Friday, September 30, 2011

Walkman & Mp3 Player

Sebut saja "walkman". Itu bukan brand tapi nama barang, bagi aku semestinya Sony. Sebagai barang, walkman (dengan "w" kecil) Namanya memang hebat dan menarik kerana ia dikeluarkan di bawah siri walkman yang sangat popular di kalangan remaja terutama para pelajar. Tapi itu kisah lama, ketika siri walkman masih lagi raja tidak ketingalan MP3 player,MP4 dan sebagainya beraplikasi muzik yang jarang-jarang disaingi oleh jenama lain kecuali SONY dengan siri Xpress Music mereka.Kalau dulu walkman player kaset yang agak berat dan besar sekarang zaman telah berubah dengan munculnya MP3,MP4 player,Handset dsbg.Alatan seperti ini mudah di bawa dan hanya bergantung kepada kuasa bateri macam Mp3 dan MP4 player baterinya tak payah di beli hanya di cas pada kuasa elektrik dirumah sahaja.


Ini sahaja MP3 player terbaru aku punya yang aku ada sekarang.

Pada waktu sekarang, realitinya pelbagai MP3 player baru yang dikeluarkan dengan harga yang murah dan berpatutan serta mempunyai fungsi yang ketara lebih hebat dari siri walkman. (mungkin agak payah bagi aku, seorang pengguna MP3 player SONY, tapi aku merupakan tempat bagi rakan-rakan aku mengeksperimenkan lagu2 kat dalam mp3 player walkman,pendrive dan H/P diorg tak kiralah lagu2 yg aku muat turun dari internet semuanya diorg dapatkan daripada aku.

Seperti gambar di bawah gambar koleksi Radio walkman dan MP3 player yang aku ada semuanya sudah rosak di telan zaman.5 jenis brand SONY dan 2 jenis lagi SAMSUNG,3 jenis lagi Jenama biasa


Yang pasti ALL GREAT~! senang dengar dan ekpresi muzik.dengar lama2pun contrast merosakan saraf telingga gak so this is unlimited sajalah.....jd aku stop kat sini dulu. no one seems to know tellest declared citer2 aku neyh coz korang pun tahu benda2 neyh.

Saturday, September 24, 2011

Helmet



Inilah pic helmet LTD aku selepas kawan aku lukis.aku pun tak tahu nak kata apa,nak buat macam mana masa tu sudah jadi macam tu..tapi aku masih sayangkan corak air brush yang sebelumnya sebab klu nak di padankan dengan colour motor aku sekarang memang masuk... namun apa boleh buat.. klu nak di ikutkan belanja aku buat air brush di helmet aku sekali saja RM75 kalau dah dua kali sudah berapa???RM150 telah aku bazirkan hanya kerana air brush helmet aku untuk ikut cakap bomoh yang berubat aku melarang mengenai corak lukisan helmet lama aku.
%#%!#((@&#^$)$(*#($*@&#$^@#*&$@)(#()$*&@^T&#



Tapi disebabkan satu insiden, aku dah jadi paranoid. (ada ke perkataan tu?) pada aku yang lurus bendul ini cuba menerimanya dengan hati yang tenang,tabah,sabar dan reda nak buat macam mana lagikan inilah jadinya helmet kat helmet aku.



Bila selalu sangat orang bertanya tentang helmet tu, aku hairan la jugak. Apa ada ke kat helmet aku ni? Musykil, musykil. Tapi, aku jawab jugak pertanyaan-pertanyaan itu. Sebab aku ni baik. Tak sampai hati aku nak kata dekat diorang. Walaupun tak ‘mesra alam’, aku tetap cuba menerimanya dengan cara fomal setakat yang sabar.


Terdetik jugak kat hati aku betapa sakitnya aku. Tau kenapa? Sebab dah bertepek-tepek, aku nak buat macam mana.Susah sangat ke?Haram tak ada!and then aku pun suruh member aku lukis lambang Transfomers kat helmet aku ntahlah biarlah dah jadi macam ini plak betterlakan


Secara jujurnya aku katakan,melihat kepada gambar helmet aku yang pada mula aku ni memang sukakan corak air brush helmet yang ini aku kerana warnanya masuk motosikal aku akan tetapi sebelum bulan puasa 3 tahun lepas aku berubat dengan pasangan bomoh yang mengatakan kalau aku pakai helmet aku ni serupalah macam aku menjunjungnya atas kepala aku nak di jadikan cerita pada bulan puasa aku pun tukar chat merah pada helmet aku tetapi tak menjadi catnya mengelupas teruk terus aku hantar kapada kawan aku selepas berbuka puasa sebab bomoh tu kata kalau dia datang sekali lagi rumah aku dia tak nak tengok helmet aku seperti ini Serius.Bukanya nak puja memuja,Kadang-kadang, bila aku fikir ntahlah kalau di perhatikan betul-betul inya kelihatan bola snooker bernombor 8 tak ada unsur mistik pun lagi pun aku yang pilih corak neyh kat majalah air brush, aku perasan bahawa aku selalu berkerut. Muka aku selalu serius. Tak percaya tanyalah kawan yang kenal dengan aku. Ada berapa kerat kawan-kawan aku yang pernah cakap helmet aku macam Death Metal.Kalau tidak sebelumni pelukis air brush ni nak buat colour tune kepala red Indian tapi mak aku tak bagi lukis kepala orang so aku pilihla bola snooker 8 kat helmet aku masa tu.


So n why siang td barulah siap setelah kemarin sehari aku duk kikis 3 lapis cat warna sampai ke warna asal benda neyh..Aku buat ni pun sebab aku tak ada bujet al-fuluse nak beli helmet yang baru so jadila helmet LTD aku sekarang yang berwarna merah,sekarang barulah aku rasa lega colour dia pun mengancam sesuai ok la dr aku bazirkan duit belanja.


Bila aku pikir balik ada baiknya kita di beri tunjuk ajar kalau sudah cara itu elok bagi diri kita sendiri lagi pun aku pun sudah berumur tak kanlah nak pk benda macam budak2 lagi.cerita2 aku ni cerita biasa takde kena mengena dengan mana-mana pihak yang tak boleh bagi sebab yang munasabah.SEKIAN buat kali ini

Friday, September 23, 2011

bz day

I'm still like before but have something change in my mind.For me this i trying to write but not to much without i never know how long for start all of me..

Here i am just like stupid when i do was wrong maybe i do the right thing when i never do what it is...all of this i just imagine.just let all know latar belakang hi dup aku.since i will remember forever n ever always in my memories.

Today :P

9 pagi woke up when i think i was forgot my daily duty sapu rumah,siram pokok hari ni sbb dah masuk 3 hari aku tak siram pokok.

12 tgh bagi mandi kucing aku RONA,lepastu basuh lap kipas angin,lap motor

2..20ptg selepas mandi aku keluar pergi bayarkan bil2 rumah balik singgah kedai hardware beli kertas pasir pastu singgah supermarket beli makanan kucing dan silotape

Balik rumah lebih kurang pukul 3 petang,kikis cat kat helmet sebab nak colour cat warna lain sampai pukul 6.30 petang selesai kikis cat tinggal  nak tuchcup kertas pasir dan spray colour je esok

7 mlm mandi serarch tenet jap

8.30 kawan aku ramli datang rumah sembang2 sampai pukul 10 malam then makan nasi tengok TV

2 pagi main tenet type blog neyh.

What should i do?intersted that what i'm doing today n tomorow we never know yet.pass away..isnt right..i dont know la what to do...what ever is worth doing i wanna to be free dan sekarang sudah pun pukul 3 pagi da nak titow..tiada ungkapan lagi nak type da gnite


Monday, September 19, 2011

!@#$%^&*

aku tak puas hati maklong aku kata dekat makdak ketika berbual di telefon"apa depa noo dua beranak duduk kat dalam rumah sahaja bukan nak ambil kisah semak kat luar rumah,duduk dalam rumah duk kisah kucing saja,bagi makan kucing,kucing berak buang taik kucing hisk aku tak tau la" yer ke? pada aku itu tak betul,kata-kata maklong buat aku tak puas hati time aku buat kerja dia tak nampak ke atau sahaja buat2 cerita BODOH. Nak kata aku tak buat kerja di rumah, aku buat semuanya. Nak kata aku tak tolong mak dan maklong aku,aku tolong sebab aku rasa aku ada tanggungjawablah aku buat semuanya.

Masalahnya, sakit hati  bila maklong cakap macam tu tak bagitahu apa yang sebetulnya? Please lah, kalau maklong aku tolong aku pon pun bagitahu macam tu macam tak ikhlas jer.. baru dua hari lepas aku sapu sampah kat luar kawasan rumah aku itu pun aku tolong maklong aku nak sapu sampah kat rumah,aku terus keluar  bersihkan ingat kot nak buat sama2 dgn maklong tp maklong tinggalkan aku buat seorang diri keliling rumah aku tak kisah pun tu pun 2,3 hari ni hujan,seolah2 dia sahaja yang buat kerja dia buat dia perasan ambik sapa suruh.Baru kemarin aku tolong maklong aku bayarkan bil2 rumah maklong kenapa bila susah cari aku minta tolong heh,itu pun suruh aku keluar beli rempah lagi je belum aku pergi,apa yang aku tolong pun bukanya nak di hargai malah buat mulut kata aku yang bukan2.


aiyaaa now verry the bengang So masalahnya aku dengan mak aku yang akan kena marah dengan makdak kata tak buat kerja bolehkah aku menahan sabar dari kena herdik apa yang tak betul kata aku dan mak tak buat kerja di rumah Dalam setiap perkara yang aku lakukan selalu di persalahkan...I felt bengang the stupid thing could you imagine it like thingking a loud....

Thursday, September 15, 2011

D'Bilik Aku

Ini depan pintu bilik aku da

Bilik aku masa dulu

ermm . sejujurnya aku suka . sangat sangat suka dengan bilik aku skunk berbanding dulu sebab kekangan dek masa . bukan nak kata aku obsess cumanya dah nak bagi smart je


maybe serasi dengan jiwa kot ? Itu satu fasa tapi yang aku suka dalam gambar2 td ialah radio aku tu . nampak agak seksi & seksa sbb keadaan bilik aku masa tu terlalu padat. tp okay jugak . maybe aku ni jenis sukakan sesuatu yang agak lengkap .


sekarang meja komputer aku memang ringkas agak selesa dan bersahaja aku rasa simple je heheh bley la,da perfect bagi jiwa aku kat dalam bilik? .

itu je la aku nak kongsikan dengan korang semua kali ni . aku tulis ni pon sebab nak hilangkan tension aku untuk minggu ini .

Sunday, September 11, 2011

Brrr,shiny people

Hairan aku tengok ragam sebahagian Orang sekarang nih. Bukan nak tunjuk baik sangat, tapi kadang-kadang bagi aku ragam sebahagian daripada dorang ni melampau. Melampau macam mana? Bukan melampau sangat, tapi ada sebahagian doorang yang seolah-olah masih tak mengerti cara untuk hidup. haish

Hidup orang....

Bila dok pikir-pikir rasanya memang kita ada masalah dengan hal Orang

contohnya

1.aku suka kucing dan aku ada bela kucing tapi sesetengah jiran aku ada juga yang membela kucing dan ada yang tidak membela kucing.Selalu jugak mak aku beri kucing2 terbiar dan kucing2 jiran aku makan.sebetulnya aku hanya membela 2 ekor kucing sahaja Rona dan Teh Cik,2 ekor lagi kucing terbiar dan 3 ekor kucing jiran so 8 ekor la semuanya.makanan kucing selain dari ikan rebus aku bagi makan makanan kucing Frieskies,setiap 5 hari seminggu aku kena keluar beli makanan kucing neyh so bagi jiran aku yang tidak membela kucing tak suka akan kami memandang sinis terhadap kami.kucing aku yang jarang aku lepas kucing Betina yang aku ambil dari rumah abah aku Rona sudah 10 bulan umur kucing neyh sebab banyak bapak2 kucing tunggu kat rumah selalu kacau kucing neyh pernah sekali tu bapak kucing tokak dan mengheret kucing aku dari perhatian kami sebab nak mengawan kucing betina aku neyh.aku pun kurung kucing ni dalam rumah sahaja semenjak dari sebulan sebelum bulan puasa hari tu sampai sekarang hanya baru dapat lepas Rona hanya 3 kali sahaja dilepaskan itupun aku kena perhatikan Rona di luar.kadang2 tu aku kurung dalam cage je letak kat luar.


Banyak penyelesaian lain sebenarnya nk cerita kalau pikir bab2 kucing ni....cuma tu la aku tak paham kucingnya merata-rata kat luar dari kawasan rumah aku...motiff???? Sayang ke tak sayang??? suka ke tak suka bila orang memandang sinis dok mengata dibelakang???? huhhhhh

2.Bunyi Muzik yang bising tak kira apa muzik hendak2 lagi bunyi gitar karen aku.Antara beberapa ragam aku tak suka sepanjang tinggal di kampung jiranan ni seperti mencemuh ketika aku di rumah.Sebab kat kampung aku cuma aku seorang sahaja ada gitar karen Kalau bising kerana anak kecil tu aku tak kesah pun, sebab dah nama anak kecil kan, mesti la nangis/bising. Tapi aku tak suka orang meluat akan aku.Sometime aku tak main gitar sampai 5,6 hari dan bila aku main gitar pun aku hanya ambil masa paling lama 1 jam itu pun hanya 3/4 lagu sahaja sometime bila dah beberapa hari tak main kemaruk juga aku nak main tgh malam2 itu pun 15/30 minit tapi selalunya lewat pukul 10.30 aku da tak main da sebab aku perlu juga hormat dengan jiran-jiran aku nak tidur betul tak???Bukan untuk kepentingan diri sendiri je.

mmg kalau nak bercerita pasal orang, sampai bila tak abes..adeh la..adat la kan kita hidupni kena la bertimbang rasa satu sama lain nak2 lagi bila seteru dengan orang yang bermasam muka dengan kita sure la kita rasa sakit hati okeh...aku pun da nyampah!! nak citer babab Orang lebih baik aku jaga kain sendiri menyemak je lah


treat on me i'm bad if youth couse of hate

Saturday, September 10, 2011

Ttg.blog aku da

memang aku akui yang bila kita tulis tentang blog , ramai yang akan tengok dan dapat ramai pembaca . Tapi pembaca hanya terhad bagi blogger tetapi bukan untuk orang yang tidak mempunyai blog . Kemungkinan diorang (yang tiada blog) pun tak faham apa kita tulis dan dalam fikiran diorang mungkin " apa yang blog ni sembang ni ?"

Kadang – kadang aku malu,segan,takut nak citer2 yang aku type dalam blog aku apatah lagi nak bagitau kawan yang aku ada blog sebab kalau diorang baca bukan diorang faham pun . Mungkin diorang ingat aku ni pelik post tentang apa ntah . Sebab kawan aku bukan semua ada blog . Walaupun ada segelintir yang ada blog , tapi diorang bukan baca pon apa semua tulis tu betul , apa ntah tu .sebab aku da tutup akaun untuk sesape nak comment dekat aku so mmg tak de comment lah aku tak nak feed back comment tu terkena kat batang hidung aku balik Yang aku tulis tentang personal + gambar – gambar . Hanya dilihat untuk kawan – kawan dan org lain.

over makan2

Anyway Mood raya masih terasa eah,Macam mana dengan korang semua? sama jugak kan? Pening kepala aku. Korang pernah terfikir tak,Sebenarnya,nak sambut raya jamuan makan seperti majlis rumah terbuka selalu juga akan beroperasi. hahaha. tull tak ? pagi td aku dengan kawan aku wan pergi ke Marina Bay Penang Port ada Majlis rumah terbuka aidilfitri,dah free, kita org pakat la dengan kawan2 last minit kami 2 orang saja pergi,aku pun kalau tidak tak nak pergi,dah kawan aku wan tak ada kawan so pergi berdua sajalah....Yang aku musykilnya sekarang, aku badan semakin berisi,Tapi setahun sekali je kan. Tak kisah sangat.Esok pun ada lagi rumah Terbuka aku nak pegi ke tak nak tak tahu da kalu hari2mcm ni bleh kena obesiti weh...kena beringat jugak asyik makan2 sampai kenyang kembung perut tk sedar kuat makan,over plak kan.

Friday, September 2, 2011

Raya Pny Pasal


Seronok dapat balik raya kat kampung tok sebelah abah.nak beraya memanglah seronok.yang buat aku tak boleh lupa adalah kejadian benda semalam apa yang terjadi dekat kami sememangnya menguji kesabaran 4 orang kami aku,wan,amir dan faisal.rasa nak citer jugak sebab aku tak nak idea aku kering dan aku tak dapat lupakan begitu sahaja.

Hari Raya ke tiga kami merancang nak pergi makan kenduri kawin kawan kami Helmi dekat Simpang empat kangkung Alor Star,alang2 dah dekat utara wan ajak aku balik kampung aku kat Kodiang Perlis,dlm hati aku tak nak lepaskan peluang beraya yang ada.Baru petama kali aku balik beraya dengan Tok,Toksu,abah dan mak dekat kampung sebelum ni seumur hidup aku tak pernah balik raya kat kampung sebelah abah


Aku dan kawan2 balik hari sampai di rumah pukul 2.30 pagi di sebabkan terlalu pk pasal benda yang terjadi semalam aku tak boleh tidur pun tak lena,otak asyik pk pasal kejadian semalam subuh td baru dapat melelapkan mata.Kami bertolak dari rumah pukul 1.30 tghari Dalam perjalanan highway ke utara kami berhenti di Perhentian Gurun untuk solat Zohor sampai ke tempat kenduri pukul 3.00 petang sambil cari di mana lokasi tempat kenduri tiba di persimpangan kampung kuala kangkung kami tercari-cari last2 aku nampak bunga mangga kenduri di seberang jalan ada dua kenduri kahwin di sebelah kanan bunga mangga nama Akmal ???terus ke depan simpang bunga mangga kenduri kawin Helmi,kawan2 aku bergurau kat dlm kereta yang diorg bawa pengantin akmal,aku tersenyum terharu,selepas makan kenduri kami pun terus ke utara mengikuti lebuh raya utara selatan turun highway Jitra,Malau terus ke kodiang

Sampai di rumah tok kat kampung lebih kurang pukul 5.00 masa kami sampai ada tetamu kat rumah abah aku di perkenalkan oleh abah adalah sepupu abah Ustad Ali iaitu pakngah aku,kata pakngah dia biasa nampak aku dulu,masa tu aku masih kecil terus aku bertanya "pakngah tinggal di mana "kata pakngah tinggal di Kepala Batas kedah kat Taman Tabung Haji,setelah beraya 4 orang kami bersolat asar kat rumah abah kami pergi ke rumah toksu depan rumah abah dalam pukul 6.45 petang kami pun ingatkan nak terus balik ke Penang tapi kami terlajak perjalanan ke UUM aku perasan jalan kami ambil salah,patah balik dan terlajak lagi masuk highway sampai kami return terus ke Pekan Kodiang balik dan kami solat Maagrib kat Pertonas Kodiang.

Setelah solat maagrib kami pun teruskan perjalan ke Jitra,kawan aku Faisal pula teringat kan kawannya yang tinggal di Taman Tabung Haji,Kepala Batas Kedah ingat nak singgah beraya,dalam perjalanan ke Highway Jitra kami termasuk jalan kampung.Aku pun tak ingat nama tempat tu apa rasa macam nama siam ulu sangat sebab dipenuhi pokok2 getah 3 persimpangan dalam hutan yang gelap kami masuk berpandukan signboard ke Jitra

Persimpang pertama kami masuk kekanan iaitu dalam perjalanan sambil kereta kami bergerak di atas jalan dimana kami berempat tertengok sebuah rumah banglo mewah ada kolam renang di tengah2 hutan Rumah tu kelihatan terang benderang oleh cahaya lampu rumah kami berempat terpegun dan teruja dalam hati aku terpegun dan rasa lapang dada tengok rumah banglo putih mewah yang bersih dan cantik kelihatan seperti rumah terbuka suasana seperti macam open house tapi tak nampak orang kecuali kawan aku amir nampak seorang budak lelaki kecil bogel sahut amir kat dalam kereta "ha tu dia budak tu duk main kote"  yang seakan-akan bermain-main anu kemaluanya dekat pintu pagar gate depan rumah,kawan aku wan dan amir pula rasa lapar macam nak singgah kat rumah tu makan nasi,yang menghairankan kami macam mana ada rumah tengah2 hutan dan kenapa kami berempat berpaling arah dan tengok rumah tu,mula kawan kawan aku cakap yang macam2

selepas lepas dari rumah itu kata kawan2 aku rumah tu rumah bunian kot dan budak tadi toyol kot ke anak jin kot tapi kami tetap cekalkan hati teruskan perjalanan persimpangan ke dua masih dalam hutan getah kami terlajak dan patah balik macam2 punya duk pk dalam otak teringat apa yang kami nampak td dalam perjalanan masuk ke balik simpang yang kami terlajak dan terus sampai kami nampak signboard Jitra ke sebelah kanan (masih dalam hutan getah)susur keluar ke jalan kami nak belok ke kanan tapi one way sehala lebuh raya mai ke sebelah kiri signboard tu tipu kami,nasib baik la wan driver tak terus lipat masuk ke kanan kereta2 laju2 atas lebuh raya menghala kekiri.Aik tak sangka pula kami jalan ni terus susur ke highway.aik signbord ikut kanan tapi terus one way highway kenderaan menghala ke kiri kami pun ke kiri terus dan terus sampai di persimpangan kami buat u turn balik dan terus ke kepala batas,sampai keluar highway kepala batas Kami telefon kawan Faisal nama panggilan zam,dia pun datang naik motor suruh kami ikut dari belakang tapi kami kehilangan dia dalam perjalanan,telefon dia balik tak dapat hp pula tak ada line.Tanya peniaga buah jalan mana nak pergi ke Taman Tabung Haji.katanya" terus ikut simpang trafik sampai jumpa rumah taman tu la Taman Tabung Haji sebab kat dalam tu cuma ada satu Taman sahaja "

kami pun terus sampai jumpa taman tapi bukan nama tempat tu Taman Tabung Haji kami berpatah balik separuh jalan dan berhenti untuk telefon Zam,tak tahu pula kami berhenti di tanah perkuburan Islam di sebelah kiri,tak apalah kami pun tunggu kat tanah perkuburan tu sampai zam sampai dan kami dapat singgah di rumah zam dalam pukul 10.00 zam pula tunjuk kat kami atas bukit kat rumahnya Kota Istana Raja Bersiong yang hampir roboh dekat rumah dia lagi rasa macam gothic punya tempat pukul 11 kami pun balik sampai highway alor star (U)kami terpaksa turun highway sbb.minyak sudah kehabisan.selepas tu kami terus jalan biasa Alor Star (S) aku perasan lagi wan sudah terlepas sampai ke Simpang 4 kangkung aku ingatkan wan nak terus balik jalan biasa.kami berpatah balik dan singgah minum kopi sebab wan dah mengantuk dalam pukul 12-30 kami pun dapat balik tanpa sesat2 lagi sampai selepas hantar faisal kat penaga masa masuk ke kampung aku Amir pula kata dia terbau wangi macam bunga melur isk,isk,macam2 punya duk ada dalam pukul 2.30 baru sampai rumah aku huh..lega rasanya.siang td baru aku tidur lena.bila teringat kan balik seronok pun ada seram pun ada sbb dalam bilik aku yg gelap hanya bercahayakan screen monitor komputer.Masa aku tengah type perenggan 1 dan 2 aku tersepak soket plug komputer dan terpadam aku type balik semula,aku type td pukul 11 malam sedar 2 sekarang sudah pukul 4 pagi.the end ayo ma ayo pa panjangnya citer Raya

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping