Sunday, March 31, 2013

Telefon kawan lama

Semalam aku berbual di tel dengan sahabat karib aku shahrul yang tinggal di Taiping Perak.tapi sekarang menetap di Kuala Lumpur perbualan kami hanya bertanyakan khabar berita dan perkembangan baru di antara kami.

Aku : salam,eh sharul apa khabar lama tak dengar berita?

Shahrul : khabar baik.sapadia ni?

Aku : aku Akmal

Shahrul : kenapa lama tak telefon.Aku kat KL hang kat Penang macam mana?Aku tinggal kat KL dengan family kakak aku sudah 5 tahun sebab kakak aku rekemen kerja kat sini.Hang kerja apa sekarang?

Aku : aku tak bekerja dulu dapat kerja yang bagus2 pun aku berhenti.aku dah tak terdaya nak fikir makan ubat masalah aku sakit.Biarlah..belum dapat kerja tetap belajar tinggi-tinggi sekarang susah dapat kerja dulu dah dapat berhenti pula,sekarang aku tinggal dengan mak aku yang jaga makan minum.

Shahrul : Jd duk rumah buat apa sekarang?

Aku :Tolong mak apa yang patut.

Shahrul : takpa lah tolong mak rajin la hang sesetengah orang muda suka buang masa melepak tak tentu hala.

Aku : tak la rajin sangat.Selalu bangun lewat dari tidur sebab aku makan ubat.kadang2 tidurpun lewat tak tentu gak.

Shahrul :Aku bangun lewat gak tp hari minggu saja la.Lagi pun hari cuti boleh rehat.hari biasa sibuk.

Aku : Takpa la macam tu hang sihat shahrul.aku doakan semoga hang berjaya.

Sharul :insALLAH,terharu pulak aku akmal ,hang pun aku doa minta bagi sihat.ingat dekat ALLAH insyaALLAH dia bersama dengan orang yang ingat dekat
dia

Aku : insyALLAH.sedih pulak aku boleh mengalir air mata hang cakap macam tu.

Shahrul : aku cakap baik-baik sahaja pintu hati kita yang terbuka ke situ kan.

Aku : Betulah cakap hang td.

Shahrul : Akmal aku tak boleh cakap lama ni nak keluar sat ada kerja sikit.lain kali kita sembang lagi.

Aku : ni no h/p aku kalau hang nak call aku call no tel ni

Shahrul : orite jangan bimbang kalau hang rasa nak call aku tel.lah assalamualaikum

Aku : wa'alaikumsalam.

Selepas letak saja tel aku terus baring bandanku ke atas katil.Aku mendakap kedua-dua belah telinga aku dengan bantal.Aku tak mahu fikirkan perkara yang bukan-bukan setengah jam kemudian aku type cerita ni kat komputer.lepas ni tak tahu apa nak jd kat aku makan ubat-tengok tv, tengok kucing,mandi solat-Tidurlah kot.itu saje

Friday, March 29, 2013

Sort Story Menjelang Pilihanraya

Di maklumkan bahawa perkara selalunya yang mustahak permasalahan politik berdepan dengan rakyat Malaysia hari ini.Adakah daripada intergrasi yang berlainan pihak yang ternama dan terkenal untuk satu komuniti politik,ia boleh jadi kepentingan dan menarik untuk memeriksa bagaimana reaksi rakyat malaysia yang berlainan kaum boleh jadi kecil jadi untuk ia terjadi atau berlakunya kecemasan dari sesetengah komuniti seperti yang terjadi di Sulu,Sabah baru-baru ini.

Aku rasa dalam mencari di dalam masa terdekat di dalam negara,ada kemungkinan era perubahan sosial atau pun zaman dengan apa-apa alasan tewas dalam masa akan menjadi faktor utama dan semua harus ambil jaminan sosial antara komuniti yang lain yang terlalu bagus untuk bersama berkongsi kehidupan.Pada aku kitakan 1 Malaysia.

Dengan harapan ianya akan jadi kemungkinan untuk politik masa akan datang sementara menyambung untuk terkeluar.Untuk ini di jadikan kemungkinan ia akan jadi mana-mana bertukar tangan dalam politik yang kuat.Pilihanraya pun dah nak dekat neyh untuk kali ini kali yang ke-4 la aku mengundi.

p/s:- cewah macam ahli politik pulak aku ayat ni....sudah tentulah akukan anak Malaysia,rakyat Malaysia apa salahnya aku luahkan pendapat hehe...Full Stop Peace No War...

Monday, March 18, 2013

$ Berbelanja -


sifat berjimat, cermat, simpan duit,bujet, annoying, berbelanja lebih, memang tak boleh lari dalam kehidupan seseorang manusia. sebab ia hanyalah sifat-sifat negatif yang datang dari mereka yang tidak matang dari segi pemikiran malah juga umur. bila sifat boros atau annoying dah cukup menebal dalam diri, maka benda yang tidak perlu pun akan dikehendaki supaya rasa puas. aku sendiri pn tak paham lah dengan duit. kahkahkah

siapa yang suka bila ada orang ada duit ringgit perkara yang tidak betul tentang diri kita kan..yang paling kelakar bila perkara yang totally tak betul..kalau aku berbelanja memang dah gelak-gelak dah..lawak betul lah..ada ker yang asli dikatakan edit. entah lah!! itulah bila dah tak ada point, di cari benda yang entah pape tok jadi point! memang sangat tak matang. suka sangat buat cerita mengarut. sesuai sangat jadi tukang karut kat blog aku ni. hahahaa!

macam mana pulak kan kalau orang yang sangat hipokrit dan pretending jadi  orang tak berduit ekonomi puntak stabil? perghh tu lagi parah. lagi-lagi mereka yang berpura baik ada duit,sedangkan duit sendiri belanja pergi sana sini..haiyaa..lebih baik tak payah tutup kalau hanya partime sahaja ea! sedangkan diri sendiri pun on off buat apa kan..bukan ker kita sebagai kawan atau sahabat nasihatkan mereka yang tidak berduit itu ke arah kebaikan bukan mengjahanam atau merendahkan dia! sangat tak matang! macam baru-baru ni aku tanya kawan aku Lie macam mana hang save bujet duit,dia nasihatkan aku "hang kalau ada duit sikit hang belanja secara kecik-kecik jangan belanja secara besar-besar nanti nak guna untuk benda lain,mana nak cukup"barulah aku terfikir ada betulnya juga cakap kawan aku lie boleh jadi penasihat kewangan aku bleh tera tu...dunia la semua duit.

last point yang nak dihujahkan disini adalah tentang jangan sampai tak tahu bersyukur atau berterima kasih atau tidak menghargai wang kerana wang itu ada berkatnya.

hehe akupun sampai buat kira-kira congak bujet bersih belanja untk bulan ni

P/S: tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. maap kalau ada yang terasa! ini hanya nukilan berdasarkan realiti zaman sekarang..peace yaww!

Sunday, March 17, 2013

Si Comel Kucingku


chak!! aku kembali... 

arini saya nak share sama u all pemilik kucing,lama tak citer pasal kucing eah si manja yang kiut miut ni yang aku bela ada 8 ekor kat rumah.3 bulan lepas 2 ekor ibu kucing kat rumah aku beranak so esok aku bawa  anak kucing pergi cucuk vaksin ubat cegah penyakit,lagipun anak2 kucing neyh perut kembung asik nak makan...like tak penah kenyang langsung sekejap 2 nak makan makanan diorg sentiasa tersedia kat dapur sekejap keluar bermain buka saja pintu diorg masuk makan.

Kuat makan pula tu selalu beri makanan bijirin kucing sometime beri makan nasi yang di gaul dengan ikan rebus sampai licin diorg makan.Risau juga kalau mereka terdedah kepada penyakit macam cacing kat dalam perut sbb. anak2 kucing aku ada yang montel kembung perut so aku takut berhadapan dengan situasi yang macam ni so better bawa kucing buat rawatan

sure korang nak tengok si comel yang aku bela kan,aku nak ambil bela sekor saja anak kucing jantan yang berwarna puteh nama kusya last2 tak jadi bagi kusyi sebab mak aku sayang lagi pulak dia aktif bermain dengan kusya nanti kusya takde kawan pula.

Kusya ni kalau nak tau Blue eye

Kusyi  & Kusya

ni Tarm dah orang amik bela sepasang dengan Rambo

Ni Ungai anak Teh chik kucing biasa kadang2 mak dan aku panggil kancil

Ni Rambo kucing orang dah amik bela,aku sedih sebab kucing ni yang aku sayang aku ingat nak bela dengan kusya lagi pulak gebu.kalau tidak masa orang nak ambil bukanya kucing ni diorg nak ambil kusyi yang berekor panjang tup-tup diorg tukar fikiran datang tengok kucing ni sihat gebu diorg nak tukar pulak nak ambil kucing ni.aku sudah cakap aku nak bela kucing ni aku sayangkan kucing ni.tapi mereka kata takapalah hang da ada ibu dah esok beranak lagi.

Ni salah satu Kad Rawatan Suntukan Vaksin.untuk seekor kucing 
(tahun depan pulak bawa kucing ambil suntikan)

sebelum ni aku dah cakap kalau nak ambil selepas 5 march 2013 sebab aku nak bawa pergi suntik vaksin sebab sebelum ni aku da bawa pada 5 Feb 2013 kena bagi untuk 2 bulan selepas tu tahun depan pulakla dior cakap tak apa nanti diorg bawa mai sini kita bawa pergi cucuk.then 4 March 2013 malam dior datang mai hantar kucing Rambo kat rumah tidur semalam keadaan Rambo kurus dan kecil dari kusya dan kusyi macam dulu jugak.pun pegang pon rasa bertulang.aku cakap dekat mak kesian kat Rambo kalau dia duduk sini taklah macam ni.esoknya aku bawa ketiga-tiga kucing jantan Kusya,Kusyi dan Rambo.

hmmm....cuba korang pk seekor saja untuk sekali cucuk vaksin RM 25, untuk tiga ekor RM 75.untuk seekor untuk dua bulan ni RM 50 kalau dah tiga ekor sudah aku habiskan RM150 tapi orang ambil kucing kat aku free ja dari aku satu sen pun tak bagi.aku dah cakapda kat mak aku pada mulanya aku nak bawa pergi cucuk vaksin hanya seekor saja yang org tak nak ambil bela tapi mak aku kesian yang lain-lainnya aku pun kesian jugak aku pun bawa sebab masa tu kucing2 ni dalam peliharaan aku.Tak apalah mak aku kata mungkin kali ini kita tersilap asalkan kucing2 aku sihat sudahlah hendaknya.


Thursday, March 7, 2013

misunderstanding


Selagi ada jalan yang dapat mengatasinya selagi itu kita akan berusaha macam servis kabel dari seorang untuk semua,daripada pengalaman buat kita lebih berjaga-jaga atau berhati-hati.Semuanya di beri masa dalam kehidupan mesti jadi bagus dalam fikiran dan lebih baiklah di sesuaikan dalam masa-masa tertentu.Anda juga mungkin terjumpa atau terbaca blog ini.Anda ada,aku berharap di beri perhatian untuk aku ringkaskan apa yang cuba nyatakan,dalam pada masa yang sama anda juga mungkin berasa sangsi atau berjaga-jaga dalam semua perkara.

Mental dan physical adalah faktor dalam aku terkeluar.Semua ini adalah cuma apa yang trfikir oleh aku untuk menaip.Fikir buat seketika tarikh harijadi anda atau apa-apa yang penting yang anda ingat dan anda akan tahu sebaliknya dalam kehidupan yang mana tidak mungkin terjadi dalam kata lain apabila anda mula baca ayat dan perkataan ini.ianya memang sudah tersedia setelah aku type dan update dari segi lain kita boleh kata luasnya fikiran anda bila kita ingat dan bila kita perlukan.

Sekarang cuba bayangkan yang anda mengambil langkah yang penting timbulnya persoalan dari apa yang anda tahu seakan jawapan yang tepat seketika anda terfikir juga.Ini semua orang rasa dan pengalaman untuk semua.Anda tahu yang anda akan tahu,anda pun dapat ilham di mana-mana tetapi anda tidak dapat berpegang padanya buat seketika ia akan datang bila anda mengigatinya tapi masih anda tahu itu di sana.Jika anda cuba untuk berfikir terus ianya penting untuk anda hanyalah anda akan rasa tension tapi ianya tidak dapat menolong anda untuk mengigati dan kehilangan atau terlupa sebab itulah aku lebih effective dengan adanya blog sebab whole network of association which, like network of nervous element dan rangkaian eletrik dengan otak sama saja berfungsi jadilah ayat  aku macam ni kah,kah,kah,kah prinsip yang mudah untuk aku merapu proses mengigati secara automatik kah,kah,kah adakah anda percaya,so  aku terpaksa stop kat cni dulu dah mati akal da saja ja nak update blog sbb lama tak update wakakakka

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping