Sunday, March 31, 2013

Telefon kawan lama

Semalam aku berbual di tel dengan sahabat karib aku shahrul yang tinggal di Taiping Perak.tapi sekarang menetap di Kuala Lumpur perbualan kami hanya bertanyakan khabar berita dan perkembangan baru di antara kami.

Aku : salam,eh sharul apa khabar lama tak dengar berita?

Shahrul : khabar baik.sapadia ni?

Aku : aku Akmal

Shahrul : kenapa lama tak telefon.Aku kat KL hang kat Penang macam mana?Aku tinggal kat KL dengan family kakak aku sudah 5 tahun sebab kakak aku rekemen kerja kat sini.Hang kerja apa sekarang?

Aku : aku tak bekerja dulu dapat kerja yang bagus2 pun aku berhenti.aku dah tak terdaya nak fikir makan ubat masalah aku sakit.Biarlah..belum dapat kerja tetap belajar tinggi-tinggi sekarang susah dapat kerja dulu dah dapat berhenti pula,sekarang aku tinggal dengan mak aku yang jaga makan minum.

Shahrul : Jd duk rumah buat apa sekarang?

Aku :Tolong mak apa yang patut.

Shahrul : takpa lah tolong mak rajin la hang sesetengah orang muda suka buang masa melepak tak tentu hala.

Aku : tak la rajin sangat.Selalu bangun lewat dari tidur sebab aku makan ubat.kadang2 tidurpun lewat tak tentu gak.

Shahrul :Aku bangun lewat gak tp hari minggu saja la.Lagi pun hari cuti boleh rehat.hari biasa sibuk.

Aku : Takpa la macam tu hang sihat shahrul.aku doakan semoga hang berjaya.

Sharul :insALLAH,terharu pulak aku akmal ,hang pun aku doa minta bagi sihat.ingat dekat ALLAH insyaALLAH dia bersama dengan orang yang ingat dekat
dia

Aku : insyALLAH.sedih pulak aku boleh mengalir air mata hang cakap macam tu.

Shahrul : aku cakap baik-baik sahaja pintu hati kita yang terbuka ke situ kan.

Aku : Betulah cakap hang td.

Shahrul : Akmal aku tak boleh cakap lama ni nak keluar sat ada kerja sikit.lain kali kita sembang lagi.

Aku : ni no h/p aku kalau hang nak call aku call no tel ni

Shahrul : orite jangan bimbang kalau hang rasa nak call aku tel.lah assalamualaikum

Aku : wa'alaikumsalam.

Selepas letak saja tel aku terus baring bandanku ke atas katil.Aku mendakap kedua-dua belah telinga aku dengan bantal.Aku tak mahu fikirkan perkara yang bukan-bukan setengah jam kemudian aku type cerita ni kat komputer.lepas ni tak tahu apa nak jd kat aku makan ubat-tengok tv, tengok kucing,mandi solat-Tidurlah kot.itu saje

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping