketika sesi pendaftaran aku sudah bertanya pada mak aku "betul ke mak nak man sambung belajar?"mak mengizinkan aku mak kata "kalau nak belajar belajar betul-betul"semasa aku mendaftar aku tanyakan instructor adakah aku dapat belajar di Pulau Pinang sahaja,mereka kata ada dan mereka akan tempatkan aku di Penang sahaja aku terharu dan keliru memang aku menolak pelawaan mak 2/3 kali aku cakap tak payahlah mak, tapi mak suruh isi borang dan nak aku belajar jugak lately aku pun mengisi borang dan serahkan duit pendaftaran dengan mak yang datang bersama aku kat dalam dewan kuliah di USM Penang.
kata mereka aku akan dihubungi secepat mungkin seminggu selepas itu mereka cakap aku kena datang ke Ipoh yang mana aku di tempatkan kolej di sana,aku bertekad tidak mengapalah lagi hanya untuk 2 tahun saja selepas itu aku cari la kerja kat Penang,aku pun tak sampai hati tinggalkan mak aku sebab mak sakit dan baru saja dapat tahu dari doktor mak ada kencing manis ,darah tinggi,ini membimbangkan aku dan lagi duit kemasukan pelajar ke kolej itu kena tambah lagi RM1500 aku pun terkejut dan aku cakap kat mereka yang aku nak batalkan sahaja belajar di kolej itu dan minta balik duit pendaftaran pertama dekat mereka,kata mereka kalau 10 hari selepas pendaftaran jika di beritahu aku dapat balik duit itu,kali ini sudah terlepas dari masanya,kecewanya aku tak terucap dan aku sedih dan menangis seorang diri bila ingatkan balik mak yang sanggup berkorban demi masa depan aku yang sedihnya sekarang sudah 2 tahun setengah sampai sekarang belum dapat tebus2 lagi rantai emas mak aku kat kedai pajak.kesian mak...
Penjelasan ini adalah benar dan kesilapan sebegini mengingatkan aku dari terus tertipu dengan tindakan mereka yang hanya mementingkan keuntungan.lumrah di dunia kita hanya bertuhankan wang ringgit...aku kesiankan mak aku,semoga apa yang berlaku sebegini aku sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah..yang ternyata aku rasa terlalu kerdil di alam ciptaan mu
No comments:
Post a Comment