Saturday, October 20, 2012

Selengkar Memori & Aku

Hari ini adalah hari yang baru di takdirkan oleh Allah untuk aku hidup.Di panjangkan umur aku dan di benarkan untuk mengecap segala nikmat di dunia.Andai di takdirkan aku mati nescaya aku mohon lagi hidup di dunia yang fana dan maya ini walupun untuk satu hari sahaja untuk aku membuat amal soleh.

Wahai jiwa yang sepi

Anggaplah dirimu sudah mati lalu Tuhan memperkenalkan permintaan untuk mengembalikan aku hidup lagi hari ini.Jangan sampai engkau mensia-siakan hari ini kerana setiap nafas dari nafasnya itu adalah mutiara yang tidak boleh di nilai.Janganlah engkau berbalas dan condong perkara-perkara yang tidak berguna sehingga melupai Tuhan.Nanti kau akan merasai azab serta perasaan kesal melingkungi dirimu.

Wahai diri yang jahil,

Alangkah jahilnya engkau,engkau mendakwa bijaksana,pintar dan cerdas padahal engkaulah yang paling bodoh.Apakah engkau tidak menyedari engkau lalaikan dengan keadaan yang bersenang lenang itu bersukaria? Lupakah engkau bahawa segala yang akan datang itu begitu dekat dan segala yang jauh itu adalah segala yang tidak akan menjelang? Tidakah engkau fahami benar-benar akan ia.

Apakah engkau mencabar azab siksaan Tuhan? Mengapa engkau tidak mengantung harapan mu pada limpah kurnianya atau dengan kemurahan dan limpah kurnianya yang tidak terbatas itu pula membuat engkau terpedaya?

Apakah sekarang masih juga engkau  menyangka bahawa seorang hamba itu terselamat dari azab Tuhan. Lantaran itu engkau tidak menyediakan bekalan untuk hari muka nanti.Ketahuilah agama dan iman itu tidak ada tukar gantinya.manakala jasad itu akan hancur luluh.Ya Allah jadilah jiwa ini termasuk dalam golongan orang-orang yang engkau redhai.

Kesalkah hidup ini
Menghadapi penderitaan
Menghadapi kesakitan

Kesalkah hidupku ini
Selalu di uji
Cabaran dan ujian
Silih berganti
Tak berhenti

Kesalkah hatiku
Tidak mengetahui
Ada tanda mengatakan
Derita datang lagi

Tuhanku
Selalu ku ingati
Jua ku ketahui
Adanya susah tentu senang
Menunggu

Tapi...
Batinku sentiasa merintih
dan bertanya
Mengapa aku?
Kenapa aku?
kesalkah aku?
oh tuhan...
Ampunilah hambamu

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping