Thursday, December 27, 2012

Tahun Baru

Nak di ikutkan baru je aku update blog sudah di tukar ganti memang kejap ja masa berlalu mak oiiiiii...ceh aku ja yg rajin update blog.Al-maklum lah kan semakin hari semakin beriya-iya sangat.Okay tengok aje la dah nampak improve da cikit dalam blog aku kan?

Memang agak baik dari blog aku yang lepas-lepas.Tolong aku please..Kerja khusus seni blog aku pon tak banyak yang aku dapat dan tahu jika di bandingkan dengan blog kawan2 dan blog org lain.OKAY hampir cikit saja.Belum betul-betul complete siap.hehehe tetiba bila aku nak upgrade blog server pc aku selalunya "hang" tu yang malas tu..

Okay.STOP bebai Akmal *Baiklah* nnt mengamuk pula jadinya

Hari nie dah nak dekat harijadi mak aku.Tinggal beberapa hari lagi?Tapi azam tahap dewa sudah sampai...Rajin kau hadir dalam hidup aku untuk seketika please? hmmmm xD

\ kadang2 aku sendiri tak faham apa yang aku type

dah dah,berbalik pada tajuk asal.Di kesempatan ini ya aku ingin mengucapkan SELAMAT MEYAMBUT TAHUN BARU.HAPPY NEW YEAR WAT RELEX WAT PEACE la der SEMOGA BERJAYA.SELAMAT MAJU JAYA dan untuk mak aku SELAMAT HARIJADI ke 68 TAHUN SEMOGA DI PANJANGKAN UMUR DI MURAHKAN REZEKI.SELAMAT.. SELAMAT..

PS :-maaf ENTRY aku rasanya terlalu CEPAT sangat tahap DEWA.korang kena faham sebab aku rajin update BELOG jadi blur tak sabar nak type so excited...time kasih kerana sudi membaca.bye,bye 2012...SELAMAT DATANG 2013


Monday, December 24, 2012

Seketika tak masuk akal

Asslamualaikum dan salam sejahtera buat penghujung tahun 2012 dan untuk pembaca kalian.Hari isnin 24 Dec 2012. aku tgh duk umah diam-diam,cuaca sejuk sbb semalam hujan kebetulan takde apa nak buat bole berehat skit hari ni...Anyway,since i've planty of time i might as well do some writing so tajuk hari ni Seketika aku jd Gila.Btw penulisan aku kali ini adalah diriku semata-mata,bukan sebab dari mana-mana cerita kalulah kebetulan ada orang mengaku dia gila kebetualan je kot.

There's no question (?) started in question,becoz...well of couse aku sendiri yang gila buat seketika.kalian masih ingat aku ni adalah pesekit mental dlm conccern yg lepas,etc etc

kecoh dengan aku menyatakan ke tidak puas hati same-same geleng kepala pada diri aku sendiri.BODO dan BANGANG pada aku sebab kalu dah jd gila tu gila aje la.Allah dah cipta manusia sebaik-baik bentuk cukup sifat cuma kenapa mesti nak juga aku jd macm tu.korang sedar tak mana-mana convert pun,deep down inside ur heart still heart,hati yang keras.No offense but zaman sekarang ni (bukan semua,tp sesetengah) suka-suka hati je mengata atau cakap-cakap all the bad thing sebenarnya semua aku,tepuk dada tny iman,tny diri kita balik perlukah aku ni nak jd gila dan orang menghukum aku sebagai seorang yang gila tanpa tahu  usul periksa darimana punca sebab apa???

Malam kemarin dulu aku naik angin marah dekat mak aku kata GILA maksud aku  yg. gila.Lama-lama sekali penyakit aku dtg aku jd mcm tu.Mmg dr luaran orang tengok aku tak sakit semua boleh buat main komputer,naik motosikal,guna hp, buat tu dan ini sbb. aku boleh control tu semua tp minda otak aku,fikiran aku sebenarnya tatkala jd gila.

So itulah penulisan singkat untuk hari ini aku tak pandai nak citer panjang2.hope apa yang di ceritakan disini jelas dan boleh di fahami krisis identiti ianya di sbb.kan sekularisme dan meterialisme menjauhkan aku daripada prinsip duniawi.

i  dont like sick but i like freedom like time,financial,lifestyle,mental stress

yg baik itu dtg dr Allah yang tk baik itu dtg dr kelemahan diri aku sendiri.sekian,wasalam

Wednesday, December 19, 2012

tonton bola

Sapa tengok bola minggu lepas Team Malaysia lwn Thailand??? Malaysia tewas dengan thailand  dah la....aparaa dengan pengadil korea tu suka hati dia saja melayangkan kad merah dekat Pemain Malaysia bukan ka pemain kita yang ganas hanya naik angin je isk,isk,isk Aku sokong dekat team bola sepak Malaysia. biaq korang lagi paham dan nyata dengan kenyataan nih. Hanya mereka-mereka yang tak pernah sememang nyer akan tau yang aku nih bukan peminat dan pentengok tV nak mengadap tengok bola tak kisah lah FIFA ke WORLD CUP apapalah kali Nih piala ape name dier Piala AFF SUZUKI

weyy orang yang paling tak minat bola dalam dunia nih boleh layan tengok bola sampai habis tuu.. tidoq nyenyak..Tak kisah lah apaper pon janji setia depan tV  yang lawan kat Thailand,Of course sebab Thailand dah menang kann.. Walau bagaimana pon, aku sedikit rasa terkilan game tuh kite kalah. Tapi tak kisah lah . Lama tak dengar orang sibuk cakap pasal bola sepak Malaysia kann.. Selalu sikit-sikit Liverpool laa, Chelsea laa, Man U laa hape laa.. Apaper laa.. Serious tak ambik port langsung bola-bola nih. Time Malaysia lawan boleh pulak datang mood nak tengok sekali tuu.. Memang semangat kewarganegaraan betol kann?? Ehh.. Ade kena-mengena ke..nampak dalam usaha bersunguh-sunguh memang terbaik lahh..Dont give up until we meet successful.Baru tadi tengok singapura menang lawan thailand singapore reach goal 3-1 Okay lah tu, update kali nih terhenti di sini dulu.finished puas da mata ni nak celik da blur da ni...nk titow

Sunday, December 9, 2012

Rahsia Yahudi

Tahukah anda sebenarnya ada banyak rahsia dari yahudi yang memang disimpan daripada pengetahuan penduduk dunia yang lain. Hal ini adalah untuk kepentingan mereka dan tidak mahu kebaikan rahsia itu dikongsi dengan orang lain.

Jom kita tengok 10 rahsia Yahudi yang berjaya dibongkarkan :

 1.    Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya.

 2.    Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk Israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

 3.    Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

  4.    McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

  5.    Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

  6.  Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

  7. Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
      
  8. Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi.  
  
  9. Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10. Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Banyak lagi perkara yang boleh kita kajidaripada kaum mereka. Yang baik boleh diambil, yang buruk dijadikan sempadan. Tapi sebaiknya sebelum kita ikut budaya mereka, rujuklah pada ahli agama ataupun pada mereka yang lebih berilmu.

Friday, December 7, 2012

revolusi aku & lagu

 Pada masa kini kita di kejutkan dengan peperangan di palastin semakin teruk.Seperti yang termaksud di dalam al-quran Yahudi nak mengusai ke semua negara2 islam.sungguhpun benar setiap tindak tanduk kita di kuasai mereka.kita harus dapat membezakan dengan jelas.Sebagai umat islam perlu bimbang atau di salah angap tidak bermoral bahawa masa kini semakin teruk seperti lagu yang aku cipta ini tajuk revolusi peperangan

Dunia banyak hasil manusia
Perang membunuh daripada kedamaian
Hidup tinggal sisa nyawa
Penuh derita

Rangka manusia
kehilangan nyawa
Di sambar senjata
Hidup tak sempurna

Kebuluran hilang kegembiraan
Menanggung azab tempat bergantung
Gelimpangan Darah yang pernah mengalir untuk
mencurahkan jasa dan bakti

Perang dalam kepahitan
Hilang pencarian hidup
Bahana ribuan kecewa
Ribuan sengsara

Membunuh segala mesra
Mencari kekuasaan untuk tanah jajahan
Menghancur leburkan
Nilai budaya adap sopan

Semangat bagaikan peluru pembunuhan
Rindukan Damai sepanjang Zaman


Erti lagu ini kembali kepada fizikal darimana penulisan yang aku nyatakan di sini banyak perasaan aku sendiri.aku nak cakap pun tak masuk coulomb,aku sendiri nak cuba masukan perkara serta kisah yang berlaku dari wawancara akbar dan berita dunia sekarang banyak yg. tidak sempurna hidup seperti dahulu hilang tidak ada apa-apa.bonkak,cacat,tempang dan buta langsung mencari kekuasaan membunuh kuasa ekonomi akibat hancur segala nilai aklak dan moral umpama dadah darah dan nanah buga popi samalah seperti bunga mayat bunga darah mengubah keupayaan semangat bagaikan sampah so cegahlah sebelum padah agar masalah tidak sampai ke puncak buana kita semua.

Sebenarnya aku tak banyak idea nak menulis tapi bila ada peluang mengadap blog nak sangat tulis simplest situations aku dedikasikan sebuah lirik lagu ciptaan aku sebab klu dah dapat ilham tu aku akan inform kat blog.i guess i lern to take the good of all.I an thanful to Allah for the who all give me to feel alive and not with someone else for complaining about doing dishes.that means aku bersyukur di atas segala puji-pujian dan rahmat mu agar di berkati di dunia dan di akhirat.

da la cukup setakat ni kerana minat dan hobi kena ada barulah adanya bakat so don' t lost time just make sure most of ever becouse you naver know what will happen at this time or tomorow....hmmmm so much thingking what to write in english yek. with caring dunno wt else to say got nothing to tell sorry...let out thought and my inermost feeling.


Saturday, November 24, 2012

Biarlah aku beralah

Aku sedar sejak lama, bahwa aku yang sesungguhnya tidak ada Band Muzik. Bukan secara umumnya aku rasa yang tak perlu.walaupun dulu pernah ada band main secara suka2 semasa aku di bangku di sekolah menengah.Aku perlu kepastian di segala waktu. Anehnya, hati yang sensitif itu ternyata tidak cukup sensitif untuk merasa. Merasakan pahitnya jadi aku. Merasakan sakitnya jadi orang yang dikhianati. Merasakan duka dicampakkan, dan seterusnya. Hati ini terlalu egois dan menutup diri dari dunia luar. Naif, tetapi fokus. Fokus ke diri aku yang sekarang aku sudah lama tidak jamming seingat aku last sekali aku jamming tahun 2006 itu pun sekali dalam tahun itu. Mengapa begitu? Apakah berarti kata "aku tidak ada band muzik" hanyalah aku?

Aku rasa tidak.dari awal minggu nih kawan aku Ah chown (faisal) ajak aku main muzik dengan diorg dan semalam dia tel nak bincang nak tubuh band muzik dengan aku.Itu yang membuat diriku terharu sepenuh daya, walaupun ada waktu ketika putus asa melanda.semalam dia nak datang rumah aku tapi mak aku tidak benarkan sbb. nanti aku main gitar tengah malam jiran2 komplen walaupaun waktu itu jam 9.30pm jd Ah chown cakap nak dtg rumah aku  esok petang dia dgn kawan dia  seorang sahaja nak belatih nanti dia ajak kami jamming kat kampung manggis bila  da tahu lagu apa nak main.Dia pernah main muzik di rumah org kawin dulu2 aku pernah pergi tengok diorang belatih itu yang buat aku terus bersemangat teringgin nak ada band group

Tapi main muzik adalah satu komitmen baik di dengar. Sebab semua akan berubah drastis. Sebab auranya  dan faktanya benar begitu. Tanya saja mereka yang telah terjebak di dalam dunia muzik, tanpa pernah berhasil untuk keluar. Atau mereka yang memutuskan berhenti di tengah jalan.

mak aku bising kata mak aku

"ingat lagu aku main sedap ka?"

"ingat rumah ni studio ka?"

"org nyanyi lagu yang sedap pun tk menang pn..."

"esok klu kawan aku dtg  nak kluar pergi mana2"

"p la bawa gitar hang main di rumah depa..."

"ingat kot nak tenang da lg teruk"

"mak aku kata ini semua dari aku yang mula..."

"tu depa tak taw aku main gitar cmna klu tahu aku main cmna depa pn tak mau aih..."

Aku rasa bengang tapi batin aku memujuk agar bersabar aku saja yang ikut kata2 dia kalu tak kena jugak tak tahulah....Tapi justru itu, dan hanya kata2. Bahwa hatiku jd kehangatan, dan bukan mandi matera aku cakap dekat kawan aku esok tak payah datang na la mak aku bising. dia pn faham katanya takpala

Sayang, rupanya semua tidak semudah itu. Aku masih perlu bergelut dengan banyak ekspektasi orang-orang terdekat. Aku masih perlu bergumul dengan diriku sendiri. Dan itu membuatku lelah. Itu membuatku kembali bertanya-tanya. Dan di sana lah aku tidak mampu lagi memiliki racun dalam hati,

Jadi, sudah jelas kenapa aku tidak mempunyai band muzik sendiri? Tapi kenapa ? Karena aku fikir semuanya telah jelas di hadapan mata. Tinggal bagaimana kita mengaturnya. Bukankah begitu?ah sudahlah lupakan saja.....

Sunday, November 11, 2012

Boring la...


bosan yg amat deh smlm.sometime kena restart banyak kali tunggu lama2 tiap kali nak buka computer aku dah sakit.sebelum nih da mengong2 dah.komputer nih xde la lame sgt.aku beli tahun 2004,Pentium 4 still laju lg pun.kekadang,stuck!then kuar bnde plek2 kat skrin tuh dah tak boleh bkk ape da bila hang.igt mozilla je aku pakai hari tu tp lepas aku format aku guna google chrome plak,rupe2nye internet explorer pun tak boleh.hek. erghh~mak aku pun turut bebel keadaan aku uh.aku arif siket bab2 komputer nih.kalau psal kom nih,aku salu tk mintak tolong sape2, .so, aku tgk2 kan lah.apela masalahnye.ini pun kira nasibla baik bleh update td nak buka google chrome tk bolisq download mozila plak baru bleh update

aku ckp kat mak komputer buat hal lg "mak buat lain la, format balek la. dah tak betul dah nih. tapi kne save dlu bende2 nh."nak save pun masalah.tak de CD kosong.ps2 skali jumpe satu CD.aku try la savekn sume document.skali pebende tah aku buat.tgk2 dah xde n tak boleh msk.errr~tak paham aku.sudanye aku tak wat pun.sblm nh aku salu guna utk aku sendiri je...mmg byk cucuk sane cucuk sini. pendrive la machaa.tapi ok je. laju lg.kat user aku lah.kat aku punye user mmg dah tak betol siket.hmm~takpela tgu je la nk format nt.nk tgk ap mslhnye.byk virus kot!*trojan, how dare u!?*so..aku tak de online la sehari due.jarang la on9 n update kot.so, blog story pun sory la x dpt update..kawan cakap suruh aku guna anti virus tp klu aku guna komputer aku lg berat nk jalan.

skrg ermm..tak kesa la.seb baik. mngajar erti kesabaran.katakanlah 'sesungguhnya aku sedang bersabar.' apabila ditimpa ujian.btoi, aku tak kesah sgt pun act.hp aku plak terkena format plak semua memory dlm memory card tk ada (terpadam) aku suruh kawan aku wan masuk kan ape je asalkan tk kosong memory aku memandangkan apa yang ada dekat aku simpan dalam komputer dah tk ade cuma tinggal tk beberapa dalam pendrive aku,tambahan cerite:  gelak ketawe sorang2... yelah,Giler aku dah buntu nk balek video,mp3,photo.yang ade tu ade la yang tak de mana nak cari setelah aku dapatkan secara terpeinci satu per satu hilang semua kt hp aku...bengang la siket. wat lawak je even ngntok2 pun. aku yg jenis tak byk ckp, gelak je la. hee~ hope aku dpt siap kn yg lain plak. arhh, malas la pulak whatever it is, 

Tuesday, October 30, 2012

aidiladha


hurrmm....samat hari raye pade sume...raya da over da baru nak update....spend raye haji kat rumah je..Abah ada tel panggil makan kenduri kat Kg tok buat kenduri korban,aku cakap dekat abah aku belum tentu lagi nk balik kg. tengoklah macam mana keadaan nanti.abah cakap kalau aku tak boleh dtg pun tak apa sbb jauh nanti menyusahkan aku pula tapi bila abah cakap tok pun sekarang tak beberapa sihat selalu sakit-sakit,aku cakap kesian dekat tok,tp nk bwat mcm mna..

Raya pertama Amir dan Wan dtg umah selepas solat raya then sembahyang jumaat kami pergi sama2 kat masjid kg aku pastu balik diorg stay kat umah sampai pukul 6ptg....hehe.....malam pula Asri dan kawan2 dtg selepas melawat chown (adik asri) berada di hospital Sg.Petani diorg ajak aku pergi tengok chown pkl 6 ptg nak dtg ambil aku tp aku tk g.jd malam diorg dtg singgah rumah aku 10 orang.



Raya kedua kenduri dekat surau depan rumah, aku tak g maklong tolong antar nasi dan lauk setalam kat umah jd makan kat rumah saja la Petang Raya kedua Kak Lili sekeluarga dgn Pak Mat datang rumah,kata diorg dah nak balik ke KL dah hari ini.Malam pula Ramli dtg rumah jiran pulak antar satay minang kami makan sama2 sampai pening sehari asyik makan daging tinggal nasi himpit ja.

Jd raya aidiladha dan weekend minggu neyh nie sempoi,sgt bermakna tapi malam kemarin dulu aku dpt berita sedih Pak chak Junid meninggal dunia dan selamat di kebumikan pukul 11 pagi kemarin aku sedekahkan Al-Fatihah semoga dia di tempatkan dengan orang2 yang beriman.aku dan mak sempat berjumpa dengan aruah masa ke KL hari tu.

Saturday, October 20, 2012

Selengkar Memori & Aku

Hari ini adalah hari yang baru di takdirkan oleh Allah untuk aku hidup.Di panjangkan umur aku dan di benarkan untuk mengecap segala nikmat di dunia.Andai di takdirkan aku mati nescaya aku mohon lagi hidup di dunia yang fana dan maya ini walupun untuk satu hari sahaja untuk aku membuat amal soleh.

Wahai jiwa yang sepi

Anggaplah dirimu sudah mati lalu Tuhan memperkenalkan permintaan untuk mengembalikan aku hidup lagi hari ini.Jangan sampai engkau mensia-siakan hari ini kerana setiap nafas dari nafasnya itu adalah mutiara yang tidak boleh di nilai.Janganlah engkau berbalas dan condong perkara-perkara yang tidak berguna sehingga melupai Tuhan.Nanti kau akan merasai azab serta perasaan kesal melingkungi dirimu.

Wahai diri yang jahil,

Alangkah jahilnya engkau,engkau mendakwa bijaksana,pintar dan cerdas padahal engkaulah yang paling bodoh.Apakah engkau tidak menyedari engkau lalaikan dengan keadaan yang bersenang lenang itu bersukaria? Lupakah engkau bahawa segala yang akan datang itu begitu dekat dan segala yang jauh itu adalah segala yang tidak akan menjelang? Tidakah engkau fahami benar-benar akan ia.

Apakah engkau mencabar azab siksaan Tuhan? Mengapa engkau tidak mengantung harapan mu pada limpah kurnianya atau dengan kemurahan dan limpah kurnianya yang tidak terbatas itu pula membuat engkau terpedaya?

Apakah sekarang masih juga engkau  menyangka bahawa seorang hamba itu terselamat dari azab Tuhan. Lantaran itu engkau tidak menyediakan bekalan untuk hari muka nanti.Ketahuilah agama dan iman itu tidak ada tukar gantinya.manakala jasad itu akan hancur luluh.Ya Allah jadilah jiwa ini termasuk dalam golongan orang-orang yang engkau redhai.

Kesalkah hidup ini
Menghadapi penderitaan
Menghadapi kesakitan

Kesalkah hidupku ini
Selalu di uji
Cabaran dan ujian
Silih berganti
Tak berhenti

Kesalkah hatiku
Tidak mengetahui
Ada tanda mengatakan
Derita datang lagi

Tuhanku
Selalu ku ingati
Jua ku ketahui
Adanya susah tentu senang
Menunggu

Tapi...
Batinku sentiasa merintih
dan bertanya
Mengapa aku?
Kenapa aku?
kesalkah aku?
oh tuhan...
Ampunilah hambamu

Friday, October 19, 2012

Bengong


 Hari ini ke Hospital jumpa doc sebab doctor aku nak wat bantuan OKU.doc memang suggest kat aku dari ari tu 2 tahun lepas aku transfer ke hospital kerajaan nak wat kad, aku dah bwat wat kat pakar psychiatry Bkt Metajam,dapat siap dalam masa 6 bulan selepas aku hantar dkt JKM. And aku dulu pun wat kat Hospital pakar sudah 3 kali dah.masuk kali ini yang ke 4 Kalau dari mula aku anta surat dan borang OKU dekat Pejabat JKM di Bagan Butterworth setahun lepas tu aku pergi tanya borang dan surat doktor gambar aku tiada dekat mereka,kata mereka mungkin borang telah di hantar di pejabat JKM Kepala Batas,sebab pejabat sudah di pindahkan di sana aku pergi tny nama borang serta surat yang aku siap pengesahan doc pakar Bkt Mertajam tak ada kat diorg,mereka suruh aku buat lain  aku dan mak aku pergi pula buat kat Hospital Pakar Bkt Mertajam, kena tunggu appoitment berjumpa doctor dalam seminggu baru ..bleh buat surat dan jumpa doctor.

Kali kedua  surat dan borang telahpun siap aku antar dekat Pejabat JKM di Kepala Batas dior suruh aku berurusan dengan En.Zaidi,dia cakap tunggu dalam masa 3 bulan akan datang,tunggu pny tunggu sudah 6 bulan masa berlalu tak ada sebarang jawapan,pergi tanya En.Zaidi dia ckp borang serta surat tak tahu kt mana diorg letak tak ada dekat diorg,En.zaidi suruh  aku buat sekali lagi jd aku pun tak kata apa aku pergi Hospital Pakar Bkt.Mertajam buat appoitment seminggu selepas tu jumpa doctor pakar lagi kali yang ke 3.then bila da siap surat,borang dan gambar  akupun hantar dekat En.Zaidi (JKM) terkejut pula mereka kata borang dan surat yang sebelum ni ada pada diorg.Bengong knapa  la tak cakap awal atau maklumkan pada aku ckp tidak mengapalah En.Zaidi uruslah permohonan OKU saya. Dalam 3 bulan selepas tu aku dapat panggilan telefon dari JKM suruh datang ambil Kad OKU aku telahpun siap.

memang aku ingat aku pun dapat kad OKU dan buat permohonan bantuan. Mana tak ingat nye beb,  aku ulang alik naik turun hospital dgn Pejabat JKM jd. En,Zaidi suruh aku tunggu dulu dalam masa 6 bulan waktu tu lega la sikit sebab kad OKU aku sudah terima.Tunggu punya tunggu tak ada apa2 jawapan aku pun pergi ke Pejabat JKM jumpa En.Zaidi katanya dalam proses aku pun balik selepas 6 buln lagi aku pergi tanya lg dkt JKM berhumpa dengan En.Zaidi dia ckp tunggu dalam masa seminggu lagi dia nak berurusan dengan Bos  pasal kes aku 

Maka tunggu lah aku sudah 2 bulan aku pergi pulak ke JKM diorg cakap En.Zaidi telah berpindah jd yang handle kes aku En.Zaidi jd diorg semak nama aku dalam senarai tak ada pun nama aku jd piihak JKM suruh aku berurusan dengan En.Khairul seminggu selepas itu aku dan mak aku pun pergi ke Pejabat JKM nak berurusan dengan En.Khairul pula tiada cuti. 

So nak tak nak aku cakap dekat pihak JKM terus terang,hari tu jugak diorg cuba semak lagi kes aku tak ada Itupun kira nasib baik le diorg  suruh aku sediakan apa yang perlu untuk permohonan aku.Jd hari ini aku ke Hospital jumpa doc aku tunjuk surat permohonan lengkap  dari JKM yang aku dapat.Sampai doctor pun tak faham nak buat surat lengkap untuk apa lagi.so hari ini aku dah dapat surat permohonan yang lengkap dari doctor.terima kasih la selesai satu babak  Dan kerana itulah, aku macam malas nak buat biarlah ape nak jd tp doctor yang suruh Tak ke haru?

Selepas ini tinggal nak fotostat antar je ke Pejabat JKM. So, what to do? Huhu, nak tak nak, sabar jelah. Bagai menunggu buah yang tak gugur..hambar je rasa Dah beritau dah kesulitan amat dikesali ,so aku harap permohonan  aku berjaya  kali ini di terima Sekian

Monday, October 15, 2012

acoustic guitar


Wei! Korang nak tahu tak,aku baru je beli gitar akustik minggu lepas.Happy gila kot.Firstly,aku cakap ko aku beli dekat member aku Ramli jenama lama RHYTHM.kalau kat kedai sure 2,3 ratus.gitar akustik aku suka jugak lebih-lebih lagi gitar adalah favourite aku.Harga dia aku bayar RM50 je duit aku sendiri.hahaha! Nak beli gitar apa sampai RM200-$RM400.Then aku beli tali guitar akustik.Barulah dapat main! bertambah lah gitar aku pny kat rumah.

 Ini la guitar RYHTHM yang aku baru beli

Guitar 2 aku yang aku ade dan masih boleh main

So ada masalah ke? Kalau tak suka janganlah baca. Ini kan blog kepunyaan aku. So aku boleh tulis and sampaikan apa yang aku rasa. Sebuk apahal. Eh, Hehe, jangan marah!gurau je...Aku taknak sentuh banyak pasal perkara yang dah lepas ni. Aku tau aku seorang yang kuat dan mampu meneruskan kehidupan hobi aku dengan baik, InsyaAllah, dengan izin Allah. Cuma aku tak boleh tipu diri aku atas kerana minat.
Oklah,tu je kot aku nak cerita

Monday, October 8, 2012

Kenangan D' Putrajaya

Ingat g tk apabila melihat gambar aku dekat putrajaya walau pun sudah 2,3 kali melihatnya sebelum ini dari minggu lepas.sebelum ini aku sudah pernah pergi masa tu habis SPM dalam penghujung tahun 97,98 macm tu la Ini kali yang ke-2 aku pergi gambar ni di ambil pada petang hari ahad 23 Sep 2012

 
Farhany,mak,aku dan Firdaos di sebelah depan Masjid Putrajaya

Farhany Kak Lili,mak dan aku di perkarangan Masjid Putrajaya

Aku dan Bondaku Tersayang di Taman Botani Putrajaya
This pic aku tak sedar diorg ambil kerana aku tengah leka  melihat ikan kap  berenang-renang dalam Tasek Putrajaya
 terima kasihlah dkt kak lili dan anak2 buah aku yg meng uploadkan gambar2 aku.bayangan gambar melintasi ruang fikiranku,masih teringat kt sana kot sampai pagi ni tk boleh tido,okay fine on that pic aku rasa nak letak beberapa gambar semasa kat putrajaya just imagine,kalu aku tak dapat sambung citer yg lepas kat blog aku...sure maybe tk faham

Monday, October 1, 2012

salam sumer..


Da seminggu da balik dr KL,Sayangnya kucing kami baby mati pada hari kami balik ke rumah,28hb ogos hari tu ader appointment dgn  Hospital..jd lama x update blog sbb..berjanggut raser nunggu...pic dr saudara aku tak upload2 lg 

 dh lambat...aaaaaaaaaa...maner x lambat..pok pek pok pek dulu itu la pasal sbb bukan hp kamera..bukan aku pny sbb.hp aku rosak masa 2 hari kat KL  ni ler..buat aku tension

Minggu ni mmg minggu yg  giler..jgn aku yg giler dah ler.. lama menunggu pic semasa kami kat sana, dari anak buah aku belum dapat2 lagi

Aper pon tak sabar mk tengok gambar2 tu jd aku tunggu aje la, to the proper ape yg patut dan perlu..aku update jugak blog aku neyh…aku puji nih…banyak citer dr aku takut jd riak pulak nanti hahaha

Wednesday, September 19, 2012

Takdir

Hari ni aku agak sibuk sikit sebab esok aku dan mak akan ke Kuala Lumpur...mungkin buat beberapa hari kat sana niat kami nak pergi menziarah pakcik yang terlantar sakit,ye la..ziarah org sakit sebenarnya di suruh nabi,Yang sedihnya pula kucing kesayangan kami Baby plak sakit da 3 hari tak mo makan nanti nak kena tinggal kat maklong,entahla kali nie aku nak aku tak tahu nak buat macam mana lg. Sebab apa? Sebab kami sendiri alami masalah sebegini.kesian pada Baby doa kan kucing kami Baby kembali sihat,Dengan izin Allah harap kami selamat semasa pergi dan balik.aku tak dapat nak citer panjang lg cuma aku rasa terkilan dan sedih sebab nak tinggalkan kucing kami Baby di ketika dia sakit perlukan perhatian dr kami,tp apa boleh buat ini semua ketentuan tuhan.terserahlah kepadanya wallahualam

Saturday, September 15, 2012

Citer lama alquarium aku


Dulu aku Mempunyai Sebuah Hobi Yang Tidak aku Komersialkan Dari Dahulu dalam tahun 2004. Cuma Secara Kecil²an. Membela Ikan Di Dalam Akuarium Yang Lengkap Adalah Angan² . Walaupun Waktu Itu aku study dulu di IPTA aku Sudah Mempunyai Akuarium, Namun Semangat Kecintaan Terhadap Ikan Belum Memuncak Lagi. Sehinggalah Sejak Akhir² Ini Kelihatan Aku Semakin Fanatik Terhadap Hidupan Akuatik Sebegini.
Bermula Dengan Bajet Seorang student Yang Miskin Minima, Aku Bermula Dengan Membela Beberapa Ekor Ikan Laga Di Dalam bekas cawan.Lepas tu bagi kat budak-budak Setelah Beberapa lama membela jemu plak jadinya, Aku Beralih Arah Pula Untuk Menternak Ikan Loh Han itupun sepupu aku yang tinggal kat rumah kondo bagi kat aku seekor Ikan Loh han. Namun Akibat Ketidaklengkapan Habitat & Kesibukan Tukang Bela, Maka Berlaku Lagi Beberapa Siri bosan Ikan loh han Yang Menyayat Hati selama 3 tahun membela aku lepas kat Tasik Padang Golf Bertam Perdana Kepala Batas. Namun Disebabkan Harga Ikan loh han Itu Yang Mahal Di Pasaran,payah Untuk membela.aku tak jual kat orang sebab aku nak ikan aku bebas dan selamat.Neyh pic semasa aku snap selepas ikan loh han selepas aku bagi makan cacing beku warna nya lebih terang.dan kemerahan berbanding sebelumya seakan pucat saja.




Selepastu aku membela ikan lampam jawa dan biasa pun tak lama aku lepas kat parit kat sawah.Sehinggalah aku sekarang sudah tidak membela apa-apa jenis ikan lagi.Ada la jugak sekali tu aku bela udang galah yang aku pancing masa dulu diantara kawan2 kami pergi memancing udang galah yang ada sepit biru kira hebat larh itupun dalam sebulan aku bela da aku bagi kat maklong aku b


wat lauk  wakakaka


Ni masa lalu dekat dekat  yang hanya dengan mengingat aku nak lupakan dan lepaskan bebas rasanya jiran sebelah kurang baik dari pada aku tak ingin dimengerti orang semacam saja aku stop bela buat 12 tahunan. Dan tiba saatnya aku pun ingin kembali padanya bahwa aku sangat bahagia jika tak ada yang dangkal sangka terhadap aku. 





Maka Tiada Lagilah Sebarang Spesis Aqua Lain Yang Akan Berada Di Dalam Akuarium aku Lagi Selepas Ini tak tahu la pulak.. Huhuhu..

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping