Seronok dapat balik raya kat kampung tok sebelah abah.nak beraya memanglah seronok.yang buat aku tak boleh lupa adalah kejadian benda semalam apa yang terjadi dekat kami sememangnya menguji kesabaran 4 orang kami aku,wan,amir dan faisal.rasa nak citer jugak sebab aku tak nak idea aku kering dan aku tak dapat lupakan begitu sahaja.
Aku dan kawan2 balik hari sampai di rumah pukul 2.30 pagi di sebabkan terlalu pk pasal benda yang terjadi semalam aku tak boleh tidur pun tak lena,otak asyik pk pasal kejadian semalam subuh td baru dapat melelapkan mata.Kami bertolak dari rumah pukul 1.30 tghari Dalam perjalanan highway ke utara kami berhenti di Perhentian Gurun untuk solat Zohor sampai ke tempat kenduri pukul 3.00 petang sambil cari di mana lokasi tempat kenduri tiba di persimpangan kampung kuala kangkung kami tercari-cari last2 aku nampak bunga mangga kenduri di seberang jalan ada dua kenduri kahwin di sebelah kanan bunga mangga nama Akmal ???terus ke depan simpang bunga mangga kenduri kawin Helmi,kawan2 aku bergurau kat dlm kereta yang diorg bawa pengantin akmal,aku tersenyum terharu,selepas makan kenduri kami pun terus ke utara mengikuti lebuh raya utara selatan turun highway Jitra,Malau terus ke kodiang
Sampai di rumah tok kat kampung lebih kurang pukul 5.00 masa kami sampai ada tetamu kat rumah abah aku di perkenalkan oleh abah adalah sepupu abah Ustad Ali iaitu pakngah aku,kata pakngah dia biasa nampak aku dulu,masa tu aku masih kecil terus aku bertanya "pakngah tinggal di mana "kata pakngah tinggal di Kepala Batas kedah kat Taman Tabung Haji,setelah beraya 4 orang kami bersolat asar kat rumah abah kami pergi ke rumah toksu depan rumah abah dalam pukul 6.45 petang kami pun ingatkan nak terus balik ke Penang tapi kami terlajak perjalanan ke UUM aku perasan jalan kami ambil salah,patah balik dan terlajak lagi masuk highway sampai kami return terus ke Pekan Kodiang balik dan kami solat Maagrib kat Pertonas Kodiang.
Setelah solat maagrib kami pun teruskan perjalan ke Jitra,kawan aku Faisal pula teringat kan kawannya yang tinggal di Taman Tabung Haji,Kepala Batas Kedah ingat nak singgah beraya,dalam perjalanan ke Highway Jitra kami termasuk jalan kampung.Aku pun tak ingat nama tempat tu apa rasa macam nama siam ulu sangat sebab dipenuhi pokok2 getah 3 persimpangan dalam hutan yang gelap kami masuk berpandukan signboard ke Jitra
Setelah solat maagrib kami pun teruskan perjalan ke Jitra,kawan aku Faisal pula teringat kan kawannya yang tinggal di Taman Tabung Haji,Kepala Batas Kedah ingat nak singgah beraya,dalam perjalanan ke Highway Jitra kami termasuk jalan kampung.Aku pun tak ingat nama tempat tu apa rasa macam nama siam ulu sangat sebab dipenuhi pokok2 getah 3 persimpangan dalam hutan yang gelap kami masuk berpandukan signboard ke Jitra
Persimpang pertama kami masuk kekanan iaitu dalam perjalanan sambil kereta kami bergerak di atas jalan dimana kami berempat tertengok sebuah rumah banglo mewah ada kolam renang di tengah2 hutan Rumah tu kelihatan terang benderang oleh cahaya lampu rumah kami berempat terpegun dan teruja dalam hati aku terpegun dan rasa lapang dada tengok rumah banglo putih mewah yang bersih dan cantik kelihatan seperti rumah terbuka suasana seperti macam open house tapi tak nampak orang kecuali kawan aku amir nampak seorang budak lelaki kecil bogel sahut amir kat dalam kereta "ha tu dia budak tu duk main kote" yang seakan-akan bermain-main anu kemaluanya dekat pintu pagar gate depan rumah,kawan aku wan dan amir pula rasa lapar macam nak singgah kat rumah tu makan nasi,yang menghairankan kami macam mana ada rumah tengah2 hutan dan kenapa kami berempat berpaling arah dan tengok rumah tu,mula kawan kawan aku cakap yang macam2
selepas lepas dari rumah itu kata kawan2 aku rumah tu rumah bunian kot dan budak tadi toyol kot ke anak jin kot tapi kami tetap cekalkan hati teruskan perjalanan persimpangan ke dua masih dalam hutan getah kami terlajak dan patah balik macam2 punya duk pk dalam otak teringat apa yang kami nampak td dalam perjalanan masuk ke balik simpang yang kami terlajak dan terus sampai kami nampak signboard Jitra ke sebelah kanan (masih dalam hutan getah)susur keluar ke jalan kami nak belok ke kanan tapi one way sehala lebuh raya mai ke sebelah kiri signboard tu tipu kami,nasib baik la wan driver tak terus lipat masuk ke kanan kereta2 laju2 atas lebuh raya menghala kekiri.Aik tak sangka pula kami jalan ni terus susur ke highway.aik signbord ikut kanan tapi terus one way highway kenderaan menghala ke kiri kami pun ke kiri terus dan terus sampai di persimpangan kami buat u turn balik dan terus ke kepala batas,sampai keluar highway kepala batas Kami telefon kawan Faisal nama panggilan zam,dia pun datang naik motor suruh kami ikut dari belakang tapi kami kehilangan dia dalam perjalanan,telefon dia balik tak dapat hp pula tak ada line.Tanya peniaga buah jalan mana nak pergi ke Taman Tabung Haji.katanya" terus ikut simpang trafik sampai jumpa rumah taman tu la Taman Tabung Haji sebab kat dalam tu cuma ada satu Taman sahaja "
No comments:
Post a Comment