Duh! Terkena jugak. Seawal minggu terakhir di bulan puasa aku pergi ke sana, ke sini tanpa kenal erti penat dan sakit. Kadang-kadang aku bersyukur diberi makan makanan untuk juadah berbuka oleh mak long aku, hanya dengan kata-kata maklong aku lagi terasa kecilnya hati aku . Liku-liku kehidupanku penuh dengan onak dan duri (dan juga perkara-perkara yang tak sanggup aku kongsi bersama). Aku sedar siapa aku…Hanya seorang insan yang hina. Hina di mata masyarakat, hodoh untuk dipuja. Apakah tidak ada sekelumit bahagia untuk diri ku? Sudahlah tak pernah dapat merasa dikasihi dan disayangi kecualilah mak aku yang tersayang. Jauh sekali untuk dibelai manja…Oh, di manakah agaknya keadilan buat diriku? Tak terbayang bagaimana harus aku meneruskan kehidupan ku.
Aku merasakan sesuatu bergelora dalam jiwaku.. Seolah-olah meronta-ronta.. merayu dan meminta untuk dibebaskan dari dari belenggu kedukaan yg asyik mewarnai rona-rona hayatku lewat kebelakangan ini. Aku juga ingin bahagia seperti mana yg sepatutnya dikecapi oleh setiap yang bernyawa di muka bumi ini..Apakah masih ada harapan buatku? Atau aku sudah terlambat untuk mengadili perasaan sebegitu? Petang tadi aku ke rumah mak long selalu bercerita tentang anak2 orang lain aku yang belajar pandai dan ada yang sudah bekerja berbanding dengan aku tidak bekerja hanya duduk di rumah sahaja maklong kata "orang semua bekerja hang pula tak mahu bekerja" kata-kata itu membuatkan diri ku rasa kecil hati.
Sebenarnya aku dahulu belajar pun tak setinggi mana tak pandai pun tapi aku berusaha bekerja juga dulu akan tetapi semua perkerjaan aku tidak tetap,paling lama pun aku bekerja hanya Setahun 6 bulan.macam-macam perkara selalunya mematahkan semangat aku untuk bekerja termasukalah kemalangan jalanraya ketika pulang bekerja.no komen....Ada jugak aku apply kerja dengan kelulusan yang aku ada, 9hb ogos 2011 aku di panggil lapor diri di IPK untuk meyertai pasukan POLIS DI RAJA MALAYSIA,aku pun datang dengan berpakaian sukan untuk lapor diri,test yang diorg ambil aku kena lari,buka baju,tekan tubi selama seminit,test mata,ukur berat,tinggi ukuran dada badan aku dll.setelah selesai aku di panggil interview iaitu aku kena menjalani latihan training kat PULAPUR SHAH ALAM seminggu selepas raya nanti tapi saudara mara aku tak bagi aku pergi kata makdak dan maklong aku "sapa nak tengok mak aku kat kampung jadi apa2 kat rumah bukan ada siapa,man kalau da tak boleh bekerja dah sakit takapa tp jangan buat perangai yg bukan-bukan",mak aku pun ragu-ragu dengan diri aku termasuklah kawan baik aku Lie.Mak dan kawan aku ada cakap "diorg tahu ke aku ni sakit" aku cakap tidak kalau diorg tahu sure diorg takan ambil aku bekerja nanti apa2 berlaku salah mereka sbb ambil aku mengangotai Pasukan Polis.
Bila aku pk2 balik boleh ka aku bertahan jawap aku Tak kuasa tawww!! Aku terasa ingin menjerit sekuat hati. Sampai Bila? Bila? Bila?Perasaan marah dan benci yang membuak-buak membuatkan aku terus mengambil satu keputusan penting dalam hidup aku.Aku Batalkan saja. Hanya dia yang mampu mengubah aku menjadi manusia disegani dan ditakuti ramai.Aku harus buat keputusan dari sekarang.sukar untuk aku nak terangkan kat sini,sbb kalau aku cakap pun tetang pekara peribadi aku orang tak akan faham. kenapa dan apa aku nak buat apa jaadah macam mana lagi
No comments:
Post a Comment