Monday, October 31, 2011

concerned (mental)

Kisah bermula sejak aku di masukan di hospital pakar sakit jiwa dan selepas aku tidak dapat bekerja buat beberapa tahun lamanya


Namun di hari-hari aku bersama saudara mara itu timbul satu kenyataan yang meruntuhkan hati aku.Aku mengaku yang dulu aku sakit mental dan yang paling membuat aku tersisih kerana latar belakang keluarga aku tidak ada yang sakit jiwa dan semuanya bekerjaya dan berjaya dalam kehidupan tidak seperti aku yang masih mencari kerja yang sesuai.


Setelah mengetahui hal yang sebenar aku ramai yang cuba mengundurkan diri dari aku.Namun aku gagahkan diri kepada masyarakat.aku tebal muka aku untuk ceritakan perkara ini dekat umum setelah sekian lama menghantui fikiran aku.


Aku dengan berat hati demi menyelesaikan masalah dengan adik beradik yang tidak menyukai aku.Dengar nama atau cerita aku pun mereka tak nak ambil tahu senang cakap tak nak dengar la pasal aku dalam erti kata lain meluat sebab aku tidak bekerja malah mereka tidak percaya yang aku sakit,kata mereka,semua aku tahu buat,orang sakit tak macam aku.


Maka bermula satu cabaran yang besar pada aku.walaupun kehidupan aku yang tak seperti dan seindah orang lain namun aku bahagia tinggal dengan mak di kampung.


Chapter-2

Namun episode sedih aku cukup meninggalkan kesan besar kerana aku tak mampu bekerja di samping rasa malu pada orang dan jiran-jiran yang kurang mesra seperti dulu.sudah banyak bomoh dan duit untuk berubat secara tradisional.

Setiap ustaz atau pengamal perubatan tradisional yang aku pergi menyatakan kena diri sendiri yang ubah.Doktor pula kata kena diri sendiri yang control.Namun aku tak mampu memulihkan semangat atau membuang perasaan itu tetapi aku bersabar dan sentiasa mohon petunjuk.Mak selalu berkata kalau sudah jadi macam neyh jangan kata orang,adik beradik atau keluarga sendiri pun tak suka.

Aku akan dengar sesuatu yang positif ..Tapi, apa yang mak cakapkan kat aku selain dari nasihat,panduan dan kata-kata perangsang..semangat kepada aku.Tanpanya dunia aku rasa macam dah kosong..Entah lah,aku dah tak peduli apa-apa..Yang aku tahu,kini semua dah berubah..Aku dah tak macam dulu...

Aku tak tahu kenapa mesti aku jelaskan.That all the truth.why aku sisihkan.How do people must be like this.Siapa nak sakit,aku pun tak minta sakit...do you know of these please jangan hampakan aku sebagai manusia ciptaan tuhan di dunia ini. till then...take care

3 comments:

Unknown said...

Askm.. Rawatan mula awak pegi kat mana.. Sy rasa sy perlukan rawatan jugak.

akmal said...

Saya di masukan di Hospital Lam Wah Ee Penang junpa doc pakar Dato Tan Che kuan tanpa kerelaan saya saudara saya tipu saya nak bawa saya pergi hospital tengok orang sakit sampai di hospital saya terperangkap di kurung dan menerima rawatan selama 3 bulan.tapi saya sarankan jika berkemampuan bolehlah ke situ pembiayaan di tanggung oleh saudara mara saya masa tu tahun 1999 selepas beberapa tahun ambil SPM

akmal said...

selepas 12 tahun menerima rawatan di situ saya tak berkemampuan lagi membiayai perubatan dan tranfer ke hospital kerajaan pun baik setiap tahun di adakan aktiviti program kesihatan mental

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping