Dalam Blog Diari hidupku
tercatat seribu kenangan
Dengan tinta-tinta emas dan hitam
Mengimbau masa silam
Yang tidak akan terpendam
Di Blogku Diariku inilah aku menghijau
Kecilku berlindung di balik pangkuan
Besarku terdedah bermacam cabaran
Meranjau lorong-lorong kehidupan
Menghidu debu dan merwastu
Meratah rindu dan jemu
Blogku Diariku ini mengigatkanku
Pada lurah-lurah kegagalan
Pada puncak-puncak kegemilangan
Pada liku-liku kepahitan
Dan pada bonggol-bongol kemeriahan
Hingga ke penghujung jalan
Blogku Diariku ini
Hanya satu pengembaraan
Sudah tentu semua orang ada kisah suka dan duka mengigat peristiwa yang lepas menempuh pelbagai peristiwa dalam hidup.segala kisah hidup aku,sama ada yang suka atau yang duka pelbagai cabaran dan dugaan terdapat pengalaman yang manis dan pahit kadangkala menempuh kesusahan dan kadangkala mendapat kesenangan.Hidup aku hanyalah salah satu kehidupan di alam ini.Hidup ini bagi aku adalah satu perjalanan yang terpaksa di lalui untuk sementara sahaja di dunia ini semuanya akan berakhir.Tapi mengapa kesalku tidak berkesudahan dengan perkara yang lepas sebelum ini.Ya Allah Ya Tuhanku tolonglah hambamu yang lemah ini.
No comments:
Post a Comment